Anda di halaman 1dari 17

1

Contents
1.0 PENGENALAN ............................................................................................................................................................. 3

1.1 Definisi Perancangan .......................................................................................................................................... 3

1.2 Jenis Perancangan ................................................................................................................................................ 3

1.2.1 Perancangan Berasaskan Format.......................................................................................................... 3

1.2.2 Perancangan Berdasarkan Hierarki Organisasi .............................................................................. 4

1.2.3 Perancangan Berdasarkan Kekerapan Penggunaan ..................................................................... 4

1.3 Latar Belakang Organisasi ................................................................................................................................ 5

2.0 ISI KANDUNGAN ........................................................................................................................................................ 6

2.1 Perancangan Berasaskan Format .................................................................................................................. 6

2.2 Perancangan Berdasarkan Hierarki Organisasi ...................................................................................... 9

2.3 Perancangan Berdasarkan Kekerapan Penggunaan . ......................................................................... 11

3.0 KESIMPULAN ........................................................................................................................................................... 15

4.0 RUJUKAN ................................................................................................................................................................... 17

2
1.0 PENGENALAN
1.1 Definisi Perancangan
Perancangan di dalam sesebuah organisasi adalah penting kerana ia merupakan titik tanda
untuk organisasi berjalan lancer dan mampu melakukan operasi yang lebih baik . Setiap
organisasi yang baru bermula atau sudah lama menjalankan operasi , memerlukan
perancangan secara terperinci . Hal ini adalah seperti yang dinyatakan sebelum ini , tanpa
perancangan , sesebuah organisasi umpama kapal tanpa nakhoda . Oleh itu apakah
perancangan ?

Fungsi asas pengurusan adalah melibatkan formulasi satu atau lebih perancangan satu atau
lebih untuk mencapai keseimbangan optimum dalam keperluan atau permintaan dengan
sumber yang ada . Proses perancangan melibatkan pengenalpastian objektif dan matlamat
yang perlu dicapai . Seterusnya adalah menggubal strategi untuk mencapai matlamat tersebut
, kemudian akan diikuti dengan penyusunan dalam penghasilan perancangan tersebut , dan
memantau , mengarahkan serta melaksanakan langkah langkah perancangan tersebut dalam
urutan yang tepat .

1.2 Jenis Perancangan


Terdapat tiga jenis perancangan di dalam sesebuah organisasi iaitu perancangan berformat ,
perancangan hierarki dan perancangan kekerapan penggunaan . Setiap jenis perancangan
mempunyai objektif dan penggunaan yang berlainan .

1.2.1 Perancangan Berasaskan Format


Fungsi asas pengurusan adalah melibatkan formulasi satu atau lebih perancangan satu atau
lebih untuk mencapai keseimbangan optimum dalam keperluan atau permintaan dengan
sumber yang ada . Proses perancangan melibatkan pengenalpastian objektif dan matlamat
yang perlu dicapai . Seterusnya adalah menggubal strategi untuk mencapai matlamat tersebut
, kemudian akan diikuti dengan penyusunan dalam penghasilan perancangan tersebut , dan
memantau , mengarahkan serta melaksanakan langkah langkah perancangan tersebut dalam
urutan yang tepat .

Terdapat tiga jenis perancangan berasaskan format iaitu perancangan deskriptif , belanjawan
dan grafik . Perancangan ini dibezakan dengan cara persembahan sesuatu perancangan .
Perancangan deskriptif adalah perancangan yang dilakukan dalam bentuk penyataan di mana
perancangan tersebut menyatakan tentang objektif yang perlu dicapai , kaedah apa yang
digunakan , dan apa yang ingin dicapai . Sebagai contoh adalah perancangan pembelajaran

