Anda di halaman 1dari 16

@wan1997

Berdasarkan Soalan Tutorial Semester 1 Sesi 2016/2017


9. Pentafsiran Sejarah

Pentafsiran merupakan salah satu elemen penting yang diperlukan dalam


penyelidikan dan penulisan sejarah. Pentafsiran bermaksud penerangan,
penjelasan, ulasan, tafsiran atau kajian terhadap sesuatu keadaan yang
pernah berlaku. Pentafsiran sejarah telah dilakukan sejak zaman berzaman
sama ada oleh orang biasa atau sejarawan. Daripada perspektif moden,
tafsiran perlulah dilakukan secara objektif iaitu pentafsiran yang sebenarnya
mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku melalui penyelidikan berdasarkan
fakta yang benar. Walaupun ianya agak sukar namun sejarawan perlulah
berusaha kearah itu. Langkah-langkah untuk membuat tafsiran yang objektif
adalah melihat persoalan yang hendak dikaji, mengumpul sumber atau data,
kaji sumber yang diperolehi dan tafsir fakta atau bahan. Langkah-langkah ini
adalah untuk memastikan tafsiran tidak terpesong.

Pentafsiran sejarah diperlukan dalam penyelidikan dan penulisan sejarah


untuk menyatakan pendapat sejarawan. Setiap sejarawan mempunyai
kebebasan dalam memilih bidang kajian, bebas menganalisis serta mentafsir
sesuatu peristiwa sejarah berdasarkan sumber, bahan bukti dan fakta yang
diterima. Pentafsiran amat penting dalam penulisan sejarah kerana sesuatu
karya yang ditulis hanya berdasarkan catatan sumber semata-mata tanpa
dilakukan pentafsiran akan menjadi penulisan yang kaku dan lemah.

Selain itu, mencari kebenaran sesuatu peristiwa sejarah itu sendiri dengan
berdasarkan sumber yang berkaitan dengannya. Seboleh-bolehnya
sejarawan perlu menerangkan peristiwa yang dikaji itu seperti sebenarnya
berlaku. Walaubagaimanapun perkara ini amat sukar untuk dicapai. Maka
tidak hairanlah sesuatu peristiwa yang sama tetapi mempunyai pentafsiran
yang berbeza. Walaupun tafsiran diolah dalam pelbagai bentuk tetapi
tafsiran ini tidak bermakna dilakukan tanpa sumber dan bukti yang jelas.
Setiap pentafsiran perlulah berdasarkan sumber yang berkaitan dengan
peristiwa tersebut.

Seterusnya, dengan adanya pentafsiran sejarah ianya dapat melahirkan


sejarawan yang mempunyai sikap kritis. Sikap kritis seseorang sejarawan boleh
dilihat melalui penulisan, penghasilan, penghuraian dan pentafsiran yang
bersifat objektif berdasarkan sumber yang sahih dan asli menggunakan
kaedah penyelidikan yang saintifik dan sistematik. Sesebuah karya pula
dianggap berjaya sekiranya sejarawan itu berjaya menghasilkan sebuah
penulisan atau pentafsiran secara objektif.

Pentafsiran sejarah amat penting untuk menilai sesuatu fakta sejarah itu benar
atau tidak. Kebenaran sejarah terdiri daripada fakta-fakta atau penerangan
tentang fakta tersebut yang dikenali sebagai pentafsiran. Oleh itu, semua
fakta yang diterima tidak boleh diambil sebagai fakta sejarah tanpa
@wan1997

melakukan pentafsiran. Hal ini kerana sesuatu fakta tidak semestinya benar
tanpa dinyatakan pembuktian keatasnya dan di sinilah pentingnya
pengambilan fakta daripada sumber-sumber yang boleh
dipertanggunjawabkan.

Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa pentafsiran sejarah


amat diperlukan dalam penyelidikan dan penulisan sejarah. Hal ini demikian
kerana melalui pentafsiran juga, sejarawan juga akan dapat memahami
sesuatu kajian itu dengan lebih terperinci dan mendalam. Tafsiran yang utuh
adalah berdasarkan pembuktian beserta sumber yang sahih.
@wan1997

8. Pengadilan Moral

Pengadilan moral ialah perlakuan-perlakuan yang menjatuhkan hukuman


atau mengenakan penilaian tertentu kepada sesuatu peristiwa sejarah
kepada seseorang pelaku dalam sejarah.Dalam sesebuah penulisan atau
kajian sejarah seseorang penulis atau pengkaji itu tidak mungkin akan terlepas
daripada menjatuhkan hukuman moral ke atas penulisan atau kajian KERANA
IANYA MERUPAKAN FITRAH MANUSIA mempunyai perasaan yang cenderung
kepada sesebelah pihak. Terdapat dua golongan yang dapat kita lihat
melalui isu pengadilan moral ini iaitu golongan progresif(menolak pengadilan
moral) dan golongan konservatif (menyokong pengadilan moral). Sejarah
dan pengadilan moral adalah dua perkara yang perlu bergerak seiring
terdapat beberapa sebab mengapa pengadilan moral diperlukan dalam
sejarah.

