Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual

Tarikh : 14 Ogos 2014

Tahun : 4 Amanah

Bidang : Membentuk dan membuat binaan

Aktiviti : Bunga Hiasan

Tema : Alam Sekitar

Tajuk : Ros Kertas

Masa : 1 Jam

Bilangan Murid : 40 orang (20 L /20P)

Media : -

Alat – Gunting,

Bahan – Gam, Kertas dan putik kapas

Bahan Bantu Mengajar : Papan tulis,hasil karya guru,bunga ros,audio


LCD projektor

Elemen Merentas Kurikulum: Keusahawanan, Kreativiti Dan Inovasi

STANDARD KANDUNGAN :
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, ruang, kepelbagaian, imbangan
serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada objek alam semula jadi dan karya seni
dalam penghasilan mobail.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi kegunaan media dan
teknik dalam penghasilan mobail.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber,kajian dan teknologi dalam penghasilan mobail.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual dan sejarah
seni.

HASIL PEMBELAJARAN :
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
1. menyenaraikan 3 fungsi bunga hiasan di dalam kehidupan seharian.
2. menghasilkan bunga ros kertas berdasarkan kreativiti sendiri.
3. Menilai hasil karya yang dihasilkan oleh diri sendiri dan karya rakan-rakan.

STANDARD PEMBELAJARAN :

1.1. Persepsi Estetik – Murid dapat mengenal dan memahami bahasa seni visual yang ada
pada bunga hiasan .

1.1.1 Unsur seni

1.1.1.1 Bentuk – konkrit


1.1.1.2 Ruang- Nyata

1.1.2 Prinsip Rekaan

1.1.2.1 Kepelbagaian – bentuk


1.1.2.2 Imbangan – simetri atau tidak simetri,gabungan imbangan
1.1.2.3 Ritma dan pergerakan – Susun atur kelopak ros kertas.

1.2. Aplikasi Seni – Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta
proses dan teknik dalam bunga hiasan.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media

1.2.1.1 Alat- Gunting


1.2.1.2 Bahan – gam, kertas, putik kapas.

1.2.2 Mengetahui penggunaan media,teknik dan proses dalam penghasilan karya

1.3. Ekspresi Kreatif – Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan,kefahaman bahasa seni


visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya

1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif

1.3.2 Guna bahasa seni visual iaitu bentuk,ruang,imbangan serta dalam penghasilan
karya

1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya.

1.4. Apresisasi Seni – Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual

1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan secara kreatif

1.4.2 Menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

1.4.3 Menggantungkan bunga hiasan yang dihasilkan.


STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI CATATAN
Set Induksi  Klip Video lagu
 Guru memainkan lagu “Mawar Melati”
“Mawar, Melati “ sambil  BBM : LCD
membawa bunga ros projektor
kepada setiap pelajar.
 Guru mengaitkan lagu
dengan pembelajaran pada
hari ini.
Persepsi Estetik
 Guru mempamerkan contoh  BBM-Hasil karya
bunga ros kertas. guru
 Guru menyatakan definisi
 Slideshow -
bunga hiasan
powerpoint
 Guru membincangkan
bahasa seni visual yang
terdapat pada ros kertas
 unsur seni-
bentuk,ruang
 prinsip rekaan –
kepelbagaian,imbangan,
pergerakan
 Fungsi bunga hiasan

Aplikasi Seni
 Guru menyatakan media yang
akan digunakan dalam
penghasilan bunga hiasan-ros
kertas..
i. Gunting
ii. Gam
iii. Kertas
iv. Putik Kapas
Ekspresi Kreatif  Video
 Guru menunjukkan cara “Demonstrasi
penghasilan Bunga Hiasan- Ros Kertas “
Ros Kertas melalui  KBKK-
tayangan video : penjanaan idea.

i. Langkah 1  EMK – kreativiti


Lipat dua helai kertas dan inovasi
dengan saiz yang berbeza
kemudian guntingkannya

ii. Langkah 2
Lipat kertas tersebut
kepada lapan bahagian
kecil

iii. Langkah 3
Gunting membentuk
kelopak ros. Gunting
sedikit di bahgian bawah
kelopak.

iv. Langkah 4
Ulang langkah yang sama
bagi kertas bersaiz besar

v. Langkah 5
Gulungkan kedua dua
bahagian kelopak kecil
menggunakan putik kapas.

vi. Langkah 6
Cantumkan kebelahan di
bahagian bawah kelopak
Apresiasi Seni Visual  KBKK -
 Murid mempamerkan bunga Kecerdasan
hiasan- ros kertas masing - pelbagai (verbal
masing. linguistik)
 Seorang murid diminta
berlakon sebagai penjual
Bungan hiasan-ros kertas.

Penutup  Slideshow-
 Murid Murid menjawab kuiz powerpoint
mengenai bunga hiasan.  KBKK –
pemikiran secara
kritis dan kreatif

Anda mungkin juga menyukai