Anda di halaman 1dari 15

FAIL MEJA

KAJIAN
TINDAKAN
SEKOLAH
2011
SK LKTP REDONG,
85300 LABIS,
SEGAMAT

Disediakan Oleh :
Cg Zalman Fitrie Bin Othman
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP REDONG
85300 LABIS, SEGAMAT
JOHOR DARUL TAKZIM

FAIL MEJA KAJIAN TINDAKAN 2011

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1. Isi Kandungan 1

2. Apa Itu Kajian Tindakan 2

3. Apa Itu Proposal Kajian Tindakan 3

4. Cara Penulisan Mudah Proposal Dan Laporan 5

5. Cara Penulisan Mengikut Format EPRD 11

6. Contoh Penulisan Kajian Tindakan Sekolah Rendah 12

7. Tips Dalam Merancang Kajian Tindakan 14

Fail Meja Kajian Tindakan 2011 ZaFiOth’11


1
APA ITU KAJIAN TINDAKAN
DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
Usaha guru untuk memperbaiki pengajaran mereka secara sistematik melalui kitaran
yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian & refleksi (Kember &
Gow, 1992)
Kajian di bilik darjah yang dilakukan oleh guru-guru bagi membolehkan mereka
meneroka isu-isu pengajaran yang mereka suka (atau tidak suka?) bagi
menambahbaikkan amalan tersebut (Cochran-Smith & Lytle, 1990)
Satu kajian yang sistematik oleh sekumpulan guru untuk mengubah dan memperbaiki
amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan
atau akibat tindakan tersebut (Ebbut, 1985)
Satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui
perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan
mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut, serta bersedia untuk
mengubahnya (McNiff, 1988)

Apa itu kajian tindakan?

Educational Planning and Research Division (EPRD) of the Ministry of Education

Fail Meja Kajian Tindakan 2011 ZaFiOth’11


2
1. Penjelasan ringkas tentang beberapa perkara yang ingin dimaklumkan atau pelan
tindakan yang akan dilaksanakan.

2. Penjelasan itu menjawab persoalan seperti :

 Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan?


 Apakah isu yang ingin dikenal pasti ?
 Apakah objektifnya?
 Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian?
 Berapa lamakah tempoh perlaksanaannya?
 Berapakah kos yang diperlukan?

3. Melibatkan proses refleksi, merancang, melaksanakan dan memerhati.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Proposal Kajian Tindakan

Proposal atau kertas cadangan kajian tindakan ialah penjelasan ringkas tentang
beberapaperkara yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penyelidik tentang
projek kajiantindakan yang akan dilaksanakan. Penjelasan ringkas itu menjawab
persoalan seperti:

• Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan?


• Apakah isu (masalah) yang dikenal pasti?
• Apakah objektifnya?
• Bagaimanakah kita akan melaksanakan kajian?
• Berapa lamakah tempoh pelaksanaannya?
• Berapakah kos yang diperlukan?

Proposal disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan dijalankan dan boleh disediakan
sepanjang tahun.

Fungsi Proposal

Proposal merupakan satu panduan yang menyatakan objektif kajian,


langkahlangkahmenjalankan kajian, peralatan yang akan digunakan atau tempoh
pelaksanaan kajiansemasa menjalankan kajian tindakan. Proposal membantu penyelidik
menjalankan kajiandengan lebih terancang.

Kandungan Dalam Proposal Kajian Tindakan

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN TIDAK MEMPUNYAI FORMAT YANG KHUSUS. NAMUN


BEGITU, BERIKUT DIBERIKAN PANDUAN ASAS UNTUK MEMUDAHKAN KITA MENULIS
PROPOSAL:

1. Nama Sekolah (berserta alamat penuh)


2. Kumpulan penyelidik
3. Tajuk kajian
4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Fail Meja Kajian Tindakan 2011 ZaFiOth’11


3
5. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian
6. Objektif Kajian
7. Kumpulan Sasaran
8. Tindakan yang dicadangkan
9. Jadual pelaksanaan Kajian
10. Kos Kajian

Syarat Untuk Mendapatkan Pembiayaan

Kelulusan sesuatu proposal serta jumlah kos yang ditawarkan bergantung kepada
penilaian terhadap perkara-perkara berikut:-

 Bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian


 Objektif kajian
 Bilangan aktiviti yang akan dilaksanakan
 Bahan yang akan digunakan
 Kos yang terperinci

Kos kajian hendaklah dinyatakan dengan terperinci dari segi:

 Jumlah bahan yang diperlukan,


 Harga bagi satu unit bahan,
 Jumlah kos secara keseluruhan bagi tiap-tiap jenis bahan

Fail Meja Kajian Tindakan 2011 ZaFiOth’11


4
CARA PENULISAN MUDAH PROPOSAL DAN LAPORAN

PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN PROPOSAL / LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


CONTOH BORANG

Nama pengkaji : _____________________________________________


Tajuk Kajian : _____________________________________________

MEREFLEK
Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

Data

Tujuan / objektif kajian

Mengenalpasti Sumber Cara mengutip data


isu / masalah / pemasalahan Dokumen / Video / Gambar Pemerhatian tingkah laku
Untuk kepastian Hasil kerja murid, analisis Analisis dokumen
isu / masalah mesti ada data. peperiksaan , Soal selidik
Pemerhatian P & P Dokumen Ujian
penyeliaan P&P , jadual Refleksi guru
kedatangan ,temubual

Kumpulan sasaran

( Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/ diari )

Saya mengajar di kelas ………………………………… bagi mata pelajaran ……………………………………………


Masalah utama bagi pelajar saya ialah ………………………………………………………………………………………..
Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku murid /semakan latihan murid / keputusan ujian/
temubual / analisis head count/ analisis item ( sekurang-kurangnya daripada dua sumber data ) di dalam kelas
semasa saya mengajar
………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………….
Analisis yang didapati daripada soalan / jawapan murid seperti berikut :

…………………………………………………………………………………………………………………………………..
Berikut analisis antara kesilapan yang dapat dikesan semasa pelajar menjawab soalan ujian

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan / menguasai kemahiran ……………………..
a) ............................................................................................................................................................................
b) ……………………………………………………………………………………………………………………………
Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak ……………………………………………….
Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan terus ……………………………………………
Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana …………………………………………………
Bagi megatasi masalah ini, saya telah mencuba …………………………………………………………………………..
Tujuan kajian diharap akan mencapai ……………………………………………………………………………………..
Kajian ini melibatkan …………………… orang pelajar daripada ………………………………………………………

Fail Meja Kajian Tindakan 2011 ZaFiOth’11


5
MERANCANG

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini.

Jenis perancangan
PROJEK P&P Mengubah suai cara / keadah Mencipta cara baru (inovasi
TERANCANG yang sedia ada. P&P guru terhasil di sini
(kaedah P&P untuk
merawat masalah

( Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi / diari )

Saya merancang akanmenjalankan tindakan seperti berikut :

i. Aktiviti 1 : ……………………………………..

Langkah 1 : ………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………...

Langkah 2 : ………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………

ii. Aktiviti 2 : ……………………………………

Langkah 1 : ………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………..

Langkah 2 : ………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………...

iii. Aktiviti 3 : …………………………………………

Langkah 1 : ………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………..

Langkah 2 : ………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………..

Langkah 3 : ………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………..

iv. Aktiviti 4 : …………………………………………….

Langkah 1 : ……………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………….

Langkah 2 : ……………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………

Langkah 3 : ……………………………………………………………………………………………………………………..

Langkah 4 : ………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………...

Fail Meja Kajian Tindakan 2011 ZaFiOth’11


6
BERTINDAK

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

Melaksanakan
perubahan.
( tindakan / rawatan )

Catat segala tindakan Sesi rawatan atau tindakan ini mungkin


dan buat refleksi melibatkan beberapa masa p& p biasa.
bagi setiap aktiviti Dalam waktu pembelajaran atau di luar
semasa pelasanaan waktu pembelajaran (mesti dilaksana oleh
guru sendiri.)

( Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi / diari )

Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut ………………………………………………….

Aktiviti 1 : …………………………………………….

Langkah 1 : …………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………
Langkah 2 : …………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini / aktiviti ini ………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa …………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aktiviti 2 : ………………………………………………..

Langkah 1 : …………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………....
Langkah 2 : …………………………………………………………………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………………………

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini / aktiviti ini ……………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa …………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Aktiviti 3 : ……………………………………………………

Langkah 1 : …………………………………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………....
Langkah 2 : ……………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………...
Langkah 3 : ……………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………..