Pengadilan moral bertindak memberi pengajaran dan teladan kepada


masyarakat. Sejarah adalah alat pengajaran moral. Oleh itu, setiap peristiwa
yang berlaku perlu dijatuhkan pengadilan moral supaya menjadi pengajaran
kepada generasi akan datang. Walaubagaimanapun pengadilan moral
haruslah dilakukan setelah kajian yang teliti dilakukan. Contohnya menerusi
peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Peristiwa rusuhan
kaum yang melibatkan kaum cina dan india ini meragut ribuan nyawa serta
menyebabkan kerosakan harta benda yang tidak terkira banyaknya.
Peristiwa ini memberi banyak pengajaran kepada semua pihak. Pengadilan
moral yang telah dilakukan dapat menjadikan peristiwa tersebut sebagai satu
pengajaran dan juga teladan kepada semua rakyat Malaysia bahawasanya
untuk menjadi seorang warganegara yang baik, kita memerlukan
kesefahaman dan kerjasama antara kaum bukannya bias kepada salah satu
kaum sahaja.

Sejarah berfungsi sebagai benteng hak asasi manusia melalui pengadilan


moral. Ahli sejarah perlu menilai sejarah bukan berdasarkan kepada
persoalan kepentingan negara dan rakyat sahaja tetapi perlu melihat
kepada pihak yang menodai hak asasi manusia negara tersebut. Contohnya
peristiwa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dalam Perang Dunia Kedua.
Hak asasi di Tanah Melayu telah dicabuli semasa pendudukan Jepun tersebut.
Banyak kes-kes penganiayaan berlaku di Tanah Melayu dapat kita lihat
melalui penulisan Ghazali Bin Mayudin yang mengatakan penganiayaan
pihak jepun ke atas kaum wanita di Tanah Melayu adalah amat kejam.
Pengadilan moral perlu dijatuhkan ke atas Jepun atas tindakannya supaya
hak asasi manusia dapat ditegakkan dan menggelakkan sejarah yang sama
berulang.

Pengadilan moral juga merupakan platform terbaik dalam memperjuangkan


ideology dan tujuan penulis. Ideologi dan tujuan merupakan perkara yang
sangat penting dalam penulisan bagi membezakan setiap penulis. Setiap
@wan1997

penulis akan melihat sesuatu peristiwa berdasarkan pandangan masing-


masing maka akan wujud pengadilan moral yang berbeza dalam penulisan
mereka. Contohnya Voltaire melalui karyanya Essay on Manners telah
menonjolkan ideology secular bagi mempengaruhi masyarakat. Beliau
menjatuhkan pengadilan moral terhadap karya St.Augustine dengan
menyatakan karya tersebut mengandungi banyak unsur agama dan
ketuhanan yang dianggap tak wujud. Voltaire dianggap menjatuhkan
hukuman moral ke atas karya orang lain dan turut menggunakan pengadilan
moral dalam karyanya untuk mendapat sokongan ramai.
Kesimpulannya, pengadilan moral merupakan satu keperluan dalam apa jua
bentuk penulisan sejarah tapi perlu dilakukan dengan telus berdasarkan
sumber yang kukuh dan sahih. Setiap penulis mempunyai pendirian mereka
yang tersendiri dalam menilai sesuatu peristiwa dan juga seseorang individu.
Hal ini menyebabkan pengadilan moral tidak boleh diketepikan dalam mana-
mana penulisan sejarah.

7. Oral History

Sejarah lisan atau oral history merupakan pendekatan yang mengunapakai


sumber lisan untuk menghasilkan tulisan sejarah iaitu melalui pertuturan atau
percakapan seseorang tentang peristiwa yang berlaku dan biasanya
berhubungkait dengan sejarah social yang kini semakin luas penggunaannya.
Penggunaan sejarah lisan menjadi semakin popular tahun 1960-an
dibeberapa buah negara di Eropah dan Amerika Utara. Sejarah lisan
terbahagi kepada dua iaitu oral history dan oral tradition.

Antara kepentingan sejarah lisan ialah sebagai pelengkap kepada sumber


bertulis. Pada zaman klasik contohnya sumber bertulis seperti dokumen, rekod,
buku amatlah terhad dan sukar untuk pengkaji membuat kajian maka mereka
menggunakan sejarah lisan. Tambahan pula kebanyakkan sumber bertulis
menceritakan sejarah dari atas sahaja. Maka menyebabkan sesuatu peristiwa
itu tidak dijelaskan dengan menyeluruh. Contohnya, rusuhan 13 Mei 1969 dan
pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang sebenarnya banyak memberi
impak kepada masyarakat setempat. Oleh itu, sumber lisan diperlukan untuk
menceritakan tentang peristiwa sebenar yang telah berlaku.

Seterusnya, untuk melihat sejarah dari bawah. Kebanyakkan sumber bertulis


menceritakan tentang golongan atasan sahaja dan sering mengabaikan
sejarah orang bawahan sedangkan mereka juga terlibat dalam peristiwa
sejarah. Golongan dari bawah dianggap terpinggir kerana sejarah
konvensional tidak memberikan perhatian kepada mereka sebaliknya hanya
melihat golongan atasan seperti Jeneral-jeneral perang, maharaja, perdana
menteri dan yang setaraf dengannya. Contohnya sejarawan klasik seperti
Herodotus dan Thucydides banyak menggunakan sejarah lisan dalam menulis
@wan1997

sejarah dengan kaedah menemu bual tentera, penduduk dan jeneral.


