Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN EKM 331 Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah

Rendah

Bahagian C

Reka bentuk DUA Aktiviti Pembelajaran yang menunjukkan Penggunaan Akhbar dalam
Pengajaran Bahasa Melayu yang dapat mencabar minda murid.

Aktiviti 1:

Tujuan: Menulis Surat Rasmi

Aktiviti Pengajaran:

1. Guru memberikan keratan akhbar yang memaparkan ruangan iklan berkaitan dengan
Jawatan Kosong.
2. Guru dan murid berbincang tentang iklan jawatan kosong tersebut.
3. Guru bertanyakan kepada murid-murid tentang ciri-ciri umum iklan jawatan kosong
yang perlu ada dalam surat khabar.
4. Guru meminta murid untuk bekerja secara berpasangan dan menyenaraikan ciri-ciri
umum yang perlu ada dalam iklan pada surat khabar
5. Guru membincangkan tentang isi kandungan iklan jawatan yang ditawarkan.
6. Soalan-soalan yang dicadangkan kepada guru dalam perbincangan ialah:
 Siapakah yang menawarkan pekerjaan?
 Apakah pekerjaan yang ditawarkan?
 Apakah syarat-syarat yang perlu diikuti?
 Bagaimanakah untuk mendapatkan borang permohonan?
 Di manakah alamat agensi yang mengiklankan jawatan kosong ini?
 Siapakah yang perlu dihubungi?
7. Berdasarkan soalan-soalan perbincangan, guru mengarahkan murid untuk berada
dalam kumpulan dan membuat satu iklan jawatan yang bersesuaian seperti yang
diberikan.
8. Guru meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kumpulan.
9. Guru kemudiannya mengaitkan iklan tawaran dengan penulisan surat rasmi. (Aktiviti
ini boleh dilakukan selepas guru mengajarkan tentang format dan cara-cara menulis
surat rasmi).
10. Guru kemudiannya meminta murid untuk menulis surat rasmi untuk memohon
pekerjaan berdasarkan salah satu pekerjaan yang ditawarkan dalam iklan.
TUGASAN EKM 331 Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah
Rendah

11. Guru membincangkan secara ringkas tentang format surat rasmi seperti:
 Format
 Tajuk
 Alamat yang ditujukan
 Isi kandungan surat

Aktiviti Murid:

1. Murid meneliti keratan iklan yang diberikan


2. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru berkenaan ciri-ciri umum iklan
jawatan yang perlu ada dalam iklan secara berpasangan:
 Tajuk
 Isi kandungan/ maklumat penting
 Patah perkataan
3. Murid membentangkan hasil dapatan.
4. Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru berdasarkan bacaan pada keratin
iklan.
5. Murid berbincang dalam kumpulan dan menggunakan kreativiti mereka untuk
mencipta satu iklan jawatan kosong seperti yang diberikan berdasarkan solan
perbincangan.
6. Murid membentangkan hasil dapatan mereka.
7. Murid menulis surat rasmi untuk memohon salah satu jawatan yang ditawarkan dalam
ruangan iklan tersebut.

Contoh Keratan 1:
TUGASAN EKM 331 Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah
Rendah

Contoh Keratan 2:
TUGASAN EKM 331 Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah
Rendah

Aktiviti 2:

Tujuan: Membina soalan berdasarkan Teks

Aktiviti Pengajaran:

1. Guru mengedarkan teks dariapada surat khabar (rujuk contoh)


2. Guru mengarahkan murid untuk membaca teks yang diberikan secara berkumpulan
dan secara individu
3. Guru dan murid membincangkan isi kandungan teks
4. Guru mengarahkan murid untuk membina soalan berdasarkan teks yang telah dibaca
berpandukan yang berikut:
 Siapa?
 Apa?
 Bila?
 Di mana?
 Mengapa?
 Bagaimana?
5. Guru memanggil beberapa orang murid untuk memberikan jawapan mereka. Guru
membincangkan hasil jawapan.
6. Guru kemudian mengarahkan murid membuat kumpulan dan mencipta satu situasi
seperti temuramah dengan menyediakan skrip soalan-soalan dan jawapan yang sesuai
berdasarkan seperti dalam teks yang diberikan.
7. Guru mengarahkan murid melakonkan sesi temuramah di hadapan kelas.

Aktiviti Murid:

1. Murid membaca teks secara individu dan secara berkumpulan


2. Murid membincangkan isi kandungan teks bersama guru
3. Murid membina soalan-soalan berdasarkan teks
4. Murid membentangkan hasil dapatan
5. Murid membuat skrip temuramah secara berkumpulan
6. Murid melakonkan situasi temuramah
TUGASAN EKM 331 Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah
Rendah

Contoh Keratan Teks: