Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI & ANALISIS CIPTAAN LAGU

Tugasan ciptaan lagu adalah satu tugasan yang begitu mencabar. Dalam proses
menyiapkan tugasan ini, saya telah dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan baharu
berkaitan dengan ciptaan lagu. Tunjuk ajar, dorongan dan nasihat yang diberikan oleh
pensyarah muzik iaitu Encik Zulkarnain adalah sangat membantu dalam menyiapkan tugasan
ini. Begitu juga dengan dorongan rakan-rakan sekelas juga yang memebantu saya dalam
menyiapkan tugasan ciptaan lagu tersebut.

Saya telah menciptakan lagu yang bertemakan Sekolah dan diberi tajuk ‘Mari Ke
Sekolah’. Dalam penciptaan lagu ini, saya telah memilih untuk menggunkan meter lazim 4,4.
Saya telah memilih meter ini kerana meter ini biasa digunakan dalam lagu kanak-kanak. Selain
itu, meter ini juga adalah mudah untuk dinyanyi jika dibandingkan dengan meter lain seperti 3,4.
Di samping itu, pemilihan meter ini juga disebabkan saya lebih menguasai meter tersebut jika
dibandingkan dengan jenis meter yang lain.

Dalam penciptaan lagu ‘Mari Ke Sekolah’, idea pemilihan tema atau tajuk ini disebabkan
saya teringatkan pengalaman yang telah saya lalui di masa sekolah rendah dimana saya pergi
ke sekolah dengan hati yang gembira. Selain itu, saya juga memilih tema sekolah kerana lagu
yang saya ciptakan adalah lagu kanak-kanak. Saya menciptakan lagu kanak-kanak kerana
ianya adalah lebih mudah jika dibandingkan dengan lagu-lagu lain.

Idea pertama saya dalam penciptaan struktur lagu tersebut ialah saya terlebih dahulu
menetapkan kod. Kod yang saya telah gunakan ialah kod primer iaitu kod I,IV dan V. Namun,
terdapat juga satu kod sekunder iaitu kod II. Kod lagu ini ialah dalam kod C major. Di samping
itu, saya telah memilih kod major kerana lagu ini lagu bersemangat diamana menceritakan
situasai seorang murid pergi ke sekolah.

Seterusnya, saya telah menciptakan melodi beserta ritma bagi lagu ini. Teknik ciptaan
melodi yang saya gunakan ialah antaranya, teknik pengulangan melodi. Begitu juga dengan
corak irama yang gunakan teknik pengulangan dan teknik pengembangan. Teknik pengulangan
dapat dibuktikan pada bar (1-4) dan (5-8). Seterusnya, bagi teknik pengembangan pula dapat
dilihat pada bar yang ke (13-16) dimana not kuaver dikembangkan kepada not krocet. Selain
itu, saya juga menggunakan teknik reflection. Teknik ini dapat diterangkan pada bar 2 ke 3.
Lagu ini berbentuk A A B iaitu bahagian verse 1 dan 2 dan chorus.
Seterusnya, saya telah memasukkan harmoni. Saya telah menggunakan harmoni not
ketiga, dron dan harmoni nyanyian canon. Saya memilih teknik harmoni ini kerana ianya mudah
bagi untuk dinyanyikan oleh kanak-kanak. Sebagai contoh, bagi teknik dron, penyanyi suara
kedua hanya menyebut satu aatau dua perkataan lirik lagu dalam not atau pic yang sama
sahaja. Bagi, teknik harmoni canon pula, suara kedua akan menyanyikan lagu pada lirik
pertama setelah penyanyi melodi sedang menyanyikan lagu pada bar kedua atau sebagainya.

Konklusinya, dalam proses penciptaan lagu ini, saya berasa sangat seronok dan
mencabar. Selain itu, melalui ciptaan ini juga saya dapat meningkatkan kemahiran saya dalam
menggunaakn perisian muzik finale. Perisian Finale ini sangat membantu saya dalam
menyempurnakan lagu ‘Mari Ke Sekolah’. Oleh itu, bakal seorang pendidik yang
berpengetahuan luas dalam muzik bukan sahaja perlu tahu dalam bermain alat muzik atau pun
bernyanyi, namun perlu menguasai atau boleh menggunakan perisian agar menjadi insan yang
berkebolehan dari semua aspek yang berkaitan dengan muzik.