Anda di halaman 1dari 6

Pengenalan

Seni dan kreativiti adalah dua perkara yang saling berkaitan. Menjelaskan mengenai seni
yang di dalamnya terkandung pelbagai bentuk hasil seperti seni visual, seni muzik, seni
rupa, seni tari dan pecahan lain pasti melibatkan kreativiti. Torrence menjelaskan kreativiti
adalah keupayaan manusia untuk bertindak secara lebih luar biasa daripada manusia lain,
memberi makna baru kepada kehidupan.

1.1 Definisi Seni, Pendidikan Seni dan Kreativiti

Seni

Menurut Kamus Dewan edisi Ketiga (1997): Seni membawa maksud halus iaitu kecil,
elok, tipis dan halus, enak di dengar iaitu mengenal suara, comel bentuk badan. Selain
itu, seni juga membawa maksud karya-karya sastera termasuklah sajak, lukisan dan lain-
lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan, hasil daripada sesuatu ciptaan.

Ensiklopedia Malaysia (1996 : 453) pula mentakrifkan seni ialah satu istilah yang
digunakan bagi sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada
melalui penglihatan atau pendengaran.

Pendidikan Seni

Pendidikan seni bermaksud idea-idea yang dicetuskan melalui lukisan,ukiran dan


pelbagai kemahiran tangan yang merupakan adunan pengalaman pelajar dari apa yang
pernah dipelajari. Pendidkan seni lebih menitik beratkan pemikiran, perbuatan dan
penilaian yang original.
Kreativiti

Kreativiti ialah satu potensi dan potensi ini wujud dalam diri setiap individu.Kajian Fryer
(1989) telah mendapat respon tentang maksud kreativiti. Kreativiti adalah sesuatu yang
asli, satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif. Kreativiti
melibatkan pemikiran dan khayalan serta kebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara
yang berbeza, mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan
memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya suatu produk.

1.2 Kepentingan Seni dan Kreativiti

Kepentingan Seni

Seni Sebagai Alat Komunikasi

Komunikasi adalah suatu proses penyampaian atau pesanan dari satu pihak kepada
pihak lain agar terjadi saling mempengaruhi diantara keduanya. Manusia berkomunikasi
untuk membagi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk umum komunikasi manusia
termasuk bahasa simbol, kata-kata, tulisan, gesture, dan broadcasting. Komunikasi dapat
berupa interaktif, transaktif, bertujuan, atau tak bertujuan. Melalui komunikasi, sikap dan
perasaan seseorang atau sekelompok orang dapat difahami oleh pihak lain.

Membaca, menulis dan mengira adalah simbol-simbol yang dibentuk sebagai bahan
untuk manusia berkomunikasi. Komunikasi manusia adalah hasil kefahaman terhadap
simbol-simbol yang tersendiri. Kita mengetahui keadaan masyarakat menerusi lukisan
seperti piramid di Mesir, Gua Altamira di Sepanyol, Gua Niah di Malaysia.

Sehingga kini lukisan dan simbol masih menjadi


salah satu bentuk komunikasi yang memenuhi
kehidupan manusia. Penggunaan warna, bentuk,
rupa dan imej tampak menjadikan seni sebahagian
daripada kehidupan seharian manusia. Lukisan awal
telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan
oleh manusia purba bermula pada Zaman Paleolitik.
Kebanyakan lukisan yang dijumpai adalah
Ilustrasi 1.1: Lukisan Zaman Paleolitik yang
terdapat pada dinding Gua Altamira di berkisahkan tentang kehidupan seharian seperti
Santander, Spanyol (Sumber:
http://donsmaps.com/images/bison3.jpg) perburuan dan pengembaraan. Contohnya lukisan
dinding di Gua Altamira yang dianggarkan berusia 14,000 hingga 20,000 tahun (lihat
Ilustrasi 1.1). Lukisan gambar binatang seperti lembu yang berukuran panjang 11’6’’ ini di
buat menggunakan media kering seperti kayu yang dibakar, sejenis kapur, tulang dan
pelbagai serbuk tanah.

Komunikasi menerusi Grafik


Gambar di bawah pula menunjukkan gambaran visual pada hari ini. Gambaran visual
pada hari ini telah banyak membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian.
Antaranya ialah papan tanda-papant anda yang terdapat di sepanjang jalan ataupun di
kompleks membeli belah. Visual pada hari ini telah banyak mengalami proses
symbolize untuk memudahkan kita memahami dan mengetahui apakah fungsi
disebalik visual itu. Contohnya, visual lelaki dan perempuan, ianya digunakan untuk
mewakili tandas lelaki dan perempuan.

Bahasa Grafik

Seni Menajamkan Kepekaan Pengamatan

Seni menajamkan kepekaan pengamatan kita mengenai dunia melalui semua

pancaindera iaitu:

a. Penglihatan:
Kepekaan pengamatan terhadap penglihatan ini hasil daripada lukisan dan
pemandangan ianya menampakan bentuk dan populasinya. Selain itu kedudukan objek
juga mempengaruhi situasi ini. Skala dan kadar banding turut menjadi aspek penting
selain daripada pencahyaan struktur dalam sesebuah pandangan mata.

b. Pendengaran:
Kepekaan terhadap muzik yang wujud pada lagu dan irama yang di dengarinya ianya
dapat didengar dengan baik melalui pancaindera pendenganaran yang sempurna dan
penerimaan terhadap sesuatu bunyi itu.
c. Sentuhan:
Kepekaan terhadap hasil seni yang berbentuk 3D ini memerlukan deria sentuhan yang
bagi melihat unsur dan prinsip yang wujud sebagai contoh dalam menghasilkan arca.
d. Bau:
Kepekaan terhadap bau ini lebih kepada haruman dan bau-bauan yang akan
merangsang deria bau untuk menikmatinya di situ wujudnya kepekaan terhadap sesuatu
yang berbau sama ada wangi atau busuk dan ianya dapat dinilai oleh hidung.
e. Rasa:

Kepekaan terhadap deria rasa ini melibatkan lidah ianya lebih kepada dalam menikmati
sesuatu yang berbentuk seperti makanan yang dapat ditentukan rasanya seperti manis,
masam, kelat dan sebagainya.