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini / aktiviti ini ……………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa ……………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Fail Meja Kajian Tindakan 2011 ZaFiOth’11


7
MEMERHATI

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

Membuat penilaian
keberkesanan proses
tindakan dan mengukur
pencapaian objektif kajian.

Pemerhatian boleh Guru membuat renungan Laporan juga ditulis di


dilakukan oleh guru sendiri atau refleksi terhadap kajian peringkat ini. Dokumentasi
sebagai penyelidik atau yang telah dilakukan sama penting. Sekiranya program
guru juga boleh meminta ada berjaya atau tidak tindakan tersebut berjaya,
bantuan daridapa guru lain Dapatkan data sekali lagi maka bolehlah disebarkan
untuk membuat Gunakan cara mengutip kepada guru-guru lain. Jika
pemerhatian semasa sesi data yang sama semasa tidak berjaya, perlu dirancang
pengajaran guru untuk peringkat awal mereflex. semula.
menilai keberkesanan (temubual, soal selidik,
strategi / kaedah. pemerhatian)

( Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi / diari )

Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati, teknik

………………………………………..yang diperkenalkan kepada pelajar ……………………….. merupakan kaedah yang

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang ……………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………...

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu
melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami
oleh pelajar. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan
……………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
.

Fail Meja Kajian Tindakan 2011 ZaFiOth’11


8
KE ARAH PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2009
SATU GURU SATU KAJIAN

Contoh Penulisan Naratif ( Anekdot )

Contoh 1 : 5SN1 – English Lesson

12/01/2009 ( Wednesday )
I gave a summary question to the students. I found out most of them (about 25 out of 32
students) could not come out with the main ideas or points related to the question. I started
asking myself, why it happened. I supposed they were taught the techniques of answering summary
question since they were in form four last year. Time went off just like that. They could not
finish their writing within the time given. So, I assigned it as homework.

13/01/2009 ( Thursday )
I entered the class and checked the work assigned yesterday and discussed it . To my shock,
my students scored poorly especially in extracting the main ideas of the passage. I demanded
their explanations and most of them said that they didn’t know how to identify the points or main
ideas in the passage and had no idea where to start from.
After class, I sat down and pondered upon the problem faced by my students. I tried to find
and create an easy way for them to answer and score in their summary writing. I decided to carry out
BRUME in my next lesson…

17/01/2009 ( Monday )
I started the lesson by reviewing the previous lesson. I introduced the summary technique:
BRUME ( Bracket / Box, Read, Underline, Make notes, Expand ). First, they have to read the
question. Then, they have to bracket the lines they need to summarize and read them. As they read,
they have to underline the ideas related to the question given. Later, they have to make notes from the
underlined sentences or phrases by leaving all the unnecessary words. Finally, they have to expand
the notes they made into complete sentences. I did all the first four steps, one by one, together with
them. I found out they were happy and confident in carrying out the activities. Then, I asked them to
expand their notes ( to write out a complete summary ) at home.

19/01/2009 ( Wednesday )
I gave the students a short test on summary and they had to answer within the time given. I
collected their answers.
At home, I marked their answers. I could see that they were applying the technique I
taught them before, as there were box / bracket and underlines on the question paper. I was happy
for their scores. 28 of them managed to get 8 out of 10 marks for the points.

20/01/2009
I interviewed the students for their improvements. They told me the technique I taught
them had helped them a lot in answering the question. I was happy to hear that. The technique is
successful ..

Fail Meja Kajian Tindakan 2011 ZaFiOth’11


9
Contoh 2 : Catatan Seorang Pengetua

Saya baru ditukarkan ke SMX, sebuah sekolah di pedalaman, tetapi mempunyai


enrolmen yang besar. Jumlah tingkatan tiga sahaja sebanyak dua belas kelas, kelas
3X, keputusannya sangat mengecewakan. Hampir seluruh buku rekod mereka
bermarkah merah.

Saya minta penjelasan guru kelas, beliau menjawab, “ Budak-budak itu dahlah kurang
cergas, malas pula !”
Bagi mendapat maklumat timbal, saya ke kelas berkenaan dan minta penjelasan.

