Anda di halaman 1dari 3

Pada suatu petang yang hening, sepasang suami isteri sedang

berbual-bual sambil si suami memperbaiki jala yang rosak…


Ibu : Abang…., macam mana dengan duit belanja tu…abang dah
hantar ke belum?
Si ayah memandang wajah si ibu sambil mengeleng-ngelengkan
kepala….
Ibu hanya mendiamkan diri, wajahnya sedih….memikirkan tentang
anaknya Izzah yang berada di pusat pengajian tinggi di ibu negara.
Ayah : Belum Mah, abang ingat esok abang tulis surat pada
Izzah…duit simpanan kita pun dah tinggal sikit, tambahan
pula musim tengkujuh ni...Mah jangan bimbang nanti
abang kirim…..
Ayah mengambil kertas dari buku catatan hutangnya pada tauke
ikan lalu mencatat sesuatu pada kertas usang itu….

Kehadapan anakandaku Izzah, ayah harap Izzah sihat di sana. Ayah


dan ibu di sini macm biasa. Maafkan ayah kerana lambat untuk
mengirim duit untuk perbelanjaan Izzah bulan ini. Di sini ayah
kirimkan dua ratus ringgit untuk perbelanjaan Izzah di sana.
Sekarang musim hujan ayah tak dapat turun ke laut, kalau ayah ada
rezeki lebih insyaallah ayah akan kirimkan lagi pada Izzah.

Izzah,

Ayah harap Izzah dapatlah berjimat cermat semasa di sana, Izzah


kena ingat kita orang susah, Izzah jangan terikut-ikut dengan rakan-
rakan Izzah yang berada… Ayah memang tak mahu Izzah
ketinggalan dari rakan-rakan Izzah.

Jangan lupa sembahyang dan jaga diri semasa berada di sana.


Emak, angah, achik dan adik kirim salam pada Izzah, kami semua
sayangkan Izzah.

Ayah,

Hussin Awang

Izzah membaca warkah daripada ayah, tanpa disedari air mata


menitis pada kertas usang yang ayah kirim.

Bisik dalam hatinya.....kasihan ayah

Izzah mengambil kertas kajang lalu membalas surat ayah.

Kehadapan ayahandaku Hussin, semoga ayah, emak dan adik-adik


sihat hendaknya.

Ayah,

Terima kasih ayah kerana mengirim duit belanja untuk Izzah.


Maafkan Izzah kerana menyusahkan ayah. Tak pe ayah duit tu dah
cukup untuk perbelanjaan Izzah. Izzah akan cuba berjimat
cermat.Nasihat ayah akan sentiasa Izzah ingat. Izzah akan belajar
dengan bersungguh-sungguh. Izzah berdoa semoga ayah dan emak
sentiasa sihat....amin.
Izzah rindukan ayah, emak dan adik-adik. Kirim salam Izzah pada
emak dan adik-adik.

Izzah sayang semua.

Anakmu,

Izzah Hussin