Anda di halaman 1dari 16

PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

TAJUK 1 KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN


KHAS

1.0 SINOPSIS

Tajuk ini menerangkan tentang konsep pentaksiran berfokus kepada definisi, proses dan
kegunaan pentaksiran dalam pendidikan. Tajuk ini juga menghurai pelbagai cara
pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan pentaksiran dalam pendidikan.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat :

1. Menjelaskan kepentingan pentaksiran dalam pendidikan khas.


2. Membina pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk tujuan mengumpul
maklumat.

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Kepentingan Pentaksiran dalam


Pendidikan Khas

Konsep pentaksiran Pelbagai cara


pengumpulan maklumat

● Maksud pentaksiran ● Rekod lama


● Proses penerimaan, ● Sampel kerja
perancangan dan ● Pengujian
pelaksanaan pendidikan khas ● Pemerhatian
● Kegunaan pentaksiran dalam ● Soal selidik
pendidikan khas

1
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

1.3 KONSEP PENTAKSIRAN

Pengenalan

Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran


digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan
proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian.
Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks
pendidikan juga, pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan
tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000).

Pentaksiran adalah suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan
khas. Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan khas berkait rapat dengan
maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid. Seterusnya, bagi
menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru
memerlukan maklumat yang dikumpul melalui cara pengujian atau kaedah lain.
Seterusnya, apabila pengajaran dan langkah-langkah yang dianggap wajar telah
dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya

Pentaksiran berlaku setiap hari di dalam bilik darjah. Contohnya, guru memerhati
tingkah laku murid menyelesaikan masalah matematik. Guru seterusnya menyemak
jawapan murid dan secara tidak langsung dapat menentukan tahap kebolehan murid
terhadap penguasaan kemahiran matematik tertentu murid. Jika terdapat kesalahan,
semestinya guru akan menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan murid
untuk membuat pembetulan. Pendekatan yang dilakukan oleh guru tersebut
sebenarnya merupakan satu daripada jenis pentaksiran.

Konsep pentaksiran merangkumi istilah-istilah berikut yang mana ianya perlu


difahami terlebih dahulu;

 Pengujian – satu kaedah penilaian kemajuan dan penentuan keperluan


murid.

 Penilaian – proses yang menggunakan maklumat atau data untuk membuat


keputusan

 Peperiksaan – pentadbiran alat/instrumen ujian dalam jangka masa, tempat


dan suasana yang formal.

 Pengukuran – skor pencapaian yang diperoleh untuk mengukur prestasi


individu

Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh
dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan
kewibawaan institusi pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti tinggi mempunyai
tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.

 Kebolehpercayaan

2
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Berkaitan dengan ketekalan pentaksiran yang dilakukan. Kebolehpercayaan


pentaksiran merujuk kepada hasil pentaksiran yang sama bagi setiap kohort murid.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh memberi kesan kepada kebolehpercayaan
seperti soalan yang kabur, terlalu banyak pilihan dalam kertas soalan. Tradisinya,
kebolehpercayaan pentaksiran berasaskan kepada yang berikut;

i) kestabilan sementara : ujian yang dilakukan adalah membandingkan


dua atau lebih peristiwa yang berasingan

ii) Kesamaan bentuk : jawapan murid memperlihatkan bentuk yang


berbeza walaupun kandungan ujian adalah sama.

iii) Ketekalan dalaman : jawapan ujian tekal merentasi soalan


Contohnya jika soalan berkaitan dengan sikap terhadap penggunaan
teknologi, seharusnya ketekalan jawapan adalah berbentuk seperti
“saya gembira menggunakan komputer” atau “ saya tidak meminati
komputer”

 Kesahan

Kesahan adalah ukuran di mana apa yang ditentukan untuk diukur. Contohnya,
adalah tidak sah jika menguji kemahiran memandu hanya menggunakan ujian
bertulis sahaja. Pentaksiran pemanduan akan lebih sah jika ada kombinasi ujian
terhadap pemanduan seperti melalui ujian bertulis (untuk uji pengetahuan
pemanduan) dan ujian sebenar pemanduan (untuk uji apa yang pemandu perlu buat
semasa memandu) Kesahan pentaksiran adalah gauged melalui bukti ujian
mengikut kategori berikut;

i) Kandungan - adakah kandungan ujian mengukur objektif yang telah


ditetapkan?

ii) Kriteria – adakah skor korelat dengan ujian rujukan (contoh: adakah skor
yang tinggi terhadap ujian bacaan murid tahun 4 bertepatan dengan
jangkaan kemahiran membaca bagi tahun 5 dan seterusnya)

iii) Konstruk – adakah pentaksiran correspond dengan pembolehubah yang


signifikan?

