Anda di halaman 1dari 4

BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI (LATIHAN BERFOKUS)

Arahan: Jawab Semua Soalan


Bahagian C: Kuantitatif (Masa: 1 Jam)
1. Dalam sebuah ekonomi, faktor-faktor pengeluaran yang tersedia dan sepenuhnya digunakan dapat
mengeluarkan barang industri dan barang pertanian mengikut beberapa kombinasi berikut:
Kombinasi Barang Industri (unit) Barang Pertanian(unit) (a) i
A 0 500 .
B 50 450
C 100 350
D 150 200
E 200 0
Lukiskan keluk Kemungkinan Pengeluaran ekonomi tersebut. [2]
ii. Nyatakan 2 andaian penting untuk membina Keluk Kemungkinan Pengeluaran. [2]
(b) Apakah bentuk Keluk Kemungkinan pengeluaran yang anda peroleh?.Mengapakah ia berbentuk demikian?[2]
(c) Apakah yang berlaku apabila isi rumah mengkehendaki kombinasi yang berikut?
(i) 150 unit barang industri dan 250 unit barang pertanian
(ii) 100 unit barang industri dan 200 unit barang pertanian [2]
(d) Kirakan kos lepas untuk menghasilkan barang industri apabila berlaku perubahan kombinasi B ke C dan
kombinasi C ke D [2]

2. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi kemungkinan pengeluaran bagi sebuah ekonomi.

Kombinasi Kereta (unit) Televisyen (unit)


A 0 50
B 1 48
C 2 42
D 3 32
E 4 18
F 5 0
(a) Di atas kertas graf, lukis keluk kemungkinan pengeluaran ekonomi itu. [2]
(b) Hitung kos lepas untuk mengeluarkan 2 unit kereta. [2]
(c) Hitung kos lepas untuk mengeluarkan 3 unit kereta. [2]
(d) Apakah yang berlaku kepada kos lepas untuk mengeluarkan kereta apabila lebih banyak kereta dihasilkan?
Berikan alasan anda. [3]
(e) Apakah yang berlaku dalam ekonomi, jika 3 unit dan 20 unit televisyen dikeluarkan? [1]

3. Jadual berikut menunjukkan jadual Keluk Kemungkinan Pengeluaran untuk 2 barang iaitu Kereta
Proton dan Kereta Perodua.
Kombinasi Kereta Proton Kereta Perodua

A 0 15
B 1 14
C 2 12
D 3 9
E 4 5
F 5 0

(i) Lakarkan dan labelkan Keluk Kemungkinan Pengeluaran tersebut. (4 Markah)


(ii) Apakah yang ingin ditunjukkan oleh KKP tersebut. (2 Markah)
(iii) Tandakan titik-titik berikut dan nyatakan alasan anda :
(1) Titik P untuk pembaziran (1Markah)
(2) Titik J untuk kecekapan (1Markah)
(3) Titik S untuk kekurangan (1Markah)
(4) Titik tingkat Guna Tenaga Penuh (1Markah)
1(a) Terangkan 3 sebab kerajaan perlu campurtangan dalam kegiatan ekonomi. [6m]
(b) Huraikan 2 cara bagaimana kerajaan boleh campurtangan untuk mengatasi kelemahan
Ekonomi Pasaran Bebas. [4m].

2(a) “Walaupun Ahli Ekonomi berpendapat bahawa Sistem Ekonomi Pasaran Bebas adalah
yang terbaik, tetapi tidak ada sebuah negara pun yang mengamalkan sistem ini secara
total”. Bincangkan. [10m]

3. Jelaskan bagaimana Sistem Pasaran Bebas menyelesaikan masalah:


a) Penggunaaan Sumber [3m]
b) Pengeluaran Barang [4m]
c) Pengagihan Barang Kepada Masyarakat [3m]

4(a) Terangkan perbezaan antara tanah dengan cahaya matahari. [6m]


(b) Jelaskan 2 masalah asas ekonomi dalam pengeluaran teh. [4m].
5(a) Huraikan dengan contoh yang sesuai masalah ekonomi yang dihadapi pada peringkat
individu, firma dan kerajaan. [6m]
(b) Berikan 2 andaian dalam membentuk Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP). [4m]

6(a) Terangkan 2 kelebihan Ekonomi Perancangan Pusat berbanding dengan Ekonomi


Pasaran Bebas. [4m]
(b) Huraikan 3 ciri-ciri Ekonomi Campuran. [6m]

Soalan Tamat ......Selamat Menjawab...


Semua Perkara Adalah Sukar Sebelum Ia Menjadi Senang

Bahagian B : Jawab satu soalan sahaja daripada bahagian ini.