Seni sebagai Disiplin Ilmu


Ilmu itu saling berhubungan di antaranya. Kesepaduan ilmu sains, sosiologi psikologi
dan antropologi perlu dilihat sebagai kesatuan ilmu. Jika suatu masa dahulu seniman
merupakan golongan ahli falsafah, pemikir, saintis, sejarawan membuktikan suatu masa
dahulu seni dan kesenian berperanan bagi mengembangkan kefahaman dan
pengetahuan seseorang.Suatu karya seni boleh dijadikan alat keilmuan. Sama ada
seseorang itu pemerhati atau seniman, apabila berhadapan dengan sesuatu karya seni
akan membentuk suatu konsep dan emosi.Banyak maklumat yang dapat disampaikan
menerusi suatu karya. Karya-karya agong sezaman seperti pucuk rebung. Boleh
dikaitkan dengan seni dan perakam sejarah.

Jean Jacques Rousseau, salah seorang pendidik Eropah menyatakan bahawa


pendidikan merupakan proses yang berterusan dan bermula dari kanak- kanak. Rentetan
daripada itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan bahawa pendidikan
merupakan satu proses bagi seseorang individu memperolehi ilmu dan menggunakan
ilmu pengetahuan, nilai- nilai murni dan kemahiran yang ada.

Laporan Jawatankuasa Pendidikan Kedua (1991-2000) pula ada menyatakan bahawa :

“Selain aspek kemahiran dan peningkatan pengalaman diri, pembangunan


manusia juga adalah salah satu usaha untuk menghasilkan rakyat yang bermoral,
mempunyai nilai-nilai positif, semangat kekitaan yang tinggi, kesetiaan dan cinta
kepada negara. Inilah hasrat murni yang ingin dicapai dalam pembangunan manusia
dalam konteks negara Malaysia”
Di Malaysia, misi utama pendidikan jelas bertujuan seperti berikut:

Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan


yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak
individu, masyarakat dan negara.

-Wan Mohd Zahid (1993)

Di sini jelas bahawa, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang
harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Winkel (1991) pula
menambah potensi insan ini sebagai berikut:

 Dapat melakukan pemikiran ke hadapan “futuristik”


 Dapat mamahami fenomena alam.

Sememangnya, inilah yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara(FPN). Untuk


itu, proses pendidikan seharusnya bermula sedari awal lagi. Pendidikan berlaku lebih
agak serius apabila kanak-kanak dilahirkan hingga mereka berumur 4 atau 5 tahun. Jika
pendidikan di tahap ini tidak betul, maka pincanglah proses pendidikan yang seterusnya.

Seni untuk Kesedaran Estetik

Kesedaran estetik merupakan faktor asas membuat sesuatu pilihan dalam kehidupan
seseorang individu. Eisner dalam tulisannya menyatakan persoalan mengapa pelajar
harus mempelajari pendidikan seni iaitu :

 Tamadun
 Membuat pilihan atau pertimbangan
 Kreativti
 Komunikasi

Kemahiran membuat pilihan menerusi seni menimbulkan kesedaran estetik. Proses


mengolah, mencari idea, berbicara tentang idea, latihan mampu untuk membantu
seseorang membuat pilihan estetik. Pemilihan dalam kehidupan kita seperti pakaian,
hiasan rumah, kereta, jam tangan melatih manusia untuk membuat pilihan dan mereka
boleh memilih dengan baik. Hal ini membuktikan kesedaran estetik wujud dalam diri
Kepentingan Kreativiti

Kreativiti adalah tunjang kepada ketamadunan daripada konsep pembuatan roda hingga
kepada pembungkusan nasi lemak, telefon, kapal terbang dan apa sahaja yang manusia
dapat fikirkan. Pemikiran kreatif turut dihasilkan oleh penulis novel, pemuisi, pemuzik,
drama, teater, pelukis dan pengarca.

Kedua-dua penciptaan berfungsi kepada dua aspek kehidupan manusia yang berbeza.
Yang pertama untuk digunakan atau menjadikan manusia moden manakala yang kedua
menjadikan manusia hidup lantas dapat menjadi moden.

Setiap manusia memerlukan kedua-dua bentuk kreativiti…….

Kanak-kanak sebagai agen masa hadapan perlu dilibatkan kepada aktiviti kreatif kerana
‘nature’ kanak-kanak yang gemar mengeksplorasi (membuat pernyataan diri) secara
terbuka. Mereka boleh menjelajah dunia kreativiti dengan bantuan orang dewasa.

Kanak-kanak berasa seronok jika dapat :

• Memahami diri mereka secara mendalam / teliti


• Mencari jawapan kepada masalah
• Berfikir sesuatu yang lain
• Dipuji (rasa individualiti)
• Dapat memperkembang idea baru
• Berasa lain daripada yang lain.

Eisner menjelaskan pendidikan seni visual penting diajar kepada kanak-kanak di semua
peringkat pendidikan kerana menerusi pendidikan seni kanak-kaak akan dapat:

 Belajar mengenai tamadun dan sejarah menerusi pemikiran visual mereka.


 Membantu mereka dalam membuat pilihan dan pertimbangan dalam kehidupan
 Memperkembangkan potensi kreativiti kanak-kanak
 Memahami dan menghargai nilai estetik dalam kehidupan