1.3.1 Pentaksiran dalam pendidikan khas

Pentaksiran dalam pendidikan khas juga menggunakan prinsip yang sama


dengan pentaksiran dalam kelas normal. Dalam kebanyakan kes, pentaksiran
yang digunakan adalah sama seperti pentaksiran pendidikan normal iaitu
pemerhatian ke atas tingkah laku murid, membuat penilaian kemajuan murid
dan seterusnya mereka bentuk program/strategi pengajaran berdasarkan
maklumat yang telah diperoleh.

Merujuk http://specialed.about.com/od/assessment/a/Aandee.htm iaitu satu


laman web pendidikan khas, matlamat keseluruhan pentaksiran ialah untuk
kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu

3
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan


pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan
dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan
pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat
kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut. Pentaksiran juga
memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu
tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan
data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio
dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Segala bukti dan data
tersebut menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan murid
berkenaan untuk penempatan.

Pentaksiran dalam pendidikan khas adalah untuk memberi maklumat dan


gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran
seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan
punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi
pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.
Mempelajari kemahiran asas adalah amat penting bagi proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana ia akan membantu murid untuk
mempelajari setiap mata pelajaran dengan lebih mudah dan cepat jika
mereka mahir dalam menguasai kemahiran asas.

Terdapat beberapa komponen dalam kemahiran asas. Antaranya ialah


kemahiran 3M dan kemahiran pengurusan diri.

 Kemahiran 3M ialah membaca, menulis dan mengira. Terdapat


beberapa kepentingan mempelajari kemahiran ini. Pertama, kemahiran ini
adalah asas utama dalam setiap pembelajaran. Setiap murid seharusnya
mempunyai kemahiran untuk membaca, menulis dan mengira supaya mereka
dapat menjalankan segala proses P&P dengan berkesan. Menguasai
kemahiran membaca membolehkan mereka membaca maklumat dan latihan
yang diberikan oleh guru. Mereka juga dapat mencari bahan-bahan
pembelajaran dan melakukan ulang kaji pelajaran dengan mudah. Selain itu,
penguasaan dalam kemahiran menulis pula membolehkan murid untuk
menulis nota pelajaran dan melakukan latihan yang diberikan oleh guru.
Seterusnya, kemahiran mengira bukan sahaja penting bagi mata pelajaran
yang melibatkan pengiraan tetapi ia juga penting dalam kehidupan seharian
mereka.

 Kemahiran pengurusan diri pula ialah keupayaan dalam menguruskan


diri sendiri. Hal ini meliputi kemampuan dalam membersihkan diri sendiri,
memakai pakaian tanpa bantuan, makan dengan cara yang betul dan mampu
memenuhi kehendak asas diri seperti membuang air. Kepentingan kemahiran
ini adalah supaya murid dapat menjaga keperibadian diri sendiri dan
berupaya menguruskan diri sendiri tanpa pertolongan orang lain.

 Kemahiran sosial didefinisikan sebagai tingkah laku yang bersesuaian


untuk berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama-sama masyarakat.
Sesetengah pendidik merujuk kemahiran sosial sebagai keupayaan sosial
individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa mengganggu orang lain.
Selain itu, kemahiran sosial juga dapat dikatakan sebagai pengumpulan
tingkah laku seseorang yang membolehkannya berinteraksi dengan
persekitaran. Terdapat beberapa aspek dalam kemahiran sosial iaitu
kemahiran berkomunikasi, kemahiran asertif, kemahiran bergaul, kemahiran

4
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

menyelesaikan masalah dan lain-lain lagi. Tujuan pentaksiran kemahiran


sosial adalah untuk mengenal pasti murid yang mempunyai kelemahan dalam
bersosial. Prosedur pentaksiran kemahiran sosial yang biasa digunakan di
luar negara ialah (a) pengukuran sosiometrik, (b) penilaian oleh guru, (c) ujian
’role play’ dan (d) pemerhatian langsung. Penguasaan dalam kemahiran
sosial adalah amat penting kerana ia membantu murid dalam proses P&P
dan kehidupan seharian mereka.

