Anda di halaman 1dari 5

MENGENAL BUKU

Apakah Buku

Buku ialah helaian-helaian kertas terjilid yang bercetak. Ia biasanya mengandungi:

 Nama pengarang
 Nama pengarang bersama
 Nama penerbit
 Tempat terbit
 Tahun terbitan
 Muka surat bercetak terakhir
 Bibliografi
 Indeks
 Pendahuluan
 Pengenalan
 Kata-kata aluan
 Kata penghantar

Jenis Buku

Bahan buku termasuklah:

 Jurnal/Majalah
 Laporan Teknikal
 Kertas Kerja Persidangan
 Paten
 Standard/Piawaian
 Tesis /Disertasi
 Catalog Perdagangan
 Ensiklopedia
 Kamus
 Tesauri
 Atlas
 Gazetiar
 Buku Tahunan
 Almanak
 Indeks
 Abstrak
 Bibliografi
 Ulasan/Ulasan Artikel
 Direktori
 Biografi
 Buku Panduan

Kegunaan bahan buku

Untuk mengetahui maklumat ringkas mengenai sesuatu perkara

 Sebagai tempat permulaan apabila menceburi bidang tertentu

Fungsi dan Peranan Bahagian-bahagian Buku

Kulit hadapan buku


MENGENAL BUKU

Kulit buku boleh jadi dibuat dalam bentuk:

o Hard cover
Penting bagi bagi buku yang sering digunakan untuk mencari maklumat dan digunakan oleh dua atau tiga
orang.
o Soft cover
Paper back lebih merujuk kepada bahan penulisan novel. Bahan buku biasanya dibaca sekali atau dua dan
tidak digunakan berulang kali untuk membuat rujukan. Oleh itu, ia lebih praktikal dibuat dalam bentuk
paper back.

Kulit buku mengandungi:

o Tajuk/nama buku
o Nama penulis
o Nama penerbit

Muka surat tajuk dalaman (Inner Title Page)

o Kandungan dalam muka surat ini:


Seperti kandungan kulit hadapan buku tetapi maklumatnya lebih terperinci iaitu nama penuh penulis, tajuk
penuh buku, nama penerbit dan alamat penerbitan
o Keunikan muka durat ini:
Perkara yang disebut di atas dicetak dengan bentuk fon yang berbeza. Tajuk-fon tertebal dan terbesar,
diikuti dengan nama penulis dan fon yang kecil ialah nama penerbit.
o Keperluan :
Ia adalah untuk membolehkan kulit buku dibalut, iaitu seperti buku yang ada jaket biasanya tiada nama
buku, penulis dan penerbit di atasnya.

Kulit buku

Kulit buku depan Kulit buku dalam


o Judul buku o Blurb
o Nama Penerbit/Penulis o Kod Jalur
o Logo Penerbit o Biodata Penulis
o Nombor Siri o Judul lain dalam Siri
o Maklumat untuk Promosi o Ulasan Buku

Bahagian Dalam Buku

o Bahagian awalan (Front Matter/Preliminaries/Prelims)


o Kandungan (Text)
MENGENAL BUKU

o Bahagian akhiran (Back Matter/End Matter/Reference Matter)

Ciri-ciri bahagian dalam buku

o Penomboran Bahagian Awalan


o Halaman Rekto – halaman kanan guna nombor ganjil
o Halaman Verso – halaman kiri guna nombor genab

Bahagian Awalan Bahagian Akhiran


o Halaman Separuh Judul (half -title page) o Apendiks –Appendik-Rekto
o Halaman Ilustrasi Muka (Fronties Piece) o Nota – Notes – Rekto
o Tajuk dalam Siri/Senarai Penyumbang Kosong o Glosari – Glossary
o Halaman Judul o Bibliografi – Bibliography
o Halaman Hak Cipta o Indeks - Index
o Halaman Dedikasi (Dedication/Epigraph)
o Kosong
o Halaman Kandungan
o Senarai Ilustrasi
o Senarai Jadual
o Pendahuluan – Foreword
o Kata Aluan- Preface
o Penghargaan-Acknowledgement
o Pengenalan

Muka Surat Cip/Editor/Penerbit (Cip/Editors/Publishers Page)

Simbol ©

Simbol ©/copyright (hak cipta terpelihara) untuk memaklumkan kepada pembaca tentang hak kepunyaan penulis,
iaitu tiada sesiapa dibenarkan menyalin, menyunting, menyadur secara terus atau secara interpretasi atau dalam apa
bentuk sekalipun sebarang bahagian buku ini tanpa kebenaran penulis tetapi pada kebiasaanya boleh digunakan
untuk tujuan lain – seperti dalam bidang akademik seperti penulisan kertas kerja, seminar dll.

