Anda di halaman 1dari 10

PROGRAM ‘SUKANEKA RAKYAT’

BIRO PERMAINAN
ORGANISASI KO-KURIKULUM
POLITEKNIK PARIT RAJA

Tema:

‘TERKENANG SEMASA DULU…


HATIKU BERTAMBAH RINDU...’

Disediakan oleh :

BIRO PERMAINAN
ORGANISASI KO-KURIKULUM
POLITEKNIK PARIT RAJA
PERSIARAN SRI INDAH,
KM: 11, JALAN KLUANG-BATU PAHAT,
86400 BATU PAHAT,
JOHOR DARUL TAKZIM.
1.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bagi tujuan untuk mendapat kelulusan daripada
pihak pengurusan Politeknik Parit Raja untuk mengadakan program ‘Sukaneka
Rakyat’ bagi pelajar-pelajar Biro Permainan Politeknik Parit Raja.

Program ini akan diadakan pada 11 Julai 2002 bertempat di Padang Rugby,
kampus Politeknik Parit Raja (PPR), Parit Raja dengan penglibatan 36 pelajar
organisasi ko-kurikulum dan 8 orang ahli jawatankuasa pelaksana.

2.0 RASIONAL/JUSTIFIKASI

Antara beberapa rasional program ini dijalankan adalah seperti berikut:

2.1 Pendedahan kepada pelajar tentang permainan tradisional rakyat yang


wujud dalam kelompok masyarakat.

2.2 Merehatkan minda pelajar dengan aktiviti non-akademik.

2.3 Berupaya untuk mengembalikan nostalgia mengenai permainan tradisional


rakyat yang jarang kali diadakan.

2.4 Memupuk semangat muhibbah dan kekitaan di kalangan pelajar.

2.5 Sebagai salah satu aktiviti tahunan biro permainan.

3.0 OBJEKTIF

Program ini diharap dapat mencapai beberapa objektif yang telah disasarkan:

3.1 Menyedarkan para pelajar tentang kepentingan dan kesinambungan


permainan tradisional rakyat untuk generasi akan datang agar tidak lenyap
ditelan zaman.

3.2 Membentuk serta mengeratkan semangat muhibbah di kalangan peserta


program.

3.3 Mencungkil bakat kepimpinan, ketrampilan diri dan;

3.4 Memupuk sifat bekerjasama dalam setiap kumpulan peserta.

2
4.0 PERINCIAN AKTIVITI

4.1 Tarikh, masa dan tempat

Program ini akan dijalankan seperti butiran berikut :

Tarikh : 11 Julai 2002 (Khamis)


Masa : 2.00 p.m – 6.15 p.m
Tempat : Padang Rugby, Kampus Politeknik
Parit Raja (PPR)

4.2 Penglibatan

Program ini melibatkan seramai 36 pelajar organisasi ko-kurikulum serta 8


orang AJK Pelaksana. Setiap pelajar adalah diwajibkan untuk mengambil
bahagian.

4.3 Acara permainan yang dipertandingkan


 (Perincian bagi setiap acara permainan boleh rujuk di lampiran A)

4.3.1 Mengambil coklat dalam tepung


4.3.2 Bawa telur dengan menggunakan sudu
4.3.3 Memancing botol
4.3.4 Meniup belon sehingga pecah
4.3.5 Mengisi air dalam botol menggunakan span
4.3.6 Lari dalam guni
4.3.7 Tarik upih/guni
4.3.8 Lari menggunakan terompah tempurung (kasut emas)
4.3.9 Belah buah kelapa
4.3.10 ‘Musical chair’
4.3.11 Makan epal
4.3.12 Pakaian beragam

4.4 Format permainan

4.4.1 Pelajar akan dipecahkan kepada 4 kumpulan dengan 8 ahli bagi


setiap kumpulan dan setiap kumpulan akan dipimpin oleh
seorang ketua yang akan dilantik oleh ahli kumpulan tersebut
semasa pembentukan kumpulan pada masa pendaftaran.

