Anda di halaman 1dari 25

TOPIK 2 DEMOKRASI

2.1 Pengenalan dan Definisi

2.1.1. Apa itu Demokrasi?

- Istilah “demokrasi” = perkataan Yunani demos (rakyat) and kratos


(pemerintahan) ; maksud “pemerintahan oleh rakyat”
- Berhubungan dengan pelbagai jenis bentuk “pemerintahan oleh rakyat”
sbg cth. i) langsung, ii) partisipatif, and iii) berperwakilan
- Perbezaan asas jenis-jenis demokrasi : i) langsung (apa jua jenis
/bentuk kerajaan yg. mana keputusan politik ditentukan secara
langsung oleh rakyat) ; ii) tidak langsung (apa jua jenis/bentuk kerajaan
yang mana keputusan politik ditentukan bagi pihak rakyat oleh wakil-
wakil yang dipilih oleh rakyat sendiri untuk mewakil/memperjuangkan
kepentingan mereka di dalam kerajaan)

- Definisi Abraham Lincoln = “Kerajaan Rakyat, Untuk Rakyat, dan Oleh


Rakyat”
- Definisi dan Makna lain yang berkaitan:
i) Suatu bentuk berkerajaan dan amalan yang membenarkan rakyat
menyuarakan/melafazkan kepentingan mereka tanpa
halangan/paksaan/perasaan takut, bimbang, khuatir
ii) Suatu sistem politik dalam mana rakyat diberi pilihan politik untuk
menentukan pemerintah/kerajaan

- “istilah” yang teramat popular – di(salah)gunakan oleh pelbagai bentuk


sistem politik, termasuk mereka yang didakwa sebagai “tidak/kurang
demokratik”, contoh DPRK
- Pelbagai jenis demokrasi, i.e. i) demokrasi liberal; ii) demokrasi rakyat;
iii) demokrasi terpimpin; iv) democracy aneka ragam/ala carte, v)
demokrasi gaya Asia, etc.
- Persoalan = adakah definisi dan makna “Demokrasi” suatu yang
dikongsi bersama, bersifat objektif, dan sejagat, atau sebaliknya??
- Disebabkan kepopularannya, semua pihak ingin berhubungkait dengan
demokrasi; oleh itu, kata muafakat/konsensus mengenail makna
sebenar demokrasi = terhad; pemikir politik moden berbeza
pendapat/pandangan tentang “intipati kerajaan demokratik”
- Demokrasi = teramat subjektif-normatif-evaluatif – i.e. “apa yang
demokratik dianggap baik”, “apa yang sebaliknya, dianggap buruk” –
tanggapan sedemikian menyebabkan idea/makna/definisi demokrasi
semakin bersifat komplek/bercelaru/kabur/subjektif

2.2. Latar Belakang Sejarah/Legasi Demokrasi

- Wujud dan telah dibahas/fikir secara serius oleh para ahli fikir/falsafah
sejak lebih 2,500 tahun yang lalu
- Diamalkan oleh buah Negara-kota Yunani purbakala – i.e. Athens,
Sparta (kaum wanita, orang asing, hamba abdi dikecualikan)
- Ahli falsafah Yunani i.e. Plato dan Aristotle – amat kritikal terhadap idea
“demokrasi” ketika abad ke-4 S.M.
- Plato = “demokrasi…suatu bentuk kerajaan yang lemah, dan
masyarakat yang tidak sempurna…hanya satu tahap lebih beik
daripada pemerintahan tirani”; “rakyat mesti berpendidikan dan memiliki
kesedaran politik yang tinggi demi membolehkan mereka
menilai/mengenal-pasti apa yang “baik” dan “buruk” bagi
kepentingan/manfaat bersama; kurangnya pendidikan/buta huruf dan
kesedaran politik = senang dimanipulasi = penyalahgunaan demokrasi
(peri pentingnya pendidikan golongan massa)
- Plato = “keupayaan untuk memerintah/mentadbir suatu kemahiran yang
jarang dimiliki…memerlukan kebolehan dan kepakaran yang
tinggi/luas”, “justeru itu, adalah kurang rasional membenarkan rakyat
menentukan bagaimana mereka patut diperintah, sama seperti ianya
adalah kurang rasional membenarkan penumpang mengemudikan
kapal yang diduduki mereka di lautan”
- Aristotle = peraturan/undang berasaskan prinsip-prinsip demokrasi
tidak semestinya “ideal” (pemerintahan oleh rakyat vs pemerintahan
berasaskan undang-undang); kecenderungan ke arah “tyranny of the
majority” (Alexis de Tocqueville); “social danger of democracy –
keadilan ditentukan oleh pihak majoriti cenderung bersifat kurang/ tidak
adil terhadap pihak minoriti; Justeru itu, kerajaan ideal = gabungan
pemerintahan berperundangan dengan “philosopher king” and
“rakyat/demos”

