Anda di halaman 1dari 56

GARIS PANDUAN

PENGURUSAN MAKANAN DAN

MINUMAN
Pekeliling Bahagian Pengurusan Dan Pemakanan

Jabatan Kemajuan Masyarakat

Bil. 07 Tahun 2009

Tarikh Dikeluarkan : 1 November 2007


MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN TASKA

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat


1. Pengenalan 1-2
2. Panduan Pengendali Makanan 3-12
3. Prosedur Perolehan Makanan Tambahan 13-14

Panduan Memilih, Menyedia, Menyimpan Dan


4. 15-19
Menghidang Makanan Serta Minuman

5. Panduan Pengendalian Makanan 20-26

6. Panduan Penyediaan Makanan Seimbang 27-38

Panduan Pengurusan Peralatan Memasak Dan


7. 39-40
Menghidang

Prosedur Pemberian , Etika Dan Teknik


8. 41-44
Menghidang Makanan Tambahan

9. Prosedur Rujukan Kes Keklinik Kesihatan 45

10. Rujukan/Panduan 46

11. Ahli Kumpulan 47

12. Lampiran
Jadual Kedatangan harian
Lampiran A - 48
Pm/PPM TABIKA/TASKA
Rekod Kesihatan Pemaju
Lampiran B - 49-51
Masyarakat
Lampiran C - Rekot Kesihatan Kanak-Kanak 52-54
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

BAB 6

GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN


TABIKA DAN TASKA

1. PENGENALAN

1.1 Pemakanan sihat adalah sangat penting untuk menggalak


tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak. Pada saban
hari, masalah berlebihan berat badan dan kekurangan
berat badan yang berlaku di kalangan kanak-kanak
disebabkan pengambilan zat makanan yang tidak
seimbang. Kekurangan zat makanan teruk menyumbang
kepada penyebab kematian kanak-kanak di seluruh dunia
(UNICEF, 1998).

1.2 Mengikut saranan pengambilan nutrien (RNI), kanak-kanak


taska memerlukan 950kcal sehari; manakala kanak-kanak
tabika memerlukan 1300kcal sehari (KKM, 2005). Bermula
pada tahun 2005, pihak KEMAS telah memperuntukkan
untuk setiap kanak-kanak taska sebanyak RM 3.00 sehari
dan setiap kanak-kanak tabika sebanyak RM 1.50 sehari
mengikut hari persekolahan.

1.3 Berikut adalah tajuk-tajuk penting yang terdapat di dalam


bab ini sebagai rujukan dan panduan bagi memastikan
makanan berkualiti disediakan:

a) Pengendali Makanan
b) Prosedur Perolehan Makanan Tambahan
c) Panduan Pengendalian Makanan
d) Prosedur Penyediaan Makanan Seimbang
e) Panduan Pengurusan Peralatan Memasak dan
Menghidang
53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

f) Prosedur Pemberian, Etika dan Teknik Menghidang


Makanan
g) Prosedur Rujukan Kes Ke Klinik Kesihatan

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

PANDUAN PENGENDALI MAKANAN

1. Pengenalan

Pengendali makanan di premis prasekolah adalah individu yang


mula terlibat dalam penyediaan makanan. Pengendali makanan
juga dapat menentukan makanan yang disedia dan dihidang
adalah bersih dan selamat untuk dimakan oleh kanak-kanak di
prasekolah KEMAS

2. Status Kesihatan

2.1 Pengendali makanan hendaklah diakui sihat oleh Pegawai


Perubatan dan mempunyai sijil atau kad kesihatan untuk
mengesahkannya. Perakuan tersebut hendaklah sentiasa
disimpan di premis prasekolah berkenaan;

2.2 Keadaan kesihatan semua pengendali makanan hendaklah


sentiasa diawasi. Pengendali yang demam, menghidap cirit
birit, batuk atau penyakit berjangkit yang lain dan berkudis
tidak dibenarkan melibatkan diri dalam urusan
pengendalian makanan. Dia hanya boleh menguruskan
pekerjaan selepas dirawat, dan disahkan sihat oleh
Pegawai Perubatan;

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

2.3 Pengendali makanan yang mengalami luka di bahagian


tangan hendaklah membalut luka tersebut dengan plaster
yang kalis air sebelum membuat sebarang kerja
pengendalian makanan; dan

2.4 Pengurus Premis prasekolah bertanggungjawab


menyimpan satu borang daftar kesihatan pengendali
makanan seperti contoh di lampiran. Borang daftar ini
hendaklah dikemaskini setiap kali ada perubahan dan
hendaklah dipamirkan di premis prasekolah.

3. Pakaian

3.1 Semasa bertugas, semua pengendali makanan hendaklah:


i. Berpakaian sopan, kemas dan sesuai;
ii. Memakai apron berwarna cerah;
iii. Memakai penutup kepala yang sesuai, bersih serta
mudah dibasuh; dan
iv. Memakai tanda nama dan kasut mengikut keadaan
yang sesuai.
v. Memakai sarung tangan pakai buang.