Kemahiran sosial membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan


antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan.
Kemahiran ini juga membantu mereka dalam menyesuaikan diri dalam
pelbagai aktiviti sosial yang melibatkan orang lain. Mereka juga akan
mengetahui cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang lain
mengikut intonasi suara, gerak geri, mimik muka dan emosi yang betul.
Sekiranya mereka gagal menguasai kemahiran ini, ia akan menyebabkan
timbulnya perasaan rendah diri, mengasingkan diri daripada orang lain dan
menyebabkan kemurungan.

 Kemahiran tingkah laku melibatkan perangai, kelakuan dan cara


seseorang itu membawa penampilan dirinya. Ia merupakan karektor asas
benda hidup kerana setiap benda hidup di dunia ini mempunyai perwatakan
yang tersendiri. Faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku ialah melalui
persekitaran. Sekiranya seseorang itu dibesarkan dalam persekitaran yang
aman dan harmoni, maka dia akan berkelakuan baik serta bertamadun.
Sebaliknya, sekiranya seseorang itu dibesatkan dalam suasana berpecah
belah seperti peperangan, kemungkinan besar dia akan menjadi seorang
yang kasar dan panas baran. Walau bagaimanapun, tingkah laku berubah
menerusi pembelajaran. Tingkah laku manusia akan berubah apabila mereka
menjadi semakin terpelajar.

1.1.2 Maksud pentaksiran

Pentaksiran dalam pendidikan adalah proses dokumentasi yang mana sering


mengguna pakai istilah pengukuran, pengetahuan, kemahiran, sikap dan
kepercayaan. Pentaksiran boleh berfokus kepada seseorang murid, komuniti
sekolah (kelas,bengkel atau kumpulan), institusi atau keseluruhan sistem
pendidikan.

Pentaksiran didefinisi sebagai proses pengumpulan maklumat untuk


mengenal pasti masalah dan membuat sesuatu keputusan keputusan (Salvia
dan Ysseldyke 2007). Ia melibatkan pengumpulan maklumat mengenai
kekuatan dan bidang keperluan yang perlu diberi perhatian.

Terdapat beberapa istilah yang selalu digunakan oleh para professional untuk
menjelaskan jenis pentaksiran yang dilakukan. Jenis-jenis pentaksiran terdiri
daripada yang berikut:

 Pentaksiran berterusan
 Pentaksiran informal/formal
 Pentaksiran portfolio
 Pentaksiran subjektif/objektif
 Pentaksiran penempatan
 Pentaksiran diagnostik
5
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

 Pentaksiran pencapaian
 Pentaksiran kecekapan
 Pentaksiran kemajuan
 Pentaksiran formatif/sumatif

Ujian-ujian yang sering diguna dalam jenis-jenis pentaksiran di atas


didefinisikan dalam jadual berikut:

Istilah Maksud

Ujian standard / Merupakan ujian yang telah siap dibina dan penguji hanya
ujian formal mentadbirkan ujian dengan mengikut arahan dan prosuder yang
disediakan. Ujian tersebut mempunyai skor yang dicapai oleh orang
lain (norma) supaya perbandingan prestasi dapat dibuat.

Ujian tidak formal Ujian yan dibina oleh guru. Ia tidak mempunyai arahan dan prosuder
pentadbir yang standard.

Ujian kumpulan Ujian yang boleh ditadbir secara sekumpulan orang.

Ujian individu Ujian yang hanya boleh ditadbir kepada seseorang murid dalam satu
masa. Contohnya : WISC-III

Ujian Ujian yang dijalankan berdasarkan isi kandungan kurikulum yang


berdasarkan digunakan di sekolah.
kurikulum
Ujian formatif Ujian yang dijalankan untuk menguji penguasaan kemahiran oleh
murid semasa sesuatu unit masih / sedang diajar oleh guru. Ujian
dijalankan dengan kerap.

Ujian sumatif Ujian yang merumuskan pencapaian murid selepas satu unit
pengajaran telah dilakukan. Biasanya satu gred akan diberikan
sebagai tanda tahap pencapaian murid.

Ujian saringan Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang
berisiko menghadapi masalah. Ditadbirkan kepada semua murid,
termasuk murid normal.

Ujian diagnostik Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci
masalah yang dihadapi oleh murid. Selepas ujian diagnostik
dijalankan, jenis dan ciri-ciri masalah yang dihadapi dapat diketahui.