- Abad ke-15 = dihidupkan semula oleh Niccolo Machiavelli dan


golongan “republican” dan “civic humanist” di Italy
- Abad ke-16 = John Lilburne (dan golongan levellers) menghubung
kaitkan idea demokrasi dengan keadilan sosial; John Locke
mempromosikan idea-idea demokratik dan menjustifikasikan revolusi
(menentang ssitem monarki berkuasa mutlak) di dalam “Second
Treatise” (see Two Treatises of Government - 1690); kemunculan teori
“kontrak sosial” yang menjadi teras kepada demokrasi moden [liberal]
- Abad ke-18 = idea diperhalusi oleh pemikir seperti Jean Jacque
Rousseau (The Social Contract - 1762), Thomas Jefferson, Immanuel
Kant, Baron de Montesquieu (Spirit of the Laws – berkenaan dengan
pengasingan kuasa), etc. – membawa kepada revolusi demokratik yang
terkenal i.e. Revolusi Perancis (1789) and Revolusi Amerika (1776)
- Abad ke-19 = idea democratic daripada pemikir seperti James Mill,
John Stuart Mill (On Liberty – 1859; Representative Government –
1861), Alexis de Tocqueville = menjadi idea pokok dalam lanskap politik
Barat; mempromosikan idea liberalisme, individualistik, dan negara
terhad/minimal (skop Negara/kerajaan dihadkan ke tahap seminima
yang boleh untuk membanteras salahguna kuasa, penindasan,
pemerintahan tirani oleh golongan majoriti; etc).
- Abad ke-20 = proses pendemokrasian – teori/amalan politik didominasi
oleh matlamat demokrasi, i.e. idea-idea daripada Joseph Schumpeter,
Isaiah Berlin, John Rawl, Friedrich Hayek, Robert Nozick, etc.
- Keruntuhan komunisme global memartabatkan demokrasi liberal =
ideology politik terunggul zaman kontemporer
- Demokrasi = hampir sejagat dianggap sebagai satu-satunya bentuk
pemerintahan yang absah pada hujung abad ke-20

2.3. Keadaan/suasana sosial untuk perkembangan Demokrasi

- Dlm perbincangan mengenai demokrasi, terdapat perbezaan di antara


“Kerajaan Demokratik” dgn “Masyarakat Demokratik”
- Kerajaan Demokratik merujuk kpd institusi-institusi politik sesebuah
masyarakat; Masyarakat Demokratik merujuk kpd jenis institusi social
dan tamadun = pra-syarat untuk Kerajaan Demokratik. Maksudnya,
kemunculan Kerajaan Demokratik = bergantung kepada kewujudan
Masyarakat Demokratik
- Masyarakat Demokratik = “tamadun demokratik” (Lipson 1964); secara
ideal patut terdiri daripada i) masyarakat industri (maju); ii) majmuk dan
berbeza dari segi ethnik & budaya; iii) ekonomi pasaran iv) masyarakat
sivil; v) tahap persamaan sosial yang tinggi; vi) tahap celik huruf yang
tinggi
- Namun, keadaan ideal seperti ini lebih merujuk kpd masyrakat di
Eropah Barat dan Amerika Utara (Negara Maju)
- Persoalan Penting = Bagaimana pula dgn Negara/Dunia Sedang
Membangun/Kurang Membangun/Mundur?; Bolehkah kerajaan
Demokratik diperkenalkan, dan adakah ia praktikal?; Mestikan
reformasi ekonomi dan kewujudan ekonomi pasaran dijadikan pra-
syarat?; Sejauh manakah pentingnya masyarakat sivil kepada
perjalanan politik demokratik?

- Keadaan/suasana umum untuk perkembangan demokrasi:-

i) Persamaan politik
ii) Kebebasan politik
iii) Demokrasi Berperlembagaan – pengasingan kuasa/pengawasan
dan pengimbangan
iv) Pendidikan – hubungan langsung di antara kadar celik huruf dengan
kematangan/kesedaran politik = mempertingkatkan amalan-amalan
demokratik
v) Penyertaan politik – hak/tanggungjawab mengundi, menyertai sama
ada secara langsung/tak langsung dalam pemerintahan/
pentadbiran; kebebasan menubuhkan pertubuhan/persatuan (sama
ada pro-kerajaan/pembangkang)
vi) Masyarakat yang serata dan setara – pengagihan kekayaan/harta di
kalangan anggota masyarakat/warganegara secara adil dan
seimbang, jurang ekonomi/pendapatan = minimal
vii) Perpaduan Politik (di sebalik kemajmukan dan perbezaan nilai,
kepercayaan, dan budaya etc)
viii) Masyarakat yang bertolak ansur/bertoleransi – menghaormati satu
sama lain, keupayaan berunding dan berkompromi (memberi dan
menerima) demi penyelesaian masalah/isu kemasyarakatan secara
harmoni; Kunci = mesti wujud dari dalam individu dan bukan hanya
sekadar bergantung kepada perlembagaan dan pemerintahan
berdasarkan undang-undang

2.4. Model-model Demokrasi

- Umumya, terdapat beberapa model demokrasi, yang termasuk :-


2.4.1. Model Klasik (cf. Jacobs 1997:16)

- Beranggapan bahawa prosedur terbaik untuk membuat keputusan demi


kebaikan bersama = rakyat mengundi calon individu dalam pilihanraya,
dan calon-calon yang berjaya mesti berkumpul dan melaksanakan
hasrat / kepentingan rakyat (Schumpeter 1950:250)
- Tanggapan tersirat = rakyat mengetahui apakah yang terbaik di dalam
kebaikan bersama atau kepentingan awam
- Cara-cara bagaimana pegawai terpilih mewakili rakyat:-
i) sebagai wakil/delegasi rakyat – mengemukakan pandangan para
warga kawasan pilihanraya kepada parlimen, majlis perundangan
ii) bertindak bebas daripada pandangan para warga kawasan
pilihanraya, tetapi masih di bawah, apa yang dipersepsikan sebagai
kepentingan warga kawasan yang diwakilinya
- Model Klasik = calon yang terpilih, bertindak sebagai wakil, dan
sepatutnya tidak memiliki kebebasan untuk membuat penilaian/
keputusan tentang apa yang dimaksudkan dengan kebaikan
bersama/kepentingan awam