3
guru di sekolah . Setiap guru perlu menyediakan sebuah rancangan untuk bahan pembelajaran
untuk anak murid mereka . Selain itu adalah perancangan belanjawan . Perancangan
belanjawan adalah perancangan yang menggunakan kaedah kuantitatif . Perancangan ini
melibatkan istilah istilah dalam penggiraan dan kewangan . Sebagai contoh adalah kunci kira
kira keuntungan untuk tiga tahun akan datang . Setiap individu yang ingin membuka
perniagaan perlu mennghasilkan kunci kira kira untuk rancangan perniagaan mereka .
Seterusnya adalah , perancangan grafik . Perancangan grafik merujuk kepada perancangan
yang menerangkan apa yang perlu dicapai dan bagaimana untuk mencapai objektif tersebut
dengan menggunakan rajah tertentu .

1.2.2 Perancangan Berdasarkan Hierarki Organisasi


Perancangan berdasarkan hierarki organisasi adalah perancangan yang mengikut jangka
masa. Setiap perancangan mempunyai perbezaan masing masing . Terdapat tiga jenis
perancangan berdasarkan hierarki organisasi iaitu perancangan strategic , perancangan
taktikal dan perancangan operasi . Setiap perancangan ini memakan masa yang berbeza juga .

Perancangan strategik digunakan oleh pihak pengurusan atasan untuk jangka masa panjang
yang melebihi lima tahun , seperti visi dan misi sesebuah organisasi . Manakala perancangan
taktikal digunakan oleh pengurusan pertengahan , iaitu perancangan jangka sederhana seperti
objektif yang ingin dicapai kurang dari dua tahun . Manakala perancangan operasi digunakan
oleh pekerja bawahan di mana mereka perlu merancang untuk merealisasikan sesuatu perkara
mengikut perancangan taktikal yang telah disusun .

1.2.3 Perancangan Berdasarkan Kekerapan Penggunaan


Perancangan berdasarkan kekerapa penggunaan adalah berbeza dengan perancangan
berdasarkan format atau hierarki organisasi . Hal ini adalah kerana perancagan berdasarkan
kekerapan penggunaan boleh jadi berdasarkan format atau hierarki organisasi tetapi
penggunaannya perancangan tersebut adalah sekali atau dua kali dan jarang digunakan .

Perancangan yang hanya digunakan sekali dikenali sebagai perancangan sekali guna di mana
ia bertujuan untuk memenuhi tujuan tujuan tertentu. Sebagai contoh adalah pembukaan
sebuah cawangan baru . Dalam urusan pembukaan cawangan baru , organisasi memerlukan
rancangan perniagaan yang teliti dan terperinci . Oleh itu rancangan perniagaan adalah
perancangan sekali guna . Apabila cawangan tersebut berjaya dibuka , rancangan perniagaan
tersebut sudah tidak digunakan

4
1.3 Latar Belakang Organisasi
Proreka merupakan syarikat pengeluar dan vendor bagi OEM dan ODM bahagian bahagian
automotif dan komponen . Proreka mempunyai reputasi yang kuat untuk penghantaran
produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada jenama kereta utama di Malaysia dan Asia
Tenggara . Antara syarikat kereta yang merupakan pelanggan kepada Proreka adalah Proton ,
Toyota , Naza dan lain lain .

Proreka ( M ) Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh AutoV Corporation Berhad . Syarikat ini
telah ditubuhkan pada 25 April 2000 . Proreka bertempat di Puchong , Selangor dan
mempunyai pekerja seramai 168 orang . Pengerusi Proreka adalah Y.M. Tunku Dato’ Seri
Mahmud bin Tunku Besar Burhanuddin manakala CEO adalah Yong Nam Yun dan ED
adalah Thomas Lim Teck Ling

Proreka mempunyai kepakaran untuk menyediakan pendekatan baru untuk mereka bentuk
dan proses kejuruteraan dari perbincangan konsep awal untuk reka bentuk kejuruteraan dan
model prototaip, sehingga ke pengeluaran produk akhir. Kepakaran Proreka di dalam bidang
automotif telah mencapai sehinggan Asia Tenggara . Malah , mereka telah berkembang dan
melakukan perkongsian strategik dengan pembekal automotif utama di Amerika , Eropah dan
Timur Tengah dalam mencari sumber baru untuk teknologi dan produk dalam usaha
meningkatkan keupayaan mereka .

