Anda di halaman 1dari 2

... Amalan Harian ...

DOA DAN WIRID UNTUK PELAJAR


SURAH AL FATEHAH ? Doa pembuka kepada segala urusan

SURAH AL `ALAK (Ayat 1 ? 5) - Anak kunci segala ilmu

SURAH ASY-SYARH ? Untuk melapangkan dan melegakan hati

SELAWAT NABI S.A.W ? Doa terang hati


Dibaca 11 kali dikala hendak ke sekolah.

DOA SUPAYA MENJADI PAKAR TENTANG SESUATU PERKARA


Allahummaftah `alaya futuuhal `arifiin. Wa
faqqihni fiiddiin. "Ya Allah, terangkanlah hatiku seperti
terangnya hati-hati orang yang arif. Fahamkan aku perkara agama
ku."

DO'A MENDAPAT ILHAM ATAU IDEA YANG BAIK


Allahumma alhimni rusydii wa a'idznii min syarri nafsi.
"Ya Allah, berilah aku ilham petunjuk (kecerdasan) dan
lindungilah aku dari kejahatan nafsuku."

DO'A KETIKA HENDAK BERSYARAH ATAU BERBAHAS


Rabbisy rahli sadri wa yassirli amri wahlul `uqdatan min lisani
yafqahu qauli. "Ya Allah! Lapangkanlah dadaku,
mudahkanlah pekerjaanku (urusanku) dan lancarkanlah
lidahku agar mereka faham pembicaraanku."

DO'A MOHON DITAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN


Rabbi zidnii `ilman warzuqni fahman "Ya Tuhanku,
tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman
(pengertian yang baik dan fahaman).

WIRID UNTUK MENDAPAT ILMU DENGAN HIKMAH


Ya `Aliimu Ilman Hikmah "Wahai Tuhan Yang Maha
Mengetahui Ilmu Yang Berhikmah"

WIRID UNTUK PELAJAR


Dibaca selepas solat (7 kali) supaya diberi petunjuk,
ilmu, kepakaran yang nyata.
Ya Haadii Ya "Aliimu Ya Khabiru Ya Mubiin.
"Wahai Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk,
Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui, Wahai
Tuhan Yang Maha Waspada Wahai Tuhan Yang
Nyata"

DOA KETIKA KEGELAPAN FIKIRAN (mental block)


Dibaca sewaktu menduduki peperiksaan

Ya Haadi, ihdinii.
"Wahai Tuhan Yang Memberi Petunjuk, tunjuki aku"

WIRID UNTUK MENJADI BIJAK PANDAI


Ya Rasyidu

Dibaca sebanyak mungkin selepas solat


"Wahai Tuhan Yang Maha Pandai" Jika kita ingin
menjadi orang yang bijak pandai, di samping kuat
belajar dan menuntut ilmu pengetahuan dan
mengembangkan bakat masing-masing, eloklah
bermohon kepada Allah dengan berulangkali
berzikir kalimah di atas sebanyak mungkin,
semoga akan berjaya.

WIRID UNTUK "MELIHAT" YANG DI RAHSIAKAN


Alaa Ya'lamu Man Khalaq Wahuwal Lathiiful Khabiir
"Tidakkah Dia mengetahui apa yang Dia ciptakan,
sedangkan Dia Maha Halus lagi Maha Mengetahui".
Jika dibaca 9 kali ketika hendak tidur dan
beristiqamah dengannya, insya-Allah ia akan bermimpi
dan melihat dalam tidurnya akan sesuatu yang dikehendakinya.