Anda di halaman 1dari 2

.

‫ْم‬ ‫ْلر‬
‫َّحِي‬ ‫ْمنِ ا‬ ‫ْلر‬
‫َّح‬ ‫هللاِ ا‬ ‫ِسْم‬
ِ ‫ب‬
‫َالسَّالَم‬
ُ ‫ُ و‬‫َّالَة‬
‫َالص‬ ‫ و‬،‫ْن‬ ‫ِي‬ َ َ
‫الم‬ ‫الع‬ْ ‫َب‬
ِِّ َِّ ‫د‬
‫َلِلِ ر‬ ُْ
‫َم‬‫َْلح‬
‫ا‬
ِ
‫ِه‬ ‫ْح‬
‫َاب‬ ‫َص‬
‫َأ‬‫ِ و‬ ‫له‬ِ‫لى آ‬ ََ‫َع‬‫ٍ و‬ ‫َّد‬
‫َم‬ ُ
‫مح‬ َ‫ِد‬
‫ِنا‬ ‫لى سَي‬
ِّ ََ‫ع‬

‫ْن‬‫ِي‬‫َع‬‫ْم‬‫َج‬
‫أ‬

Ya Allah, Ya Karim Ya Wadud,

Setinggi-tinggi kesyukuran kami rafakkan kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada
dalam Majlis Sempena Persaraan Puan Hajjah Hamidah binti Isa, Guru Besar Cemerlang SK KG Dato
Seri Kamaruddin pada pagi yang tenang dan syahdu ini.

Ya Allah, Ya fa’allul lima yurid,

Kami amat bersyukur dalam ruang yang diberi untuk melahirkan rasa penghargaan dan terima kasih
warga pendidikan Daerah Manjung khususnya sekolah kami atas persaraan Guru Besar Cemerlang
yang dikasihi. Sesungguhnya rasa terharu tak dapat kami sembunyikan atas komitmen serta
sumbangan besar beliau dalam memartabatkan profesion keguruan dan mengangkasa kualiti
pendidikan.

Ya Ghaniyyu, Ya Hamid, Ya Mubdi’a, Ya Mu’id,

Segala puji-pujian hanya untuk Mu atas nikmat kurnia menganugerahkan kepada kami seorang insan
yang berjiwa besar dan punyai wawasan yang jauh demi memajukan agama, bangsa dan
negara. Jasa dan bakti yang beliau taburkan bukan saja sewaktu menjawat jawatan Guru Besar
tetapi bermula sejak melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang insan bergelar pendidik. Tangan
yang menggoncang buaian mampu mengharumkan nama sekolah sewangi kasturi dengan sentuhan
kasih seorang ibu, menegur dengan kelembutan, menasihat dengan belaian, melarang dalam
senyuman, marahnya kerana kasihan namun tangisnya tidak kedengaran.

Sesungguhnya, seluruh warga sekolah sangat terhutang budi dan berasa bangga dipimpin oleh
seorang guru besar cemerlang yang begitu mengambil berat terhadap masa depan guru serta anak
didik yang sangat dikasihi.

Ya Allah, Ya Qawiyyu,Ya Matin ,

Kurniakanlah kami jiwa dan hati yang sentiasa mengenang jasa orang yang telah berbakti dan
berkorban untuk melihat kemajuan sekolah kami. Anugerahkanlah kami kekuatan untuk
mengekalkan usaha murni dan suci demi kelangsungan dan kesinambungan kejayaan yang telah
dicapai oleh sekolah kami di bawah pimpinan dan bimbingan beliau yang berwibawa .

Ya Allah, Ya Wahab, Ya Razaq,


Panjangkanlah usia beliau dengan kesihatan dalam iman dan Islam, semoga dapat terus
menyumbang idea, buah fikiran dan pandangan yang bernas demi kemajuan pendidikan dalam
meniti usia persaraan. Moga kami dapat mencontohi tanggungjawab, komitmen, kewibawaan dan
kegigihan Puan Hjh Hamidah bt Isa mengurus institusi pendidikan. Engkau lindungilah keluarganya,
kaum kerabatnya dan orang-orang yang dikasihinya sebagaimana beliau melindungi kami selama ini
tanpa rasa jemu.

