Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA DASAR

Permohonan Bantuan Kewangan Program Aktiviti


Surau Al-Amin, Mandy Villa, Segambut Untuk Tahun
2017

TEMPAT :
B-3-3, Surau Al-Amin, Mandy Villa, Jalan Segambut,
51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
KERTAS KERJA DASAR
Permohonan Bantuan Kewangan Program Aktiviti Surau Al-Amin,
Mandy Villa, Segambut

Mukaddimah

Assalamualaikum w.r.t.

Alhamdulillah, dengan limpah kurnianya, Surau Al-Amin yang


bertempat di Mandy Villa Kondominium, Jalan Segambut, Kuala Lumpur telah
berjaya pertama sekali didaftarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI) pada tahun 2014. Sejak dari itu, Surau Al-Amin, Mandy
Villa telah mengorak langkah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti agama
terutamanya pada tahun 2016.

Bermula dengan program ceramah perdana ‘Mencinta i&


Mengagungkan Sunnah Nabi Muhammad SAW dari juara Pencetus Ummah
musim Pertama, Ustaz Muhammad Hafiz atau lebih dikenali dengan nama PU
Hafiz pada 19 Januari 2016, pihak jawatankuasa surau telah berjaya
memperkenalkan surau pada penghuni Islam yang menetap di Kondo Mandy
Villa. Sejak dari itu, pihak surau juga mengadakan kuliah agama bulanan dan
juga program pengisian ilmu sempenan Ramadhan telah berlangsung dengan
jayanya. Sehubungan dengan itu, pihak surau bercadang untuk menambah
majlis ilmu dan juga mengadakan ceramah perdana pada tahun 2017. Ini
adalah amat penting untuk terus memurnikan penghuni Islam Mandy Villa
dengan majlis-majlis ilmu dan program agama yang bermanfaat kepada umat
keseluruhannya. Pihak surau amat berbesar hati jika permohonan bantuan
kewangan untuk program surau dapat diluluskan oleh pihak Majlis Agama
Wilayah Persekutan (MAWIP) dan pihak berwajib.
Perancangan Program Aktiviti Surau pada 2017

Berikut adalah cadangan program surau yang akan diadakan


sepanjang tahun 2017:

1) Ceramah perdana “Hakikat Ajaran Syiah” pada bulan Februari 2017


oleh Ustaz Muhammad Fashan dari Yayasan Ta’lim, Kuala Lumpur
2) Kuliah bulanan Kitab Mantan Abi Syuja’, Fiqah Mazhab Imam As-
Syafie oleh Ustaz Syed Husaini dari Jabatan Mufti Wilayah
Persekutuan (sambungan dari tahun 2016) – setiap Jumaat Minggu
Ketiga
3) Kuliah bulanan Sirah Nabawiyah oleh Ustaz Syazwan Jaafar dari
Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut
4) Program Pengisian Bulan Ramadhan (sepanjang tempoh
Ramadhan 2017) – cadangan setiap Jumaat Minggu Keempat,
bermula Februari 2017
5) Majlis Jamuan Raya Aidil Fitri & Aidil Adha 2017
6) Kursus Pengurusan Jenazah 2017
1.0 TUJUAN

Tujuan program surau ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman


ilmu dan mengeratkan silaturrahim antara penghuni Islam Mandy Villa dan
kawasan sekitar.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Untuk mengembangkan ajaran Islam


2.2 Untuk memeriahkan surau dengan aktiviti yang berfedah
2.3 Mendapatkan fahaman ilmu yang benar selari dengan pemahaman
dari Quran dan Sunnah
2.4 Mengeratkan silaturrahim dan persaudaraan penganut Islam

3.0 ANJURAN
Pihak Jawatankuasa Surau Al-Amin Mandy Villa Sesi 2017-2018

4.0 NAMA PENCERAMAH


Ustaz Muhammad Fashan (Yayasan Ta’lim) – Hakikat Ajaran Syiah
Ustaz Syed Husaini (Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan) – Kuliah Fiqah
Ustaz Syazwan Jaafar (Masjid Al-Qurtubi, Segambut) – Kuliah Sirah

5.0 TEMPAT
B-3-3, Surau Al-Amin, Mandy Villa Kondominium, Jalan Segambut, 51200
Kuala Lumpur
6.0 JAWATANKUASA SURAU AL-AMIN MANDY VILLA SESI 2017/2018

Majlis Tertinggi
Pengerusi : Tuan Hj. Faireul Afzan Bin Adnan (0193243500)
Timb. Pengerusi : En. Hambali Bin Mukhlas (0136407200)
Setiausaha : Dr. Saaidal Razalli Bin Azzuhri (0133306515)
Bendahari : En. Mohammad Norman Bin Ismail (0192550415)

AJK SURAU
En. Fadzil Nor Bin Hasanuddin
En. Muhammad Syazwi Bin Emran
En. Abd. Rahim Hassan
En. Safarizal B. Che Mat
En. Ahmad Muzir Abdul Halim
En. Abdul Halim Hasan
En. Sazali Bin Hashim
En. Nadzri Abdullah
Ustaz Mohd. Zaid B. Yedin
7.0 ANGGARAN BELANJAWAN

JUMLAH PENDAPATAN RM 11210.00

ANGGARAN PERBELANJAAN
a) Ceramah Perdana 2017 - Hakikat Ajaran Syiah
Bayaran Penceramah RM 500.00
Makanan (RM 10 x 80) RM 800.00
Banner Pubisiti RM 150.00
JUMLAH RM 1450.00

b) Kuliah Bulanan Fiqah Mazhab Imam As-Syafie)


Bayaran Penceramah (RM 100 x 11 Bulan) RM 1100.00
Jamuan Ringan (RM 60 x 11) RM 660.00
JUMLAH RM 1760.00

c) Kuliah Bulanan Sirah Nabawiyyah


Bayaran Penceramah (RM 100 x 10 Bulan) RM 1000.00
Jamuan Ringan (RM 60 x 11) RM 600.00
Kitab (RM 30 x 19) RM 300.00
JUMLAH RM 1900.00

d) Pengisian Bulan Ramadhan 2017


Bayaran Imam/Bilal/Tazkirah RM 1500.00
Jamuan Moreh (RM 60 x 30 hari) RM 1800.00
JUMLAH RM 1300.00

e) Majlis Jamuan Raya Aidil Fitri & Aidil Adha 2017


Jamuan Aidil Fitri RM 1500.00
Jamuan Aidil Adha RM 1500.00
JUMLAH RM 3000.00
f) Kursus Pengurusan Jenazah
Bayaran Penceramah RM 1000.00
Makanan (RM 10 x 80 pax) RM 800.00
JUMLAH RM 1800.00

___________________________________________________________
JUMLAH PERBELANJAAN RM 11210.00

8.0 PENUTUP

Diharapkan permohonan peruntukan aktiviti surau ini akan diluluskan


dan dapat berjalan dengan lancar. Program-program ini juga diharapkan
dapat melahirkan masyarakat yang berilmu dan memahami agama mengikut
neraca Quran dan Sunnah. Semoga program yang dirancang ini dan
sumbangan dari pihak MAWIP akan mendapat keberkatan dan keredhaan
dari Allah s.w.t.

Disediakan oleh,

Dr. Saaidal Razalli Bin Azzuhri


Setiausaha
Surau Al-Amin
Mandy Villa Kondominium
email: saaidal.azzuhri@uqconnect.edu.au
Tel: 013-3306515

Anda mungkin juga menyukai