Anda di halaman 1dari 32

PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG

Kampus Dato’ Razali Ismail

PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA


IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
1.0 NAMA PROGRAM

Program Sejenak Bersama, Selama Terasa.

2.0 PENDAHULUAN

Program wajib Bina Insan Guru (BIG) anjuran para pelajar daripada unit

TESL 1 semester 3 ialah program yang bertemakan khidmat masyarakat yang

dinamakan sebagai Program Sejenak Bersama, Selama Terasa ini merupakan

satu program kolaborasi antara Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali

Ismail (IPGKDRI) dan Pusat Jagaan Baitul Cakna yang terletak di, Lot 10370 Kg.

Baru Wakaf Tengah, 21030 Kuala Terengganu. Program ini melibatkan 24 orang

dari Pusat Jagaan Baitul Cakna dan 32 guru pelatih dari IPGKDRI di bawah

bimbingan En. Dzaki bin Suda sebagai tutor.

3.0 MATLAMAT

Program ini berhasrat membina insan guru yang berakhlak mulia,

bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat

kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai

keguruan.
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

4.0 OBJEKTIF

4.1 OBJEKTIF KHUSUS

4.1.1 Memenuhi program wajib Bina Insan Guru(BIG) bagi PISMP

semester 3 yang bertemakan khidmat masyarakat sebagai

keperluan latihan perguruan pra perkhidmatan.

4.2 OBJEKTIF UMUM

4.2.1 Menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia

dan patuh kepada ajaran agama.

4.2.2 Memiliki kemahiran, ketahanan fizikal, mental dan semangat juang

yang tinggi.

4.2.3 Menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal.

4.2.4 Menguasai kemahiran menguruskan diri, kumpulan dan masa

dengan berkesan.

4.2.5 Memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan

portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam

semua aspek tugas.

5.0 TEMA

Khidmat masyarakat
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

6.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 02 Mac 2013

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang

Tempat : Pusat Jagaan Baitul Cakna, Kuala Terengganu.

7.0 TEMPAT

Pusat Jagaan Baitul Cakna yang terletak di, Lot 10370 Kg. Baru Wakaf

Tengah, 21030 Kuala Terengganu.


PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

JawatankuasaInduk

Penaung

EncikGhulam Sarver Bin Mobarak Ali


(Pengarah IPG KDRI)

Penasihat

TnHj M. Shaipullah bin Awang Ibrahim


(TimbalanPengarah IPG KDRI)

PensyarahPenasihat 1

En.Zaharim bin Tawang


( KetuaJabatanGERKOIPGKDRI)

PensyarahPenasihat 2

En.Dzaki bin Sudah


( PensyarahJabatanBahasa-BahasaIPGKDRI)

Pengarah Program

Mohamad Fadhil Bin Mohd Badli


(Unit PISMP Tesl 1 Semester 3)

PenolongPengarah Program

Lily Chung Chen Piing


(Unit PISMP Tesl 1 Semester 2)
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

JAWATANKUASA KERJA

Pengarah Program : Mohamad Fadhil Bin Mohd Badli

PenolongPengarah Program I : Lily Chung Cheng Piing

Setiausaha I : Noor Hajar Aswat binti Muhammad Tahir

Setiausaha II : Vethiya A/P Krishnan

Bendahari : Nurul Izyan binti Mahari

AHLI JAWATANKUASA

Dokumentasi : 1. Angelique Audrey Anak Ambrose Kilang

2. Nur Amira Bt Mohd Suhaimi

Aktiviti : 1. Muhamad Hafizi B Saari

2. Asmawiyah Bt Mohamed

Peralatan : 1. Asaad Fakhri Bin Mohd Amin

2. Dhaiful Ikram Bin Kamaruzaman

Makanan dan Sajian : 1. Anis Nazira Bt Omar Shaifuddin

2. Nur Asilah Bt Mat Daud


Sumbangan :
1. Siti noor farahim Bt Masuri

2. Nur auni Bt baharuddin

Pengangkutan : 1. Mahamad Fariz Syafreen Bin Mahamad Dzahir

2. Muhammad Faizul Shahruddin Bin Zulkiflee


PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

TENTATIF PROGRAM

SABTU
02 MAC 2013

8.00 pagi Bertolakkerumahanakyatim


1.00 petang Tiba di rumahanakyatim
1.30 petang Bersediauntuksolatzohorberjemaah
2.00 – 4.00 petang Aktiviti
- Pengenalan (ice-breaking)
- Gotong-royong
- Motivasi
- Mentor-mentee

