Anda di halaman 1dari 2

Persatuan Sains Dan Matematik,

SK RKT Bersia,
33320 Gerik,
Perak.
__________________________________________________________________________________________

Ruj.Kami : SKRKT/06/02(1)
Tarikh : 29 Disember 2015
Guru Besar,
SK RKT Bersia,
33320 Gerik,
Perak.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Persatuan Sains Dan Matematik
memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menubuhkan Persatuan Sains Dan Matematik
Sekolah Kebangsaan RKT Bersia berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh
21hb Mei 1998 P.U.(A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996, mulai 04
Januari 2016

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:

3.1 Draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan


3.2 Draf Aktiviti Asas
3.3 Senarai Nama Jawatankuasa Persatuan Sains Dan Matematik

4. Pertimbangan dan jasa baik daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat
dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
( )
Guru Penasihat,,
b.p. Jawatankuasa Persatuan Sains Dan Matematik,
SK RKT Bersia,
33320 Gerik Perak

s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum


SK RKT Bersia

Anda mungkin juga menyukai