Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN HARI ORIENTASI TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH 2018

Bismillahirrahmanirrahim . Kata aluan

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan ;
Buat bingkisan salam pertemuan.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

1. Yang Dihormati Encik Muhd Hasbi bin ibrahim , Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Wan Ibrahim.
2. Yang berusaha Pn Dasimah bt Daud, Guru Penolong Kanan PenTadbiran,
3. Pn. Hasnoraidah bt Wan Azman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
4. Pn Norjulita Asmara bt Mohd Nadzir,Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
5. En.Mohd Bi bin mohd samsuri, Guru Penolong Kanan PPKI, barisan para
guru, pembantu murid, ibu bapa seterusnya murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kersyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah izin dan kurnianya, kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi
menjayakan Hari Orientasi Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2018, Sekolah
Kebangsaan Wan Ibrahim

Hadirin yang dihormati,

Seluruh warga kerja sekolah ini dan juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid baru tahun 1 seramai ____ orang
yang telah diterima masuk ke SK Wan Ibrahim. Selamat datang ke SK Wan Ibrahim
dan sekali gus menjadi warga sekolah ini. Diharapkan anak-anak murid yang
diterima dapat belajar membina kecemerlangan mereka di peringkat rendah.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada
hari orientasi anak tuan/puan pada hari ini. Untuk makluman hadirin, objektif hari
orientasi ini untuk mendedahkan murid-murid kepada suasana persekolahan
sebenar serta memberikan penerangan kepada ibu bapa mengenai hal ehwal
sekolah yang perlu diketahui dan sama2 memberi perhatian dalam perkara2
tertentu.

Orang Jawa berdagang ke kota, Bacaan doa


Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
Doa diamin moga selamat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Johari bin
Mamat
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
Johari bin Mamat atas bacaan doa itu tadi.

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Guru Besar Sekolah Ucapan Guru Besar
Kebangsaan Wan Ibrahim. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan
Yang Berusaha En Muhd Hasbi bin Ibrahim untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan

************(Ucapan GB.)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En Muhd Hasbi bin
Ibrahim atas ucapan sebentar tadi.
Untuk makluman ibu bapa, semua murid tahun 1 tidak lagi menjalani ujian saringan ..selaras dengan
konsep yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.
Diminta semua guru kelas bersedia untuk mengiringi murid ke kelas yang telah
ditetapkan. Semua murid diminta berdiri.

**********(murid bergerak)

Majlis diteruskan dengan taklimat Pengurusan Hal Ehwal Murid oleh Guru
Penolong Kanan HEM, Puan Hasnoraidah bt wan Azman. Majlis dengan ini
mempersilakan.

**********(taklimat)
Terima kasih diucapkan kepada Puan Hasnoraidah di atas penerangan sebentar tadi.
Seterusnya, majlis menjemput

**********(taklimat)
Terima kasih diucapkan kepada tuan/puan…………………../jawatan…………………………….
di atas penerangan sebentar tadi.

Dengan berakhirnya sesi taklimat itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku
pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh
jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara
sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Bagi pihak jawatankuasa mengucapkan
jutaan terima kasih kepada semua pihak kerana sudi hadir sama2 memberikan
sokongan kepada anak2 dan juga pihak sekolah. Terima kasih daun keladi..andai
ada majlis sudi2lah tuan datang ke mari ;).

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Sekian,wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum wbt.....

Anda mungkin juga menyukai