Ujian “speed” Ujian yang perlu dihabiskan dalam masa yang agak terhad.

Ujian “power” Ujian yang memberi masa yang agak lama untuk dihabiskan.
Biasanya item agak sukar sedikit.

Dalam kehidupan seharian murid di sekolah, guru sebenarnya melaksanakan


pentaksiran tidak formal. Ia berlaku setiap hari di mana murid tidak mengetahui
yang guru membuat pemantauan kemajuan murid. Menurut Overton (1992),
pentaksiran tidak formal melibatkan penggunaan kaedah yang tidak standard
bagi menilai kemajuan seperti senarai semak, kerja rumah murid, kuiz, projek
6
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

kumpulan, temu bual murid, pemerhatian tingkah laku murid, dan ujian-ujian yang
dibina sendiri oleh guru. Ia tidak diberi skor pemarkahan atau gred. Pentaksiran
tidak formal memberi peluang kepada guru membuat pemantauan berterusan ke
atas murid yang bermasalah dalam akademik dan murid berkeperluan khas.
Pentaksiran formal berkaitan dengan dokumen bertulis seperti ujian atau
peperiksaan yang direkodkan. Ia diberi skor pemarkahan atau gred untuk
menunjukkan pencapaian murid.

Pentaksiran sumatif dan formatif sering merujuk kepada konteks


pembelajaran. Pentaksiran sumatif dilakukan dalam situasi sebenar murid
dan bertujuan untuk mengukur hasil pembelajaran serta pelaporannya
kepada murid, ibu bapa dan pentadbir. Manakala pentaksiran formatif
dilakukan dalam situasi sebenar dan diguna oleh guru sebagai panduan
kaedah pengajaran akan datang.

Pentaksiran diagnostik biasanya adalah berbentuk pentaksiran formatif. Ia


mengukur pengetahuan dan kemahiran semasa murid bagi tujuan mengenal
pasti kesesuaian pembelajaran. Pentaksiran kendiri adalah bentuk
pentaksiran diagnostik di mana melibatkan murid membuat pentaksiran
terhadap diri mereka.

Pentaksiran (sumatif/formatif) sering dikategori juga sebagai subjektif atau


objektif. Pentaksiran objektif adalah bentuk soalan di mana satu jawapan
betul. Pentaksiran subjektif adalah bentuk soalan yang mempunyai jawapan
betul lebih daripada satu (atau lebih daripada satu cara untuk memperoleh
jawapan betul). Terdapat pelabagai jenis soalan objektif dan subjektif. Jenis
soalan objektif termasuklah jawapan betu;/salah, aneka pilihan, soalan
pelbagai respon dan padanan. Soalan subjektif melibatkan soalan berbentuk
huraian dan esei.

Latihan 1.1

Ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria merupakan ujian yang digunakan secara
meluas oleh pra professional dan guru-guru dalam pentaksiran dan penilaian murid-murid
bermasalah pembelajaran. Namun, guru-guru di Malaysia kurang didedahkan kepada
ujian-ujian tersebut. Ini disebabkan ujian tersebut kurang dibina dan dijual di pasaran di
Malaysia. Walau bagaimanapun, sebagai seorang guru pendidikan khas anda perlu faham
apakah maksud kedua-dua ujian tersebut

Huraikan ciri-ciri kedua-dua ujian itu dan buat banding beza antara keduanya. Bagi
membantu guru, perbandingan boleh dikaji dari aspek cara pembinaan ujian, arahan dan
prosedur pentadbiran, cara penskoran dan pentafsiran skor. Bentangkan tugasan anda ini
dalam sesi tutorial nanti.

1.1.3 Proses penerimaan, perancangan dan pelaksanaan pendidikan


khas

7
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas boleh dimaksudkan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus


untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan /
kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan
pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital
dan institusi. Kurikulum untuk pendidikan khas ini juga sebahagian daripada
kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluan-
keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis kecacatan / kurang
upaya itu.

Dalam konteks kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia, ia menekankan kepada


kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan pencapaian
kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengkembangan (developmental
skills). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan
dan ketidakbolehan (medical deficit model). Penguasaan dan pencapaian dalam
kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada peringkat-peringkat kebolehan
seseorang murid dengan keperluan-keperluan khas adalah seperti kebolehan
kognitif, perkembangan tingkah laku sosial / perkembangan kemahiran sosial,
penguasaan bahasa lisan / pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran
matematik, kemahiran pertumbuhan asas manusia, kemahiran berdikari, kemahiran
keusahawanan, kebolehan penglihatan dan yang terakhir kebolehan pendengaran.

