Anda di halaman 1dari 2

1.

TAJUK

PROGRAM ORIENTASI MURID BARU PROGRAM PENDIDIKN KHAS INTEGRASI SMK KELAPA
SAWIT TAHUN 2018

2. PENERAPAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM)

Anjakan Ke-3 : Melahirkan rakyat Malaysia dengan menghayati nilai.


Aspirasi murid : i) Etika dan kerohanian
ii) Pengetahuan
iii) Identiti Nasional
iv) Kemahiran Memimpin
v) Kemahiran Berfikir
Aspirasi Sistem : Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan

3. PENGENALAN

Minggu orientasi merupakan suatu tempoh waktu yang dikhaskan untuk murid-murid baru
mengenali serta menyesuaikan diri dengan sekolah, rakan-rakan dan guru-guru baru.
Sehubungan itu Kelas Pendidikan Khas SMK Kelapa Sawit telah mengambil inisiatif untuk
mengadakan program sebegini. Melalui program ini, keyakinan serta motivasi diri pelajar dapat
dipupuk agar mereka lebih bersedia menghadapi hari-hari persekolahan dengan lebih berkesan.

4. ANJURAN

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Kelapa Sawit

5. RASIONAL

Program ini memberi peluang kepada murid-murid baru bahawa mereka sesuai berada di
sekolah ini. Murid-murid ini juga mempunyai potensi untuk belajar sepertimana murid-murid
yang lain. Mereka wajar diberikan orientasi supaya keyakinan dan motivasi diri untuk belajar
dapat dipupuk serta ditingkatkan.

6. OBJEKTIF

1. Memberi peluang kepada murid-murid baru bergaul dengan warga Kelas SMK Kelapa Sawit.
2. Membolehkan murid-murid baru mengenali sekolah dan persekitaran dengan lebih dekat.
3. Memupuk keyakinan serta meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
4. Memaksimumkan pencapaian pelaksanaan aktiviti-aktiviti program Pendidikan Khas.
7. SASARAN

Murid-murid baru Pendidikan Khas.

8. TARIKH

01 Januari 2018 hingga 04 Januari 2018

9. TEMPAT

Kelas Pendidikan Khas SMK Kelapa Sawit

10. SUMBER KEWANGAN

Ibu bapa pelajar

11. JAWATANKUASA
-Rujuk Lampiran
11. ANGGARAN BELANJAWAN MENGURUS PROGRAM

1. Tanda nama + tali tanda nama


2. Alat tulis ( Untuk aktiviti orientasi)

12. PENUTUP

Dengan adanya program seperti ini, membolehkan murid-murid baru ini menyesuaikan diri
dengan persekitaran baru. Selain itu, murid-murid juga dapat mengenali warga di Kelas
Pendidikan Khas SMK Kelapa Sawit khasnya. Program seperti ini diharapkan akan dapat
memberi perubahan positif seperti mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi. Akhir
sekali dengan adanya minggu orientasi seperti ini, secara tidak langsung membolehkan murid-
murid mendisiplinkan diri dan bersungguh-sungguh belajar bersama-sama rakan-rakan lain.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

( ) ( )

Disahkan oleh,

( )