Anda di halaman 1dari 4

TEKS SYARAHAN AGAMA BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

TAJUK: IMAN DAN TAQWA PENCETUS UMMAH GEMILANG

Assalamualaikum wrt….

Salam integriti pembuka bicara

ْ َ‫سيِِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آ ِل ِه َوأ‬


‫ص َحابِ ِه‬ َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫ َوالعَاقِبَة ِل ْل ُمت َّ ِقيْنَ َوال‬, َ‫ب العَالَ ِميْن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ ِ ِّ ‫الر ِحي ِْم ا َ ْل َح ْم ُد هللِ َر‬ َّ ِ‫بِس ِْم هللا‬
َّ ‫الرحْ َم ِن‬
َ‫أَجْ َم ِعيْن‬

Yang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan panel hakim yang menjunjung
panji keadilan, penjaga masa yang setia dengan masanya, seterusnya warga dewan
yang dirahmati Allah. Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan
syarahan yang bertajuk ‘IMAN DAN TAQWA PENCETUS UMMAH GEMILANG’.
Terlebih dahulu izinkan saya mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan saya pada
pagi ini. Perkataan iman bermakna mengaku dengan lidah, membenarkan di dalam
hati dan mengamalkan segala perintah Allah Taqwa pula membawa maksud
mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah dengan
mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan larangannya. Frasa “Pencetus
Ummah Gemilang” adalah merujuk kepada ummat Islam yang bermutu dan
cemerlang.

Wacana fikrah pertama "Insan Beriman Dan Bertakwa Teras Masyarakat Gemilang.

Hadhirin-hadhirat, pengabdian diri dengan sepenuh hati terhadap segala perintah


Allah sudah tentu bertitik tolak daripada keimanan yang utuh, kemudian dipancarkan
melalui kesungguhan amalan melahirkan ummah cemerlang bertepatan dengan
penegasan Allah dalam Surah al-Mu'minun ayat 1 :

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman”.

Keimanan dan ketakwaan yang teguh inilah penyelamat Bilal bin Rabah daripada
lembah kekufuran biarpun diazab penuh dahsyat oleh tuannya. Iman yang mantap
dan teguh inilah yang memperkasakan jatidiri ummah dan menyelamatkan mereka
daripada gejala negatif seperti penagihan dadah, pelacuran serta pergaulan
bebas.Statistik dadah kebangsaan 2004 menunjukkan 90% penagih terdiri daripada

1
remaja muslim. Nah! terbuktilah iman dan takwa teras masyarakat cemerlang
memacu kecemerlangan ummah.

Wacana fikrah kedua " Insan Berakhlak MuliaTeras Ummah yang gemilang’

Ini amat bertepatan dengan motif utama pengutusan Rasulullah ke muka bumi demi
memurnikan akhlak manusia sebagaimana

Sabda Baginda : ( ‫) إنما بعثت ألتمم مكارم األخالق‬

Ertinya: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia


Terpancarlah keutuhan akhlak dan sahsiah terpuji Rasulullah melalui karektor beliau
sebagai seorang pemimpin negara yang beretika, seorang sahabat yang prihatin
serta ketua keluarga yang penyayang. Imbau sahaja keindahan akhlak Rasulullah
dengan pemuda Yahudi yang kencing di dalam Masjid Nabawi, Baginda tidak
memarahi pemuda tersebut bahkan baginda sendiri membasuhnya menyebabkan
pemuda tadi memeluk Islam di hadapan Baginda. Lihatlah hari ini lantaran
kerapuhan akhlak, remaja kita dirobek rakus oleh budaya punk , black metal memuja
syaitan serta vandalisme meranapkan harta benda awam. Ternyata akhlak mulia
tonggak ummah gemilang.

Wacana Fikrah ketiga "Insan Beramanah Dan Jujur Teras Ummah Gemilang".

Dengan ketakwaan yang tinggi akan melahirkan rasa muraqabah Allah dalam
segenap urusan hidup lantas tertegaklah konsep Al ihsan:

( ‫) أن تعبد هللا كأنك تراه وإن لم تكن تراه فإنه يراك‬

Yang bermaksud: Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya, jika kamu
tidak melihatnya, sesungguhnya dia melihat kamu. Imbau sahaja betapa jujur dan
amanahnya seorang pemimpin bergelar Omar Abdul Aziz , yang sanggup bergelap
bila membicarakan urusan keluarga kerana tidak mahu menggunakan harta
kerajaan. Bilamana menyuburnya benih amanah dalam jiwa ummah maka lahirlah
insan yang jujur kepada Allah, diri sendiri dan orang lain sekaligus terhindar
daripada segala unsur penipuan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Ingatlah,
tanpa jujur dan amanah hancurlah ummah. Konklusinya, tidak tertegak rumah tanpa
tiang, tidak tertegak agama tanpa iman, dan tidak tertegak ummah gemilang tanpa

2
peribadi unggul.Justeru hiasi diri dengan senyuman, hiasi masyarakat dengan
peribadi unggul, pasti cerialah hidup.

