Anda di halaman 1dari 6

PERHATIAN.

MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN
BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI.

TERIMA KASIH.

PARA PELAJAR DI INGATKAN BERDIRI KETIKA PERARAKAN MASUK GURU-GURU KE DEWAN.

(PERARAKAN GURU MASUK KE DEWAN )

RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN, MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG


GEMURUH KEPADA SEMUA GURU SK FELDA JENGKA 9

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI

YANG BERUSAHA

EN. RAMLI BIN ALI GURU BESAR SK FELDA JENGKA 9 , EN. SHURTO BIN HASSAN , GURU PENOLONG
KANAN 1, EN. MOHD RAMZI B. ABDUL KARIM GURU PENOLONG KANAN KO KURIKULUM, PN.
ARBAI’YAH BT BADRUN GURUPENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

BARISAN PENDIDIK YANG DISAYANGI., WARGA KERJA SK FELDA JENGKA 9.. MURID-MURID YANG
DIKASIHI SEKALIAN…

SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU.

BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI, KERANA PADA PAGI INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL
BAGI MERAIKAN SAMBUTAN HARI GURU 2017 PERINGKAT SK FELDA JENGKA9 DENGAN TEMA “ GURU
PEMBINA NEGARA BANGSA.

SEBAGAI PEMBUKA TIRAI MAJLIS KITA PADA HARI INI, DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI
DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN IAITU LAGU NEGARAKU, LAGU ALLAH
SELAMATKAN SULTAN KAMI DAN LAGU SEKOLAH.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,


PANGGILAN CIKGU ADALAH KERAMAT

BERSABAR MENABUR JASA DAN BAKTI

DOA DIBACA MEMOHON RAHMAT

MOGA MAJLIS SENTIASA DIBERKATI

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI, MARILAH SAMA-
SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DIPIMPIN DAN DILAFAZKAN
OLEH AL FADHIL USTAZ MUHAMMAD FIRDAUS B. ASURI. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

SELENDANG SURI CORAK BERAGI


MANIK MENGHIASI CANTIK SULAMNYA
GURU BESTARI ILTIZAMNYA TINGGI
PENUH DEDIKASI MELAKSANAKAN TUGASNYA

SIDANG MAJLIS SEKALIAN, SETERUSNYA DIJEMPUT PULA ___________________UNTUK MEMBACAKAN


PERUTUSAN UCAPAN DARIPADA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. DIPERSILAKAN.

DEMIKIANLAH TADI TEKS PERUTUSAN DARIPADA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN

HADIRIN SEKALIAN

SETERUSNYA, MAJLIS MENJEMPUT _________________UNTUK MEMBACAKAN TEKS PERUTUSAN


MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA. DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN

PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT WAKIL MURID SELAKU KETUA
MURID SK FELDA JENGKA 9 MEWAKILI PARA PELAJAR. IAITU DANISH FITRI BIN MOHD ASRI UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN …


TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA

TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA

TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA SUARANYA TANPA BERBICARA.

HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN EN. RAMLI
BIN ALI, GURU BESAR SK FELDA J9 BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN, DAN SETERUSNYA MERASMIKAN
SAMBUTAN HARI GURU SK FELDA JENGKA 9, 2017. DIPERSILAKAN…..

TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI, TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA TUAN GURU BESAR ATAS
UCAPAN ITU TADI.

PALUAN GENDANG PEMBUKA MAJLIS,

MODEN TRADISIONAL BERSATU SENADA;

SETERUSNYA, BACAAN IKRAR JADI PERINTIS,

BARISAN GURU TERSENYUM BANGGA.

BERALIH KITA KE ACARA SETERUSNYA DENGAN MENJEMPUT SEMUA GURU KE PENTAS UNTUK BACAAN
IKRAR YANG AKAN DIKETUAI OLEH EN. SHURTO BIN HASSAN. MOHON PARA GURU NAIK KE
PENTAS…DAN SELEPAS ITU, KITA AKAN DIPERDENGARKAN DENGAN KELUNAKAN SUARA OLEH PARA
GURU DENGAN NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA.

DEMIKIANLAH TADI BACAAN IKRAR DAN NYANYIAN DARIPADA PARA GURU (jgn turun pentas lagi)

MAJU BANGSA KERANA BAHASA,

ADAB MENGHIASI JAMBANGAN JIWA;

INGATAN DIBERI TIDAK SEBERAPA,

PENGHARGAAN TANDA MENGENANG JASA.

SETERUSNYA DIJEMPUT BARISAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER UNTUK
MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA GURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH

PARA GURU DIJEMPUT KE KERUSI SEMULA

HADIRIN SEKALIAN.
BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA HARI INI, DI PERSILAKAN PERSEMBAHAN PEMBUKAAN
DARIPADA ANAK-ANAK PRA SEKOLAH GEMILANG.