4. Amalan

4.1 Amalan yang mesti dipatuhi:


i. Menampilkan diri dalam keadaan kemas, bersih dan
ceria sepanjang masa;
53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

ii. Menutup makanan yang disedia dengan penutup


yang sesuai dan bersih;
iii. Menggunakan sudu, garfu, sarung tangan plastik
atau penyepit semasa memegang makanan yang
sudah dimasak;
iv. Menutup hidung atau mulut dengan sapu tangan
apabila batuk atau bersin sambil menghalakan muka
ke arah lain dari makanan;
v. Menggunakan kain pengelap yang bersih dan
berasingan untuk mengelap pinggan, mangkuk, meja
dan tangan;
vi. Menyimpan bahan bukan makanan seperti racun
serangga, minyak tanah dan bahan pencuci di
tempat khas yang berasingan di luar tempat
penyediaan makanan;
vii. Memegang sudu, garfu, pisau, cawan yang bersih
pada tangkainya;
viii. Membersihkan lantai dengan menggunakan
pengelap lantai jika perlu, di tempat makanan sedang
di masak atau dihidang;
ix. Meletak makanan yang sudah dimasak pada paras
lebih 45cm dari lantai;
x. Memastikan dapur prasekolah bebas dari LILATI
(Lipas, Lalat dan Tikus) dan haiwan-haiwan lain;
xi. Membuang sampah kering dan sampah basah
secara berasingan;

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

xii. Memastikan tong sampah berlapik dengan karung


plastik, bertutup dan bersih;
xiii. Membuang sampah ke dalam tong sampah besar
atau lubang sampah.

4.2 Amalan yang ditegah:


i. Berludah merata-rata;
ii. Batuk, bersin, bercakap-cakap atau ketawa ke arah
makanan;
iii. Meniup ke dalam pembungkus yang digunakan untuk
membungkus makanan;
iv. Membungkus, mengalas atau menutup makanan
dengan bahan yang tidak bersih, plastik bewarna
atau bahan bercetak;
v. Meletak, membawa atau menyimpan pinggan yang
berisi makanan secara bertindih;
vi. Membawa sudu, garfu dan penyepit dalam saku
apron;
vii. Membersihkan meja dengan membuang sisa
makanan dari atas meja ke lantai; dan
viii. Membenarkan kanak-kanak ke kawasan penyediaan
makanan.

5. Kebersihan Diri

5.1 Rambut

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

i. Diikat, bersih dan bertutup


ii. Jangan menggaru, memegang atau menyikat rambut
semasa mengendali makanan.

5.2 Mulut, Hidung Dan Telinga


i. Jangan batuk atau bersin pada makanan
ii. Jangan merasa makanan dengan menggunakan jari
iii. Jangan mengorek hidung
iv. Jangan meludah
v. Jangan menggigit kuku atau menjilat jari
vi. Jangan makan atau mengunyah gula-gula getah
vii. Jangan merokok

5.3 Kulit
i. Kulit yang merengsa atau luka perlu diubati dan
dibalut
ii. Jangan menggaru kulit yang luka
iii. Elakkan badan dari berbau

5.4 Tangan
i. Elakkan memakai aksesori seperti cincin, rantai
tangan dan jam semasa mengendalikan makanan
ii. Kuku perlu dipotong pendek
iii. Sinki membasuh tangan perlu diasingkan daripada
sinki pengendali bahan mentah
iv. Membasuh tangan sebelum dan selepas :-

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

 menyedia atau menghidang makanan


 Menggunakan tandas
 Menyentuh bahagian kulit yang lain
 Mengendalikan bahan mentah
 Membersihkan persekitaran
v. Keringkan tangan menggunakan tuala bersih atau
pengering tangan

6. Penyakit

6.1 Jika pengendali makanan disyaki sakit, pengendali


makanan perlu :-

6.1.1 Lapor kepada PM lebih awal


6.1.2 Mendapatkan rawatan di pusat rawatan yang
berdekatan dan mendapatkan sijil sakit sekiranya
perlu.
6.1.3 PM perlu memaklumkan kepada PPS dan
merancang semua keperluan sepanjang ketiadaan
Pengendali makanan.

7. Pemeriksaan Kesihatan

7.1 Pengendali makanan perlu menjalani pemeriksaan


kesihatan untuk memastikan pengendali mampu
melaksanakan tugas dan untuk memastikan pengendali

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

tidak mempunyai penyakit yang mudah berjangkit.


Sekiranya pengendali menghidapi penyakit, PM perlu
memastikan pengendali melakukan langkah-langkah
pencegahan.