- Masalah/Kepincangan dalam Model Klasik:

i) Tanggapan bahawa rakyat memiliki kesedaran politik,


berpendidikan/celik huruf, dan secara tulennya mengetahui apa yang
tergolong dalam kepentingan awam (definisi “kepentingan awam”
sendirinya adalah subjektif); Namun, dalam keadaan reality, rakyat
pada kebayankan waktunya, adalah lebih mementingkan
kepentingan dirinya sendiri, atau kepentingan orang yang berada di
sekeliling mereka (keluarga, jiran tetangga, kumpulan etnik, anak
negeri, etc)
ii) Dalam keadaan realiti, parti/calonlah yang menawarkan pelbagai
pandangan yang berbeza tentang apa yang dimaksudkan sebagai
kebaikan bersama (i.e. manifesto pilihanraya, platform parti etc.), .
election manifesto/platform), manakala pengundi pula menerima
pandangan mereka yang telah dipilih (maksudnya,
pandangan/pendapat rakyat dibentuk/pengaruhi oleh ahli/wakil yang
dipilih), dan bukan sebaliknya.
iii) Tanggapan bahawa konsensus wujud di kalangan rakyat yang
diwakili oleh seseorang wakil/ahli (dalam realiti, konsensus tidak
wujud = pengundi cenderung mempunyai pendapat yang berbeza
dan bercanggah)
iv) Dakwaan yang kurang tepat bahawa rakyat akan senantiasa
bertindak untuk kebaikan bersama (dasar untuk merealisasikan
kebaikan bersama tidak semestinya popular, i.e. kenaikan cukai
untuk mengurangkan defisit perbelanjaan kerajaan)

2.4.2. Model Elitis

- “pemeritahan sekumpulan kecil” = keputusan politik di tangan elit


politik/pemerintah demi memastikan kecekapan dan keberkesanan
dalam pentadbiran dan pembuatan dasar; Namun, respon pada darjah
tertentu terhadap suara/pendapat popular adalah diperlukan
- Tanggapan tersirat = seseorang warga/pengundi biasa tidak mungkin
memiliki pengetahuan dan/atau kesedaran politik yang mencukupi
untuk membuat keputusan yang bernas (informed decision), atau
mengambil bahagian secara “intelligent” dalam proses pembuatan
keputusan;
- Justeru itu, penyertaan rakyat dalam politik hanya terhad kepada
pengundian elit-elit yang bertanding, dan elit yang terpilih berhak
membuat keputusan yang dipersepsikan mereka sebagai berada dalam
ruang lingkup “kepentingan” pengundi
- Memiliki persamaan ciri dengan konsep “enlightened despots”/oligarki
pemerintah (juga mencerminkan idea Plato dan Aristotle)
- Kritikal terhadap model Klasik bahawa model tersebut tidak boleh
berfungsi secara berkesan/praktikal dalam dunia moden (proses yang
rumit, mengurangkan kecekapan)

2.4.3. Model Pluralis

- Satu sistem politik demokratik yang terdiri drpd. pelbagai kumpulan


berkepentingan yang bersaing untuk mendapat kuasa tanpa wujudnya
suatu pihak yang menjadi dominan
- dianggap oleh penyokong sebagai sistem demokrasi berperwakilan
yang terbaik – pluralisme melindungi rakyat daripada gejala pemusatan
kuasa yang berlebihan di tangan yang terhad; membolehkan
kepentingan yang pelbagai dalam sesebuah masyarakat dikemukakan
- Para pengkritik berpendapat:
i) Matlamat utama/terpenting para elit yang bertanding adalah untuk
terus memegang tampuk kuasa, manakala nilai-nilai yang lain
adalah bersifat “secondary” – Justeru itu, apa sahaja nilai boleh
dianggap berharga dan dilindungi selagi ianya membawa
kepentingan dan manfaat politik kepada kumpulan yang bersaing.
ii) Bersifat eksklusif, kumpulan-kumpulan yang bersaing cenderung
bekerjasama untuk mengekalkan status quo sistem, dan kedudukan
masing-masing dalam sistem tersebut, bagi mengelakkan
kemunculan kumpulan-kumpulan baru yang boleh meningkatkan
persaingan untuk kuasa.

2.4.4. Model Partisipatif

- Cuba untuk mempertingkatkan tahap penyertaan rakyat/warga di dalam


proses demokrasi, bukan sekadar membuang undi sahaja, tetapi
melalui penyertaan secara langsung dalam mempengaruhi pembuatan
keputusan dan dasar-dasar yang mendatangkan kesan kepada
kehidupan seharian
- Berusaha untuk menggerakkan amalan demokrasi berperwakilan ke
arah demokrasi langsung
- Menggalakkan perbincangan awam yang lebih mendalam/meluas ke
atas isu-isu = juga berkaitan dengan idea ”deliberative democracy”

2.5. Jenis-jenis Demokrasi

- Memandangkan sifatnya yang kompleks/subjektif/bercelaru, terdapat


banyak jenis/bentuk demokrasi yang di antaranya termasuk:

2.5.1. Demokrasi Liberal

- Dianggap oleh sesetengah orang sebagai bentuk demokrasi yang


paling ideal/sempurna; selari dengan frasa “kerajaan rakyat, oleh
rakyat, dan untuk rakyat” , dan ideologi “liberalisme”
- Ciri-ciri :-
i) pilihanraya yang terbuka, bebas dan adil (serta konsisten), dan
hak untuk mengundi (atau tidak mengundi);
ii) pemerintahan majoriti; perlindungan hak/kepentingan minoriti;
iii) menekankan masyarakat sivil (i.e. peranan kumpulan
berkepentingan/pendesak, kesatuan sekerja, etc)
iv) menekankan hak sivil, i.e. kebebasan berfikir, bersuara,
berakhbar, berkumpul, beragama, bergerak, kebebasan daripada
penahanan yang salah di sisi undang-undang/penahanan tanpa
perbicaraan, etc.;
v) pengasingan kuasa – legislatif, eksekutif, dan kehakiman, serta
pengawasan dan pengimbangan;
vi) disentralisasi/ penyahpusatan sistem politik;
vii) individualisme – hak individu diutamakan;
viii) hak memiliki harta

2.5.2. Demokrasi Sosial

- “perlanjutan logik demokrasi liberal…ke alam swasta/persendirian”,


yang pada pandangan golongan liberal, tidak sepatutnya berpandukan
prinsip-prinsip demokrasi, i.e. alam ekonomi (Gutmann 1999: 416)

- Melibatkan campur tangan kerajaan di dalam:


i) pembuatan keputusan ekonomi oleh kerajaan (siapa dapat apa,
bila, bagaimana, berapa, dan mengapa) i.e. model ekonomi
Keynesian; dan
ii) negara kebajikan (welfare state) – i.e. hal ehwal peribadi
rakyat/keluarga/ indvidu; pendidikan; penjagaan kanak-kanak,
etc.