Bagi tujuan penempatan, pentaksiran penempatan perlu dilakukan ke atas murid


berkeperluan khas.Pentaksiran penempatan adalah untuk menentukan keupayaan
murid berkeperluan khas pada permulaan pembelajaran. Prosedur penempatan
murid berkeperluan khas untuk menerima pendidikan khas diringkaskan dalam carta
alir berikut :

mula

1
A
2
8
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Sekolah biasa

3 B

Program Pendidikan Khas


6

10
11
12

Selesai

Rajah 1

Latihan 1.3a

Rajah 1 di atas menunjukkan carta alir proses penempatan murid berkeperluan khas
dalam pendidikan khas.

Huraikan secara terperinci carta alir tersebut.

Prosedur penempatan murid dalam pendidikan khas dalam rajah 1, memperlihatkan


kemahiran tinggi yang sangat diperlukan untuk membuat penilaian secara global,
tepat dan praktikal ke atas seseorang kanak-kanak. Perkembangan kemahiran
tersebut memerlukan pengetahuan yang tinggi terhadap komponen-komponen
berikut;

9
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

 Pengumpulan : Proses pengenalpastian dan pengumpulan maklumat


daripada pelbagai sumber mengenai latar belakang kanak-kanak seperti
rekod kemajuan sekolah, pemerhatian, maklumat ibu bapa dan laporan guru.

 Analisis : Pemprosesan dan pemahaman ke atas corak pendidikan, sosial,


perkembangan, persekitaran, perubatan dan sejarah emosi kanak-kanak.

 Penilaian : Penilaian akademik, intelektual, psikologi, emosi, persepsi,


bahasa, kognitif dan perkembangan perubatan kanak-kanak bagi
menentukan kekuatan dan kelemahannya.

 Penentuan : Penentuan ke atas kemungkinan ketidakupayaan berdasarkan


pengetahuan terhadap kriteria yang mewakili kategori-kategori.

 Cadangan : Cadangan khususnya kepada penempatan dan program


pendidikan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa, guru dan pihak sekolah.

Pelaksanaan Pendidikan Khas di Malaysia adalah berdasarkan Akta Pendidikan


1996 iaitu Bahagian II, Pendidikan Khas yang menyatakan;

1. Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, murid-murid dengan keperluan


khas yang boleh dididik adalah layak untuk menghadiri program pendidikan khas
kecuali bagi murid-murid yang berikut :

a. murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar
seperti murid biasa; dan

b. murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya
atau yang terencat akal yang berat.

2. Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu
untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan
disahkan oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai dari
Kementerian Pendidikan dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai
berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan.

3. Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubah


suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan
susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan
dan matlamat pendidikan khas.

Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Peruntukan di


bawah seksyen 40; Menteri Pendidikan hendaklah mengadakan pendidikan khas di
sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1) (b) atau di mana-mana
sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri suai manfaat. Tertakluk
seksyen 40.1 subseksyen (2) dan (3), Menteri Pendidikan bolehlah melalui
peraturan-peraturan menetapkan;

a. tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan


murid yang menerima pendidikan khas;

b. kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas ;

10
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

c. kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi
pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas ; dan

b. apa-apa perkara lain yang difikirkan Menteri suai manfaat atau perlu bagi
maksud bab ini.

Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan 1 (a) tidak boleh kurang
daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut mana-
mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan kurikulum yang
ditetapkan di bawah perenggan (1) (b) hendaklah mematuhi kehendak Kurikulum
Kebangsaan setakat yang semunasabah praktik.

Latihan 1.3b

Seorang murid bermasalah pembelajaran baru ditempatkan di sekolah anda. Apakah


yang anda harus lakukan ke atas murid tersebut bagi mengenal pasti status
keupayaannya dalam pengamatan.

Bina item ujian yang berkaitan dengan pengamatan murid tersebut.