4.30 petang SolatAsarberjemaah


5.00 petang Tadarus
6.00 petang Persediaanuntukberbuka
7.30-8.30 malam - berbuka
- solat maghrib berjemaah

9.00 malam Pulang ke maktab


PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

LAPORAN SETIAUSAHA

Nama AJK:

1. Noor Hajar Aswatbinti Muhammad Tahir

2. Vethiya A/P Krishnan

PerancanganAwal :

1. Mengadakan perbincangan terbuka bersama ahli kelas mengenai pemilihan

tempat untuk program BIG kali ini.

2. Mengadakan sesi perbincangan dengan Encik Dzaki untuk mendapatkan

persetujuan beliau.

3. Mencapai kata sepakat dengan pengurus Baitul Cakna mengenai program

perjalanan aktiviti.

Peringkat proses perjalanan program :

A. SEBELUM PROGRAM.

1. Memberi taklimat kepada para guru pelatih mengenai program BIG yang akan

dilaksanakan.

2. Mengagihkan ahli jawatan kuasa mengikut tugas.

B.SEMASA PROGRAM.

1. Memastikan semua AJK menjalankan tugasan masing-masing.

2. Memastikan kesemua aktiviti berjalan dengan lancar.

C. SELEPAS AKTIVITI

1. Membuat sesi post-mortem dengan tutor.

2.Memastikan setiap ajk membuat laporan masing-masing.


PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

Sepanjang Program berlangsung kami telah mempelajari banyak pengajaran.


Antaranya, sebeleum menjalankan Program ini, kami telah mempelajari cara
pengurusan dengan pihak luar. Pengajaran tersebut telah sangat menolong kami untuk
melaksanakan sesuatu aktiviti dengan cara teratur. Contohnya, kami telah mempelajari
format kertas kerja. Kertas kerja yang kami sediakan telah ditolak pada mulanya, ini
kerana format yang kami gunakan tidak menepati kehendak format sebenar. Sebelum
melaksanakan Program ini, kami sangat sibuk dengan perjumpaan-perjumpaan
mengenai Program BIG. Kami telah mempelajari untuk membahagikan masa untuk
membuat kerja-kerja BIG serta kerja kursus.

Semasa pelaksanaan Program pula, kami belajar nilai-nilai seperti bekerja sama,
bertolak ansur, kemahiran berkomunikasi dengan pelbagai pihak. Semasa aktiviti kami
telah berkesempatan untuk berjumpa dengan beberapa orang ahli pusat jagaan
daripada cawangan lain yang merupakan bekas-bekas penagih dadah. Di sini kami
sebagai guru pelatih telah membelajari nilai hormat menghormati antara satu sama lain.
Kami juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan ahli pusat jagaan tersebut.
Kami juga mendapat pengalaman-pengalaman cukup bererti semasa mengadakan
Program BIG.

Selepas pelaksanaan Program pula, kami telah mengadakan sesi post-mortem


dengan Tutor kami. Semasa sesi ini, setiap orang telah diberikan peluang untuk
menyatakan pandangan masing-masing. Tutor kami Encik Dzaki telah memberi
pandangan serta beberapa penambahbaikkan untuk pelaksanaan program-program
yang akan datang. Semua AJK diminta menyediakan laporan tentang tugasan masing-
masing.

(VETHIYA A/P KRISHNAN)


Setiausaha,
Program Kebajikan Pusat Jagaan Baitul Cakna,
Terengganu.
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

LAPORAN AJK DOKUMENTASI

Ahli Jawatankuasa:

1. Angelique Audrey Anak Ambrose Kilang


2. Nur Amira Bt Mohd Suhaimi

Perancangan awal :

Menyediakan alatan untuk mengambil gambar sebagai bahan bukti program seperti
kamera serta berbincang bersama ahli jawatankuasa yang lain, bahawa mereka perlu
membuat laporan mengikut tugasan masing-masing.