Sejarah lisan dapat membantu menceritakan penglibatan golongan
bawahan dalam setiap peristiwa sejarah.

Selain itu, mungkin tidak pernah kita terfikir dengan nasib segolongan
masyarakat etnik minority yang ada daripadanya tidak mempunyai tulisan.
Adakah kita akan hanya membiarkan sejarah mereka sekadar menjadi
kenangan atau mungkin akan dilupakan sepenuhnya suatu hari nanti. Mana
mungkin sejarawan-sejarawan ini melepaskan perkara ini sebegitu sahaja
maka disinilah munculnya kepentingan utama sejarah lisan iaitu sebagai
sumber sejarah bagi golongan yang tidak mempunyai tradisi tulisan. Melalui
tradisi lisan, sejarah etnik mereka dapat diketahui. Oral tradisi dapat diperoleh
melalui ketua-ketua kaum yang akan menceritakan tradisi turun temurun
tentang cara hidup, kebudayaan, serta asal usul mereka. Contohnya,
masyarakat orang asli di afrika dan kaum penan di Sarawak.

Disebalik kepentingan-kepentingan yang disenaraikan ada juga kelemahan-


kelemahan sejarah lisan ini. Antaranya ialah daya memori seseorang insan.
Peningkatan usia menyebabkan seseorang itu makin lemah memorinya.
Kapasiti dan kemampuan memori yang masih segar dalam ingatan adalah
amat terhad contohnya sekiranya ingin menemu ramah masyarakat yang
pernah hidup zaman darurat, peristiwa yang sudah lama berlaku pastinya tak
semua peristiwa dapat diingat. Ada kalanya maklumat yang disampaikan
bercanggah dengan maklumat yang sedia ada. Sehinggakan menimbulkan
persoalan yang baru.

Begitu juga dengan individu yang ditemu ramah mungkin akan dipengaruhi
oleh keadaan semasa dalam menceritakan peristiwa. Kemungkinan tokoh
atau saksi yang hendak ditemuramah tidak menceritakan pengalamanyya
secara terbuka dan ini memaksa tokoh tersebut membataskan
keterangannya. Masalah ini sering terjadi apabila menemu bual tokoh yang
tinggi kedudukannya kerana mereka akan sedaya upaya menjaga reputasi
mereka. Kadangkala keterangan daripada tokoh atau saksi ini mempunyai
maklumat yang sengaja direka-reka untuk menonjolkan diri atau organisasi
tertentu.

Kesimpulannya, tidak semua sejarawan menyokong penggunaan sumber


lisan dalam penulisan serta kajian sejarah. Walaubagaimanapun tidak dapat
dinafikan bahawa sejarah lisan merupakan pelengkap kepada sumber
bertulis. Haruslah diingatkan bahawa tidak semua peristiwa sejarah yang
berlaku dicatatkan satu per satu di dalam penulisan maka akan ada perkara
yang tersembunyi dan tidak dicatat tapi dapat diketahui melalui sumber lisan.
@wan1997

6. Gerakan Annales awal abad ke20

Sejarah baru atau Nouvelle Histories merupakan perubahan dalam


penulisan sejarah yang dibawa oleh gerakan Annales pada awal abad ke-
20. Gerakan Annales ini dipelopori oleh dua orang Professor Sejarah dari
Universiti of Strasbours iaitu Lucien Febre dan Marc Bloch. Gerakan ini lahir
akibat daripada rasa tidak puas hati terhadap sejarah tradisional yang sedia
ada iaitu yang sering menumpukan kepada golongan tertentu sahaja. Pada
tahun 1929, Lucien dan Marc Bloch telah menerbitkan jurnal yang bertajuk
Annales d’historie soclale et economiquel bagi membincang mengenai idea
baru dalam penulisan sejarah. Penyelidikan sejarah yang diperkenalkan
adalah meliputi beberapa aspek tertentu, misalnya aspek sosial, aspek
ekonomi serta aspek kebudayaan. Aliran Annales ini menyesuaikan aspek
tersebut dengan teknik-teknik disiplin ilmu sosial yang lain.

Perubahan pertama dalam penulisan sejarah yang berlaku akibat


gerakan Annales ialah perkembangan tema. Sebelum ini, segala penulisan
yang dihasilkan menekankan kepada beberapa tema tertentu, dan
kebiasaannya menyentuh mengenai tema politik, tema diplomasi serta tema
ketenteraan. Dengan adanya golongan Annales mereka membawa tema
baru iaitu Total History atau Histoire Totale yang bermaksud sejarah yang
meliputi seluruh aspek dan lapisan masyarakat. Golongan Annales
menyatakan bahawa kehidupan manusia terdiri daripada pelbagai aspek
dan sebahagiannya merupakan realiti sejarah iaitu perkara yang benar-
benar berlaku. Bagi memperluaskan lagi aspek dalam menghasilkan karya,
maka terciptalah sejarah yang bertemakan ekonomi, sejarah bertemakan
kebijaksanaan atau keintelektualan seseorang individu serta sejarah social.
Maka perubahan penulisan yang dibawa gerakan Annales menjadikan
ruang lingkup penulisan sejarah semakin luas.