1.1.4 Kegunaan pentaksiran dalam pendidikan khas

Pentaksiran bertujuan untuk mengumpul bukti pembelajaran. Setiap individu yang


berbeza mempunyai keperluan yang berbeza terhadap maklumat yang diperoleh
mengenai pembelajaran. Sehubungan itu, tujuan pentaksiran boleh dikategori
berdasarkan keperluan individu seperti berikut;

 Murid – memerlukan maklum balas mengenai pencapaian mereka. Oleh itu,


murid mengetahui di mana tahap pencapaian terbaik yang telah dilakukannya
dan dimana tahap usaha yang perlu ditingkatkannya.

 Guru – memerlukan maklumat mengenai kefahaman murid bagi


membolehkannya untuk membuat keputusan yang bijak terhadap apa dan
bagaimana pengajaran yang perlu ditambahkan.

 Ibu bapa – memerlukan maklumat mengenai kemajuan belajar anak. Dengan


itu, ibu bapa dapat mengetahui bidang mana yang anak mereka memerlukan
sokongan tambahan dalam pembelajaran.

 Pentadbir sekolah – memerlukan maklumat mengenai pembelajaran murid


bagi membolehkan mereka memberi sokongan tambahan kepada guru dan
murid jika diperlukan.

 Pembuat dasar – perlu mengetahui pencapaian murid sebagai pendekatan


menguji status pentaksiran dalam pendidikan peringkat negeri/negara.
Maklumat yang diperoleh membolehkan mereka mengetahui tahap
peruntukan/program tambahan untuk tujuan penambahbaikan.

11
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Justeru itu, pentaksiran adalah bersepadu dan berkaitan dengan kurikulum dan
pengajaran seperti dalam rajah 2 berikut;

Pentaksira
n

Kurikulum Pengajaran

Rajah 2

Kesimpulan : Guru yang berkualiti menggunakan bukti dalam pembelajaran


(pentaksiran) untuk memberitahu apa yang telah mereka ajarkan (kurikulum) dan
bagaimana mereka mengajara (pengajaran).

Dalam pendidikan khas, terdapat banyak keputusan yang perlu di buat oleh guru dan
ahli profesional lain yang terlibat dalam perkhidmatan kepada murid berkepelruan
khas. Keputusan perlu dibuat dengan teliti supaya pengajaran dan perkhidmatan
yang disediakan adalah wajar dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh
mereka. Antara keputusan yang perlu dibuat termasuk:

 Siapakah di antara murid di sekolah yang mungkin menghadapi masalah dan


perlu disediakan dengan pendidikan khas?
 Apakah jenis masalah yang dihadapi oleh seseorang murid? Apakah
kelemahan-kelemahan dan kekuatan-kekuatan murid tersebut? Prestasi dalam
bidang apakah yang dijejaskan oleh masalah-masalah yang dihadapinya?
 Apakah jenis penempatan pendidikan yang sesuai disediakan? Apakah
kemahiran yang perlu diajar kepada kepada murid? Apakah perkhidmatan-
perkhidmatan khusus yang sesuai disediakan untuk membantunya mencapai
kemahiran-kemahiran pada tahap yang optimum?
 Adakah nampak keberkesanannya selepas pengajaran dan perkhidmatan
disediakan?
 Adakah program pengajaran yang telah disediakan perlu diteruskan atau
digantikan dengan sesuatu program yang baru?

Berehat seketika

Anda masih mengikuti modul ini dengan penuh minat. Sekarang masa untuk
berehat dan minum secawan kopi.

1.2 PELBAGAI CARA PENGUMPULAN MAKLUMAT

12
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Sebagai guru pendidikan khas, anda harus memahami segala aspek yang
mendalam berkaitan dengan murid. Oleh yang demikian, pentaksiran dan penilaian
yang selalu dijalankan oleh guru di sekolah bertujuan untuk mendapatkan maklumat
berkaitan:

 Kemahiran kognitif
o Kecerdasan
o Memori

 Kemahiran motor
o Motor kasar
o Motor halus

 Kemahiran persepsi
o Persepsi visual
o Persepsi auditori

 Kemahiran akademik
o Bacaan
o Tulisan
o Matematik

 Kemahiran bahasa
o Bahasa eskpresif
o Bahasa reseptif

 Tingkah laku
 Keadaan sosio-emosi

Maklumat yang dikumpul berkenaan aspek–aspek di atas akan memberi satu


gambaran yang komprehensif berkaitan murid, dan menunjuk arah tentang jenis
bantuan dan pengajaran yang perlu disediakan. Dengan demikian, guru boleh
merancang satu program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan individu
setiap orang murid. Seorang guru yang beerkesan akan selalu berpandukan kepada
maklumat pentaksiran untuk mengendali murid di sekolah

