Anda di halaman 1dari 20

TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam

Bahasa Melayu

TUGASAN
MEI 2014 SEMESTER 6

KOD KURSUS ESP 323

NAMA KURSUS SEMANTIK DAN PERISTILAHAN DALAM


BAHASA MELAYU

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
Bahagian A

“Perbandingan Istilah Pinjaman Bahasa Melayu dan Bahasa Korea” oleh Hasnah
Mohamed

1.0 Tujuan dan Rasional Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan oleh penulis adalah untuk membuat kajian mendalam dan
membuat perbandingan tentang persamaan dan perbezaan dalam menterjemahkan perkataan-
perkatan atau kosa kata asing ke dalam dua buah bahasa iaitu bahasa Melayu dan juga bahasa
Korea. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji tentang kedua-dua
bahasa itu dari segi cara-cara yang diguna pakai dalam membentuk istilah atau kosa kata ke
dalam bahasa tersebut.

Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tentang bagaimana cara
sesuatu peminjaman kata asing terjadi melalui kaedah penterjemahan kosa kata asing
terutama sekali yang digunakan dalam perancangan dan perkembangan bahasa Melayu dan
bahasa Korea. Rasional daripada kajian ini juga kita dapat mengetahui tentang perbezaan dan
persamaan istilah-istilah yang digunakan di dalam bidang perubatan dan perbankan yang
digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Korea secara umum.
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
2.0 Bincangkan perbezaan ‘pinjam terjemah’, ‘pinjam suai’ dan ‘pinjam langsung’
sepertimana dijelaskan oleh penulis

Pengkaji berdasarkan penulisan beliau menerangkan tentang salah satu daripada tiga
proses utama pembentukan istilah iaitu proses pemadanan konsep dalam istilah yang berasal
daripada pelbagai negara dalam kajian ini. Melalui proses ini, pembentukan istilah terjadi
melalui tiga proses iaitu proses pinjam terjemah, proses pinjam suai dan proses pinjam
langsung. Berikut adalah maksud setiap proses berdasarkan penulisan pengkaji:

 Proses pinjam terjemah


Proses penterjemahan ini ialah satu proses pembentukan istilah dengan menterjemah
secara terus makna dalam kosa kata bahasa asing ke dalam kosa kata sesuatu bahasa.
Contoh yang diberikan oleh penulis ialah perkataan bahasa Inggeris ‘Supermarket’
diterjemahkan terus maksudnya ke dalam bahasa Melayu iaitu ‘pasar raya’. Dalam proses
pembentukan istilah ini, persamaan bentuk adalah tidak ditekankan seperti dalam contoh
yang diberikan. Namun begitu, golongan kata yang diterjemah perlu sama, iaitu
berdasarkan contoh kedua-duanya ialah golongan Frasa Nama.

 Proses pinjam suai


Proses ini ialah satu kaedah pembentukan istilah melalui proses peminjaman kosa kata
asing melalui proses kesesuaian dari segi ejaan dan sebutan. Menurut pengkaji, proses
penyerapan bahasa asing ke dalam bahasa Melayu lebih tertumpu kepada kesesuaian
dalam bentuk ejaan agar sesuai dengan sistem ejaan dalam bahasa Melayu. Contoh yang
diberikan ialah perkataan ‘tuberculosis’ yang dieja sebagai ‘tuberkulosis’ mengikut
kesesuaian ejaan dalam bahasa Melayu.

 Proses pinjam langsung


Kaedah ini ialah satu proses peminjaman bahasa asing yang masih menggunakan kosa
kata asal bahasa asing tanpa mengubah ejaan atau sebutannya. Antara contoh yang
diberikan ialah perkataan bahasa Inggeris, ‘deposit’ juga dieja dan disebut sebagai
‘deposit’ di dalam bahasa Melayu. Contoh lain yang diberikan ialah perkataan seperti
‘uterus’, ‘in vivo’ dan ‘in vitro’ yang ejaan dan sebutannya masih dikekalkan dalam
istilah bahasa Melayu.
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
Berdasarkan maksud ketiga-tiga proses pembentukan istilah melalui kaedah
peminjaman terjemah, pinjam suai dan pinjam langsung, terdapat perbezaan yang jelas antara
ketiga-tiga kaedah ini. Perbezaan tersebut dapat dirumuskan melalui jadual yang berikut:

Proses

Pinjam Terjemah Pinjam Suai Pinjam Langsung

 Membentuk istilah  Membentuk istilah  Membentuk


berdasarkan berdasarkan istilah
terjemahan kesesuaian ejaan menggunakan
maksud asal istilah dan sebutan ke istilah asal
Cara
asing yang dalam bahasa bahasa yang
pembentukan
dipinjam peminjam dipinjam
 Golongan kata  Penyesuaian makna  Tiada
yang menggunakan penyesuaian dari
diterjemahkan kaedah ini lebih segi ejaan dan
perlu sama iaitu cepat berbanding sebutan
frasa nama dengan terjemahan dari
frasa nama bahasa peminjam