Perubahan kedua dalam penulisan sejarah yang berlaku akibat


gerakan Annales ialah pengenalan kaedah baru dalam menjalankan
penyelidikan. Keadah tersebut dikenali sebagai kaedah interdisiplin yang
bermaksud menggabungkan dua atau lebih disiplin ilmu dalam satu kajian. .
Keadah interdisiplin tersebut terdiri daripada disiplin sejarah yang bergabung
dengan disiplin- disiplin ilmu yang lain seperti disiplin arkeologi, disiplin
geografi, disiplin sastera dan lain-lain. Contohnya Fernand Braudel
menjadikan disiplin geografi dan disiplin sosiologi sebagai salah satu
pedekatan dalam sejarah. Dengan adanya kaedah interdisiplin, ia
membolehkan pemahaman terhadap sesuatu fakta mudah difahami
dengan adanya bantuan daripada disiplin ilmu yang lain.

Perubahan ketiga dalam penulisan sejarah yang berlaku akibat


gerakan Annales ialah berlaku perubahan dalam membentuk perspektif.
Sejarah baru lebih memperlihatkan peristiwa sejarah yang bermula dari
bawah atau dikenali sebagai history from below. Perubahan yang dibawa
@wan1997

oleh gerakan Annales ini boleh dikatakan bertujuan untuk mengangkat


martabat golongan bawahan dimana mereka juga turut terlibat sama
dalam sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku. Golongan ini selalunya tidak
diambil kira oleh karyawan terdahulu dalam penulisan mereka kerana
menganggap mereka tidak penting dan tidak terlibat secara langsung
dalam sesuatu peristiwa yang berlaku. Golongan bawahan yang
dimaksudkan ialah golongan petani, golongan buruh, golongan wanita dan
sebagainya. Antara kajian yang mengambil kira perspektif masyarakat yang
diperintah ialah kajian tentang Revolusi 1789 oleh George Leferve. Kajian ini
juga turut mengisahkan mengenai hubungan golongan aristokrat dengan
golongan petani.

Perubahan seterusnya ialah penghasilan sejarah yang lebih kritis dan


objektif. Aliran Annales menekankan sejarawan bersikap skeptikal dan kritis
dalam menilai sesuatu fakta dan sumber yang diterima. Aliran Annales juga
menekankan objektiviti atau ketepatan dalam menerima sesuatu fakta.
Mereka tidak bersetuju dengan Sejarah tradisional yang mempunyai
percampuran antara fakta, mitos, lagenda dalam karya yang dihasilkan.
Sebagai contoh, karya Perang Parsi yang dihasilkan oleh Herodotus
mempunyai percampuran fakta dan unsur bukan fiksyen. Aliran annales
menyatakan bahawa objektiviti dapat mendorong sejarawan menghasilkan
penulisan sejarah yang bermutu tanpa adanya unsur bais atau bersikap
berat sebelah terhadap sesuatu pihak.

Kesimpulannya, walaupun golongan annales ini ditentang oleh


golongan sejarah tradisional namun kewujudan gerakan Annales telah
membawa kepada satu perubahan positif yang sangat besar dalam dunia
penulisan dan disiplin ilmu sejarah itu sendiri. Dengan adanya gerakan
Annales ini, ia telah menyebabkan disiplin sejarah menjadi satu disiplin ilmu
yang bersifat global dengan adanya keadah interdisiplin. Dapat juga
disimpulkan bahawa sejarawan yang beraliran annales lebih bersikap
terbuka dari pelbagai aspek contohnya dari aspek keadah pengumpulan
sumber serta pendekatan yang digunakan bagi memudahkan penulisan
dan pemahaman kepada masyarakat.
@wan1997

5. Sejauh manakah sumber memainkan peranan penting dalam


penyelidikan sejarah di zaman moden?

Menurut Muhd. Yusof Ibrahim, sumber merupakan sesuatu yang boleh


menjadi punca kepada lahirnya sesuatu pemikiran atau penulisan. Manakala
R. Suntralinggam pula mendefinisikan sumber sebagai punca, dokumen atau
rekod. Sumber merupakan punca/ bahan rujukan bagi sesuatu
penulisan/kajian. Sumber adalah bahan yang menyediakan bukti berkenaan
sesuatu yang dikaji. Walaupubagaimanapun sumber kadangkala tidak kekal
lama mungkin kerana faktor cuaca, bencana alam, tiada langkah
penjagaan rapi atau mungkin peperangan.