SETERUSNYA PULA MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN PERSEMBAHAN DARIPADA TAHUN_________

MAJLIS TIDAK AKAN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN DENGAN PERSEMBAHAN OLEH GURU..
DIJEMPUT CIKGU .................................UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH SAJAK YANG BERTAJUK
...............................................

DENGAN INI DIPERSILAKAN…

TERIMA KASIH DIUCAPKAN

SETERUSNYA PENYAMPAIAN HADIAH PERTUKARAN GURU

DIMINTA CIKGU SHURTO NAIK KEPENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH.

CIKGU SHURTO AKAN MENCABUT NO. GURU.

DAN SELEPAS ITU GURU TERSEBUT HENDAKLAH MENCABUT UNDI BAGI NO. HADIAH PERTUKARAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. TERIMA KASIH CIKGUSHURTO

SETERUSNYA PULA MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN PERSEMBAHAN DARIPADA _______________

BAIKLAH ,MAJLIS AKAN DITERUSKAN DENGAN CABUTAN HADIAH PERTUKARAN

DIMINTA CIKGU ARBAI’YAH NAIK KEPENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH.

1. 2. 3. 4. 5. 6. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPDA PUAN ARBAIYAH

SETERUSNYA PULA MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN PERSEMBAHAN ____________________

MAJLIS AKAN DITERUSKAN DENGAN CABUTAN HADIAH PERTUKARAN

DIMINTA CIKGU RAMZI NAIK KEPENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH.

1. 2. 3. 4. 5. 6. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN. RAMZI

SETERUSNYA PULA MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN PERSEMBAHAN ____________________

DIMINTA TUAN GURU BESAR NAIK KEPENTAS UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH.

1. 2. 3. 4. 5. 6.

SETERUSNYA PULA MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN PERSEMBAHAN ____________________

SETERUSNYA IALAH PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PEMENANG ACARA SUKANEKA

1. _SAGUHATI_____2.KETIGA________3 NAIB JOHAN___________.4 JOHAN______________.


SETERUSNYA PULA MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN PERSEMBAHAN ____________________

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA BEBERAPA ORANG GURU YANG
TELAH BERJAYA MENAMBAT HATI MURID-MURID SK FELDA JENGKA 9. UNTUK MAKLUMAN,
PENCALONAN TELAH DIBUKA PADA JUMAAT LALU. SEMUA GURU TELAH DICALONKAN DAN PEMILIHAN
TELAH DILAKUKAN OLEH SEMUA PELAJAR DARI SEMUA KELAS. UNDI TERTINGGI TELAH TERPILIH
DIANGGAP PEMENANG.

DIMULAKAN DENGAN

* Anugerah Guru Paling BAIK *Anugerah Guru Paling KELAKAR

* Anugerah Guru Paling KACAK *Anugerah Guru Paling ANGGUN

* Anugerah Guru Paling CANTIK *Anugerah Guru Paling POPULAR

* Anugerah Guru Paling PENYAYANG

* Anugerah Guru Paling SPORTING

*Anugerah Guru Paling TEGAS

*Anugerah Guru Paling SERIUS

ACARA KEMUNCAK PADA HARI INI IAITU ANUGERAH PAKAIAN GURU YANG PALING MENGANCAM

TEMPAT 3 _____________________TEMPAT KE 2____________________TEMPAT PERTAMA_______

Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,

Kalau menurun, sudah sampai ke lembah.

Kalau terjun, sudah sampai ke tanah,

Kalau berenang, sudah sampai ke pantai.

Kalau belayar sudah sampai ke pulau,

Kalau berjalan sudah sampai ke batas.

Kalau mudik, sudah sampai ke hulu,

Kalau hanyut sudah sampai ke kuala.


KITA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG MAJLIS, SEBELUM KITA BERSURAI MARILAH SAMA-SAMA KITA
BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU “TERIMA KASIH CIKGU”

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.

Kami minta ampun,

Kami minta maaf ...

Kalau wajah ada yang tersalah pandang,

Kalau nama ada yang tersalah sebut,

Kalau gelar ada yang tersalah ucap,

Kalau duduk ada yang di salah tempat.

AKHIR KATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA HARI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA
WARGA SK FELDA JENGKA 9 KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI
TAHUN INI.

SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KEPADA SEMUA GURU UNTUK MENJADI PENDIDIK YANG
GEMILANG. SEMOGA BENIH-BENIH KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM DALAM SETIAP BATAS HATI PARA
GURU, KERANA DENGAN KEIKHLASAN, AKAN TERPANCAR KEJERNIHAN DAN KEJAYAAN ANAK DIDIK
YANG MUTLAK. MUDAH-MUDAHAN…AMIN.

TERIMA KASH DAUN KELADI

PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI

SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI

JASA GURU TERPAHAT DI HATI

SEKIAN. SALAM SEJAHTERA

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…