Supermarket Transaction Uterus

Contoh Pasar Raya Transaksi Uterus

Kesimpulannya, ketiga-tiga proses peminjaman yang dijelaskan berpandukan jadual


di atas setiap satunya memiliki perbezaan melalui cara-cara pembentukan istilah asing ke
dalam istilah peminjam. Perbezaan tersebut ialah dari segi penterjemahan terus,
pengubahsuaian ejaan dan sebutan agar bersesuaian dengan kaedah ejaan sistem bahasa
peminjam dan juga pembentukan istilah bahasa peminjam berdasarkan pinjaman terus istilah
bahasa asing tanpa menterjemah maksud dan mengubahsuai ejaan atau sebutan.
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
3.0 Nyatakan ulasan penulis tentang Jadual 1, h: 114-115

Ulasan penulis tentang Jadual 1 ialah berdasarkan hasil dapatan daripada data
pembentukan secara preskriptif dan data pembentukan deskriptif. Melalui data preskriptif,
pembentukan istilah paling tinggi ialah melalui kaedah pinjam suai iaitu sebanyak 46.7
peratus. Di tempat kedua dengan 26.7 peratus ialah kaedah terjemah langsung dan kaedah
paling sedikit digunakan dalam data preskriptif ialah kaedah gabungan dengan 23.3 peratus
sahaja.

Antara contoh istilah daripada data preskriptif yang dibentuk menggunakan kaedah
paling tinggi iaitu kaedah pinjam suai ialah transaksi daripada ‘transaction’, overdraf yang
dipinjam suai daripada perkataan ‘overdraft’, perkataan ‘cancer’ disesuaikan dalam bahasa
Melayu menjadi kanser, dan skizofrenia yang dipinjam suai daripada perkataan
‘schizophrenia’.

Penulis juga menyatakan bahawa di Malaysia kebanyakkan istilah yang digunakan


dalam bidang perbankan dan perubatan lebih banyak menggunakan pembentukan istilah
berdasarkan kaedah pinjam suai seperti yang telah ditunjukkan dalam Jadual 1 iaitu ada 14
perkataan semuanya yang telah dibentuk secara kaedah pinjam suai. Namun ini berbeza
dengan kaedah deskriptif.

Bagi data deskriptif pula, pemilihan kaedah pembentukan istilah pula adalah berbeza
daripada data preskriptif. Hasil daripada kajian ini, pembentukan istilah bagi data deskriptif
ialah lebih banyak menggunakan kaedah terjemah langsung dengan 56.7 peratus. Kaedah
pembentukan istilah yang kedua paling tinggi digunakan bagi data deskriptif ialah kaedah
pinjam suai iaitu dengan 16.7 peratus.

Menurut penulis, pembentukan istilah yang dibentuk secara diskreptif ditandakan


sebagai (√ ) seperti yang terdapat dalam Jadual 1 ialah istilah-istilah yang digunakan dalam
media akhbar dan brosur awam. Oleh yang demikian, penulis menyimpulkan hasil dapatan
data deskriptif adalah kerana media massa lebih banyak menggunakan kosa kata natif dalam
mengungkapkan istilah pinjaman.

Antaranya ialah perkataan rahim lebih digunakan berbanding dengan perkataan


‘uterus’ kerana penggunaan perkataan rahim lebih dikenali oleh masyarakat jika
dibandingkan dengan istilah ‘uterus’. Selain itu ialah penggunaan kata nyanyuk berbanding
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
dengan istilah ‘senil’. Ini kerana perkataan ‘senil’ kurang diguna pakai dalam masyarakat
berbanding dengan perkataan nyanyuk yang maksudnya diketahui oleh semua lapisan
masyarakat.

Situasi ini menggambarkan bahawa, pengamal media massa mengambil berat tentang
tahap pengetahuan umum dalam bahasa oleh masyarakat. Justeru itu, mereka lebih gemar
menggunakan kosa kata natif seperti rahim jika dibandingkan dengan ‘uterus’ dan perkataan
nyanyuk jika dibandingkan dengan istilah ‘senil’. Perkara ini kerana, pengguna dari semua
lapisan akan membantu mereka lebih memahami perkara yang ditulis berdasarkan kosa kata
yang lebih difahami.

Penulis juga menyatakan bahawa istilah-istilah yang terbentuk secara deskriptif dari
segi penggunaan istilah adalah lebih banyak dipengaruhi oleh masyarakat berbanding dengan
penggunaan istilah yang telah dibentuk secara terancang oleh jawatankuasa yang terlibat
dengan perancangan bahasa dalam bidang-bidang tertentu seperti dalam bidang perbankan
dan bidang perubatan.