Sumber terbahagai kepada dua bahagian iaitu sumber pertama dan sumber
kedua. Sumber primer iaitu sumber yang berbentuk asli dan belum ditafsir.
Contoh sumber pertama ialah surat rasmi atau tidak rasmi, dokumen, diari,
catatan dan laporan harian, kesaksian langsung dari pelaku sejarah,
bangunan sejarah atau barang arkeologi. Bahan ini merupakan sumber
pertama yang mencatat sesuatu peristiwa yang berlaku dan sejarawan
kebiasaannya menggunakan dokumen-dokumen yang berupa sumber
primer kerana sumber ini memberi maklumat yang benar untuk diselidiki.
Sumber sekunder ialah tulisan atau buku yang ditulis oleh sejarawan tentang
seseorang tokoh, sesuatu peristiwa yang didasarkan sumber pertama atau
sumber lain. Contoh sumber kedua ialah buku, majalah, surat khabar atau
tesis. Namun sekiranya didapati terdapat percanggahan fakta dalam sumber
sekunder ini, sumber pertama akan dirujuk semula. Seterusnya sumber lisan
yang boleh didapati daripada pertuturan atau percakapan saksi peristiwa.
Ianya dilakukan melalui temu bual dan perbincangan dengan saksi atau
tokoh-tokoh berkenaan tujuannya untuk mendapatkan gambaran sebenar
tentang peristiwa tersebut.

Antara peranan sumber dalam penyelidikan sejarah di zaman moden ialah


mengelakkan percanggahan fakta. Sumber berperanan untuk menentukan
kebenaran dan kesahihan sesuatu fakta. Hal ini kerana melalui kesahihan
sumber dan kritikan sumber itu, maka ahli sejarah dapat menghindarkan hasil
penulisan dan penyelidikan mereka daripada sebarang unsur pemalsuan
sumber. Walaubagaimanapun sesuatu fakta atau peristiwa sejarah yang
telah dianggap benar boleh berubah sekiranya terdapat sumber-sumber
baru yang sahih dan mampu memberi maklumat baru yang mungkin lebih
relevan. Kesalahan dalam memberi fakta boleh membawa implikasi buruk.

Seterusnya mengurangkan sikap bias dalam penulisan sejarah. Contoh yang


paling dekat dapat kita lihat ialah di Tanah Melayu sendiri mempunyai
pelbagai rekod atau sumber dari colonial mahupun penulis tempatan. Melalui
rujukan sumber yang pelbagai seseoran sejarawan mampu mengurangkan
sikap bias dan bersikap neutral tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
Contoh jelas yang dapat kita lihat karya-karya pensejarahan Kolonial British
@wan1997

mempunyai unsur-unsur bias terhadap pentadbiran British itu sendiri hal ini
kerana penulis-penulis itu merupakan orang-orang british. Oleh itu dengan
melakukan perbandingan sumber ianya dapat mengelakkan unsur bias.

Selain itu, sumber dapat mengambarkan pandangan dan pemikiran penulis


terhadap perkara serta persekitarannya pada masa lalu. Melalui penulisan
yang dihasilkan, sejarawan moden kini dapat membayangkan bagaimana
corak pemikiran mereka pada masa dahulu seterusnya mengimaginasikan
rentetan sejarah yang berlaku pada masa itu. Hal ini kerana pemikiran penulis
terdahulu turut melambangkan pemikiran masyarakat serta pemerintah
sezamannya. Misalnya karya tempatan yang dihasilkan oleh Abdullah Munsyi
seperti Hikayat Abdullah yang menggambarkan corak pemikiran Abdullah
Munsyi dan kehidupan masyarakat pada ketika itu.

Ilmu sejarah tidak mampu berdiri tanpa sumber atau bukti.


Kesimpulannya, sumber-sumber meskipun berlainan cirinya tetapi masih
berpegang kepada prinsip kebenarannya. Sejarawan perlu mendapatkan
sumber tentang topic yang dikajinya dan kemudian memilih sumber tersebut
secara terperinci ibarat menarik rambut di dalam tepung. Kebergantungan
kepada sumber adalah perbezaan antara bidang ilmu sejarah dengan ilmu
lain.
@wan1997

4. Huraikan maksud mitos dan faktor kewujudan mitos dalam pensejarahan


tradisional.

Sejarah telah menjadi bidang pengkajian manusia semenjak zaman


silam lagi. Menurut E.H Carr sejarah adalah satu dialog antara perkara yang
telah berlaku pada masa lalu dengan masa kini. Sejarawan dengan fakta-
faktanya saling berinteraksi dan ramai sejarawan yang menulis sejarah
dengan motif-motif dan tujuan tertentu. Ada juga penulis dahulu tidak sedar
bahawa mereka adalah sebenarnya sedang menulis karya pensejarahan
tetapi terselit juga unsur yang dikatakan sebagai mitos kerana mereka tidak
sedar bahawa mereka sedang menghasilkan karya sejarah.

Menurut kamus dewan, mitos bermaksud cerita zaman dahulu yang


dianggap benar terutamanya ia mengandungi unsur-unsur konsep atau
kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu bangsa dan kejadian
Alam. Mitos ialah cerita yang mengandungi unsur-unsur luar biasa. Dalam
bahasa yunani ianya disebut sebagai “muteros” bermaksud sekumpulan
cerita purbakala. Mitos ini mempunyai perkaitan rapat dengan kepercayaan
sesebuah masyarakat.