2.5.3. Demokrasi Terpimpin

2.5.4. Demokrasi Totalitarian

2.5.5. Demokrasi Aneka Ragam/Pilihan (A la carte)

2.6. Prinsip-prinsip Demokrasi

- Elemen asas Demokrasi yang umum/hampir diterima sejagat adalah:

i) Penglibatan rakyat di dalam politik dan pembuatan keputusan


ii) Sistem perwakilan
iii) Pemerintahan berasaskan undang-undang (rule of law)
iv) Sistem pilihanraya – pilihanraya yang bebas/adil berdasarkan kpd.
“the will of the majority rules”
v) persamaan pada darjah yang tertentu di kalangan rakyat
vi) pendidikan dan kadar celik huruf

2.6.1. Penglibatan Rakyat

- ciri yang paling asas dalam mana-mana sistem demokrasi (ciri penentu
demokrasi = rakyat harus terlibat di dalam proses pembuatan
keputusan politik, sama ada secara langsung atau melalui wakil-wakil
yang dipilih mereka)
- dua kaedah penglibatan rakyat:
1) demokrasi langsung – penglibatan/penyertaan rakyat secara
peribadi dalam perbincangan dan pengundian ke atas isu-isu;
membahas dan mengundi ke atas semua undang-undang/
dasar, akta dsbnya.
2) Demokrasi berperwakilan – rakyat memilih anggota rakyat yang
lain untuk mewakili kepentingan bagi pihak mereka

- Demokrasi langsung = jarang diamalkan dalam pentadbiran sesebuah


Negara di dunia kontemporer (hanya wujud di sesetengah Negara-kota
Yunani purba); namun, ia wujud di peringkat yang lebih rendah, cth.
Kumpulan, kelas, organisasi, etc.
- Demokrasi berperwakilan = biasa diamalkan di dalam enitit politik yang
lebih besar/kompleks, cthnya. pilihan raya kerajaan tempatan, pilihan
raya peringkat kerajaan negeri dan peringkat kebangsaan

- Bentuk-bentuk penyertaan rakyat yang lain:

i) Penyertaan aktif dalam parti politik/kumpulan berkepentingan;


ii) Menghadiri mesyuarat politik, perhimpunan awam politik (public
rallies), dsbnya
iii) Mengadakan perbicangan/diskusi politik (secara peribadi/formal)
iv) Berjumpa dengan pegawai awam berkenaan dengan isu awam
v) Menyokong kuat isu-isu pilihanraya yg. spesifik, i.e. alam sekitar,
dasar ekonomi, etc. melalui petitions dan referendum

- Penyertaan rakyat = penting, menjadikan rakyat lebih berkesedaran


akan isu-isu/meluaskan perspektif politik rakyat; menanam “sense of
responsibility” dan , ”belonging to a community”
- Namun, kecenderungan untuk bersikap endah tidak endah (political
apathy) = tinggi, i.e. kadar pembuangan undi yang rendah dalam pilihan
raya (mungkin disebabkan “hak untuk tidak mengundi”)
- Walau bagaimanapun, keputusan akan tetap dibuat walupun seseorang
itu tidak mengundi, justeru itu, adalah lebih baik untuk melibatkan
diri/atau sebaliknya???

- Persoalan untuk difikirkan:-

i) Adakah tahap kegagalan membuang undi yang tinggi menjejaskan


demokrasi?
ii) Adakah pengundian/penyertaan/penglibatan politik itu penting?

- 3 model demokrasi i.e. Elitis, Pluralis, and Korporatis berkongsi


tanggapan = demokrasi boleh berfungsi secara agak berkesan dengan
tahap penglibatan/penyertaan rakyat yang rendah
- Model Partisipatif berpendapat bahawa demokrasi = tidak dapat
berfungsi dengan baik, justeru, perlu diwujudkan cara-cara untuk
mempertingkatkan tahap penglibatan/penyertaan rakyat

2.6.2. Sistem Perwakilan

- Di dalam dunia moden, demokrasi langsung = tidak praktikal/sesuai


akibat saiz populasi, kepentingan yang pelbagai, dan sifat kompleks
isu-isu yang terlibat = tidak mungkin boleh berfungsi secara
efisien/berkesan (cth. proses-proses pembuatan keputusan & dasar)
- Penubuhan bentuk-bentuk sistem perwakilan yang tertentu = suatu
keperluan
- Terdapat 2 pendekatan utama dalam menentukan hubungan di antara
seseorg wakil dengan rakyat yang diwakili beliau:
i) Mewakili kepentingan rakyat secara langsung dan menyeluruh
dengan menyuarakan kepentingan mereka yang pelbagai setepat
yang mampu (menangani isu yang melibatkan rakyat yang
diwakilinya secara langsung)
ii) Mewakili secara tak langsung di mana wakil mengambil posisi
sebagai seorg yang dipilih untuk membuat keputusan terbaik bagi
masyarakat dan nasion secara menyeluruh (menangani isu-isu yang
tidak berkaitan secara langsung dengan rakyat yang diwakilinya i.e.
isu-isu antarabangsa/berkaitan dengan dasar luar)

- Dalam realiti, kebanyakan wakil rakyat mengamalkan kedua-dua


pendekatan, dalam mana salah satunya akan diberi keutamaan pada
waktu-waktu dan konteks politik yang tertentu.
- Sistem perwakilan yang biasa wujud dlm demokrasi moden:

i) single-seat/member constituency/district and multiple-seat


constituency/district (berdasarkan majority mudah dan sistem “first-
pass-the-post”),
ii) Proportional Representation (PR) (berdasarkan undi popular)

- Persoalan untuk direnungi: Sistem mana yang lebih baik, adil dan
saksama? Mengapa?