Penulis juga membandingkan data yang terdapat dalam Jadual 1 dengan dapatan
daripada Jadual 2 iaitu perbezaan penggunaan kaedah pinjaman dalam bahasa Meayu dan
pinjaman bahasa dalam bahasa Korea. Perbandingan yang dinyatakan oleh penulis ialah
istilah bahasa Melayu lebih banyak menggunakan kosa kata asing dalam kedua-dua bidang
yang dikaji iaitu bidang perbankan dan bidang perubatan jika dibandingkan dengan bahasa
Korea. Ini kerana peratus kaedah terjemah langsung di Malaysia ialah 26.7 peratus preskriptif
dan 56.7 peratus deskriptif berbanding bahasa Korea iaitu 93.3 peratus untuk kaedah terjemah
langsung.

Perkara ini menunjukkan bahawa adalah tidak sukar untuk kosa kata asing masuk ke
dalam kosa kata bahasa Melayu dalam penggunaan istilah-istilah dalam bidang perbankan
dan perubatan di Malaysia jika dibandingkan dengan istilah bahasa Korea. Penulis
menyatakan hal ini terjadi berikutan ketiadaan istilah asing bentuk in toto dalam sampel
kajian yang dikumpulkan.
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
4.0 Huraian dapatan utama kajian ini

Hasil dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan ketara antara
pemilihan kaedah pembentukan istilah pinjaman antara bahasa Melayu dengan bahasa Korea.
Kajian ini menujukkan bahawa di dalam bahasa Melayu, terdapat dua jenis pembentukan
istilah iaitu secara preskriptif dan secara deskriptif.

pembentukan istilah secara preskriptif dalam bahasa Melayu, lebih cenderung


menggunakan kaedah pembentukan istilah secara secara peminjaman pinjam suai, manakala
pembentukan istilah secara deskriptif lebih menggunakan kaedah pinjam terjemah. Walau
bagaimanapun, oleh sebab faktor masa untuk menjalankan kajian, data istilah Korea hanya
data istilah deskriptif. Perbezaan kaedah penterjemahan istilah yang paling ketara antara
bahasa Melayu dan bahasa Korea ialah dari istilah yang dibentuk secara preskriptif di
Malaysia dengan istilah di Korea.

Sedikit perbezaan dapat dilihat apabila dibandingkan antara istilah Malaysia yang
dibentuk secara deskriptif dengan istilah Korea. Fenomena ini mencerminkan bahawa
masyarakat (di kedua-dua negara) sebenarnya lebih cenderung menggunakan istilah dalam
bentuk kosa kata natif berbanding dengan bentuk istilah yang dipinjam walaupun diubah suai
ejaannya mengikut sistem ejaan standard sesebuah negara. Ini kerana penggunaan kosa katif
lebih difahami oleh semua lapisan pengguna bahasa.

Dapatan kajian juga menunjukkan kaedah yang lebih banyak digunakan dalam
peminjaman bahasa asing dalam bidang perbankan dan perubatan dalam bahasa Melayu ialah
kaedah pinjam suai. Ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu di Malaysia adalah lebih
dipengaruhi dengan penggunaan bahasa Inggeris. Keadaan ini berlaku kerana dua faktor yang
berikut, pertama kerana para penggubal istilah berpendapat secara praktisnya istilah bahasa
asing yang dipinjam itu lebih dikenali kerana sering ditemui dalam buku-buku teks rujukan
bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas.

Oleh itu, adalah lebih praktis untuk meminjam istilah tersebut dengan hanya mengubah suai
ejaannya supaya lebih mudah difahami oleh pengguna. Faktor kedua ialah kurangnya
pengetahuan tentang kewujudan kosa kata dalam bahasa Melayu yang dapat mengungkapkan
istilah asing bersama-sama konsepnya yang dipinjam atau juga kerana sikap kurang yakin
terhadap kemampuan kosa kata tersebut untuk mengungkapkan sesuatu konsep.
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
Perkara ini adalah berbeza daripada situasi bahasa di Korea, kaedah pembentukan
istilah secara terjemah langsung lebih banyak berlaku kerana kurangnya pengaruh bahasa
Inggeris di samping penggunaan bahasa natif yang lebih meluas memungkinkan istilah asing
yang dipinjam lebih mudah untuk diterjemahkan ke dalam bahasa natif. Penggunaan bahasa
natif yang lebih meluas juga menyebabkan istilah yang dibentuk dalam bahasa berkenaan
begitu mudah dimasyarakatkan. Perkara ini selari dengan prinsip peristilahan tentang
keserasian istilah dengan konsep serta keberterimaan sesuatu istilah dalam kalangan
masyarakat penggunanya.

Walaupun perkembangan semasa era globalisasi memungkinkan kewujudan lebih


banyak istilah bentuk pinjam suai, namun sekian banyak istilah yang menggunakan kosa kata
natif serta sifat istilah yang tidak berubah secara serta-merta masih dapat mengekalkan
bentuk istilah terjemah langsung dalam kosa kata istilah bahasa Korea.

