Anda di halaman 1dari 5

tugas pengawal keselamatan sekolah

TATACARA AM PENGAWAL KESELAMATAN

1. Memastikan pelawat yang masuk mencatat butir-butir yang perlu dalam buku pelawat.
2. Memastikan butiran kenderaan awam dicatat.
3. memastikan ssemdua pelajar mematuhi prosedur keluar/masuk yang telah ditetapkan.
4. Memastikan pelajar telah mendapat kebenaran dari piahk sekolah untuk keluar/masuk pada waktu
belajar sama ada untuk ke hospital atau balik ke rumah kerana kecemasan atau urusan keluarga
yang penting.
5. Membenarkan hanya pelawat yang telah mendapat kebenaran memasuki kawasan sekolah.
6. Membenarkan pelawat masuk hanya pada waktu yang dibenarkan sahaja atau setelah mendapat
kebenaran bertulis dari pengetua pada waktu di luar waktu persekolahan.
7. Segera menghubungi Pengetua jika terdapat pelawat yang mencurigakan atau hubungi pihak polis
jika berlaku sesuatu yang boleh mengancam keselamatan.
TUGAS PENGAWAL KESELAMATAN

Tugas-tugas ini telah dipersetujui bersama antara pihak sekolah dengan pihak pengawal
keselamatan iaitu Key Security dalam mesyuarat keselamatan sekolah yang diadakan pada 8 Mei
2003.
1. Waktu bertugas dua aliran :-
1. 7.00 pagi – 7.00 petang
2. 7.00 petang – 7.00 pagi

2. Pengawal keselamatan bertugas dikehendaki hadir 15 minit lebih awal sebelum memulakan tugas.
3.Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah berpakaian seragam yang kemas dan lengkap seperti
yang ditetapkan oleh pihak syarikat.
4. Pengawal Keselamatan bertugas dikehendaki membuat rondaan di semua blok termasuk Blok Pra-
U.
5. Pengawal Keselamatan dikehendaki mengawal pergerakan lalulintas berhampiran pintu masuk
pada waktu-waktu berikut:-
1. Jam 7.00 pagi
2. Jam 1.05 tengahari
3. Jam 6.40 petang
6. Pengawal Keselamatan perlu menguatkuasakan praturan selaras dengan peraturan sekolah.

7. Pengawal Keselamatan pada setiap masa perlu mengawal pergerakan keluar masuk orang-orang
awam ke kawasan sekolah.

8. Pengawal Keselamatan yang bertugas diminta membuat laporan segera kepada pengurusan
sekolah mengenai apa jua kes yang berlaku melibatkan aspek-aspek keselamatan.
9. Pengawal Keselamatan hendaklah merujuk kepada pengurusan sekolah mengenai perkara-
perkara yang menimbulkan keraguan dan ketidakpastian tentang apa jua perkara yang berlaku atau
tindakan yang perlu diambil.
10. Pengawal Keselamatan yang bertugas perlu membuat rondaan disekeliling pagar keselamatan
sekolah untuk memastikan keadaan pagar sentiasa dalam keadaan baik dan sesuai dengan piawaian
keselamatan dan laporkan mengenai apa jua kerosakan atau terdapat tanda-tanda berlakunya
pencerobohan di pagar berkenaan kepada pengurusan sekolah.
11. Pengawal Keselamatan bertugas berhak menghalang mana-mana orang perseorangan atau
kumpulan yang berkeadaan mencurigakan dari masuk ke kawasan sekolah.

12. Pengawal Keselamatan bertugas diminta jangan membenarkan orang awam membawa masuk
kenderaan atau meletak kenderaan di dalam kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran pihak
pengurusan sekolah.
13. Pengawal Keselamatan bertugas diminta memerhatikan tingkah laku pelajar sepanjang hari
persekolahn dan melaporkan apa jua kegiatan salah laku yang berlaku dalam sekolah pada bila-bila
masa.

14. Pengawal Keselamatan bertugas diminta menguatkuasakan peraturan bahawa tiada sesiapa pun
dibenarkan berada di kawasan sekolah pada hari cuti umum, cuti hari Sabtu pertam dan ketiga dan
cuti hari Ahad kecuali dengan kebenaran dari pihak pengurusan sekolah.