2.6.3. Pemerintahan berasaskan undang-undang (Rule of Law)

- Kedaulatan dan keabsahan undang-undang, setiap individu adalah saa


di sisi undang-undang, tiada sesiapa yang berkedudukan lebih tinggi
daripada undang-undang (dikecualikan)
- Lon Fuller (1971) = set prinsip-prinsip yang menentukan “internal
morality of law”, yang mana semua sistem undang-undang sepatutnya
bertekad untuk mencapainya, demi memastikan pemerintahan
berasaskan undang-undang dipertahankan:

i) Undang-undang sepatutnya bersifat umum – menentukan piawaian


umum perlaksanaan
ii) Undang-undang seharusnya diisytiharkan dan diwar-warkan kepada
mereka yang terletak di bawah pangkuannya
iii) Undang-undang seharusnya bersifat “prospective” dan bukannya
“retroactive” (tingkah laku rakyat hanya berpandu kepada undnag-
undnag yang sedia ada dan bukannya undang-undnag masa
hadapan)
iv) Undang-undnag seharusnya bersifat jelas
v) Percanggahan tidak seharusnya wujud dalam undnag-undang
vi) Undang-undang tidak seharusnya membuat permintaan yang tidak
berkemungkinan boleh dipenuhi
vii) Undang-undang tidak seharusnya diubah/dipinda secara kerap
viii) Keselarasan antara tindakan rasmi dan undang-undang
(cf. Ten 1999: 396)
- Namun, bukanlah suatu yang mudah untuk mempertahankan “rule of
law”:

i) Tidak semua undang-undang didefinisi secara jelas,


ii) Tidak semua pihak yang bersetuju dengan maksud/intepretasinya,
iii) Terdapat sesetengah undang-undang yang bercanggah, atau
kelihatan bercanggah dengan undang-undang yang lain
(Sargent 2003: 54)

2.6.4. Sistem Pilihanraya

- Mekanisme/platform asas dalam sistem politik demokratik


- Teramat penting = dilihat umum sevagai satu-satunya bentuk
oenyertaan politik yang realistik bagi seseorang rakyat/individu yang
hidup di dalam sebuah masyarakat yang besar, moden dan semakin
kompleks
- Sistem pilihanraya = pengukur untuk mengukur tahap demokrasi;
pilihanraya demokratik = sine qua non untuk ”kerajaan baik”
- Turut diguna-pakai oleh negara-negara “demokratik” sebagai “alat
legitimasi” untuk terus berkuasa (see Taylor 1996; Lai 2000)

- Pilihanraya demokratik mesti bersifat:


i) bebas ; dan
ii) adil

- Dahl, Mackenzie, etc (qf. Rachagan 1993:2) = keperluan asas untuk


sebuah pilihanraya yang bebas dan adil perlu merangkumi:

i) Sebuah badan bebas yang jujur, dan kompeten, untuk


mengendalikan pilihanraya (i.e. Suruhanjaya pilihanraya yang
bebas)
ii) Sistem pilihanraya yang memberi gambaran tepat dan setara
mengenai jumlah undi yang diterima dan jumlah perwakilan
yang diberikan kepada parti-parti yg bertanding
iii) Hak mengundi bagi rakyat dewasa (i.e. umur 21 & ke atas)
iv) Pilihanraya yang kerap dan konsisten mengikut tempoh yang
ditetapkan (i.e. setiap 4-5 years)
v) Peluang yang terbuka dan adil untuk bertanding, dan dalam
menubuhkan parti, serta menentukan calon
vi) Sistem parti yang maju – mampu menawarkan dasar-
dasar/mengenalpasti apa yang dianggap kepentingan awam
kepada bakal pengundi
vii) Kesemua kerusi di dalam badan perundangan utama mesti
ditandingi secara terbuka
viii) Peluang yang terbuka dan adil bagi parti-parti yang bertanding
untuk berkempen
ix) Peluang yang adil untuk liputan media bagi calon-calon utama
x) Undi dibuang secara bebas dan rahsia; dikira dan dilaporkan
secara ikhlas, calon yang menang harus dilantik sebagai wakil
sehingga tempoh perwakilan tamat
xi) Kehakiman yang bebas untuk menafsir undang-undang
pilihanraya
(qf. Rachagan 1993:2)

- Masalah/Penyelewengan yang berpotensi berlaku:

i) Pilihanraya sebagai alat politik


ii) Kepincangan sistem pilihanraya = sistem PR lwn. majority-
mudah/“first pass the post” dalam “single member
districts/constituencies”
iii) Bentuk “penyelewengan” pilihanraya yang lain = delimitasi
kawasan pilihanraya & masalah “malapportionment” dan
“gerrymandering”
(lihat Lai 2002)
HYPOTHETICAL MODELS OF GERRYMANDERING
Source : http://scottthong.wordpress.com/2010/11/11/gerrymandering-what-is-it-illustrated/
(accessed 24/10/2012)

- Contoh dakwaan “malapportionment” di Malaysia – i) Putrajaya


(<15,000 pengundi); Kapar (lebih 145,000 pengundi) (PRU13); ii) 112
kerusi parlimen yang terkecil (majority mudah) hanya meliputi 33.8%
daripada keseluruhan pengundi (Malaysia Chronicle 25/04/2012)

Source: Malaysia Today (21/06/2011)