Lagenda pula dianggap sebagai sejarah rakyat kerana sejarah


sememangnya mempunyai latar belakang sejarah. Ianya menceritakan
tentang tokoh-tokoh terkenal disatu-satu tempat. Contohnya lagenda Hang
Tuah yang merupakan lagenda setempat. Lagenda ini dipercayai
mempunyai kehebatan dan kesaktiannya yang tersendiri. Jason
berpendapat definisi terbaik untuk lagenda ialah ‘A Legend is a story that is
believed, and that is told about a definite (real, fabulous) person, event, or
place.’
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wujudnya mitos dalam
pensejarahan tradisional. Antaranya ialah untuk mengukuhkan kedudukan
raja. Keagungan Raja Melayu contohnya dimasukkan unsur mitos untuk
menunjukkan kedaulatan dirinya sebagai pemerintah yang agung sekaligus
mendapat taat setia daripada rakyat. Kewujudan mitos juga adalah
bertujuan untuk menyukakan hati raja dan untuk mengangkat keturunan
diraja supaya terus dianggap mulia. Raja di rantau Alam Melayu sering kali
dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain yang dikatakan seorang raja yang
hebat maka untuk raja-raja di alam melayu ini dianggap hebat juga maka
mereka sering kali kaitkan diri mereka dengan Iskandar ini.

Seterusnya, sebagai kiasan atau sindiran halus bagi raja-raja yang zalim.
Rakyat dahulu amat taat dan hormat kepada raja mereka tetapi pada
sesetengah tahap pemerintahan ada juga raja yang zalim menyebabkan
rakyat kurang berpuas hati terhadap sikap raja yang mungkin hanya
mementingkan diri mereka sendiri contohnya cerita raja Mahmud yang
@wan1997

dengan Puteri Gunung Ledang. Justeru untuk menegur raja yang memerintah
mereka memasukkan unsur mitos sebagai sindiran.

Selain itu, mitos menjadi hiburan kepada masyarakat dahulu kala.


Penggunaan bahasa orang dahulu yang indah dengan pemilihan peristiwa-
peristiwa yang suka didengari melalui puisi, pantun dan syair menarik minat
pendengar. Peristiwa-peristiwa diceritakan dalam bentuk ringkas dan tidak
mempunyai plot yang kusut. Mitos menjadi unsur khayal yang mengindahkan
lagi cerita. Unsur-unsur mitos yang menarik ini sebenarnya mudah difahami
oleh masyarakat.

Di samping itu, kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap


peristiwa yang berlaku terlalu dekat dengan zaman penulis. Lagenda
dipercayai sebagai suatu peristiwa yang benar dalam kalangan masyarakat.
Tokoh-tokoh yang terkenal di sesuatu tempat itu dibesar-besarkan dengan
tujuan untuk berbangga, dan untuk menjadikannya sebagai teladan dan
panduan kepada masyarakat. Masyarakat tradisional pada ketika itu tidak
mempunyai media untuk memberi hiburan kepada anggota masyarakat. Hal
ini menyebabkan cerita-cerita yang dicipta adalah untuk menarik perhatian
pendengar. Oleh disebabkan itu, cerita-cerita yang disampaikan menjadi
kegemaran kepada masyarakat kerana peristiwa yang berlaku mungkin di
zaman itu juga. Bak kata pepatah melayu, kalau tiada angina masakan
pokok bergoyang.

Kesimpulannya, penulis pada zaman tersebut tidak lagi wujud panduan


atau kaedah yang sistematik dalam menyusun sumber dan penulisan yang
dihasilkan . penceritaan yang ditulis juga lebih berbentuk umum tanpa
penekanan yang mendalam kerana perkara yang ditekankan ialah untuk
menjadikan karya tersebut sebagai panduan masyarakat serta ingin
menjadikan hiburan setelah penat bekerja. Bagi masyarakat tempatan pula,
mereka menganggap mitos sebagai sebuah cerita yang benar-benar
berlaku. Walaubagaimanapun, unsur mitos pada zaman ini tidak lagi
digalakkan penggunaannya.
@wan1997

3. Pentingnya Peranan Sejarawan dalam Penghasilan Idea Sejarah

Sejarah ditakrifkan sebagai penyelidikan peristiwa lalu yang telah


berlaku. Menurut kamus dewan sejarah bermaksud asal usul (keturunan),
salasilah atau peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa lalu. Manakala
sejarawan pula individu yang menghasilkan idea sejarah. Sejarawan
merupakan duta atau ahli dalam bidang sejarah. Sejarawan pula dikatakan
seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu seperti mempunyai
keperibadian tersendiri yang terbentuk akibat daripada pengaruh
keilmuannya dalam bidang sejarah, arif tentang sejarah ataupun mempunyai
historical-mindedness, taksub terhadap bidang sejarah tersebut, berani dan
jujur dalam memaparkan sejarah yang benar, serta tekun dalam memberi
sumbangan dalam penghasilan karya sejarah.
Mencari Kebenaran Sejarah