15. Pengawal Keselamatan hendaklah pada setiap masa berada di tempat yang mudah dihubungi
ketika bertugas dan memberitahu pihak pengurusan sekolah jika hendak ke mana-mana atau keluar
dari kawasan sekolah.

16. Pengawal Keselamatan hendaklah segera menghubungi pihak polis dan bomba jika menghadapi
kecemasan seperti kes-kes jenayah kebakaran atau kes-kes lain yang serius.

17. Pengawal Keselamatan bertugas pada sebelah malam hendaklah memastikan hanya blok-blok
tertentu sahaja lampu dinyalakan. Pastikan juga bilik-bilik makmal dan bilik-bilik khas lain telah pun
berkunci. Jika keadaannya meragikan hendaklah segera menghubungi pihak pengurusan sekolah .

18. Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah memastikan pintu pagar A ditutup pada pukul 8.00
pagi hingga 12.00 tengahari dan pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang kecuali ada arahan lian dari
pihak pengurusan sekolah.

19. Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah memastikan sesiapa yang ingin menggunakan
kemudahan sekolah seperti padang, gelanggang, dewan datau mana-mana premis di kawasan
sekolah perlu mendapat kebenaran bertulis dari pihak pengurusan sekolah.

20. Pengawal Keselamatan bertugas hendaklah akur dengan arahan pihak pengurusan sekolah
mengenai perkara-perkara yang melibatkan soal dasar.

21. Pengawal Keselamatan bertugas mestilah menyediakan laporan bertulis harian yang lengkap dan
kemaskini dalam buku laporan 8520/khas. Buku laporan ini hendaklah dikemukakan kepada pihak
sekolah jika diminta.

22. Laporan mengenai tugas pengawal keselamatan sentiasa dihantar ke pihak Pejabat Pendidikan
Daerah Kluang untuk dinilai keberkesanannya.

Jawatankuasa Keselamatan Sekolah - skop dan bidang


tugas

Penyelaras :

Ahli Jawatankuasa :

PENDAHULUAN
Perubahan dalam iklim pendidikan mutakhir ini tetah mewujudkan keperluan mengenal pasti kaedah,
strategi dan model program yang dapat mempertingkatkan keselamatan murid dan warga sekolah.
Bagi merealisasikan suasana yang selamat sama ada di dalam atau di luar sekolah, Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Bertindak 3K Keselamatan Sekolah.

Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan kesan dan persekitaran sekolah yang selamat akan
mewujudkan warga sekolah yang bahagia, sihat mental dan emosi, serta mampu memberi tumpuan
sepenuhnya kepada proses pengajaran dan pembelajaran dan juga aktiviti kokurikulum. Alam
persekolahan yang selamat dan menyeronokkan akan meningkatkan keyakinan dan kekuatan
dalaman diri murid bagi membantu pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah murid serta rela
memberi sumbangan secara positif kepada sekolah, masyarakat dan negara.

Program ini melibatkan warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat serta agensi kerajaan dan
bukan kerajaan yang berkaitan untuk bekerjasama bagi menjamin kejayaan pelaksanaan program
keselamatan di sekolah.

KONSEP

Program Keselamatan Sekolah didefinisikan sebagai suasana yang selamat di dalam dan di luar
sekolah bagi meningkatkan keyakinan dan kekuatan diri (jati diri) murid untuk membantu pencapaian
akademik dan pembangunan sahsiah.

MATLAMAT
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan
keluarga dan komuniti setempat.

OBJEKTIF
i. Melahirkan murid berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan
yang berkekalan dalam aspek keselamatan.
ii. Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.
iii. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam Program Keselamatan Sekolah.

SKOP DAN BIDANG TUGAS


1. Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Keselamatan Sekolah.
1.1 Menyediakan polisi, manual dan tatacara tindakan berkaitan keselamatan di sekolah.
1.2 Menyediakan pelan tindakan kontingensi bagi menghadapi krisis dan bencana alam.
1.3 Menentukan keperluan kemudahan keselamatan untuk murid-murid dan sekolah.
1.4 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Keselamatan.
1.5 Menentukan warga sekolah didedahkan dengan kemahiran menghadapi kecemasan.
1.6 Bekerjasama dengan komuniti, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan.