Kajian ini juga membuktikan bahawa dalam peminjaman istilah asing, istilah baharu
yang dibentuk berdasarkan pengetahuan bahasa pengguna, lebih kukuh pengetahuan bahasa
natif pengguna sesuatu bahasa, maka lebih banyak istilahnya dibentuk menggunakan kosa
kata natif bahasa berkenaan. Sebaliknya, jika pengetahuan bahasa pengguna lebih banyak
dipengaruhi oleh kosa kata asing, maka lebih banyak istilah akan dibentuk menggunakan
kosa kata asing yang diubah suai ke dalam bahasa yang meminjam itu.
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
Bahagian B

“Sering diperkatakan bahawa kemasukan terlalu banyak kosa kata asing dalam sesuatu
bahasa, yang dikenali sebagai peminjaman, akan menyebabkan bahasa itu rancu”. Hasnah
Mohamed.

Bincangkan dengan memberi contoh yang berkaitan.

1.0 PENGENALAN

Bahasa merupakan alat atau medium yang kita gunakan dalam berkomunikasi dan
berinteraksi antara satu sama lain. Bahasa akan menunjukkan bangsa dan mencerminkan
identity diri kita sebagai satu individu dan juga masyarakat. Penggunaan bahasa yang sesuai
adalah bergantung kepada cara kita menilai diri, situasi dan penutur lain yang terdapat di
sekeliling kita. Bahasa menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010) ialah sistem lambang
bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia
antara seorang individu dengan individu yang lain dan sebagainya. Dalam konteks negara
kita Malaysia, bahasa yang digunakan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara
ialah bahasa Melayu.

Namun, apabila menggunakan bahasa Melayu, kita mungkin mendapati terdapat


sebilangan besar penutur bahasa Melayu yang tidak menyedari hakikat bahawa bahasa yang
digunakan adalah pada tahap bahasa Melayu yang rendah. Ini kerana, kita sering mendengar
penutur bahasa Melayu yang menggunakan bahasa yang bercampur aduk, terutama sekali
bahasa Melayu dengan Inggeris. Percampuran bahasa tersebut dilakukan hampir pada setiap
peringkat penguasaan bahasa iaitu sama ada dari sebutan, ejaan, imbuhan, kosa kata, makna
dan sebagainya. Penggunaan tatabahasa yang betul juga seringkali diabaikan terutama sekali
oleh penutur asli bahasa

Selain daripada percampuran bahasa dengan bahasa Inggeris, terdapat juga pengaruh
bahasa-bahasa asing lain dalam bahasa Melayu antaranya seperti bahasa Sanskrit, bahasa
Arab, bahasa Cina dan sebagainya. Percampuran bahasa ataupun peminjaman bahasa asing
ini ke dalam bahasa Melayu ini adalah disebabkan beberapa faktor antaranya ialah penduduk
Malaysia yang berlainan bangsa menyebabkan pertembungan budaya seterusnya bahasa,
perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi yang menyebabkan banyak istilah-
istilah asing yang diguna pakai dan sebagainya. Justeru itu, kemasukkan kosa kata asing
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan namun kita harus tahu cara dan kaedah bagi
membendung perkara ini dari berleluasa kerana hal ini akan memberi kesan kepada
perkembangan bahasa Melayu terutama sekali dengan wujudnya kerancuan dalam bahasa.

2.0 PEMINJAMAN BAHASA/ KOSA KATA ASING

Bahasa Melayu telah mula menerima pengaruh asing sejak zaman bahasa Melayu
kuno dengan menerima pengaruh bahasa Sanskrit, diikuti bahasa Melayu klasik menerima
bahasa Arab dan bahasa Melayu moden menerima bahasa Eropah. Penerimaan bahasa asing
ke dalam bahasa Melayu adalah mudah bahasa Melayu itu sendiri yang bersifat dinamik.
Peminjaman ini secara tidak langsung telah memperkaya kosa kata bahasa melayu.

Terdapat beberapa kaedah peminjaman kosa kata asing ini yang digunakan oleh
bahasa Melayu antaranya ialah melalui pinjaman terus dengan menyesuaikan ejaan dan
sebutan. Contohnya ialah perkataan bahasa Inggeris, ‘psychology’ dipinjam terus ke dalam
bahasa Melayu dengan kesesuaian ejaan menjadi perkataan ‘psikologi’. Kaedah seterusnya
yang digunakan ialah kaedah pinjaman terjemahan. Kaedah ini mengambil makna atau
konsep daripada kosa kata asing. Contohnya ialah perkataan ‘honeymoon’ dipinjam dan
diterjemahkan terus maknanya ke dalam bahasa Melayu menjadi perkataan ‘bulan madu’.