Sejarawan juga menghasilkan penulisan adalah untuk menegakkan


kebenaran sesuatu kejadian atau fakta. Setiap sejarawan akan
menggunakan kaedah-kaedah yang betul dalam menghasilkan
penulisannya dalam melahirkan idea sejarah. Oleh yang demikian
sebahagian penulis atau pengkaji menyatakan bahawa seseorang sejarawan
hendaklah mengkaji serta menyelidik sesuatu fakta atau kesahihan sesuatu
maklumat adalah perlu dilakukan oleh seorang sejarawan tanpa perlu
mencampur adukkan unsur mitos dan legenda. Sebagai contoh, sejarawan
barat yang terkenal iaitu Leopold Von Ranke yang berasal daripada Jerman
memuatkan sejarah yang sahih dari segi kebenaran kerana sejarah dikaji
sebagaimana ia benar-benar berlaku.
Jurucakap dan Penyampai Sesuatu Peristiwa Penting

Seterusnya, seseorang sejarawan juga turut memainkan peranan


sebagai jurucakap atau penyampai sesuatu peristiwa penting dalam
penghasilan idea sejarah. Raja Ali Haji sebagai contohnya menunjukkan atau
menceritakan dalam karyanya iaitu Tuhfat al-Nafis mengenai peristiwa-
peristiwa penting masa lalu orang melayu umumnya, dan orang bugis
khasnya berkaitan keadaan dan perjalanan yang berlaku sekitar empayar
Johor-Riau. Melalui hasil penulisan ini, masyarakat pada hari ini dapat melihat
dan mengetahui tentang sejarah dan peristiwa-peristiwa penting yang
pernah berlaku di Tanah Melayu khususnya. Ini membuktikan sejarawan
sangat memainkan peranan penting sebagai penyampai sesuatu berita atau
peristiwa kepada masyarakat yang tidak hidup di suatu zaman itu.
Menimbulkan Pengajaran dalam Pensejarahan

Selain itu, sejarawan juga bertindak sebagai seseorang yang


menimbulkan pengajaran dalam pensejarahan. Hal ini demikian kerana,
untuk mengelakan daripada penulisan sejarah luput ditelan zaman. Penulisan
@wan1997

sejarah peristiwa mengenai masa lampau akan menjadi peringatan atau


pengajaran kepada generasi akan datang. Penulisan sejarah ini juga bukan
sahaja meningkatkan kesedaran diri sendiri malah memberi pengajaran
kepada generasi akan datang mengenai peritiwa-peristiwa yang pernah
berlaku. Hal ini juga dapat mengelakkan sejarah yang tidak diingini berulang
. Sejarawan juga menulis kerana berperanan untuk mengajar, mendidik
membimbing, memberi teladan atau contoh kepada masyarakat serta
memberi nasihat kepada masyarakat. Dalam pada itu, dalam penulisan
sejarawan biasanya mengandungi unsur nasihat atau iktibar kepada
masyarakat sama ada tersurat mahupun tersirat.

Kesimpulannya, dapatlah dilihat seseorang individu yang bergelar


sejarawan itu memainkan peranan yang sangat penting dalam penghasilan
sesuatu idea sejarah itu. Menegakkan kebenaran dalam penulisan adalah
sesuatu yang sangat penting dilakukan oleh para sejarawan kerana melalui
penulisan masyarakat dapat mengetahui tentang sesuatu yang baik
ataupun sebaliknya. Melalui karya-karya penulisan mereka juga turut
membuktikan bahawa suatu disiplin sejarah itu jika dipraktikkan dalam
kehidupan seharian akan membantu mengelakkan kita daripada melakukan
kesilapan yang berulang kali di masa hadapan.
@wan1997

Soalan 1 dan 2 : Thucydides Vs Leopold Von Ranke

Pensejarahan atau historiografi bermaksud penulisan sejarah tentang sesuatu


peristiwa yang telah berlaku yang mana prosesnya itu melibatkan kejadian,
sumber, dan gambaran yang di lakukan oleh sejarawan bagi menghasilkan
karya sejarah untuk makluman dan rujukan kepada masyarakat umum. Bagi
bidang pensejarahan ini ia bukanlah satu bidang yang baru dalam dunia
intelektual, malah bidang ini telah lama wujud di kaji dan di tulis oleh
sejarawan-sejarawan barat sejak dari abad ke-5 sebelum masihi lagi iaitu
zaman Klasik (Yunani dan Rom).
Latar Belakang Tokoh

Bagi pensejarahan zaman Klasik terdapat ramai tokoh pensejarahan


terkenal seperti Herodotus dan Thucydides. Ketokohan dan keunggulan
dalam bidang pensejarahan di tonjolkan oleh Thucydides amatlah bernilai.
Thucydides di Athens pada sekitar tahun 470-460S.M. Beliau merupakan
tentera Athens dan berkhidmat sebagai Jeneral tentera semasa berumur 30
tahun. Ditugaskan untuk mempertahankan Amphipholis semasa berlakunya
perang Peloponesia namun beliau gagal. Beliau dikatakan telah dibuang
negeri dan ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau melarikan diri
kerana malu dengan kekalahan tersebut. Beliau menghasilkan karyanya
yang tersendiri iaitu The Pelopenesian War. Thucydides meninggal dunia di
Thrace.