Selain itu Proreka sentiasa memanfaatkan rangkaian mereka dan berkerja untuk
meningkatkan dan memperbaiki daya saing mereka dari segi kualiti , kos , penghantaran dan
kejuruteraan untuk menyediakan manfaat yang lebih besar kepada pelanggan mereka .

5
2.0 ISI KANDUNGAN
2.1 Perancangan Berasaskan Format
Seperti yang dinyatakan sebelum ini , perancangan berasaskan format merupakan
perancangan yang mempunyai persembahan yang spesifik . Terdapat tiga jenis perancangan
iaitu perancangan deskriptif , grafik dan belanjawan . Setiap perancangan ini mempunyai
format tertentu untuk diterjemahkan .

Hasil kajian menunjukkan perancangan yang digunakan oleh kumpulan produksi di dalam
Proreka adalah perancangan deskriptif , grafik dan belanjawan . Perancangan deskriptif yang
digunakan oleh Proreka adalah perancangan tanggungjawab dalam kumpulan . Melalui
perancangan ini , Proreka telah mengenalpasti individu yang bertanggungjawab dalam bidang
masing masing seperti di dalam Rajah 1. Perancangan deskriptif adalah perancangan yang
menggunakan penyataan , objektif dan kaedah yang digunakan . Dalam organisasi ini ,
Proreka telah merancang tugas harian pekerjaan dan alat bantuan untuk kerja mereka .

Rajah 1

6
Selain itu , Proreka juga turut menggunakan perancangan grafik . Seperti yang dinyatakan
sebelum ini , perancangan grafik adalah perancangan yang menggunakan rajah tertentu dan
diterangkan dalam bentuk gambar . Menurut kajian , Proreka telah mengggunakan dua jenis
perancangan grafik iaitu Rajah Ishikawa ( Rajah 2 ) dan Carta Gantt ( Rajah 3 )

Rajah 2

Rajah 3

7
Rajah Ishikawa yang turut dikenali sebagai rajah tulang ikan , rajah tulang ikan herring , rajah
sebab dan akibat atau Fishikawa merupakan rajah yang dihasilkan oleh Kaoru Ishikawa (
1968 ) . Rajah ini digunakan untuk menunjukkan sebab dan kesan kepada sesuatu perkara .
Kebiasaannya rajah Ishikawa digunakan untuk mereka produk dan menggelakkan kecacatan
kualiti produk dan untuk mengenalpasti faktor kemungkinan yang akan menyebabkan kesan
secara keseluruhan . Proreka merupakan syarikat pengilang , oleh itu rajah Ishikawa yang
melibatkan proses ini adalah mesin ( teknologi ) , kaedah ( proses ) , bahan ( sumber mentah )
, tenaga manusia (kerja fizikal ) dan pengukuran ( pemeriksaan )

Manakala carta Gantt adalah sejenis carta bar yang direka oleh Henry Gantt pada awal tahun
1910 . Carta Gantt digunakan untuk mengambarkan jadual projek . Carta Gantt
mengambarkan tarikh permulaan dan pengakhiran untuk setiap elemen di dalam projek .
Terminal dan unsur-unsur ringkasan terdiri daripada struktur pecahan kerja projek. Modern
carta Gantt juga menunjukkan pergantungan (iaitu, rangkaian keutamaan) hubungan di antara
aktiviti. Carta Gantt boleh digunakan untuk menunjukkan status jadual semasa menggunakan
peratus penyelesaian sesebuah projek .