Peminjaman usur-unsur bahasa dan kosa kata asing ke dalam bahasa Melayu telah
menjadi kebiasaan. Antara sebab-sebab yang memerlukan bahasa Melayu perlu meminjam
kosa kata asing ialah kerana:

 Keperluan untuk menamakan sesuatu benda, konsep baru kerana tiada perkataan yang
sesuai dalam bahasa Melayu. Contoh: syurga, camca, mee, taubat.
 Perkataan bahasa Melayu tidak menepati maksud bahasa asing. Contoh: doktor
(tabib), polis (mata-mata), radio (tetuang udara)
 Sikap kebanyakkan penutur bahasa Melayu yang terlebih mengagungkan bahasa asing
terutamanya bahasa Inggeris sehingga perkataan bahasa Melayu dianggap lapuk dan
ketinggalan zaman.
 Kekerapan penggunaan bahasa asing yang lebih tinggi berbanding penggunaan
perkataan dalam bahasa Melayu kerana mempunyai maksud yang berbeza
terutamanya dalam bidang-bidang yang melibatkan teknologi maklumat, perubatan,
perbankan dan sebagainya.
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
 Peminjaman juga perlu untuk mengatasi masalah makna. Contoh perkataan ‘riak’
tidak boleh digantikan dengan perkataan ‘sombong’ dalam bahasa Melayu.

Peminjaman bahasa asing berlaku disebabkan pertembungan budaya seperti perniagaan,


peperangan dan penjajahan, penghijrahan, pendidikan dan penyebaran agama. Unsur-unsur
daripada bahasa asing yang diambil oleh bahasa Melayu termasuklah bunyi, tulisan, imbuhan,
kosa kata, istilah, peribahasa dan struktur ayat. Peminjaman bahasa membawa banyak kesan
positif ke dalam bahasa Melayu terutama sekali dalam menambah kosa kata bahasa
peminjam. Namun begitu, sekiranya perkara ini tidak dikawal ianya akan mewujudkan
fenomena kerancuan bahasa.

3.0 KERANCUAN BAHASA

Istilah kerancuan berasal dari perkataan rancu dan menurut Kamus Dewan edisi
keempat (2010) perkataan rancu membawa maksud tidak teratur, campur aduk, kacau
(bahasa). Kerancuan pula bermaksud keadaan rancu iaitu tidak teratur dan sebagainya,
kekacauan iaitu kekeliruaan penggunaannya hanya akan meningkatkan kadar kita berbahasa.

Dr. Nik Safiah Karim (1986) pula menyatakan pencemaran bahasa ialah sebagai
penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama
ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Berdasarkan pendapat
di atas dapatlah disimpulkan bahawa definisi kerancuan bahasa ialah kekacauan bahasa
akibat kekeliruan oleh pengguna bahasa dengan mencampur adukkan bahasa asal dengan
bahasa atau kosa kata asing yang dipinjam.

Antara beberapa sebab yang mengkibatkan terjadinya kerancuan bahasa akibat


daripada peminjaman kosa kata asing yang tidak terkawal ialah pengaruh bahasa asing
terutamanya bahasa Inggeris yang merupakan faktor penutur bahasa Melayu bertutur dan
menulis dalam bahasa Melayu yang salah penggunaannya. Kesalahan ini berlaku kerana
penggunaan istilah yang tidak tepat. Sebagai contoh, oleh sebab begitu ghairah untuk
menggunakan bahasa Inggeris, maka banyak perkataan Inggeris telah cuba dimelayukan.
Perkataan bajet misalnya, diambil daripada perkataan Inggeris budget dengan alasan lebih
tepat. Alasan yang dikemukakan ialah perkataan belanjawan membawa makna yang negatif,
iaitu orang yang suka berbelanja.
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
Pengaruh perkembangan teknologi menjadi salah satu sebab utama berlakuanya
kerancuan bahasa. Ini kerana pada zaman sekarang, masyarakat amat mudah berhubung
antara satu sama lain dengan menggunakan sistem yang baik seperti laman interaksi
menggunakan media sosial seperti ‘facebook’ , blog dan twitter atau menggunakan telefon
bimbit. Kebanyakan medium bahasa yang digunakan bercampur aduk antara bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris. Hal yang demikian telah menimbulkan kecelaruan atau kekeliruan serta
kesalahan dalam penggunaan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa singkatan yang berleluasa
dalam laman sosial seperti ‘facebook’ dan sistem pesanan ringkas ( bahasa ‘sms’) telah
menyebabkan bahasa Melayu menjadi bahasa rojak kerana bahasa Melayu telah digunakan
secara salah dari aspek ejaan, pemilihan kata dan strukutur ayatnya.

4.0 KESAN KERANCUAN BAHASA

Peminjaman unsur bahasa asing dalam bahasa Melayu memberi kesan kepada sesuatu
bahasa terutama apabila berlaku penyesuaian dan perubahan terhadap kosa kata bahasa
peminjam. Peminjaman perlu dikawal kerana peminjaman yang berlebih-lebihan akan
mengakibatkan keaslian bahasa peminjam itu sendiri, campur aduk struktur akan berlaku.
Pertembungan sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain akan mengakibatkan perubahan bunyi
atau fonologi, bentuk kata atau morfologi dan bentuk ayat atau sintaksis.