Pada zaman Moden pula terdapat seorang tokoh yang bernama Leopold
Von Ranke. Dilahirkan di Saxony, Jerman. Beliau berasal daripada keluarga
kelas pertengahan yang taat setia kepada sistem monarki kerajaan Prusia.
Beliau telah dilantik sebagai Professor sejarah di Universiti Berlin pada tahun
1825. Banyak karya-karya yang dihasilkan oleh Ranke antaranya ialah The
History of Popes, Histories of The Latin and Germanic Nation. Jika
dibandingkan dengan Thucydides, Ranke bukanlah seorang yang pada
awalnya sudah meminati sejarah malah beliau merupakan graduan dalam
bidang teologi dan filologi klasik.
Perbezaan dari segi Tema Penulisan

Tema penulisan Thucydides berkisar tentang peperangan yang


berlaku seperti Perang Peloponesia. Penulisan tentang peperangan ini dilihat
lebih cenderung kepada golongan atasan seperti Maharaja, Jeneral Perang
serta Ketua-ketua tentera yang memegang kedudukan penting. Rakyat
sama sekali tidak diberi perhatian kepada penulis. Perihal ini
berkemungkinan kerana Thucydides merupakan seorang Jeneral mungkin
beliau tidak menyedari tentang peranan-peranan atau sumbangan yang
turut diberikan oleh masyarakat. Manakala tema penulisan Ranke pula agak
bertumpu kepada filologi dan sains baru “statistic”. Skopnya lebih meluaskan
kerana sejarah sudah menjadi satu disilpin akademik yang sendiri. Tema
@wan1997

penulisan Ranke lebih tertumpu kepada aspek politik berbeza dengan


Thucydides yang hanya tertumpu kepada penulisan berkaitan peperangan.
Perbezaan dari segi Motif Penulisan

Tujuan atau motif penulisan sejarah oleh Thucydides ialah ingin


mewujudkan kebenaran sejarah. Beliau bercita-cita untuk memisahkan unsur
mitos, lagenda dalam penulisannya dan menekankan aspek kemanusiaan
atau humanisme. Beliau hanya focus kepada sejarah pada zamannya
sahaja kerana baginya peristiwa yang telah berlaku kurang maklumat dan
diraguinya. Manakala motif penulisan Ranke pula hanya menggunakan
fakta dan rekod-rekod yang benar dalam penulisan. Sebagaimana yang
diketahui beliau mempunyai prinsip menulis sejarah “Wie Es Eigentlich
Gewesen”. Beliau tidak berpuas hati dengan sejarawan sebelumnya yang
banyak memasukkan fiksyen dan unsur ghaib. Ranke amat menekankan
penggunaan sumber primer.
Perbezaan dari segi Kaedah Penulisan dan Sumber

Thucydides menggunakan sepenuhnya kelebihan yang dia ada


sebagai Jeneral dalam kaedah penulisan pensejarahan beliau. Beliau
menggunakan kaedah temubual dengan menemu bual rakan tentera dan
pemimpin Athens yang terlibat dalam perang. Beliau menggunakan tidak
banyak sumber primer seperti dokumen kerajaan namun lebih kepada
penggunaan sumber sekunder seperti Babad Yunani dan karya-karya
sastera. Beliau dikatakan masih memasukkan unsur-unsur pidato untuk
mengukuhkan sesuatu perkara. Berbeza dengan Ranke yang amat
mementingkan sumber primer seperti buku harian, catatan harian, surat
rasmi serta laporan diplomatik. Ranke juga telah menggunakan bahan-
bahan di arkib. Beliau juga memperkenalkan kaedah Quellinkritik iaitu
menilai sumber dengan kritis serta mengadakan seminar-seminar untuk
mengajarkan tentang kaedah penyelidikan sejarah yang betul. Seminar ini
telah melahirkan ramai tokoh-tokoh sejarah. Selain itu perbezaan yang amat
ketara dan jelas dapat dilihat oleh tokoh-tokoh ini ialah Ranke tidak
menggunakan kaedah temubual dan pengamatan seperti mana
Thucydides kerana Ranke mempercayai kaedah lisan ini mempunyai bias.
Perbezaan dari segi Karya Pensejarahan

Thucydides menghasilkan karya-karya yang berkaitan dengan


peperangan seperti Perang Peloponesia sebagai karya utamanya. Berkisar
tentang konflik Athens dan Sparta yang mengandungi 8 jilid, 1 jilid
pengenalan dan 7 jilid lagi berkisar tentang peristiwa-peristiwa dalam
perang. Berbeza dengan Ranke yang banyak mengutamakan aspek politik
dan hubungan diplomatic dalam menghasilkan karya. Beliau juga amat kritis
dalam setiap penulisan yang dihasilkannya.
@wan1997

Kesimpulannya, banyak perbezaan yang dapat kita lihat antara


Thucydides dengan Ranke. Kelahiran pensejarahan pada zaman moden
sebenarnya adalah titik tolak daripada pensejarahan zaman klasik. Tanpa
ada sejarawan-sejarawan ini tidak mungkin idea-idea sejarah dapat di
sampaikan dengan mudah. Banyak sumbangan yang di berikan oleh
mereka kepada masyarakat yang di gunakan dari generasi ke generasi.

Anda mungkin juga menyukai