“Mengapa teruk sangat ni ?.Hampir semua markah merah !” Mula-mula mereka


diam saja, kemudian selepas saya mendesak, ketua darjah bangun dan berkata,
“Hampir semua cikgu yang masuk bukan mengajar sangat, mereka berleter saja !”

“Betul cikgu !” sokong yang lain-lain. “Kadang-kadang seluruh waktu dihabiskan


dengan leteran. ”

“Kamu jangan tuduh cikgu kamu yang bukan-bukan. Tidak baik. ”

“Betul, cikgu. ”

Lama juga saya memikirkan masalah ini.

Pada mesyuarat guru hujung minggu itu, saya membuat ketetapan :


“Setiap guru tidak boleh memberi nasihat lebih daripada tiga minit. ”

Saya akan membuat pemerhatian lagi, kumpul maklumat, dan reflek tindakan yang
telah saya ambil.

Fail Meja Kajian Tindakan 2011 ZaFiOth’11


10
CARA PENULISAN MENGIKUT FORMAT EPRD

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN / PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Kertas cadangan / proposal kajian


Kertas cadangan / proposal kajian tindakan disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan
dijalankan. Ia boleh disediakan di sepanjang tahun.

Fungsi Kertas Cadangan Kajian Tindakan


 Panduan yang menyatakan objektif.
 Langkah-langkah menjalankan kajian.
 Peralatan yang digunakan.
 Membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang.

Kandungan Dalam Kertas Cadangan


Tidak mempunyai format khusus :
 Tajuk kajian
 Ahli kumpulan penyelidik
 Nama sekolah/Jabatan/Bahagian
 Latar belakang kajian/Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu
 Isu keprihatinan/Fokus kajian
 Objektif kajian/Tujuan kajian
 Kumpulan sasaran
 Strategi tindakan yang dicadangkan
 Jadual pelaksanaan kajian
 Anggaran kos kajian

Kandungan Dalam Kajian Tindakan


 Ucapan ( Acknowledgment )
 Abstrak
 Refleksi p&p yang lalu
 Fokus Kajian
 Objektif Kajian
 Implementasi Kajian
 Mengenalpasti masalah
 Analisis masalah
 Langkah yang diambil dan Methodology
 Implementasi dan Pemerhatian
 Implementasi Pra Ujian dan Aktiviti 1
 Implementasi Aktiviti 2
 Implementasi Aktiviti 3
 Implementasi Aktiviti 4
 Teknik yang digunakan
 Kesimpulan Kajian
 Analisis Ujian Pra & Pasca
 Refleksi Kajian
 Cadangan Masa Hadapan
 Rujukan dan Bibliografi
 Lampiran

Fail Meja Kajian Tindakan 2011 ZaFiOth’11


11
CONTOH PENULISAN KAJIAN TINDAKAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK : Meningkatkan kefahaman murid tentang konsep fotosintesis.


PENGKAJI : Mastura bt Ismail
SEKOLAH : SK. Laneh,Lubok Merbau,K.Kangsar.

1. OBJEKTIF

a) Umum
Menimbulkan minat serta pandangan positif terhadap mata pelajaran Sains.
Mengenalkan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan kepada pelajar.

b) Khusus
i . membantu 14 pelajar Tahun 4 (gred B dan C) menguasai konsep fotosintesis .
ii. membantu pelajar menguasai kemahiran tafsir carta dengan bantuan
gambarajah,carta dan peta konsep.

2. METADOLOGI

Metadologi yang digunakan :

i . Pemerhatian
ii. Ujian Diagnostik
iii. Ujian Post
iv. Soal Selidik untuk murid,guru dan ibu bapa.

3. PERLAKSANAAN KAJIAN

a) Tinjauan Masalah

i . Prestasi pencapaian subjek Sains dalam peperiksaan dalaman masih belum


mencapai target dari segi kualiti gred.
ii . Pelajar masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas dalam konsep bagi topic
Sains.
iii. Pelajar kurang mahir dalam mengembangkan idea dengan menggunakan
perkataan sendiri terutama dalam soalan Bahagian B.
iv. Kecenderungan pelajar dalam subjek Sains bergantung kepada topic yang tertentu
sahaja.
v. Pelajar kurang mendapat motivasi dari ibu bapa dalam mempelajari Sains.