Peminjaman bahasa atau kosa kata asing yang tidak terkawal akan memberi kesan
yang negatif terhadap penggunaan bahasa Melayu dan mengakibatkan berlakunya kerancuan
dalam bahasa. Kesan daripada kerancuan ini salah satunya akan menyebabkan bahasa Melayu
sebagai bahasa perpaduan yang telah membentuk asas jati diri rakyat negara Malaysia sedikit
demi sedikit akan kehilangan peranannya kerana status dan penghormatan rakyat terhadap
bahasa Melayu akan semakin luntur dan berkurangan. Ini bererti generasi penutur bahasa
Melayu akan datang akan mengetepikan bahasa ini yang mempunyai keunikan dan
keindahannya yang tidak ternilai.

Menurut Hashim Musa (2009) pula, kerancuan dan pencemaran bahasa boleh
merosakkan keteraturan, kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu kerana menjejas
sistem dan peraturannya menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Tambah beliau
lagi, ini akan merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi yang akhirnya akan menurunkan
maruahnya dan disisihkan sedikit demi sedikit oleh pengguna bahasanya.
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
5.0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, peminjaman bahasa atau kosa kata asing adalah satu keperluan
terutama sekali di dunia tanpa sempadan di mana pertembungan budaya yang tidak dapat
dielakkan lagi dan sifat bahasa itu sendiri yang bersifat dinamik. Antara kepentingan
peminjaman kosa kata asing ialah ianya berfungsi untuk menambah dan memperkayakan lagi
istilah dan kosa kata dalam bahasa yang meminjam. Hal ini terutama sekali dalam perkara
yang melibatkan perkembangan sains dan teknologi iaitu terdapat beberapa istilah yang
memerlukan pinjaman kosa kata asing kerana istilah yang digunakan tidak terdapat
maksudnya dalam bahasa yang meminjam. Sebagai contoh, perkataan ‘deposit’ dalam bahasa
Inggeris tidak terdapat makna dalam bahasa Melayu. Justeru itu, perkataan ‘deposit’ dipinjam
langsung oleh bahasa Melayu juga menggunakan perkataan deposit dalam bahasa Melayu.

Namun yang demikian, sekiranya pinjaman kosa kata asing ke dalam bahasa
peminjam yang tidak terkawal akan menyebabkan berlakunya fenomena kerancuan bahasa.
Kerancuan bahasa mengakibatkan penggunaan bahasa yang bercampur aduk dan salah dari
segi penggunaan bahasa yang standard. Oleh yang demikian semua pihak haruslah
bekerjasama dalam memastikan proses peminjaman kosa kata asing dapat di kawal
penggunaanya. Selain itu, pihak yang berwajib haruslah berupaya untuk menghasilkan lebih
banyak istilah-istilah sendiri dalam bahasa Melayu terutama sekali dalam bidang sains dan
teknologi maklumat. Ini untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada kosa kata asing.
Usaha-usaha seperti ini akan menjamin keberterusan ataupun kelangsungan penggunaan
bahasa Melayu yang menjadi lambang dan identiti bangsa Malaysia.
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
Bahagian C

Haiwan Sebagai Perlambangan Dalam Peribahasa Orang Semai

Oleh Saidatul Nornis Hj. Mahali & Mohd. Rasdi Saamah

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kurangnya dokumentasi terhadap bahasa dan budaya masyarakat peribumi Orang


Asli di negara ini menyebabkan kebanyakan budaya lisan khususnya, milik masyarakat ini
semakin hilang bersama peredaran masa. Keadaan ini dibantu pula oleh faktor penyusutan
bilangan masyarakat orang asli di negara ini. Apatah lagi wujud juga perbezaan bahasa dan
budaya antara kelompok-kelompok Orang Asli. Keadaan sedemikian secara tidak langsung
telah membataskan pergaulan masyarakat peribumi ini dengan masyarakat lain di Malaysia
khususnya dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia.

Oleh itu, bahasa dan budaya masyarakat peribumi Orang Asli di negara ini perlu
diketengahkan kepada khalayak luas agar bahasa dan aspek budaya masyarakat ini dapat
diketahui dan lebih difahami oleh masyarakat lain di negara ini. Salah satu aspek budaya
masyarakat Orang Asli adalah menerusi peribahasa. Peribahasa merupakan salah satu aspek
budaya yang mampu memaparkan latar persekitaran hidup dan pemikiran masyarakat
pendukungnya.

Demikian halnya dengan Orang Asli yang juga menyimpan nilai dan norma budaya
melalui peribahasa mereka. Pendedahan peribahasa masyarakat Orang Asli secara tidak
langsung membolehkan bahasa dan budaya mereka diketahui dan difahami oleh masyarakat
luas di Malaysia. Sehubungan itu, makalah ini diusahakan untuk memberi paparan awal
tentang peribahasa masyarakat Orang Asli Semai.

2.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk meneliti unsur haiwan yang terdapat dalam
peribahasa suku kaum Semai. Kesemua unsur haiwan dalam peribahasa yang dikaji
merupakan haiwan yang mempunyai kaitan dalam ruang lingkup kehidupan suku kaum
tersebut.