Peringkat proses perjalanan perjalanan aktiviti :

A. Sebelum aktiviti :

Menyediakan kamera untuk merakam dan mengambil gambar perjalanan program.

Semasa aktiviti :

Mengambil gambar mengikut giliran serta mencatatkan apa-apa sahaja maklumat yang
penting sepanjang aktiviti berjalan.

B. Selepas aktiviti :

Berkongsi dapatan seperti gambar serta catatan maklumat dan memastikan semua AJK
membuat laporan tugasan masing-masing.

Refleksi

Sepanjang bertugas sebagai AJK Dokumentasi, kami berasa sangat seronok


kerana kerjasama yang tinggi telah diberikan oleh AJK lain. Mereka telah menyiapkan
laporan refleksi tugasan masing-masing dengan baik. Selain itu, AJK yan lain tidak
keberatan untuk meminjamkan peralatan untuk mengambil gambar sepanjang
perjalanan program, seperti kamera. Di sinilah kami melihat nilai murni seperti tolong-
menolong yang amat tinggi dalam kalangan guru-guru pelatih TESL1.
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

Ketibaan guru-guru pelatih TESL 1 di Pusat Jagaan Baitul Cakna

Kami semua berkumpul bagi sesi ice-breaking.


PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

Guru-guru pelatih bertungkus lumus membersihkan kawasan pusat jagaan.

Aktiviti mewarna yang dijalankan bersama budak-budak di pusat jagaan.

Manakala kelemahan yang kami dapati adalah apabila saya sebagai ketua AJK
Dokumentasi tidak meminta ketua bagi setiap AJK yang lain untuk menyerahkan serta
merta laporan mereka. Keadaan telah kelam kabut apabila kami diminta menghantar
laporan lengkap. Hal ini disebabkan ada sesetengah daripada kami lupa di mana
softcopy laporan masing-masing disimpan.

Justeru bagi mengelakkan masalah yang sama berulang ada masa akan datang,
setiap laporan haruslah diserahkan kepada AJK Dokumentasi dengan serta-merta. Hal
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

ini bukan sahaja menjadi tanggungjawab AJK Dokumentasi sahaja, bahkan AJK yang
lain boleh mengingatkan mereka juga.

Mengabadikan kenangan bersama sebelum balik.

Secara keseluruhannya, kami berasa seronok memikul tugasan yang diberikan


ini. Kami dapat mengabadikan memori dan pengalaman yang kami timba melalui
refleksi serta gambar-gambar yang diambil.
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

LAPORAN BERGAMBAR

Semua peserta berkumpul di wakaf TV tepat jam 7.30


pagi.

Sebelum bertolak, semua peserta menikmati sarapan


pagi di Kafe Teltrac.

Hafizi selaku Ketua AJK Pengangkutan memberikan


taklimat ringkas sebelum bertolak ke Rumah Damai.
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

Bertolak ke Rumai Baitul Cakna menggunakan


kenderaan masing-masing dengan rasa teruja.

Rumah Baitul Cakna

Selamat tiba di Rumah Baitul Cakna dan disambut


dengan meriah sekali
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

Ketua Rumah Baitul Cakna memberikan sedikit


informasi berkenaan penghuni rumah ini.

Sesi suai kenal. “Tak Kenal Maka Tak Cinta’’

Pengarah Program memberikan ucapan alu-aluan


sebelum majlis berlangsung.
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

Gotong-royong dimulakan dengan pembahagian kerja-


kerja dalam kumpulan.

Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah membersihkan


tingkap.

Peserta dan penghuni saing bekerjasama untuk


membersihkan kawasan sekitar rumah.
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

Para peserta berganding bahu membersihkan van.

Aktiviti yang dijalankan dalam rumah iaitu


perkongsian ilmu bagi anak penghuni rumah tersebut.

Kanak-kanak melukis dan mewarna mengikut tunjuk


ajar peserta-peserta.
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

Sedikit sumbangan diberikan kepada Rumah Baitul


Cakna atas kesudian menerima kunjungan kami.