Guru- guru pendidikan khas perlu membiasakan diri dengan cara mengumpul
maklumat untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan proses pengajaran-
pembelajaran dan mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid berkeperluan
khas. Maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan-keputusan dalam
pelaksanaan pendidikan khas boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti:

 Rekod dan laporan berkaitan


o Latar belakang keluarga
o Kesihatan murid
o Prestasi akademik dahulu
o Minat murid

 Sampel kerja
o Analisis ralat
o Kualiti kerja

13
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

 Pengujian
o Ujian rujukan norma
o Ujian rujukan kriteria
o Inventori tidak formal
o Kuiz
o Probe
o Analisis tugaan

 Pentaksiran portfolio
 Pemerhatian
 Senarai semak
 Skala pengkadaran
 Temubual

1.2 Sumber-sumber maklumat

 Rekod dan laporan

Seseorang murid bermasalah pembelajaran sudah pasti telah menjalani pelbagai


jenis pentaksiran sebelum dia masuk ke sekolah. Laporan-laporan yang dibuat oleh
para profesional akan memberi banyak maklumat berkaitan murid yang boleh
digunakan oleh guru pendidikan khas. Guru pendidikan khas perlu merujuk kepada
laporan-laporan tersebut untuk mendapat satu gambaran yang lebih menyeluruh
berkaitan murid.

 Sampel kerja

Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampel-sampel
kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah.
Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru pendidikan khas perlu membuat
analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan murid dalam
mata pelajaran yang dipelajari.

 Ujian

Guru pendidikan khas boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan
mentadbirkan ujian-ujian kepada murid. Pengujian boleh ditadbirkan dengan
pelbagai cara mengikut apakah tujuan sebenarnya guru. Nama yang diberikan
kepada sesuatu ujian biasanya menunjukkan tujuannya.

Jenis Ujian Kegunaan Ujian


Ujian untuk mengukur sama ada kemahiran yang
Ujian rujukan kriteria telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai
murid.

Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam


Ujian rujukan norma sesuatu ujian dengan pencapaian orang yang telah
mengambil ujian yang sama.

Ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu

14
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Kuiz pelajaran telah disampaikan untuk menguji sama ada


murid telah memahami apa yang telah diajar.

Jika seorang guru ingin tahu sama ada murid boleh


menjalankan sesuatau tugasan atau ujian dalam
Probe keadaan yang lain., dia boleh memberi tugasan atau
ujian yang sama tetapi dengan sedikit
pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang
berlainan. Guru telah sebenarnya menjalankan
“ probe”.

Pemerhatian Pemerhatian merupakan satu kaedah yang selalu


dijalankan oleh para profesional atau guru untuk
mengumpul maklumat, khusunya berkaitan tingkah
laku seseorang murid. Pemerhatian yang dibuat perlu
direkodkan dan terdapat beberapa cara untuk
merekodkan hasil pemerhatian.

Temubual Guru pendidikan khas boleh mendapat maklumat


berkaitan murid dengan menemubual ibu bapa,
penjaga, guru-guru yang lain atau rakan sebaya
murid. Kaedah temubual sesuai digunakan untuk
tujuan ini.

Latihan 2.1

Rujukan pada satu fail individu murid. Di bahagian depan fail biasanya terdapat borang
yang merekodkan butir-butir peribadi dan latar belakang murid. Kaji format borang itu dan
bandingkan dengan suatu borang lain yang disediakan dalam buku pentaksiran. Buat
penambahbaikan borang yang digunakan di sekolah dan jelaskan apa yang telah anda
lakukan dan kenapa anda lakukan.

Rujuk juga kepada beberapa laporan kesihatan/ perubatan murid. Adakah laporan yang
diberikan dapat membantu anda dalam perancangan pengajaran anda? Beri komen atau
cadangan yang bermanfaat berkaitan bagaimana laporan kesihatan/ perubatan murid
boleh dibuat supaya ia akan menjadi lebih berguna kepada guru.

Syabas dan Tahniah! Anda telah berjaya menamatkan Tajuk 1.


15
PKU 3106 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Anda telah mengikuti modul ini dengan tekun dan sabar. Sekarang masa untuk berehat dan
minum secawan kopi.

16

Anda mungkin juga menyukai