Kepentingan kajian ini adalah juga bertujuan untuk memberikan pemahaman kepada
masyarakat yang mempunyai hubungan secara langsung dengan suku kaum ini, sebagai salah
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
satu kaedah untuk merapatkan jurang sosiobudaya dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Peribahasa suku kaum ini juga mampu memperlihatkan betapa orang-orang Semai adalah
pemerhati yang baik kerana mampu menggabungjalinkan antara alam dengan kehidupan
sebenar manusia.

3.0 DATA

Berikut merupakan jadual peribahasa etnik Semai yang menggunakan unsur haiwan.

Peribahasa Haiwan Jumlah


Anjing 3
Ayam 3
Burung 3
Kera 3
Beruk 2
Ikan 2
Kura-kura 2
Rusa 2
ular 2
Anai-anai 1
Babi 1
Cawi-cawi 1
Helang 1
Kijang 1
Kucing 1
Lintah 1
Mawas 1
Mengkarung 1
Murai 1
Rajawali 1
Tebuan 1
Tupai 1

Berdasarkan jadual tersebut, unsur haiwan seperti anjing, ayam, burung dan kera ialah
haiwan yang paling banyak digunakan dalam peribahasa etnik Semai. Terdapat lima kategori
perlambangan berunsurkan haiwan yang digunakan dalam kesemua peribahasa berkenaan.
Perlambangan berkenaan merujuk kepada kategori sifat atau keadaan sebanyak 21
peribahasa; perlambangan warna sebanyak enam peribahasa; perlambangan ukuran sebanyak
empat peribahasa.

Perlambangan bentuk sebanyak dua peribahasa dan perlambangan pancaindera juga


sebanyak dua peribahasa. Perlambangan bagi maksud sifat atau keadaan dapat dibahagikan
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
kepada dua kategori pula, iaitu sifat positif dan sifat negatif. Begitu juga keadaannya dengan
perlambangan bagi maksud pancaindera dapat dibahagikan kepada pancaindera rasa dan
pancaindera dengar.

i. PERLAMBANGAN BAGI MAKSUD SIFAT ATAU KEADAAN

Contoh:

Peribahasa Sifat Positif Maksud


raha-pok [raha po‟] (macam ayam) Seorang yang sangat rajin

Peribahasa Sifat Negatif Maksud


rah greit chak ma-i-pangkal (anai-anai Seseorang yang suka mengikis wang orang
makan hingga ke akar) atau kedua-dua ibu bapanya sendiri.
raha cep birai (seperti burung murai) Seseorang yang suka bercakap atau mulut
bising dan celupar

Keadaan Maksud
Digunakan untuk menunjukkan keadaan
kawasan hutan yang ditebas dan dibakar
nelumpat rusak (lompatan rusa) dengan tujuan untuk pembukaan kawasan
pertanian baru, yang hangus tidak
menyeluruh atau hangus secara bertompok-
tompok.

ii. PERLAMBANGAN BAGI MAKSUD WARNA

Peribahasa Maksud Warna


celun rau (belakang kera) Merujuk kepada belakang kera yang
berwarna hijau kekuningan
celut tajuk belakang ular Merujuk kepada warna belakang ular (tanpa
menyatakan jenis ular)
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
iii. PERLAMBANGAN BAGI MAKSUD UKURAN

Peribahasa/simpulan bahasa Maksud


marha-woc-dog (sebesar pusar beruk) Merupakan perbandingan yang memberikan
maksud saiz keluasan bagi sesuatu kawasan
ensop cep (sarang burung) Saiz rumah yang kecil atau sempit dan tidak
sesuai untuk didiami oleh keluarga yang agak
besar

iv. PERLAMBANGAN BAGI MAKSUD BENTUK

Peribahasa/simpulan bahasa Maksud


begneg mensikkoq (simpulan/ikatan anjing Sesuatu ikatan atau simpulan yang kuat atau
mengawan) kemas tetapi senang diuraikan kembali.
deg puk (reban ayam) Hasil kerja daripada seseorang yang tidak
mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang
itu tentunya mempunyai kelemahan atau
kekurangan dalam pelbagai aspek.

v. PERLAMBANGAN BAGI MAKSUD PANCAINDERA

Peribahasa/simpulan bahasa Maksud


sen up peruk (sesuam sarang tupai) Pancaindera rasa, iaitu merujuk kepada kadar
kepanasan air yang sesuai untuk memandikan
bayi
lempok karok (suara mengkarung) Seseorang yang mempunyai suara yang tidak
sedap atau sumbang untuk didengar
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
4.0 ANALISIS DATA DARI SEGI PEMIKIRAN

Berdasarkan jadual perlambangan sifat, kaum Semai menggunakan peribahasa


melalui pemikiran menyamakan sifat haiwan dengan sifat manusia samada positif atau
negatif. Beradsarkan contoh yang diberikan, peribahasa raha-pok [raha po’] (macam ayam)
yang bermaksud seseorang yang sangat rajin. Masyarakat Semai menganggap ayam sebagai
binatang yang sangat rajin kerana haiwan tersebut biasanya keluar mencari rezeki pada awal
pagi berbanding haiwan lain.

