Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Minggu : 42 Hari : Khamis Tarikh : 24 / 11 / 2016


Kelas :
Masa : Isi Kandungan/Standard Kandungan Impak/Catatan
Mata pelajaran:
Tahun 3 Unit 6: Perkataan Suku Kata Terbuka & Tertutup Bil. murid:
7.40 – 8.40 pg Tema : Flora, Fauna & Persekitaran Tidak hadir:
Literasi Kemahiran: 6.16 Membina dan menulis ayat tunggal
yang ada perkataan mengandungi digraf dan konsonan
bergabung.
Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat,
Membina dan menulis 5 ayat tunggal yang ada perkataan
mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Aktiviti:
1. Murid diberikan satu papan tulis setiap seorang dan
mereka diminta untuk menulis frasa perkataan yang
mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
2. Guru bertindak dengan memantau aktiviti yang
dijalankan dan membantu murid untuk memperbaiki
ejaan mereka.
3. Kemudian, setiap murid diberi beberapa frasa
perkataan dan mereka diminta untuk membina ayat
mudah menggunakan frasa tersebut.
4. Aktiviti diulang beberapa kali bagi memastikan murid
dapat membina ayat mudah dengan susunan
perkataan yang betul.
5. Murid menyiapkan soalan dalam latihan yang
terdapat dalam Modul LINUS 3.0
Bahan Bantu Belajar: Kad Bergambar, Lembaran Kerja dan
Modul LINUS Literasi 2.0

Tahun 1 Unit 1 : Suku Kata Terbuka Bil. murid:


9.10 pg – 10.10 pg Kemahiran: 2.1 Membaca dan membunyikan suku kata Tidak hadir:
Literasi terbuka KV.
Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat,
Membaca, menyebut dan membunyikan 10 daripada 20
suku kata terbuka dengan betul.
Aktiviti :
1. Murid dibimbing lagi untuk mengenal suku kata KV
terlebih dahulu.
2. Selepas itu, pdp diselangi dengan aktiviti membaca
huruf untuk membantu murid mengingat semula
huruf yang telah diajar.
3. Kemudian, guru membimbing semula murid untuk
mengeja dan menyebut suku kata KV yang
ditunjukkan.
4. Guru mengulang berkali-kali akviti membimbing
murid untuk mengeja dan menyebut suku kata KV.
5. Murid menyiapkan latihan yang terdapat dalam
Modul LINUS Literasi 2.0

Bahan Bantu Belajar: Lembaran Suku Kata Terbuka dan


Modul LINUS Literasi 2.0
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Minggu : 42 Hari : Khamis Tarikh : 24 / 11 / 2016


Tahun 3 Unit 8: Ukuran & Panjang Bil. murid:
11.10 – 12.10 t/hari Kemahiran: 8.3 Membandingkan panjang dua objek Tidak hadir:
Numerasi menggunakan unit piawai. I) meter ii) sentimeter
Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat,
Membuat perbandingan panjang antara dua objek
dengan menggunakan unit piawai yang setara.
Aktiviti:
1. Murid diberi pendedahan semula tentang konsep
panjang dan ukuran oleh guru.
2. Beberapa contoh objek diberikan kepada murid dan
secara bergilir, murid diminta untuk mengukur objek
tersebut.
3. Guru membantu murid untuk melakukan pengukuran
panjang objek dengan menggunakan alat pengukur
yang standard.
4. Kemudian, murid diminta untuk menukarkan
beberapa ukuran yang diberikan ke dalam unit piawai
lain dan sebaliknya. (sentimeter  meter @ meter 
sentimeter)
5. Guru bertindak sebagai fasilitator dan membantu
murid yang kurang memahami aktiviti.
6. Murid diminta untuk menyiapkan beberapa soalan
yang terdapat di dalam Modul LINUS Numerasi 3 2.0

Bahan Bantu Belajar: Lembaran Kerja, Modul LINUS


Numerasi Asas 3 2.0

Anda mungkin juga menyukai