Bagi jabatan produksi di dalam organisasi ini , tiada perancangan belanjawan yang mengikut
format . Namun terdapat contoh daripada jabatan ini yang melibatkan waktu berkerja .
Perancangan belanjawan adalah perancangan kuantitatif di mana perancangan yang
melibatkan pengiraan adalah perancangan belanjawan seperti di dalam Rajah 4 . Rajah 4
merupakan perancangan pengiraan kerugian jika jabatan tersebut menggunakan kaedah
tertentu .

Menurut jadual tersebut , jabatan tersebut akan menerima permintaan pelanggan dan
merancang tempoh penyiapan produk tersebut dengan mengambil kira masa pemasangan ,
masa yang diperlukan , masa berkerja dan lebihan masa setiap bulan . Oleh itu , syarikat
tersebut akan merancangan keperluan untuk bekerja lebih masa dalam usaha meminimakan
kerugian syarikat .

8
Rajah 4

2.2 Perancangan Berdasarkan Hierarki Organisasi


Terdapat tiga jenis perancangan dalam perancangan berdasarkan hierarki organisasi iaitu
perancangan strategik , perancangan taktikal dan perancangan operasi . Perancangan
strategik adalah proses organisasi bagi menentukan strategi, atau arah, dan membuat
keputusan mengenai peruntukan sumber untuk meneruskan strategi ini. Ia juga boleh
melanjutkan untuk mengawal mekanisme untuk membimbing pelaksanaan strategi.
Perancangan strategik menjadi terkenal dalam syarikat pada tahun 1960 dan kekal sebagai
aspek penting dalam pengurusan strategik. Ia dilaksanakan oleh perancang atau strategi
strategik, yang melibatkan banyak pihak dan sumber penyelidikan dalam analisis mereka
terhadap organisasi dan hubungannya dengan persekitaran di mana ia bersaing

Selain itu perancangan strategik juga dikenali sebagai perancangan jangka panjang iaitu
perancangan untuk lebih daripada lima tahun . Oleh itu merujuk kepada kajian kes , contoh
yang terbaik bagi perancangan strategic adalah penyataan misi syarikat ini . Misi Proreka
adalah menjadi pengilang yang cekap dan disegani di Malaysia serta memberikan pulangan

9
yang adil kepada pemegang saham. Manakala perancangan taktikal bagi organisasi ini boleh
merujuk kepada penyataan visi mereka iaitu untuk disenaraikan di kedudukan 100 teratas
bagi pengilang – pengilang di Malaysia menjelang tahun 2020. Perbezaan antara kedua dua
perancangan ini boleh dilihat melalui penyataan tahun . Apabila penyataan tersebut
mempunyai tahun , ia didefinisikan sebagai perancangan jangka sederhana .

Manakala perancangan operasi adalah bagaimana mereka merealisasikan perancangan


strategic dan taktikal sebelum ini . Dengan merujuk kepada sumber yang diperoleh ,
perancangan operasi yang digunakan oleh Proreka boeh dirujuk pada Rajah 5 dan Rajah 6.

Rajah 5

Jadi merujuk kepada Rajah 5 , perancangan operasi boleh dijelaskan . Seperti yang
dinyatakan sebelum ini , perancangan operasi adalah perancangan yang dilakukan oleh
pekerja bawahan untuk menterjemahkan perancangan strategic dan taktikal . Oleh itu ,
dengan merujuk Rajah 5 , perancangan pemasangan dapat dilihat apabila organisasi tersebut
mennjelaskan tentang masa pemasangan yang panjang dan produk apa yang diciptakan .
Merujuk kepada Rajah 5 , jabatan tersebut membuat gear untuk model Proton terbaru iaitu
Preve. Perancangan operasi ini djelaskan dengan masalah yang mungkin berlaku ketika
melakukan pemasangan . Perancangan operasi ini meletakan jangka masa penghasilan
masalah , produk yang bakal dihasilkan, di mana potensi masalah yang akan berlaku dan

10
siapa yang terlibat untuk menyelesaikan masalah yang akan datang seperti yang dinyatakan di
dalam Rajah 6 .