Meniti wacana fikrah saya yang keempat : ketinggian akidah nucleus solidarity dan
perpaduan ummah.

Tema ukhuwwah dan perpaduan bukanlah satu isu lapuk yang dibiarkan diatas
lantai sejarah, bahkan islam telah menobatnya mengisi tampuk keutamaan dan
menjadi prinsip asas islam. Kerana itulah Allah menyeru umat islam agar terus
mempertahankan kesatuan ummah yang ada sebagaimana firmannya dalam surah
al hujurat ayat 10:

“Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah


di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu”

Lihatlah betapa damai dan utuhnya perpaduan ini andai dibina atas paksi akidah
yang jelas. Marilah kita menyorot generasi awal para sahabat yang mendapat
asuhan langsung dari rasul tercinta, berkumpul dibawah bumbung masjid nabawi
dengan penuh integrasi tanpa ada sekelumit rasa perbezaan taraf dan warna kulit.
Beitulah kekuatan madinah yang dipersaudarakan nabi dalam elemen pembentukan
kota bercahaya ini dan kiaskan lah bagaimana negara kita cuba mempraktikkannya
dalam penubuhan sekolah wawasan yang berkongsi misi dan usaha untuk terus
gemilang bersama perpaduan dan keamanan. Tuntasnya integrasi nasional
berpaksikan agama teras kegemilangan ummah. Menuntun bicara hujah saya yang
kelima ; keagungan akidah pencetus semangat jihad dan pengorbanan. Dengarlah
ayat 41 surah at-Taubah 41:

“Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada
Dengan keadaan ringan ataupun Dengan keadaan berat; dan berjihadlah Dengan
harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah ayat ini secara jelas merupakan satu
slogan bagaimana kejayaan umat islam kini dieksprementasikan melalui usaha dan
jihad yang berterusan dalam semua lapangan samada ekonomi, kesihatan,
pembangunan mahupun ketenteraan. Dan bagaimana umat terdahulu persis saidina
Khalid al-Walid dan Solahuddin al Ayubi mampu menjadi penakluk dunia dan
benteng terampuh menjaga keselamatan agama. Juga persis Abdrahman bin Auf
melancarkan jihad ekonomi dalam memecahkan monopoli ekonomi kapitalis yahudi

3
penjajah di madinah 14 dekad yang lalu. ironinya kekuatan jihad merupakan aspirasi
ummah dan daulah berwibawa.

Wacana fikrah keenam “Insan Berdaya Saing Teras Ummah Gemilang.

Kepercayaan yang teguh terhadap Qadha’ dan Qadar mencetuskan muslim yang
gigih berusaha, berdaya saing serta tidak menyalahkan takdir semata-mata
menjadikan mereka berdiri sama tinggi, duduk sama sebaris dengan bangsa lain.
Keazaman membara serta keyakinan yang tinggi kepada Allah menjadi kunci
kejayaan Datin Paduka Mazlina ,wanita pertama di dunia belayar secara solo di
Benua Antartika ,namanya gah terukir dipersada dunia. Ini bertepatan dengan
seruan Allah: ( ‫ ) فاستبقوا الخيرات‬Ertinya: Dan berlumba-lumbalah kamu melakukan
kebaikan Sebagai contoh, imbau masa lampau, lantaran suburnya sifat berdaya
saing serta berlumba-lumba dalam penerokaan ilmu muncullah nama besar seperti
Ibnu Sina perintis ilmu matematik, al Khawarizmi perintis ilmu astronomi serta Ibnu
Batuta ahli pelayaran tekemuka. Nama mereka meniti dibibir sepanjang
zaman.Justeru, marilah kita suburkan sifat juang serta daya saing yang tinggi untuk
kita berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain. Konklusi dari hujahan saya tadi,
ummah yang gemilang perlu menrealisasikan gagasan islamisasi ilmu dan pemikiran
islam mereka kepada ketamadunan dan peradaban ulung berteraskan iman an
taqwa dan paradigma yang dibawa oleh alquran dan sunnah. Akhirnya : Indah
mawar kembang bersemi , izinkan saya mengundur diri Dengan lafaz yang mulia
”Wabillahi Taufiq wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”

Anda mungkin juga menyukai