Ya Allah, Ya zal fadhli wal Ihsan,

Sesungguhnya yang datang akan pergi, yang patah akan tumbuh kembali, setiap yang bermula pasti
ada akhirnya, setiap pertemuan akan ada perpisahan, namun kurniakanlah kami guru besar yang
juga penyayang selepas persaraan Puan Hjh Hamidah binti Isa nanti.

Ya Allah, jadikanlah pertemuan ini, pertemuan yang diberkati dan dirahmati, dan jadikanlah
perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada segala bahaya dan
keburukan.

‫ًا‬‫ْع‬‫َم‬
‫ذا ج‬ َ‫ه‬ َ ‫َا‬‫َن‬‫ْع‬
‫َم‬ ‫ْ ج‬‫َل‬‫ْع‬ ‫َّ اج‬ َّ َ
ُ‫لل‬
‫هم‬ ‫ا‬
ً
‫ُّقا‬‫َر‬ َ ِ
‫تف‬ ‫ِه‬‫ْد‬
‫بع‬َ ْ ‫ِن‬ ‫َا م‬‫َن‬‫َـ‬
‫ُّق‬‫َر‬
‫تف‬ََ‫ و‬،‫ما‬ ًْ
‫ُو‬‫ْح‬‫مر‬َ
‫َا و‬
َ‫َال‬ ‫ْن‬‫ِي‬‫َّ ف‬
‫هم‬ َّ
ُ‫الل‬ ‫َل‬
ِ ‫ْع‬
‫تج‬ َ َ‫َال‬
‫ و‬،‫ما‬ ًْ
‫ُو‬‫ْص‬‫مع‬َ
َ‫َال‬
‫ًّا و‬‫ِي‬‫َا شَق‬ ‫َع‬
‫ُن‬ ‫ْب‬
‫يت‬ َ ْ‫من‬َ َ‫َال‬‫َا و‬ ‫َن‬‫مع‬َ
.‫ما‬ًْ‫ُو‬
‫ْر‬ َ َ‫َال‬
‫مح‬ ‫دا و‬ ًْ
‫ُو‬‫ْر‬‫مط‬َ
‫ِي‬‫َف‬‫ً و‬ ‫َة‬‫َسَن‬
‫َا ح‬ ‫ني‬ ْ‫الد‬
ُّ ‫ِي‬ ‫َا ف‬ ‫ِن‬ ‫ءات‬َ ‫َا‬ ‫بن‬ََّ
‫ر‬
ِ َّ
.‫ار‬ ‫َ الن‬ ‫ذاب‬ ََ
‫َا ع‬ ‫َق‬
‫ِن‬ ‫ً و‬‫َة‬‫َسَن‬‫ِ ح‬ ‫األَخِر‬
‫َة‬
ِ
‫له‬ِ‫ءا‬ َ ‫لى‬ ََ‫َع‬‫ٍ و‬‫َّد‬
‫َم‬‫مح‬ َ‫ِد‬
ُ ‫ِنا‬ ‫لى سَي‬
ِّ ََ ‫لى هللاُ ع‬ََّ
‫َص‬‫و‬
َ
‫ْن‬‫ِي‬ َ َ
‫الم‬ ‫ِِّ الع‬‫َب‬ َِّ‫د‬
‫َلِلِ ر‬ ُْ
‫َم‬ ْ َ
‫الح‬ ‫ و‬،َ ‫لم‬ََّ‫َس‬
‫ِ و‬ ‫ْب‬
‫ِه‬ ‫َح‬‫َص‬‫و‬

Anda mungkin juga menyukai