Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT

LMCW 2173 – HUBUNGAN ETNIK

TAJUK PROPOSAL

ASIMILASI MELALUI PENDIDIKAN (SEKOLAH WAWASAN)

MOHAMAD KHAIROL FAIZ BIN MOHD NAWI

GA03157

MAGESWARY ARUMUGAM

GA03155

PENSYARAH

CIK ROZITA BT IBRAHIM

DR. NUR ATIQAH TANG BT ABDULLAH

Internal
1.0 PENGENALAN

Pengertian Asimilasi Menurut Vander Zanden

Pendapat pertama adalah ahli dari luar negeri yaitu Vander Zanden. Vander Zanden
berpendapat bahwa asimilasi adalah bagian dari proses diantara 2 kelompok atau lebih melalui
tahapan berfikir, saling toleransi, bertindak dan akhirnya masing-masing kelompok tersebut
bercampur kebudayaannya dan menjadi kesatuan.

Pengertian Asimilasi Menurut Koentjaraningrat (1996:160)

Asimilasi adalah percampuran antara 2 kebudayaan atau lebih secara total dan
menyeluruh yang dibarengi dengan hilangnya ciri atau karakteristik khas kebudayaan yang asli,
yang pada akhirnya membentuk kebudayaan baru. Asimilasi ini ditandai dengan upaya
mengurangi perbedaan antar kelompok. Supaya bisa mengurangi hal tersebut, maka ada cara-
cara di dalam asimilasi untuk mempererat kesatuan tindakan, perasaan, pemikiran dan sikap
dengan mempertimbangkan kepentingan dan tujuan bersama kelompok tersebut.

KONSEP SEKOLAH WAWASAN

Penubuhan Sekolah Wawasan berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di


bawah satu bumbung atau satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum, agama,dan budaya.
Ini bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran, iaitu SK,SJKC,SJKT dibina dalam
satu kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas.di mana aktiviti-aktiviti
sekolah di laksanakan secara bersama. Akhirnya akan dapat memupuk semangat persefahaman
dan toleransi antara kaum, khususnya dalam kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat
sekolah rendah lagi.

Internal
1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Kami memilih konsep sekolah wawasan sebagai salah satu asimilasi melalui pendidikan
dimana kami percaya konsep ini adalah yang terbaik buat masa kini dalam menerapkan sifat
kebersamaan dari peringkat awal.

1. Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan


latar belakang
2. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran
3. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi
demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
4. Untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah

1.2 METODOLOGI KAJIAN

 Reka Bentuk Kajian – Penyelidikan ini di jalankan secara penjelasan. Kaedah


penyelidikan melalui tinjauan telah digunakan agar dapat mengumpulkan secara lebih
terperinci dan sistematik.
 Sampel Kajian – Survey rawak di kalangan pelajar UKM di jalankan untuk mengambil
sampel data mengenai pendapat mereka mengenai implementasi sekolah wawasan
sebagai salah satu cara asimilasi.
 Intrumen Kajian – Dilakukan menggunakan “Survey Monkey” untuk boring soal selidik
melalui internet.
 Kaedah AnalisiS – Pengiraan min skor bagi setiap soalan dalam borang soal selidik
dilakukan untuk menentukan tahap penerimaan konsep sekolah wawasan di kalangan
pelajar UKM.

Internal
2.0 Analisa Data

Dalam proses kajian ini, kami telah menganalisis data dari soal selidik secara penjelasan. Soalan
soal selidik menggunakan dua skala iaitu :

 YA
 TIDAK

Data juga di analisis dengan menggunakan peratusan dan skor berdasarkan bilangan
responden.

Penjelasan bagi setiap data adalah seperti berikut :

Internal
Survey di lakukan di kalangan 20 pelajar (9 Melayu, 5 Cina, 5 India & 1 Lain-lain). Motif survey
dilakukan secara rawak di kalangan kaum yang dominan di Malaysia adalah supaya hasil survey
adalah seimbang.

Survey menunjukkan hampir 90% pelajar bersetuju dengan penubuhan kompleks sekolah
wawasan. Hanya 10% tidak bersetuju. Ini menunjukkan kebanyakan dari kita memahami
konsep dan idea sekolah wawasan dalam membentuk asimilasi dari peringkat awal.

Internal
90% bersetuju bahawa kemudahan yang di sediakan di kompleks sekolah wawasan bersesuaian
dengan konsep kepelbagaian kaum.

Internal
90% bersetuju dengan system pentadbiran yang di guna pakai mampu membentuk
kemakmuran sosial. Sekolah wawasan mengamalkan pentadbiran secara berasingan bagi aliran masing-
masing seperti yang dipraktikkan oleh sekolah kerajaan.

Internal
Kebanyakan bersetuju pendekatan sekolah wawasan dapat meminimakan masalah disiplin
dalam bentuk pertelingkahan kaum. Di mana setiap pelajar memahami permasalahan setiap
kaum melalui sekolah wawasan.

Internal
80% bersetuju medium sekolah rendah sesuai untuk pembentukan perpaduan sosial antara
kaum.

Internal
85% bersetuju aktiviti di sekolah wawasan yang di lakukan secara bersama membantu arah
penyatuan antara kaum.

Internal
Internal
HASIL KAJIAN

Melalui kajian ini juga dapat dikenalpasti akan peranan pendidikan dalam menjadi alat
berkesan dalam menjanakan perpaduan negara sejak dari peringkat awal kehidupan seseorang.
Dapatan kajian ini juga mungkin dapat mengikis segala kritikan atau kesangsian mengenai
penubuhan Sekolah Wawasan terutamanya kepada kumpulan etnik minoriti dan seterusnya
meredakan segala kemusykilan yang timbul.

Di samping itu, hasil kajian ini juga diharapkan dapat menghayati Penyata Razak (1956)
yang di antaranya hendak menyatukan murid-murid daripada semua bangsa di dalam negara ini
dengan memakai satu peraturan pelajaran. Pendidikan sebagai alat perpaduan kaum jelas
dinyatakan dalam Penyata Razak (1956) yang mengemukakan dua elemen penting dalam dasar
pendidikan dan dianggap dapat menyuburkan semangat perpaduan negara, iaitu sistem
persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak
kebangsaan.

Internal
KESIMPULAN

Kesimpulannya,penubuhan sekolah wawasan adalah bermatlamat untuk


memperkukuhkan dan mengeratkan lagi perpaduan serta hubungan dalam kalangan pelajar
yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia.

Namun matlamat ini bukanlah mudah untuk dicapai tanpa perancangan yang teliti serta
perlaksanaan yang teratur.Sehubungan dengan itu,diharapkan semua pihak dapat berganding
bahu dalam usaha untuk memastikan matlamat penubuhan sekolah wawasan ni dapat
direalisasikan seterusnya diterima oleh setiap golongan masyarakat di negara kita..

Internal

Anda mungkin juga menyukai