2.6.5. Persamaan

- Suatu konsep yang senantiasa dipertikai/bahaskan= = konsep yang


amat penting dalam pemikiran politik abad ke-20
- Suatu konsep yang umum – boleh dikategorikan kepada 5 jenis:
i) Persamaan Politik
ii) Persamaan di sisi Undang-undnag
iii) Persamaan Peluang
iv) Persamaan Ekonomi
v) Persamaan Sosial
2.6.5.1 Persamaan Politik

- Dianggap sebagai bentuk persamaan yang paling asas


- Amnya, termasuk: a) persamaan dalam pengundian; b) pertandingan
politik/pilihanraya; c) pengaruh politik

a) Persamaan dalam pengundian = seharusnya termasuk:


i) Akses yang berpatutan untuk individu ke stesen pengundian
ii) Kebebasan pilihan dan pembuangan undi
iii) Setiap undi sama nilai/beratnya dengan undi yang lain

- Masalah yang timbul dalam realiti =


i) Persoalan kewarganegaraan dan taraf permastautin tetap
ii) Keperluan umur
iii) Kehilangan hak mengundi (i.e. penjenayah)
iv) Diskriminasi umur, jantina, dan ras
v) Pilihan Wakil
vi) “Malapportionment” dan “gerrymandering”

b) Pertandingan Politik
- Sesiapa yang diberi hak mengundi = peluang yang sama dipilih sebagai
wakil rakyat/dalam jawatan awam
- Namun, halangan yang berpotensi = i) kekayaan calon; ii) halangan
sosial i.e. jantina, ras/etnik, agama, etc.
c) Pengaruh Politik
- Persamaa pengaruh politik di kalangan rakyat/warganegara tanpa
mengambil kira ras, agama, jantina, kelas ekonomi, kasta sosial, etc.
(tidak dihalang oleh halangan bersifat “formal”)
- Dalam realiti, bukan mudah untuk realisasi – walaupun undang-undang
wujud untuk mempromosikan persamaan sedemikian, halangan-
halangan “informal” masih meluas akibat sikap semulajadi manusia

2.6.5.2. Persamaan di sisi Undang-undang

- Dianggap sebagai antara matlamat demokrasi yang paling jelas


(Sargent 2003:61)
- Kesemua rakyat/orang mesti menerima layanan yang adil, saksama,
dan sama oleh sistem undang-undang
- Keadilan seharusnya bersifat “buta warna/ras/agama/jantina/status”
2.6.5.3. Persamaan Peluang

- Merujuk kpd. Keupayaan dan mobiliti setiap individu utk. bergerak ke


atas/bawah tangga sosial (hierarki/kelas sosial dan ekonomi di dalam
sesebuah masyarakat), bergantung kpd. keupayaan seseorang
- Tiada “artificial barrier/halangan buatan” untuk menghalang seseorang
daripada mencapai apa yang ianya berupaya mencapai melalui usaha
gigih dan kecekapan (qf Sargent 2003: 60)
- “artificial barriers” = ras, etnik, jantina, agama, kasta, orientasi seks,
bangsa, elemen primordial, etc.
- Dalam realiti, persamaan peluang = bergantung kepada status “nilai”
yang diberikan kepada elemen material (kekayaan/wang/harta) vs. non-
material (aristokrasi/kedudukan keagamaan/pendidikan/etc.)

2.6.5.4. Persamaan Ekonomi

- Makna yang subjektif dan senantiasa dipertikai/bahaskan


- Takrifan yang sempit = setiap individu sepatutnya memperolehi
pendapatan yang sama secara relatif – tiada seorang yang lebih kaya
daripada yang yang lain secara mendadak
- Secara realistik = seharusnya berkenaan dengan persamaan peluang
ekonomi, i.e. pekerjaan, kontrak perniagaan, tender, etc. (bukan
persamaan kedudukan kewangan)
- Menurut Sargent (2003), idea yang tersirat = menjamin tahap
keselamatan ekonomi yang minima bagi setiap individu di dalam
sesebuah masyarakat; keselamatan lebih penting drpd. persamaan
- Hujah utama = kemiskinan yang ekstrem menjejaskan penyertaan
secara berkesan dalam masyarakat, i.e. pendidikan yang terhad (kelas
menengah vs bawahan/miskin – mainan kanak-kanak buku, pendidikan
awalan i.e. pra-sekolah, panduan ibubapa, usia pembelajaran kritikal;
etc.)
- Terdapat pengecualian – tetapi majoriti = kejayaan yang terhad dalam
meningkatkan taraf hidup dan kedudukan dalam strata sosial secara
signifikan

- Persoalan untuk direnungi:

i) Adakah ketaksamaan pendapatan/kewangan memberi kesan secara


negatif ke atas persamaan peluang ekonomi?
ii) Sejauh manakah ketaksamaan sedemikian harus
ditoleransi/dibenarkan berlaku?
iii) Bagaimana jurang pendapatan/ekonomi boleh dikurangkan?

2.6.5.5. Persamaan Sosial

- Turut dilihat sebagai “quality of respect” – satu nilai yang paling rumit
untuk dikenalpasti
- Asas kemanusiaan = kepercayaan bahawa semua umat manusia
adalah sama taraf dan seharusnys diberi penghormatan yang sama
- Dalam pengertian yang sempit = peluang yang sama untuk menyertai
kehidupan sosial, i.e. menganggotai sesebuah kelab/persatuan,
melawat/menggunakan kemudahan awam, i.e. pengangkutan, pusat
membeli-belah/kedai, menghadiri sekolah/universiti, etc.
- Namun, ketaksamaan sosial boleh diperdalamkan oleh penyertaan
secara selektif/eksklusif dalam aktiviti sosial, i.e. golongan berada vs.
miskin dan jenis sekolah yang dihadiri, pengangkutan yang
diambil/guna; kemudahan sukan yang diguna pakai
- Persoalan untuk direnungi:
i) Sekiranya umat manusia diberi penghormatan yang sama taraf atas
alasan bahawa mereka adalah manusia, bagaimana pula dengan
“binatang/haiwan”? (hak binatang/haiwan??)
ii) Dalam aspek pendidikan, patutkah diwujudkan sekolah/IPT
khas/eksklusif bagi pelajar elit, atau patutkah semua sekolah/IPT
bersifat “tanpa kelas”?