2. Melaksanakan pemantauan, penilaian dan pemeriksaan keselamatan murid dan sekolah.

3. Mewujudkan pasukan bertindak menghadapi krisis.

4. Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan keselamatan sekolah dipatuhi
oleh syarikat kawalan keselamatan sekolah.

5. Menentukan semua polisi, manual dan tatacara mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan-
badan profesional yang berkaitan dengan keselamatan.
PELAKSANAAN MANUAL KESELAMATAN SEKOLAH
1. Menyediakan manual dan prosedur keselamatan dalam perkara-perkara berikut:
1.1 Bidang aktiviti murid
1.1.1 Keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah mahupun asrama.
1.1 .2 Keselamatan menjalankan aktiviti kokurikulum dan sukan.
1.1.3 Kegiatan luar sekolah dan asrama.

1.2 Bidang bencana alam


-Kebakaran
-Banjir
-Perubahan cuaca
-Wabak penyakit
-Tsunami
-Ribut dan Petir
-Kemarau
-Gempa Bumi
-Jerebu

1.3 Bidang keselamatan fizikal sekolah dan asrama


-Pejabat sekolah dan asrama
-Keselamatan pendawaian dan peralatan elektrik
-Kawalan keselamatan sekolah dan asrama
-Tandas sekolah dan asrama
-Kolam renang
-Peralatan “loose handrails” dan tingkap sekolah dan asrama
-Perabot sekolah dan asrama
-Semua jenis makmal
-Bengkel
-Pusat Sumber/ Perpustakaan
-Padang dan gelanggang permainan
-Stor, landskap
-Dormiteri
-Kawasan sunyi dan gelap
-Keselamatan semua bangunan dalam kawasan sekolah dan asrama
-Dewan makan asrama
-Dapur asrama
-Pondok pengawal keselamatan
-Kantin
-Tempat menunggu kenderaan
-Bilik-bilik khas

1.4 Bidang Sosial


-Penderaan
-Gangguan seksual
-Rokok
-Gangguan emosi, mental dan rohani
-Pergaduhan antara kaum
-Buli/ pelancoan
-Peras ugut
-Tingkah laku lucah
-Ketagihan arak
-Sumbang mahram
-Penyalahgunaan dadah
-Rogol
-Bunuh diri
-Membunuh

1.5 Bidang persekitaran dan lokasi sekolah


-Kawasan air bergerak, statik : sungai, lombong, laut, tasik, kawasan air terjun dan lain-lain -Sekolah
berhampiran jalan raya/ lebuh raya/ landasan kereta api/ lapangan terbang/ kilang/ kawasan
perkuburan
-Kawasan bukit, cerun curam
-Loji kumbahan
-Pencawang elektrik

2. Mengenal pasti, memantau dan mengambil tindakan dalam menangani permasalahan premis dan
kawasan sekitar sekolah yang berkaitan perkara-perkara berikut:
2.1 Bangunan Lama dan Uzur
2.2 Sistem Pendawaian
2.3 Serangan Anai-Anai dan Bubuk
2.4 Pintu Pagar dan Pagar Sekolah
2.5 Lereng Bukit
2.6 Padang, Gelanggang dan Peralatan Sukan
2.7 Tangki Air
2.8 Bonggol Keselamatan Jalan Raya, Garisan Kuning
2.9 Lampu ‘AWAS’ isyarat keselamatan
2.10 ‘Warden’ lalu lintas

3. Menyedia dan melengkapkan peralatan Sistem Kawalan Keselamatan di Sekolah dan asrama
yang difikirkan perlu dengan kemudahan berikut:
3.1 CCTV
3.2 Alat Penggera
3.3 Sistem komunikasi ketika kecemasan,Talian Bomba/ Polis, Hospital, JPA3

4. Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan dengan perkara-
perkara berikut:
4.1 Kepakaran
4.2 Khidmat Nasihat
4.3 Perundangan
4.4 Latihan
4.5 Kewangan/ Dana
4.6 Perancangan
4.7 Penyelenggaraan