Rajah 6

2.3 Perancangan Berdasarkan Kekerapan Penggunaan .


Perancangan berdasarkan kekerapan penggunaan bergantung dengan penggunaan di dalam
organisasi . Seperti yang dinyatakan di atas , terdapat dua jenis perancangan dalam
perancangan berdasarkan kekerapan penggunaan iaitu perancangan sekali guna dan
perancangan tetap . Perancangan tetap adalah perancangan yang digunakan secara berulang
kali . Perancangan ini digunakan untuk mengurus situasi yang berpotensi untuk sentiasa
timbul dalam sesebuah organiasi seperti masalah disiplin pekerja . Antara jenis perancangan
tetap adalah polisi , prosedur dan peraturan .

Syarikat Proreka menggunakan kedua dua perancangan ini di dalam organisasi mereka . Hal
ini boleh dilihat melalui penambahbaikan di dalam peralatan mereka . Penambahbaikan di
dalam peralatan merupakan perancangan sekali guna yang melibatkan kos , pemantauan
penggunaan . Dengan merujuk kepada Rajah 7 , dapat dilihat bahawa syarikat Proreka telah
mengubahsuai susun atur station pemasangan mereka . Syarikat ini telah melakukan
perancangan untuk susun atur station tersebut dengan meletakkan susun atur sebelum dan
susun atur selepas . Selain itu , perancangan mereka juga melibatkan aktiviti penambahbaikan

11
dengan pengagihan dan penyusuan meja , pendawaian elektrik dan pengubahsuaiian paip
angin serta penyusunan child part di meja kerja

Rajah 7

Selain itu , organisasi tersebut turut melakukan perancangan tetap dengan mengenalpasti
penggunaan troli yang sesuai untuk kawasan pemasangan . Perancangan dalam mereka
bentuk troli adalah perancangan tetap kerana troli ini akan sering digunakan oleh individu di
dalam jabatan tersebut . Perbezaan antara perancangan tetap dan sekali guna adalah apabila
kadar penggunaan . Jika merujuk kepada perancangan sekali guna , apabila perancangan itu
telah berjaya dilakukan , perancangan itu sudah tidak digunakan lagi , seperti mana
perancangan susun atur dalam kawasan pemasangan . Manakal perancangan tetap adalah
perancangan yang mempunyai penggunaan yang banyak dan acap kali . Dalam hal ini ,
apabila perancangan reka bentuk troli telah direalisasikan , troli itu akan sering digunakan
untuk masa akan datang .

12
Rajah 8

Selain itu, perancangan tetap yang digunakan oleh organisasi ini adalah prosedur operasi
standard ( SOP ) . Setiap pemasangan yang dilakukan mempunyai prosedur yang ditetapkan .
Hal ini dapat dilihat melalui Rajah 9. Dengan merujuk Rajah 9 , iaitu analisa pemilihan
projek dapat dilihat bahawa setiap kawasan atau station mempunyai target masa yang
ditetapkan dan setiap produk yang disiapkan adalah mengikut jangka masa yang ditetapkan
iaitu 240 saat untuk P211C Lever Assy CVT & Knob . Manakala bagi P321A Lever Assy
CVT2 / CVT3 adalah 1713 saat bagi lima station . Setiap station mempunyai proses tersendiri
seperti pemasangan lever select pada base , pemasanan solenoid dan panel indicator ,
pemasangan knob , pengujian part dan tampal tag . Oleh itu , prosedur pemasangan
merupakan perancangan tetap oleh jabatan tersebut .