2.7. Kebebasan, Liberti, dan Hak

- Definisi berbeza dalam ertikata yang sempit – namun, sering digunakan


secara silih berganti
- Kebebasan = ertikata umum (keupayaan untuk melakukan sesuatu
tanpa rasa takut, bimbang, atau pilih kasih, dan tanpa halangan, atau
dengan halangan yang terhad)
- Liberti = merujuk secara spesiifk kepada kebebasan politik dan sosial
- Hak = jenis kebebasan spesifik yang dijamin oleh undang-undang
(Sargent 2003: 63)
- Tiada wujudnya apa yang dikatakan “kebebasan yang bersifat mutlak”
(i.e. kebebasan daripada melakukan fungsi-fungsi kehidupan yang asas
– makan, minum, tidur, etc)
- Masyarakat Demokratik = seharusnya bersifat agak bebas, terbuka,
dan dikawal secara terhad

2.7.1. Hak : Antara Hak Asasi dan Hak Sivil

- Hak Asasi = hak yang dimiliki atau seharusnya dimiliki manusia; lebih
dikenali pada zaman semasa sebagai “Hak manusia”
- Hak Sivil = hak yang diberikan/dikurniakan oleh kerajaan
- Kedua-duanya jarang dibezakan dalam dunia kontemporer; semua
jenis hak = hak sivil
- Hak = kerajaan minimal, campurtangan kerajaan yang terhad dalam
aspek kehidupan yang tertentu; i.e. berfikir, bersuara, berakhbar,
berhimpun, beragama
- Hak Asasi/Semulajdi yang paling mustahak = hak asasi manusia = hak
untuk perlindungan-diri (self-preservation) = hak untuk menjamin
“keperluan asas yang minima” untuk terus hidup (survive) dalam
masyarakat, i.e. makanan, tempat perlindungan, pakaian.
- Artikel 22 Deklarasi Sejagat Hak Manusia (1948) oleh Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB/UN) mendefinisikan hak manusia
sebagai:

“everyone, as a member of society, has the right to social security and


is entitled to realization, through national effort and in accordance with
the organization and resources of each State, of the economic, social,
and cultural rights indispensable for his dignity and the free
development of his personality”
(UN Charter 1948 qf. Sargent 2003: 66)
- Peranan ”talam dua muka” kerajaan = i) pengongkong liberti/hak; ii)
pelindung liberti/hak

2.7.2. Liberti

- Liberti yang biasanya dikenal pasti (jenis kebebasan politik & sosial):

i) Hak mengundi (atau tidak)


ii) Kebebasan berfikir
iii) Kebebasan bersuara
iv) Kebebasan berakhbar
v) Kebebasan berhimpun
vi) Kebebasan beragama
vii) Kebebasan bergerak
viii) Kebebasan daripada layanan secara rambang/sewenang-wenang
oleh sistem politik dan undang-undang (bermaksud bahawa
kerajaan mesti melindungi rakyat daripada kerajaan itu sendiri;
melindungi rakyat daripada kerajaan; individu mesti diberi layanan
yang adil oleh sistem)
(cf. Sargent 2003: 67)

- Bentuk liberti/kebebasan sivil yang dibahaskan pada era kontemporer


(tetapi yang kurang bersifat sejagat):

i) Kebebasan maklumat/informasi (vs. akta rahsia)


ii) Hak untuk mati (i.e. euthanasia)
iii) Hak mengugurkan kandungan (pro-kehidupan vs. pro-pilihan)
iv) Hak memilih orientasi seksual (i.e. hak golongan homoseksual)
v) Kebebasan daripada hukuman yang zalim dan bersifat tidak
konvensional (i.e. hukuman mati, penyeksaan)

- Beberapa persoalan untuk direnungi:

i) Adakah semua, atau sesetengah kebebasan bernilai sejagat?


ii) Patutkah kesemua, atau sesetengah daripada kebebasan yang
dinyatakan bersifat mutlak?
iii) Bagaimana pula dengan potensi penyelewengan/penganiayaan/
penyalahgunaan kebebasan bersuara, i.e. menyebar fitnah, dakyah,
maklumat yang separa-benar, memutar belit fakta?
iv) Bagaimana pula dengan penerbitan bahan lucah/pornografi?
Patutkah diadakan kawalan/halangan? Sekira ya, bagaimana pula
dengan bahan-bahan/artifak berhubungkait dengan budaya/seni?
Sekira tidak, bagaimana pula dengan perlindungan dan hak wanita
dan kanak-kanak (dan lelaki) daripada penganiayaan yang
berkenaan?
v) Bagaimana pula dengan bahaya yang bersabit dengan penerbitan
bahan yang bertujuan memporak-perandakan kestabilan awam/
mencetuskan ketidakstabilan awam??
vi) Bagaimana pula dengan amalan “sensationalisation” isu-isu oleh
pihak media (bad news is good news)?
vii) Bagaimana pula dengan pencabulan keperibadian individu oleh
pihak media, i.e. budaya “paparazzi”, etc.
viii) Patutkah demonstrasi dan perhimpunan yang boleh mencetuskan
ketegangan/ketidakstabilan/keganasan dibenarkan? Sekiranya tidak,
apakah had yang sepatutnya?
ix) Patutkah hukuman bersifat penyeksaan dan/atau hukuman mati
disokong/digalakkan/dibenarkan?
x) Patutkan “penahanan tanpa perbicaraan” dibenarkan?