Semua peserta dan penghuni sama-sama menikmati


makan tengahari yang lazat.

Kami makan dengan berselera sekali setelah seharian


bergotong-royong dan bermesra dengan penghuni
Rumah Baitul Cakna.
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

Wajah-wajah gembira kami yang dapat memberi dan


berkongsi sedikit rasa bersama penghuni-penghuni.

Walaupun belum pernah bersua, kasih sayang kepada


anak-anak ini melimpah ruah.

Peserta bergambar bersama-sama sebelum pulang ke


IPGKDRI yang tercinta.
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

Laporan disediakan oleh,

(ANGELIQUE AUDREY ANAK AMBROSE KILANG)

AJK Dokumentasi,

Program Sejenak Bersama, Selama Terasa.


PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

LAPORAN AJK AKTIVITI

Ahli Jawatankuasa :

1. Muhamad Hafizi bin Saari

2. Asmawiyah binti Mohamed Zulkifli

Perancangan Awal :

1.Mengadakan perbincangan terbuka bersama ahli kelas mengenai aktiviti-aktiviti yang


boleh dilaksanakan sepanjang program dijalankan.

2. Merangka pelbagai aktiviti yang sesuai untuk ahli-ahli Baitul Cakna.

3. melantik ahli-ahli yang bertugas untuk aktiviti khas bersama penghuni Baitul Cakna.

Peringkat proses perjalanan aktiviti :

A. Sebelum aktiviti

1. Memberi taklimat kepada para guru pelatih mengenai aktiviti yang akan
dilaksanakan sepanjang program.

2. Mengagihkan tugas kepada para guru pelatih mengikut kumpulan.

B.Semasa aktiviti

1. Menjalankan semua aktiviti mengikut masa yang ditetapkan.

2. Memastikan penglibatan para guru pelatih dan ahli Baitul Cakna dalam setiap
aktiviti yang diadakan.
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

C. Selepas aktiviti

1.Memberi sedikit sumbangan tanda penghargaan kepada pengerusi Baitul


Cakna.

Refleksi

Alhamdulillah, kami parapelajar PISMP TESL 1 semester 2, berjumlah seramai


32 orang telah menjayakan sebuah Program Bina Insan Guru Siri 3 2013 yang
diadakan pada 2hb Mac yang lepas, bersamaan denganhari Sabtu, bertempat di
pusatjagaanBaitulCakna. Program ini telah juga disertai oleh Encik Dzaki bin Suda,
sebagai pensyarah pengiring yang juga merupakan tutor bagi Kumpulan TESL 1.

Sebagai ahli jawatankuasa aktiviti, pelbagai perkara yang telah dipertimbangkan


dalam merangka aktiviti sepanjang program ini dijalankan seperti matlamat yang ingin
dicapai, penglibatan semua penghuni Baitul Cakna dan para guru pelatih, selain
perancangan yang rapi dan persiapan yang sempurna.Untuk mencapai semua perkara
di atas, kerjasama dan kesepakatan antara semua pihak amatlah diperlukan.

Beberapa mesyuarat telah diadakan untuk mencapai kata sepakat dalam


perangkaan aktiviti bagi program ini. Melaluinya kami telah belajar mengenai proses
dan tatasusila bermesyuarat yang betul seperti bagaimana jika sesorang itu hendak
memberi pendapat dan sebagainya. Juga bagaimana untuk mengawal sesebuah
mesyuarat itu daripada menjadi tidak terkawal. Malah disiplin masa juga ditekankan
kerana semua ahli perlu sampai pada masa yang telah ditetapkan. Di dalam mesyuarat
tersebut juga ajk-ajk lain diterangkan tentang bidang tugas agar mereka jelas dengan
tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Kami sampai ke Baitul Cakna pada masa yang telah dirancang dan ia
menunjukkan guru pelatih IPGM KDRI amat menitik beratkan pengurusan masa.
Apabila sampai di BaitulCakna, kami terlebih dahulu berkenalan bersama pengasas,
penjaga dan penghuni-penghuni Baitul Cakna supaya aktiviti yang diadakan dapat
berjalan dengan lancar. Setiap daripada guru pelatih memperkenalkan diri dan
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

berinteraksi secara dekat dengan kesemua penghuni BaitulCakna. Ini merupakan salah
satu cara untuk mengeratkan hubungan antara kami semua.