*Tujuan kita ialah untuk pembaca menilai dan mengiktiraf karya penulis atas titik peluh yang dicurahkan untuk
menghasilkan karyanya itu.

*Tidak bolehlah kita pada bila-bila masa dalam apa bentuk sekalipun mencari keuntungan kewangan daripada karya
penulis tanpa keizinannya.

Bahan Hakcipta

Satu kenyataan yang mengingatkan bakal pembaca, pengkaji dan penulis untuk meminta izin penerbit ada
dinyatakan sama. Ini dipanggil “Permission To Publish”. Ia biasanya dinyatakan pada halaman Hak Cipta.

Catalogue in Publication (CIP)

Maklumat yang terkandung:


MENGENAL BUKU

o Nama penulis
o Tajuk buku
o Klasifikasi buku mengikut subjek
o Nombor Panggilan Perpustakaan atau Library of Congress (L of C), Book Classification/Dewey Decimal
System (DDS) Book Classification

Tahun Penerbitan

Contoh: 1999

Edisi Buku

Ini bermaksud buku tersebut telah melalui beberapa perubahan pada isi kandungan, bahasa, ciri-ciri editorial
ataupun typographical dan juga mungkin pada keseluruhan buku itu.

ISBN/ISSN

International Standard Book Number /International Standard Serial Number dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara
dan setelah diluluskan oleh KDN

Ia digunakan untuk mengenalpasti, memudahcara tempahan dan mengesan pergerakan/pengedaran dengan


penggunaan komputer.

Tracing

Menunjukkan bidang-bidang lain yang sesuai digunakan buku tersebut (dicetak selepas call number – I.. II… III…)

Bahan Kandungan

o Terletak di antara Bahagian Awalan dengan Bahagian Akhiran


o Terdiri daripada tajuk bahagian, tajuk bab dan pecahan tajuk bab
o Kaedah penomboran bab tersusun

Penomboran Bab

o Bab pertama adalah permulaan bab


o Cara penulisan nombor bab berbeza dengan cara penulisan nombor yang kreatif
o Tajuk bab tidak melebihi tiga baris dan disusun seimbang
o Pecahan tajuk disusun mengikut status

Kandungan Buku

o Teks
o Ilustrasi
o Reka bentuk dan reka letak
o Elemen penyuntingan dan tipografi

Isi Kandungan (Table of Content)

Isi kandungan ialah :


MENGENAL BUKU

o Bahagian di mana penulis mempamerkan organisasi isi kandungan bukunya dengan menyusun tajuk yang
diberi dan menetapkan bahagian-bahagiannya yang tertentu. Secara am ia menunjukkan organisasi buku
iaitu senarai tajuk mengikut bab.
o Kita dapat mengetahui
 Hierarchy idea, konsep yang hendak diutarakan. Biasanya ia bermula daripada umum kepada
khusus (general to specific) atau yang mudah kepada yang sukar (simple to complex) atau yang
asas kepada yang mendalam (basic to detailed)
 Menunjukkan kesinambungan idea, konsep atau maklumat
 Membayangkan wacana/retorik perbincangan. Retorik perbincangan ini ialah struktur yang
digunakan sama ada dia menjelaskan, menerangkan, mendefinasikan, menunjukkan sebab akibat,
menyenaraikan, menganalisis, mensintesis dll.
o Dapat member peluang kepada pembaza membuat andaian atau interpretasi tentang kemampuan penulisan,
objektif penulisan dan juga arah tuju penulisan.
o Perkataan yang digunakan oleh penulis dalam tajuk bab, subtajuk dapat membayangkan cara maklumat
akan disampaikan. Ini dinamakan ‘semantic clues’ (penanda semantic)
o Tajuk dalam kandungan dapat member kesempatan kepada pembaca memantau sejauh mana dia
mempunyai pengetahuan tentang bahan bacaan itu. Apakah langkah persediaan yang harus disediakan dan
apa pula yang disediakan dan apa pula yang disediakan oleh penulis.

Prakata (Preface)

Apabila penulis tamat/selesai menghasilkan bukunya, pada dasarnya dia masih mempunyai tanggungjawab kepada
pembaca. Penulis dikehendaki berkomunikasi dengan pembaca dan memperkenalkan bukunya kepada pembaca.
Pembaca bukan sahaja ingin tahu siapa penulis tetapi pembaca juga hendak tahu siapa penulis itu. Pembaca mahu
tahu falsafah, pemikiran, rasional, dan arah tuju penulis .

Anda mungkin juga menyukai