2.8. Trend Semasa

- Tiada perubahan dalam prinsip-prinsip demokrasi – Cuma perbezaan


interpretasi

2.8.1. Demokratisasi/pendemokrasian

- Ideologi politik yang paling dominan dan diterima secara meluas dalam
dunia kontemporer
- Sejak keruntuhan komunisme sedunia/global dan penularan proses
globalisasi = penyebaran demokrasi = proses pendemokrasian, i.e.
negara-negara bekas sosialis/komunis, Dunia Ke-3.
- pendemokrasian = proses penubuhan/pembentukan:-
i) institusi-institusi demokratik
ii) prosedur-prosedur demokratik
iii) budaya demokratik (boleh dianggap yang paling penting/asas)

- Namun, demokrasi di kebanyakan negara-negara sedemikian = agak


rapuh, dipersoal/dikhuatiri
- Penyokong demokrasi liberal melihat negara-negara tersebut =
demokrasi kurang tulen/tidak demokratik sepenuhnya
- Kebanyakan negara dalam proses pendemokrasian dilokasikan dalam
kontinum antara autoritarian dan demokrasi; autoritarian ke semi-
autoritarian ke semi-demokrasi ke demokrasi
- Pengkritik demkrasi liberal = tak bersifat sejagat, berasaskan budaya
politik, nilai pengalaman, dan konteks politik masyarakat Barat = justeru
itu, cenderung berkonflik dengan tradisi/amalan/budaya politik
Oriental/Timur
- Model demokrasi alternatif, i.e. “Asian-style democracy” perdebatan
pada dekad 1990s (kombinasi beberapa nilai/prinsip/institusi /prosedur
demokrasi yang diterima sejagat dengan budaya/norma/ nilai tradisional

- Persoalan untuk direnungi:


i) Adakah kewujudan institusi dan prosedur demokratik, i.e.
pilihanraya, perlembagaan demokratik, etc. menjadikan sesebuah
negara benar-benar demokratik?
ii) Adakah nilai-nilai demokrasi liberal bersifat sejagat?
iii) Adakah nilai-nilai demokrasi liberal dibentuk/dipengaruhi secara
besar-besaran oleh budaya/konteks politik Barat?
iv) Adakah demokrasi liberal bercanggah dengan budaya politik
tradisional Oriental/Timur?
v) Adakah budaya politik Oriental/Timur benar-benar bersifat
demokratik atau sebalik?

2.8.2. Masyarakat Sivil

- Amnya merujuk kepada

…set of largely voluntary associations and interactions….that operate


outside the formal political system and thus outside its control, in which
people learn (to appreciate and uphold)… key democratic values”
(Sargent 2003: 74)

- Masyarakat sivil yang sihat = syarat penting untuk menubuhkan budaya


dan sistem demokrasi
- Contoh: organsasi bukan-kerajaan (NGOs), kumpulan
berkepentingan/pendesak, syarikat swasta, etc.

2.8.3. Hak Kumpulan

- Merujuk kepada hak-hak sekumpulan manusia yang spesifik yang


berkongsi identiti/pertalian/ikatan (i.e. etnik/ras, agama, bahasa,
orientasi seksual, etc.) daripada hukuman/penganiayaan, dan ancaman
terhadap identiti mereka.

- Pendekatan semasa untuk melindungi dan mempertahankan hak


kumpulan
i) Multiculturalism/Kepelbagaian Budaya – merujuk kepada
perdebatan mengenai hak majoriti vs minoriti
ii) Diversity/Difference (Kepelbagaian/Perbezaan) – konsep yang
mengiktirafkan bahawa kepelbagaian atau perbezaan adalah
penting, baik, dan amat bernilai; i.e. slogan seperti “Unity in
Diversity” (Perpaduan dalam Kepelbagaian)
iii) Consociationalism (Permuafakatan) – idea perkongsian kuasa
politik di antara kumpulan berbeza, i.e. Alliance/Perikatan,
National Front/Barisan Nasional di Malaysia

2.9. Percanggahan dalam Demokrasi

Di antara percanggahan yang wujud dalam demokrasi:

i) dilema of pilihan individu diletakkan dibawah kehendak popular

- i.e. kecenderungan individu ke atas sesuatu undang-undang/dasar,


tetapi terpaksa menerima undang-undang/dasar yang bercanggah yang
dipilih oleh kumpulan majoriti; mengundi parti yang kalah tetapi
terpaksa menerima akta yang diluluskan oleh parti pencabar yang
berjaya (Goodwin 2007: 302)
- i.e. kepercayaan moral “contradictory” seseorang yang merokok -
“mengharamkan merokok adalah salah”; “mengharamkan merokok
adalah tindakan yang betul sekiranya majoriti menganggapnya sebagai
betul” = justeru itu, dilemma moral mengenai dasar untuk
mengharamkan kegiatan merokok = kedua-duanya betul dan salah
pada waktu yang sama

ii) Masalah berkenaan dengan kumpulan minoriti

- melibatkan dilema percanggahan di antara prinsip-prinsip asas


demokrasi mengenai “the will of the majority rules” dengan prinsip/nilai
yang lain seperti keadilan, dan persamaan
- i.e. minoriti cenderung tidak bersetuju bahawa pendapat majoriti adalah
sentiasa betul ; begitu juga dengan undang-undang pihak majoriti yang
tidak semestinya adil dan saksama terhadap kumpulan minoriti –
justeru itu, minoriti mungkin mempersoalkan keabsahan dan nilai
demokrasi itu sendiri
- Penyelesaian = penginstitusian kedudukan minoriti
Namun, menurut Goodwin, “to institutionalize the position of minorities goes
against democratic equality, while to leave their cause to the good nature of
the majority will in many cases mean that they may suffer injustice or even
oppression” (Goodwin 2007: 305)

Anda mungkin juga menyukai