Setelahitu, kami para guru pelatih bersama-sama membersihkan rumah dan


seluruh kawasan sekelilingnya mengikut kumpulan masing-masing.Terdapat juga guru
pelatih yang bertugas melakukan aktiviti bersama penghuni Baitul Cakna. Mereka
melakukan aktiviti mewarna, menonton cerita dan mengulangkaji pelajaran. Rata-rata
penghuni Baitul Cakna terdiri daripada kanak-kanak.Terdapat juga beberapa orang
yang telah bersekolah menengah. Jadi, aktiviti yang dilakukan juga telah menarik minat
kerana kami terlebih dahulu telah berbincang faktor usia dan minat mereka sebelum
merancang aktiviti yang ingin dilakukan.

Selepas itu, kami meluangkan masa bersama penghuni Baitul Cakna yang terdiri
daripada orang-orang kanak-kanak hinggalah remaja. Dalam sesini, kami berpeluang
megenali mereka dengan lebih dekat, seperti mengetahui kisah hidup dan
sebagainya.Saya berasa sangat tersentuh kerana terdapat sebilangan daripada mereka
tidak dapat merasa kasih-sayang ibubapa jauh lagi untuk tinggal bersama.Terdapat
pelbagai faktor yang menyebabkan mereka tinggal di pusat jagaan Baitul Cakna. Oleh
itu, saya dapat mengenal pasti apa yang menariknya program BIG ini ialah, pelbagai
aktiviti yang diadakan adalah khusus untuk mendidik dan mendedahkan guru pelatih
mengenai “Budaya Guru” disamping menanamkan sifat keinsafan dan kesedaran dalam
diri kami.

Kesimpulannya, pelbagai perkara yang dilalui sepanjang program ini diharapkan


dapat mematangkan kami dalam menempuh alam kehidupan khususnya alam guru
kelak. Pelbagai kemahiran baru dapat dicapai antaranya kemahiran membuat
keputusan, kemahiran pengurusan masa, malah bakat kepimpinan juga dapat
diasah.Perkara sebegini dapat memberi pengalaman yang tiada nilainya malah dapat
dijadikan panduan yang amat berguna pada masa yang akan datang.
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

Laporan disediakan oleh,

(ASMAWIYAH BINTI MOHAMED ZULKIFLI)

AJK Makanan dan Sajian,

Program Sejenak Bersama, Selama Terasa.


PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

LAPORAN AJK PERALATAN

Ahli Jawatankuasa:

1. Asaad Fakhri Bin Mohd Amin

2. Dhaiful Ikram bin Kamaruzaman

Perancangan awal :

Membuat senarai peralatan yang diperlukan sepanjang program dilaksanakan.

Peringkat proses perjalanan aktiviti :

Peringkat proses perjalanan perjalanan aktiviti :

A. Sebelum aktiviti :

Mengagihkan tugas untuk membawa peralatan yang diperlukan kerana semua


peralatan merupakan barangan persendirian guru pelatih.

Peralatan Unit
Cangkul 5
Parang 5
Plastiksampah 30
KainBuruk 10
Baldi 5

B. Semasa aktiviti :

Memastikan setiap peralatan cukup bilangannya semasa sampai ketempat program


dijalankan dan semasa ingin pulang ke IPG supaya tiada sebarang kehilangan barang.

C. Selepas aktiviti :

Mengagihkan semula peralatan yang merupakan barangan kepunyaan guru pelatih.


PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

Refleksi

Syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya dan
rakan-rakan daripada unit PISMP Tesl 1 Semester 3 menjalani program Bina Insan
Guru fasa ketiga ini. Bagi ahlijawatankuasa ini, kami perlu membawa sendiri barang
seperti cangkul, kainburuk, baldi dan plastik sampah untuk digunakan semasa program
berlangsung.