4.4.2 Para ahli yang tidak dapat hadir bagi menjalankan aktiviti
tersebut dikehendaki mengemukakan surat rasmi dengan
menyatakan sebab-sebab yang munasabah. Sekiranya tiada, ahli
tersebut akan dikenakan denda dan kumpulannya akan
kehilangan markah sebanyak 5 point bagi setiap ahli yang tidak
hadir.

3
4.4.3 Setiap kumpulan akan terlebih dahulu diberikan markah
sebanyak 50 point bagi setiap kumpulan.

4.4.4 Taklimat mengenai acara permainan akan diberikan oleh ahli


jawatankuasa penganjur sebelum acara dimulakan dengan
penerangan susunatur permaianan yang akan dimainkan serta
format pemarkahan yang diberikan untuk setiap acara. Bagi
setiap acara yang akan dimulakan, penerangan dan tatacara
tentang acara tersebut akan diberikan terlebih dahulu oleh pihak
penganjur.

4.4.5 Perlaksanaan untuk setiap aktiviti yang akan dijalankan


dinyatakan seperti berikut:-

Acara Aktiviti
1. Mengambil Para peserta dikehendaki untuk mengambil coklat
coklat dalam yang diletakkan di dalam tepung dengan
tepung menggunakan mulut. Peserta dikehendaki berlari dari
garisan A (mula) ke garisan B (tempat item
diletakkan). Peserta yang berjaya memperolehi item
yang diminta dengan masa yang terpantas dikira
pemenang.

2. Bawa telur Para peserta dikehendaki untuk membawa telur


menggunakan dengan menggunakan sudu dan sudu tersebut perlu
sudu diletakkan dimulut oleh setiap peserta. Peserta yang
gagal dalam lariannya dikehendaki untuk
mengulanginya semula di garisan mula. Peserta
dikehendaki berlari dari garisan A (mula) ke garisan
B (tempat item diletakkan). Peserta yang berjaya
adalah dikira berdasarkan masa yang terpantas.

3. Memancing Para peserta dikehendaki untuk memancing botol


botol dengan menggunakan pancing yang direka khas oleh
pihak penganjur. Peserta dikehendaki berlari dari
garisan A (mula) ke garisan B (tempat item
diletakkan) secara bergilir-gilir dengan peserta yang
lain. Pemenang dikira berdasarkan masa terpantas
oleh setiap peserta.
4. Meniup Acara ini dimulakan secara serentak untuk ke semua
belon sehingga peserta (individu). Peserta dikehendaki berlari dari
pecah garisan A (mula) ke garisan B (tempat item
diletakkan). Peserta yang berjaya meniup belon
sehingga pecah dengan masa yang terpantas dikira
sebagai pemenang.

5. Mengisi air Para peserta dikehendaki untuk mengisi air dalam

4
dalam botol botol dengan menggunakan span. Setiap peserta
menggunakan dibekalkan span dan satu baldi air. Tindakan ini perlu
span dilakukan secara bergilir-gilir. Peserta dikehendaki
berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (tempat
item diletakkan). Peserta yang berjaya mengisi air
dalam botol sehingga penuh dan dengan masa yang
terpantas dikira sebagai pemenang.
6. Lari dalam Acara ini dilakukan secara berkumpulan iaitu setiap
guni kumpulan akan dipecahkan kepada dua kumpulan
kecil utama. Setiap peserta dikehendaki berlari dari
garisan A (mula) ke garisan B (ke kumpulan kecil ke-
2). Larian ini dilakukan secara bergilir-gilir. Peserta
yang berjaya melakukannya dalam masa yang
terpantas dikira sebagai pemenang.
7. Tarik guni Acara ini dilakukan secara berpasangan di dalam
setiap kumpulan peserta. Peserta dikehendaki berlari
dari garisan A (mula) ke garisan B (tempat item
diletakkan). Peserta pertama akan menarik
pasangannya iaitu pasangan kedua sehingga ke
garisan B dan sebaliknya apabila sampai di garisan
tersebut peserta kedua pula akan memainkan
peranannya. Peserta yang berjaya melakukannya
dalam masa yang terpantas dikira sebagai pemenang.
8. Lari Acara ini juga dilakukan secara berkumpulan iaitu
menggunakan setiap kumpulan akan dipecahkan kepada dua
terompah kumpulan kecil utama. Setiap peserta dikehendaki
tempurung berlari dari garisan A (mula) ke garisan B (ke
(kasut emas) kumpulan kecil ke-2). Larian ini dilakukan secara
bergilir-gilir. Peserta yang berjaya melakukannya
dalam masa yang terpantas dikira sebagai pemenang.
9. Belah buah Acara ini hanya memerlukan wakil bagi setiap
kelapa kumpulan peserta. Hanya empat orang wakil
diperlukan untuk mengupas buah kelapa sehinggalah
ia dibelahkan. Parang dibekalkan kepada setiap
peserta. Peserta yang berjaya melakukannya dalam
masa yang terpantas dikira sebagai pemenang dan
mewakili kumpulan masing-masing.
10. ‘Musical Acara ini memerlukan dua orang wakil bagi setiap
chair’ kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Peserta akan
bertanding secara berasingan di antara lelaki dan
perempuan. Muzik (lagu) akan dimainkan oleh pihak
penganjur dan peserta dikehendaki untuk berebut
untuk mendapatkan kerusi yang diletakkan apabila
muzik diberhentikan. Peserta yang berjaya
mendapatkan kerusi dalam masa yang terpantas
dikira sebagai pemenang.