Dari segi sifat negatif pula terdapat beberapa perlambangan yang diberikan oleh kaum
Semai. Contohnya, peribahasa rah greit chak ma-i-pangkal (anai-anai makan hingga ke akar)
membawa maksud seseorang yang suka mengikis wang orang atau kedua-dua ibu bapanya
sendiri. Penggunaan anai-anai sebagai lambang kepada sifat atau perangai negatif seseorang
ini bertepatan dengan sifat anai-anai, iaitu sejenis serangga seperti semut yang membuat
sarang dalam tanah atau kayu. Jelas menunjukkan, dari segi pemikiran, Kaum Semai bijak
menggunakan pemerhatian mereka terhadap sifat-sifat haiwan dan dijadikan perlambangan
kepda sifat yang juga wujud dalam manusia.

Kaum Semai juga menggunakan warna-warna pada haiwan untuk digunakan sebagai
perlambangan kepada tahap matang (masak) buah-buahan atau hasil tanaman masyarakat
Semai. Antara contoh yang diberikan ialah untuk menunjukkan buah rambutan yang hampir
masak atau mengkar masyarakat Semai menggunakan simpulan bahasa celun rau (belakang
kera). “Belakang kera‟, yakni merujuk kepada bulu di bahagian belakang haiwan itu yang
berwarna hijau kekuningan jika dilihat dari jarak tertentu. Ini juga menunjukkan tahap
pemikiran kaum Semai dalam mewujudkan simpulan bahasa bijak menggunakan warna-
warna yang terdapat pada haiwan untuk memberi perlambangan tertentu. Ini jelas
menunjukkan pemikiran kaum Semai sentiasa mempunyai perkaitan dengan alam sekitar
yang dekat dengan kehidupan mereka.

Terdapat pelbagai lagi contoh perlambangan haiwan yang digunakan oleh kaum
Semai seperti jadual-jadual yang disediakan di atas. Hal ini menunjukkan bahawa pemikiran
kaum Semai dilatari dan sentiasa didukungi hutan belantara. Sebelum hidup moden
menjengah kehidupan mereka seperti hari, generasi lama orang-orang Semai merupakan
pengamat yang kreatif. Mereka menjadikan alam yang melatari kehidupan sebagai “guru”,
“pembimbing”, serta teladan yang perlu dicontohi dan dihormati. Sebagai manusia yang arif
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
tentang hutan dan kehidupan di dalamnya, mereka menggunakan kesempatan yang ada
misalnya sifat dan watak setiap haiwan sebagai satu teladan dan dijadikan sebagai acuan
pembentuk pasak minda dan budaya secara tidak langsung terutama sekali dalam
pembentukan peribahasa kaum mereka.

5.0 KESIMPULAN

Unsur alam khususnya yang berkait dengan haiwan merupakan unsur yang terdekat
dengan kehidupan orang Semai. Ini jelas membuktikan bahawa haiwan merupakan salah satu
unsur yang memainkan peranan penting sebagai asas kepada tercetusnya sesuatu peribahasa
dalam bahasa mereka. Meskipun terdapat sedikit perbezaan penggunaan unsur haiwan dan
konteksnya dalam peribahasa-peribahasa tersebut berbanding peribahasa masyarakat Melayu
namun, maksud dan tujuan kewujudannya adalah sama, iaitu untuk memberi nasihat,
peringatan, sindiran dan pedoman hidup. Persamaan tafsiran terhadap lambang yang serupa
ini menunjukkan bahawa dalam situasi tertentu terdapatnya corak pemikiran yang hampir
sama antara orang Semai dan masyarakat Melayu. Penggunaan peribahasa yang berunsurkan
haiwan telah menampakkan dengan jelas betapa hubungan manusia, khususnya orang Semai
dengan alam sekeliling itu amat penting dalam corak kehidupan mereka.
TUGASAN ESP323 Semantik dan Peristilahan dalam
Bahasa Melayu
RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2007). Bahasa Rujuk dan Karisma Penutur. Anjuran Dewan Bahasa dan
Pustaka bersama dengan Persatuan Bahasa Moden Malaysia: Artikel Seminar Bahasa
Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu.

Corder, S.P, .(1981). Error analysis and interlanguage. Oxford: Oxford University Press.

Kamus Dewan. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

Nik Safiah Karim (1986), Bahasa Melayu Persoalan dan Pergolakan, Kuala Lumpur :
Gateway Publishing House Sdn Bhd.

Saidatul Nornis Hj Mahali & Mohd Rosdi Samaah. (2013). Haiwan Sebagai Perlambangan
Dalam Peribahasa Orang Semai. GEMA Online™ Journal of Language
Studies,Volume 13(1), February 2013

Victor Pogadev. (2012). Peminjaman sebagai cara Memperkaya Bahasa: Darihal Bahasa.
Rencana, Dewan Bahasa dan Pustaka.