Alhamdulillah, semua barang yang dibawa mencukupi untuk kesemua ahli dan barang
yang dibawa semua mencukupi untuk setiap guru pelatih. Barang tersebut dikumpul
sehari sebelum program berjalan.Ini untuk mengelakkan perkara yang tidak dingini
seperti ketidakcukupan barang jika diambil pada hari program berjalan. Secara
keseluruhannya, barang yang diminta digunakan semaksimum mungkin.

Laporan disediakan oleh,

(ASAAD FAKHRI BIN MOHD AMIN)

AJK Peralatan,

Program Sejenak Bersama, Selama Terasa.


PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

LAPORAN AJK MAKANAN DAN SAJIAN

Ahli Jawatankuasa:
1. Anis Nazira binti Omar Shaifuddin

2. Nur Asilah binti Mat Daud

Perancangan awal :
1. Membuat anggaran perbelanjaan untuk makanan dan minuman sepanjang
Program Sejenak Bersama, Selama Terasa diadakan.
2. Membuat tinjauan mengenai menu makanan terutama bagi mereka yang
mempunyai alergi.
3. Membuat tempahan makanan untuk sarapan pagi dan makan tengah hari.
4. Membuat pilihan menu bagi memastikan pihak pembekal tidak membekalkan
makanan yang sama dan tidak berkhasiat.

Peringkat proses perjalanan aktiviti :

A. Sebelum aktiviti
1. Membuat tinjauan mengenai menu makanan terutama bagi mereka yang
mempunyai alergi dan mencapai keputusan mengenai pemilihan menu.
2. Mengagihkan sarapan pagi yang kepada para peserta di cafe TELTraC.
3. Menu ialah bihun goring dan air the panas.

B. Semasa aktiviti
1. AJK Makanan kembali ke IPG untuk mengambil bekalan makanan tengah hari di
cafe TELTraC.
2. Makanan diagihkan semasa di Baitul Cakna.
3. Menu ialah nasi putih, ayam masak merah dan sayur kangkung goring belacan.

C. Selepas aktiviti
1. Memastikan semua peserta mendapat makanan dan minuman.
2. Memastikan sisa makanan dan sampah dibuang di tempat yang disediakan.
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

3. Bertanyakan komen peserta mengenai makanan yang telah disediakan.

Refleksi

Selaku AJK Makanan dan Sajian, kami berdua telah mencuba sehabis baik bagi
memenuhi kehendak serta selera peserta BIG Fasa 3 pada kali ini dengan memastikan
semua makanan yang disediakan tidak tergolong dalam alergi mana-mana peserta.
Selain itu, kami telah berulang alik ke IPG dalam masa setengah jam sebelum masuk
waktu makan tengah hari kerana bagi memastikan makanan tengah hari kami sempat
masak.

Kami telah berunding dengan pemilik kafe TELTraC iaitu Kak Yah dengan
berbincang mengenai harga serta menu yang akan disediakan serta alergi yang
dihadapi oleh beberapa peserta BIG Fasa 3 bagi menentukan menu-menu yang sesuai.
Setelah berunding denganKak Yah, kami berbincang pula dengan peserta BIG Fasa 3
bagi mencapai kata sepakat. Setelah semua setuju dengan pemilihan menu, maka kami
meneruskan cadangan menu kepada pihak Kak Yah bagi proses penyediaan makanan.

Semasa pembahagian makanan pula, kami memastikan semua peserta


mendapat bahagian makanan masing-masing, serta telah makan tengah hari secara
beramai-ramai. Di samping bertujuan untuk mengisi perut yang lapar selesai bergotong-
royong, aktiviti makan beramai-ramai ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhuwah
antara kami, para peserta BIG Fasa 3 dan juga ahli Pusat Jagaan Baitul Cakna.

Laporan disediakan oleh,

(ANIS NAZIRA BINTI OMAR SHAIFUDDIN)

AJK Makanan dan Sajian,

Program Sejenak Bersama, Selama Terasa.


PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

LAPORAN AJK SUMBANGAN

Ahli Jawatankuasa

1. Siti Noor Farahim Binti Masuri


2. Nur Auni Binti Baharuddin

Perancangan Awal:

Memberi sumbangan yang diperlukan oleh penghuni Pusat Jagaan Baitul Cakna
mengiku tanggaran bajet yang dikeluarkan.