11. Makan Acara ini memerlukan kerjasama bagi setiap

5
epal kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Peserta akan
bertanding secara berasingan di antara lelaki dan
perempuan. Peserta dikehendaki untuk makan epal
yang digantung sehingga habis. Peserta yang berjaya
memakan epal sehingga habis dalam masa yang
terpantas dikira sebagai pemenang.
12. Pakaian Acara ini merupakan acara kemuncak permainan.
beragam Setiap kumpulan dikehendaki memilih seorang
peserta untuk dijadikan model. Peserta tersebut perlu
ditutupkan rupanya dengan menggunakan surat
khabar yang dibekalkan. Ahli kumpulan yang lain
perlu bekerjasama dan kreatif dalam usaha untuk
membentuk model-model mereka agar tidak nampak
rupa diri yang sebenar. Setiap kumpulan hanya
dibekalkan ‘salotep’ dan surat khabar sahaja.
Kumpulan peserta yang berjaya membentuk model
mereka dalam tempoh masa yang diberikan dikira
sebagai pemenang.

4.4.6 Markah maksimum yang akan diperolehi oleh setiap kumpulan


adalah sebanyak 94 mata (50 mata bonus + 44 mata acara
permainan).

4.5 Rekabentuk gelanggang permainan (rujuk lampiran B)

4.6 Hadiah

Hadiah akan disediakan oleh pihak penganjur untuk setiap kumpulan


dengan mengambilkira tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat.
Terdapat juga hadiah bagi peraduan ‘Teka Gula-gula’. Semua peserta
program boleh meneka bilangan gula-gula yang terkandung di dalam
sebuah bekas khas yang diletakkan di khemah urusetia.

4.7 Makanan/Minuman

Semasa acara dijalankan air minuman disediakan dan diletakkan di


khemah urusetia. Makanan serta minuman akan diberikan selepas sahaja
selesai semua acara dipertandingkan iaitu pada majlis penutupan program.

4.8 Keselamatan

Pihak penganjur akan menyediakan peti kecemasan (First Aid Kit)


sewaktu program sedang berlangsung. Penganjur juga menyediakan
kenderaan sekiranya berlaku kecemasan/kecederaan.

4.9 Pakaian

6
Para peserta diingatkan agar memakai pakaian yang sesuai bagi
menjalankan aktiviti ‘Sukaneka Rakyat’ ini. Penggunaan/pemakaian
selipar, barangan kemas dan telefon bimbit adalah tidak dibenarkan sama
sekali.