13
Rajah 9

14
3.0 KESIMPULAN

Syarikat Proreka merupakan syarikat yang menyediakan peralatan automotif kepada


pengilang kereta seperti Toyota ,Naza , Proton dan lain lain . Melalui kajian ini dapat
disimpulkan bahawa perancangan merupakan akar kepada perjalanan operasi yang bagus dan
efektif . Hal ini dapat dilihat melalui perancangan strategic dan taktikal di mana ia
merupakan perancangan jangka panjang dan sederhana di dalam organisasi . Perancangan ini
merupakan perancangan yang amat penting dalam mencari matlamat di dalam perjalanan
operasi mereka .

Perancangan berdasarkan format merupakan perancangan yang mempunyai pendekatan


tersendiri dan unik . Sebagai contoh , perancangan deskriptif merupakan perancangan yang
sangat terperinci yang melibatkan individu , tugas dan tanggungjawab mereka dan peralatan
apa yang digunakan untuk mencapai objektif yang ditetapkan . Manakal perancangan grafik
yang digunakan oleh organisasi ini adalah rajah tulang ikan dan rajah gantt . Kedua dua
alatan ini memberi impak dalam organisasi mereka kerana mereka akan menjangkakan
masalah yang bakal timbul dan merancang penyelesaian . Rajah Gantt digunakan untuk
melakukan garis masa bagi sesebuah projek untuk selesai .

Perancangan berdasarkan hierarki organisasi pula melibatkan perancangan jangka masa


panjang , sederhana dan pendek . Perancangan jangka masa panjang digunakan oleh
pengurusan atasan seperti visi yang ditetapkan Manakala perancangan jangka masa
sederhana atau perancangan taktikal adalah perancangan yang melibatkan perancangan
kurang dari dua tahun seperti misi yang ditetapkan . Manakala perancangan operasi adalah
perancangan jangka masa pendek yang digunakan untuk merealisasikan perancangan
strategic dan perancangan taktikal .

Akhir sekali adalah perancangan berdasarkan kekerapan penggunaan . Terdapat dua jenis
perancangan di dalam perancangan ini iaitu perancangan tetap dan perancangan satu kali
guna . Perancangan tetap adalah perancangan yang melibatkan prosedur , peraturan yang
harus sentiasa digunakan , manakal perancangan satu kali guna adalah untuk perancangan
yang tidak digunakan selepas itu seperti penambahbaikan troli dan susun atur kawasan
pemasangan .

15
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa dalam mencari penyelesaian untuk sebarang masalah
,seperti merujuk kajian kes iaitu jabatan produksi di dalam Syarikat Proreka memerlukan
perancangan . Perancangan diperlukan bagi meminimakan kerugian dan memaksimumkan
keuntungan . Oleh itu dengan penyusunan kembali waktu kerja lebih masa dan target setiap
station , ia dapat mencapai objektif operasi iaitu menyelesaikan sesuatu produk dalam tempeh
masa yang ditetapkan .

( 2518 PATAH PERKATAAN )

16
4.0 RUJUKAN

HRP: Human Resource Planning: Meaning, Definition and Features.


(2014). YourArticleLibrary.com: The Next Generation Library. Retrieved 30 March 2017,
from http://www.yourarticlelibrary.com/essay/hrp-human-resource-planning-meaning-
definition-and-features/25935/

Ishikawa diagram. (2017). En.wikipedia.org. Retrieved 30 March 2017, from


https://en.wikipedia.org/wiki/Ishikawa_diagram

Corporate Information. (2017). Proreka.com. Retrieved 30 March 2017, from


http://www.proreka.com/html/corporate.html

Strategic planning. (2017). En.wikipedia.org. Retrieved 30 March 2017, from


https://en.wikipedia.org/wiki/Strategic_planning

SMART Goals: How to Make Your Goals Achievable . (2017). Mindtools.com. Retrieved 30
March 2017, from https://www.mindtools.com/pages/article/smart-goals.htm

Analisa Pemilihan Projek : Proreka . Retrieved 31 March 2017 , from


http://bpap.mpc.gov.my/bpap/teame/64kaizen.pdf

17

Anda mungkin juga menyukai