Anda di halaman 1dari 2

12/12/2017 Bekas Setiausaha Agung PBS Terajui Pakar - Berita Semasa | mStar

Bekas Setiausaha Agung PBS Terajui


Pakar
Diterbitkan: Isnin, 1 Mei 2017 7:29 PM

Oleh: RUBEN SARIO


editor@mstar.com.my

Henrynus Amin.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Satu lagi parti bersedia terbabit dalam ketegangan menjelang pilihan raya di Sabah,
apabila bekas setiausaha agung Parti Bersatu Sabah (PBS) mengambil alih pucuk pimpinan sebuah parti
yang tidak begitu dikenali.

Datuk Henrynus Amin keluar dari PBS bagi mengambil alih jawatan presiden Parti Kerjasama Rakyat
Sabah (Pakar).

Henrynus yang merupakan ahli parlimen Ranau berkata, beliau kembali aktif berpolitik selepas tiga tahun
bagi "mewujudkan platform politik baharu untuk mencapai wawasan asal PBS yang dimulakan 30 tahun
lalu."

Henrynus yang terbaharu sebagai Presiden Kongress Momogun Kebangsaan (MNC) mengambil alih
jawatan presiden Pakar daripada penyandangnya, Zainal Nasiruddin yang menjadi timbalan presiden.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/05/01/henrynus-jadi-presiden-pakar/ 1/2
12/12/2017 Bekas Setiausaha Agung PBS Terajui Pakar - Berita Semasa | mStar

Beliau baru-baru ini mengumumkan keluar dari PBS, parti yang dianggotainya sejak 1986, bagi menerima
pencalonan sebagai presiden Pakar pada mesyuarat agung tahunan parti itu pada Isnin.

Menurut Henrynus, beliau akan mengundurkan diri sebagai presiden MNC mengikut perlembagaan
kumpulan itu.

Beliau menyedari terlalu banyak parti politik di Sabah, ditambah lagi dengan pihak pembangkang.

"Tetapi pengundi secara umumnya tidak membuat keputusan pilihan parti politik untuk menyokong.

"Keputusan mereka bergantung kepada isu politik yang dinamik.

"Banyak isu yang tidak diperjelaskan dengan baik oleh parti-parti politik dari kedua-dua pihak.

"Jadi, kemasukan saya dalam ketegangan politik bagi mengatur semula isu-isu dan pergerakan akar umbi
politik baharu mengubah dinamik strategi politik pembangkang," katanya.

Henrynus berkata, beliau bersedia untuk bercakap dengan kumpulan pembangkang yang lain untuk
mencapai keputusan pilihan raya yang diingini.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/05/01/henrynus-jadi-presiden-pakar/ 2/2

Anda mungkin juga menyukai