Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN KARNIVAL SUKAN BOLA SEPAK SMK SACRED HEART 2010

Dilaporkan oleh:
En. Franky ak Dana
Guru Penasihat Kelab Bola Sepak
Pengenalan:

Sukan bola sepak merupakan salah satu sukan yang paling popular di Malaysia. Oleh itu, Kelab Bola
Sepak SMK Sacred Heart telah menganjurkan pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah untuk pelajar Sesi
Pagi dan 9 sebelah untuk pelajar Sesi Petang. Pertandingan tersebut telah bermula pada 8 - 9 Julai
2010 bertempat di Padang Bola Sepak SMK Sacred Heart. Perlawanan akhir pula dijalankan pada 10
Julai 2010 Selain itu, perlawanan persahabatan antara guru dan PIBG turut diadakan pada hari yang
sama.
Objektif/Matlamat:
1. Memupuk perpaduan kaum dalam kalangan pelajar.
2. Meningkatkan kualiti dan kuantiti para pelajar yang terlibat dalam aktiviti bola sepak.
3. Pelajar boleh mengelolakan pertandingan bola sepak di peringkat sekolah.
4. Mewujudkan sifat kepimpinan dalam kalangan pelajar.
5. Membentuk disiplin dan menerapkan nilai-nilai murni sebagai ahli sukan.
Pertandingan Karnival:
1. Jadual pertandingan:
Pertandingan untuk pelajar sesi pagi dan sesi petang dijalankan dalam dua kumpulan sebelum
persaingan peringkat separuh akhir dan akhir. Jadual pertandingan seperti yang dilampirkan.
2. Kategori:
Pertandingan diadakan dalam dua kategori iaitu Sesi Pagi dan Sesi Petang.
3. Senarai nama peserta/pasukan:
Sesi Pagi disertai oleh empat pasukan daripada Tingkatan 3 hingga Tingkatan 6.
Sesi petang juga disertai oleh 4 pasukan gabungan dari pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 2.
Senarai nama peserta/pasukan, sila rujuk borang pendaftaran.
4. Keputusan:
Sila rujuk lampiran- Jadual Pertandingan.
5. Borang pendaftaran
Sila rujuk lampiran- Borang Pendaftaran.
6. Peraturan pertandingan
Sila rujiuk lampiran- Peraturan Pertandingan Bola Sepak.

Pertandingan walk-in:
Tiada pertandingan walk-in kerana ada perlawanan persahabatan antara guru dan PIBG.
Masalah dihadapi:
1. Penyertaan daripada pelajar yang terhad dan jumlah pasukan yang sedikit untuk pertandingan
yang lebih mencabar.
2. Sebuah pasukan sesi pagi tidak dapat hadir untuk perebutan tempat ketiga. Ini menunjukkan
semangat kesukanan yang rendah.
Cadangan penambahbaikan:
1. Jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mewujudkan keseragaman dalam promosi, peraturan
serta penyediaan borang penyertaan dalam setiap permainan.
2. Suatu tempoh masa yang tertentu ditetapkan dan diselaraskan supaya tarikh sesuatu
pertandingan/permainan tidak bertembung dengan pertandingan atau permainan yang lain.

Disediakan oleh,
(FRANKY AK DANA)
Guru Penasihat Kelab Bola Sepak

Anda mungkin juga menyukai