5.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK DAN BIDANG TUGAS

5.1 Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat Program : En. Mahmad Amir Bin Radzali

Pengarah Program : En. Ahmad Yusri Bin Mohamad

Timbalan Pengarah : Pn. Fauziah Bt. Aziz

Setiausaha : En. Haziri Bin Husain

Bendahari : Cik Faizatul Hafilah Bt. Abdul Halim

AJK Logistik : En. Charles Muling

AJK Cenderahati : Pn. Azmanirah Bt. Abdul Rahman

AJK Tugas Khas : Pn. Aina Haslinda Bt. Anuar


Cik Halida Bt. Harun

5.2 Bidang Tugas AJK

5.2.1 Pengarah Program

5.2.1.1 Memantau setiap AJK menjalankan tugas dan


memastikan program berjalan dengan lancar.

5.2.1.2 Berurusan dengan pihak pengurusan untuk kelulusan


kertas kerja dan pelaksanaan program.

5.2.2 Timbalan Pengarah Program

5.2.2.1 Membantu Pengarah Program menjalankan tugas


seperti 5.2.1.1 dan 5.2.1.2

5.2.3 Setiausaha

7
5.2.3.1 Menyediakan minit mesyuarat.
5.2.3.2 Menyediakan urusan surat-menyurat rasmi.
5.2.3.3 Menyediakan kertas kerja.

5.2.4 Bendahari

5.2.4.1 Menyediakan anggaran belanjawan program.


5.2.4.2 Mengumpul dan memegang kutipan yuran program.
5.2.4.3 Bertanggungjawab ke atas perbelanjaan program.
5.2.4.4 Memantau prestasi kewangan.

5.2.5 AJK Logistik

5.2.5.1 Menyediakan segala peralatan yang diperlukan.


5.2.5.2 Mengatur dan menyediakan gelanggang untuk
pertandingan acara.
5.2.5.3 Membekalkan makanan dan minuman kepada peserta.

5.2.6 AJK Cenderahati

5.2.6.1 Menyediakan hadiah untuk setiap pemenang.


5.2.6.2 Bertindak sebagai urusetia program.
5.2.6.3 Memastikan perjalanan acara program berjalan dengan
baik seperti yang dirancangkan.

5.2.7 AJK Tugas Khas

5.2.7.1 Memberi taklimat dan penerangan bagi setiap acara


yang akan dimulakan.
5.2.7.2 Menyediakan format pertandingan dan pemenang.
5.2.7.3 Bersedia jika berlaku kecemasan sewaktu menjalankan
acara.
5.2.7.4 Menyediakan kenderaan sekiranya berlaku kecemasan.

6.0 TENTATIF PROGRAM

8
Tarikh Masa Aktiviti Tempat

11 Julai 2002 2.00 ptg Semua peserta berkumpul dan Padang Rugby
(Khamis) pendaftaran Politeknik Parit
Raja
2.15 ptg Bacaan doa selamat

2.20 ptg Ucapan aluan dan perasmian oleh


penasihat program

2.40 ptg Ucapan pengarah program

2.45 ptg Taklimat acara permainan

3.00 ptg Acara permainan ‘Sukaneka


Rakyat’ dimulakan (perincian bagi
setiap acara permainan boleh rujuk
di lampiran A)

5.45 ptg Acara permainan tamat

5.50 ptg Majlis penutup program


- Ucapan penutup program
- Penyampaian hadiah
kepada peserta program

6.15 ptg Bersurai

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM

9
Pendapatan

Kutipan yuran peserta RM 8 @ 36 orang RM 288.00

(-) Perbelanjaan

Peralatan permainan RM 92.00


Makanan & minuman RM 96.00
Hadiah (peserta dan penasihat) RM 90.00
Belanja pentadbiran RM 10.00

Jumlah RM 288.00 RM 288.00

Lebihan/Kurangan RM 0.00
========

8.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar segala objektif dan tujuan yang telah dirancang dalam
kertas kerja ini dapat dicapai dengan jayanya. Sehubungan itu, kami amat
berharap agar kertas kerja ini mendapat pertimbangan dan kelulusan yang
sewajarnya daripada pihak tuan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................ ...............................................
HAZIRI BIN HUSAIN AHMAD YUSRI B. MOHD
Setiausaha Pengarah
Program ‘Sukaneka Rakyat’ Program ‘Sukaneka Rakyat’
Biro Permainan Biro Permainan

10

Anda mungkin juga menyukai