Peringkat Proses Perjalanan Aktiviti:

A. Sebelum Aktiviti

Kami berbincang bersama-samadengan Penyelia Pusat Jagaan Baitul Cakna mengenai


barang perkakas dan bekalan bahan mentah yang diperlukan. Selepas itu, kami
melakukan survey di beberapa kedai pemborong bekalan bahan mentah bagi
mendapatkan harga yang berpatutan.

B. Semasa Aktiviti

Memastikan semua sumbangan yang disediakan disampaikan kepada penghuni Pusat


Jagaan Baitul Cakna.

C. Selepas Aktiviti

Membantu penghuni Pusat Jagaan Baitul Cakna memasang perkakas dan menyimpan
stok bahan mentah yang disumbangkan.
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

Refleksi:

Sebagai AJK Sumbangan, kami telah sedaya upaya memberikan sumbangan


yang amat diperlukan oleh Penghuni Pusat Jagaan Baitul Cakna agar sedikit sebanyak
dapat meringankan beban kesusahan yang dialami. Sumbangan yang diberikan adalah
beras, milo, susu, bawang, nescafe, minyak masak, gandum, dan besi penyidai
pakaian. Selainitu, terdapat juga individu yang bermurah hati memberikan sumbangan
berupa wang tunai dan telekung.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program Sejenak Bersama,
Selama Terasa bersama penghuni Pusat jagaan Baitul Cakna ini. Sekalung
penghargaan juga diberikan kepada semua individu yang ikhlas memberikan
sumbangan dan secara tidak langsung membantu program ini berjalan dengan lancar.

Kesimpulannya, kami berharap agar program sebegini dapat dilakukan lagi pada
masa akan datang kerana ia sangat bermanfaat dan dapat meringkan beban insan
yang memerlukan.

Laporan disediakan oleh,

(SITI NOOR FARAHIM BINTI MASURI)

AJK Sumbangan,

Program Sejenak Bersama, Selama Terasa.


PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

LAPORAN AJK PENGANGKUTAN

Ahli Jawatankuasa :

1. Mahamad Fariz Syafreen


2. Muhammad Faizul Shahruddin bin Zulkiflee

Perancangan awal :

Membuat perbincangan bersama ahli jawatankuasa tertinggi bagi memastikan


pengangkutan yang akan digunakan sama ada menggunakan bas ipg ataupun
kenderaan sendiri.

Peringkat proses perjalanan perjalanan aktiviti :

A. Sebelum aktiviti :

Membuatkan tempahan bas IPG pada hari yang telah ditetapkan akan tetapi ada
kekangan dari segi jarak perjalanan dan keutamaan bas. Keputusan untuk
menggunakan kenderaan sendiri dibuat.

B. Semasa aktiviti :

Memastikan bilangan kenderaan cukup untuk semua orang dan bergerak ke tempat
pelaksanaan program dengan masa yang ditetapkan.

C. Selepas aktiviti :

Memastikan kenderaan sendiri serta penumpangnya cukup untuk membawa guru


pelatih pulang ke IPG.
PROGRAM SEJENAK BERSAMA, SELAMA TERASA IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail

Refleksi

Kami sebagai AJK pengangkutan telah menjalankan tugas sebaik mungkin


dengan menempah bas, akan tetapi kami menghadapi masalah kerana keutamaan bas
diberi kepada kumpulan yang melakukan program ke tempat yang jauh. Tempat
program kami hanya satu kilometer sahaja dan kami memutuskan untuk menaiki
kenderaan sendiri. Selama tempoh perjalanan program tersebut, tiada masalah serius
yang melibatkan pengangkutan. Kesimpulannya, rata-rata guru pelatih berpuas hati dan
selesa dengan kenderaan sendiri yang digunakan.

Laporan disediakan oleh,

(MAHAMAD FARIZ SYAFREEN)

AJK Pengangkutan,

Program Sejenak Bersama, Selama Terasa.

Anda mungkin juga menyukai