Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

PENDIDIKAN TEKNIK
KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI
71760 BANDAR ENSTEK, NEGERI SEMBILAN

KERTAS CADANGAN AKTIVITI

NAMA PERMAINAN:

BOLING PADANG

KUMPULAN PENGELOLA / PENGANJUR :

OLE OLE SUPERBOWL

TARIKH :

27 OKTOBER 2017

MASA PROGRAM :

4.30 petang – 5.30 petang

TEMPAT :

PANTAI PULAU PANGKOR

1
1.0 PENDAHULUAN

Bowling adalah sejenis permainan yang dimainkan dengan meleret bola dengan
menggunakan satu tangan. Bola boling akan dileret ke 10 buah pin (botol) yang telah
disusun. Permainan boling padang ini merupakan inovasi kepada aktiviti boling biasa
dan ia merupakan satu aktiviti riadah yang sihat dan dapat mengisi masa yang terluang
semasa berada di Pulau Pangkor. Permainan ini akan dijalankan ke atas 6 kumpulan
yang melibatkan semua siswa pendidik 7PISMP TESL dan RBT IPG Kampus
Pendidikan Teknik.

2.0 MATLAMAT

Aktiviti yang dilaksanakan ini bertujuan untuk membina kecerdasan fizikal dengan
melibatkan diri secara aktif mengikut kebolehan dan kemampuan diri siswa pendidik. Ia
juga dapat membantu murid membentuk keyakinan diri, semangat kerjasama dan
meningkatkan penjagaan kesihatan diri.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melatih siswa pendidik untuk berdisiplin dengan mematuhi arahan dan
peraturan yang ditetapkan

3.2 Membina dan meningkatkan hubungan silaturahim antara siswa pendidik.

3.3 Meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan jasmani siswa pendidik

3.4 Memupuk semangat bekerjasama, berdaya saing antara kumpulan serta


mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

2
4.0 LOGO AKTIVITI (PERMAINAN)

Boling Padang
5.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 27 Oktober 2017 .

4.2 Dilaksanakan selama 1 jam

4.3 Masa pelaksanaan ialah antara jam 4.30 petang – 5.30 petang.

4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

6.0 TEMPAT

Pantai Pulau Pangkor

5.1 Kawasan luas dan sesuai dengan aktiviti yang dirancang.

5.2 Tidak perlu mengenakan sebarang bayaran.

5.5 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan


sepenuhnya pada peserta dalam menjalankan aktiviti.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah peserta : Semua siswa pendidik 7 PISMP TESL dan RBT

7.2 Jumlah AJK pelaksana :3 orang

3
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Pn. Rashida Binti Awang


En. Mohamad Arshad bin Mohd Ali

AJK Pelaksana : Teo Khim Siang


Ros Amani binti Abdul Rahim
Tee Rui Jie

9.0 SYARAT AKTIVITI

9.1 KEMASUKAN/PENYERTAAN

9.1.1 Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil untuk menyertai

aktiviti permainan.

9.1.2 Sebarang pertanyaan mengenai aktiviti permainana boleh merujuk

kepada AJK pelaksana.

9.2 PERATURAN AKTIVITI

1) Setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk menyertai permainan


ini dan semua siswa pendidik diberi peluang untuk mencuba.

2) Pemain tidak dibenarkan melepasi garisan yang ditetapkan.

3) Pemain hanya dibenarkan meleret bola dan tidak dibenarkan membaling atau
melontar bola.

4) Pemain perlu mendengar isyarat daripada AJK pelaksana iaitu selepas


mendengar isyarat wisel barulah pemain dibenarkan memulakan permainan.

5) Pemain yang meleret bola sebelum wisel ditiup akan ditolak markah.

6) Pemain perlu menjatuhkan botol sebanyak yang mungkin untuk mengumpul


markah kumpulan masing-masing.

7) Kumpulan yang mendapat markah yang paling tinggi dikira sebagai


pemenang.

4
Pin (botol)

 Pin merah : 5 markah


 Pin biasa : 1 markah
longkang  Markah untuk setiap
kumpulan akan dicatat oleh
AJK pelaksana.
 Jarak lorong
lorong Panjang : 2.0m
Lebar : 0.5m

pemain

10.0 CADANGAN BELANJAWAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk permainan ini:

Bil Perkara Kuantiti RM Catatan


1. Pita pengukur 1 0.00 Stor sukan
2. Kon kecil 4 0.00 Stor sukan
3. Bola baling (handball) 2 0.00 Stor sukan
4. Botol mineral 20 RM 20.00 Sendiri
5. Stiker 1 RM 4.00 Sendiri

JUMLAH RM 24.00

11.0 PENUTUP

Diharapkan aktiviti permainan ini akan memupuk semangat kesukanan dan berdaya
saing yang sihat dalam kalangan siswa pendidik 7 PISMP TESL dan RBT. Semoga
cadangan ini diluluskan dan akan terlaksana dengan jayanya.

5
Lampiran 1

6
7
LAMPIRAN 2

Borang Penyertaan Aktivti Persatuan Bahasa DPLI-UTM 2012

Pengurus Kumpulan : _________________________________

Aktiviti 1

Peserta

Bil Nama Bahagian Kad Matrik


1 Pelakon
2 Peserta
3 Peserta
4 Peserta

Aktiviti 2

Peserta

Bil Nama Kad Matrik


1
2
3
4

Saya faham bahawa pihak penganjur aktiviti akan mengambil segala langkah
keselamatan yang sewajarnya. Dengan ini saya memberi pengakuan bahawa saya
tidak akan membuat apa-apa tuntutan atau mengambil apa-apa tindakan undang-
undang atau mahkamah terhadap tuan, wakil tuan, penganjur atau sesiapa yang
berkaitan dengan aktiviti di atas apa-apa kemalangan, kematian, kecacatan anggota
atau kehilangan anggota dan sebarang kecederaan lain terhadap kumpulan saya yang
berlaku dalam perjalanan pergi dan balik semasa aktiviti.

2. Saya memberi kebenaran kepada pihak penganjur atau wakilnya memberi apa-
apa rawatan atau pertolongan perubatan jika di dapati perlu.

Tarikh …………………………. ………………………………................

Tandatangan Pengurus Kumpulan

Anda mungkin juga menyukai