b) Perlaksanaan program

i .Membuat ujikaji berbentuk inkuiri- penemuan


ii Membina kefahaman terhadap konsep
iii Pembimbing rakan sebaya
iv Membina carta,peta minda dan gambarajah
v Ujian Post
vi Kajian soal selidik

c) Tindakan yang dijalankan

i Menjalankan Ujian Pra

Fail Meja Kajian Tindakan 2011 ZaFiOth’11


12
ii Membuat ujikaji berbentuk inkuiri – penemuan
iii Murid membina kefahaman melalui ujikaji
iv Bimbingan rakan sebaya dari gred A semasa aktiviti berkumpulan
v Membina carta proses fotosintesis dengan bimbingan rakan dan maklumat dari
rujukan .
vi Mempamerkan carta fotosintesis untuk penilaian.
vii Ujian Post

4. DAPATAN KAJIAN

a) Analisis Data

i Analisis Ujian Pra


ii. Analisis Pemerhatian
iii Analisis soal selidik
iv. Analisis perlakuan murid
v. Analisis Ujian Post

b) Rumusan

i Pemahaman murid tentang konsep fotosintesis lebih kukuh


ii Kaedah inkuiri –penemuan secara berperingkat dan dapatan yang diulang-ulang
dapat membantu murid membina konsep dengan kukuh.
iii.Aktiviti berkumpulan dengan bimbingan rakan sebaya membantu pelajar terlibat
secara aktif dan bahan rujukan diguna dengan sepenuhnya apabila hasil
dipertandingkan.

5. REFLEKSI KAJIAN

a.) Pencapaian murid


Murid dapat mengatasi masalah kekeliruan konsep pertukaran gas semasa fotosintesis.

b) Rumusan Pemerhatian
Pertandingan antara kumpulan dalam menghasilkan carta memberi galakkan yang
baik
pada setiap pelajar.

c) Proses Pengajaran dan pembelajaran


Kefahaman murid terhadap Konsep Fotosintesis dapat diperkukuhkan dengan teknik
pengajaran yang pelbagai.

6. CADANGAN

Saya bercadang untuk meneruskan teknik pengajaran berkumpulan dan inkuiri


penemuan
dalam membina konsep fotosintesis.

Fail Meja Kajian Tindakan 2011 ZaFiOth’11


13
TIPS DALAM MERANCANG KAJIAN TINDAKAN

 Kajian tindakan yang dilakukan oleh guru di sekolah bertujuan untuk membantu
guru meningkatkan kualiti p&p. Contohnya, kita telah mengenal pasti bahawa
murid kita bermasalah dalam memahami satu tajuk. Jadi, kita mencari suatu
alternatif dalam proses menyampaikan isi pelajaran. Contohnya, kita
menggunakan kaedah demonstrasi. Selepas menggunakan kaedah itu, guru
mendapati, murid-murid dapat memahami tajuk berkenaan dengan mudah.
Maka, sudah berlaku proses pemindahan pembelajaran. Kaedah guru berkenaan
berkesan. Dengan kata lain, guru berkenaan telah menjalankan satu kajian
tindakan yang mudah dalam mengendalikan p&p yang berkesan dan berkualiti.
Itulah intipati kajian tindakan. Membantu guru menyelesaikan masalah dalam
menyampaikan ilmu menerusi kajian (kenal pasti masalah) dan juga tindakan
(guna kaedah demonstrasi).

 Kajian perlulah menjurus dalam menyelesaikan permasalahan dalam p&p.

 Teknik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah perlulah teknik yang


mempermudahkan sesuatu masalah

 Pilih masalah yang kecil secara spesifik atau kecil, bukan secara general. Contohnya,
pelajar tidak dapat mengenal pasti kata kunci untuk penyelesaian masalah matematik
untuk kesemua operasi, jadi pecahkan masalah itu kepada operasi-operasi ( tambah,
tolak, darab dan bahagi ). Contohnya : Isu – Problem Solving ( Mathematics ). Masalah -
problem finding the key words of operations. Kecilkan masalah kepada operasi-operasi
kecil ( tambah, tolak, darab dan bahagi – pilih satu sahaja )

 Untuk rujukan hasil Kajian Tindakan perserta-peserta Seminar Kajian Tindakan Johor,
layari laman web rasmi Kajian Tindakan JPNJ : http://www.arjpnj.com

Fail Meja Kajian Tindakan 2011 ZaFiOth’11


14

Anda mungkin juga menyukai