8. Suntikan Typhoid 6

8.1 Pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan Typhoid


6 bagi tiap-tiap tiga tahun untuk mengelakkan penyakit
bawaan air seperti taun. Terdapat dua cara bagi
mendapatkan khidmat dari Pejabat/Klinik Kesihatan di
kawasan yang berhampiran.

8.1.1 Suntikan di Premis Kesihatan

i. PM membuat temujanji dengan Jabatan/Pusat


Kesihatan kawasan masing-masing.
ii. Kebiasaanya Jabatan/Pusat Kesihatan telah
menentukan tarikh-tarikh khusus untuk suntikan
Typhoid 6.
iii. Pengendali makanan perlu mendapatkan
suntikan pada tarikh yang telah ditetapkan.
iv. Resit suntikan diperlukan untuk membuat
tuntutan di Jabatan.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

v. Kad/dokumen yang mengesahkan Suntikan Typhoid


6 telah dilakukan, perlu disimpan/di paparkan di
premis.
vi. PPS perlu menyimpan rekod/ jadual suntikan bagi
memudahkan pemantauan.

8.1.2 Suntikan Di Premis KEMAS

i. PM membuat temujanji dengan Jabatan/ Pusat


Kesihatan kawasan masing-masing.
ii. Pengendali makanan berkumpul pada tarikh,
masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh
kedua-dua pihak.
iii. Pengendali makanan perlu mendapatkan
suntikan.
iv. Resit suntikan diperlukan untuk membuat
tuntutan di Jabatan.
v. Kad/ dokumen yang mengesahkan Suntikan
Typhoid 6 telah dilakukan, perlu disimpan/ di
paparkan di premis.
vi. PPS perlu menyimpan rekod/ jadual suntikan
bagi memudahkan pemantauan.

9. Kursus Pengendali Makanan

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

9.1 Pengendali makanan hendaklah menghadiri kursus yang


diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi
meningkatkan kemahiran dan kecekapan.

SUNTIKAN TYPHOID 6

Premis Kesihatan Premis KEMAS

Kenalpasti Tarikh PPS Menetapkan Tarikh


Suntikan

Suntikan

Tuntutan Semula Ke PPS-Simpan Rekod &


KEMAS Negeri Jadual

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

JADUAL 1
Prosedur Suntikan Typhoid 6

53
BORANG DAFTAR PENGENDALI MAKANAN

Parlimen :
Bil. Pengendali Makanan :

TARIKH
TARIKH
NAMA TARIKH MENGHADIRI
NO. TEMPOH
BIL NAMA TABIKA/ JAWATAN PELALIAN KURSUS
KP TAMAT
ALAMAT DIBERI PENGENDALI
PELALIAN
MAKANAN

Disediakan Oleh : _________________________


Penyelia Prasekolah

Disahkan Oleh :_______________


Pegawai KEMAS Daerah
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

PROSEDUR PEROLEHAN MAKANAN TAMBAHAN

Prosedur 1

1. Pihak KEMAS Negeri dibenarkan membuat perolehan makanan


Tabika/ Taska mengikut Parlimen berdasarkan keperluan Parlimen.

2. KEMAS Negeri perlu bertanggungjawab menentukan agihan


peruntukan untuk setiap Parlimen berdasarkan bilangan Tabika/
Taska serta kanak-kanaknya.

3. PPS bertanggungjawab mengenalpasti serta menyenaraikan


keperluan jenis-jenis makanan tambahan untuk dibekalkan di
Tabika/ Taska dalam Parlimen masing-masing.

4. Perolehan yang dibuat untuk peringkat Parlimen hendaklah


dengan mengemukakan senarai keperluan beserta sebutharga
daripada pembekal tempatan ke peringkat KEMAS Negeri untuk
tujuan perolehan dengan berpandukan prosedur serta tatacara
kewangan yang ditetapkan.

5. Pembekal yang dilantik adalah bertanggungjawab menghantar


bekalan makanan ke Tabika/ Taska yang telah ditetapkan
sebagaimana spesifikasi yang terkandung dalam pesanan
tempatan (local order)

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

6. PPS atau Pegawai Jabatan yang dilantik sebagai pegawai


penerima adalah bertanggungjawab memastikan penerimaan
dalam keadaan sempurna kuantitinya, kualiti serta tarikh luputnya.

Prosedur 2

1. Tabika menggunakan duit tabung Tabika dan menuntut semula.

PROSEDUR PEROLEHAN

Tabung Tabika Pembekal Tempatan

PPS Rancang
Keperluan/
Tuntutan Semula Sebutharga

Pengarah KEMAS
Negeri

AG Kelulusan &
(Akauntan Negara) Perolehan

Terima Barang –
Sahkan PPS/
Pegawai Jabatan

Proses Bayar

JADUAL 2

Prosedur Pembelian Makanan Tambahan


PANDUAN MEMILIH, MENYEDIA, MENYIMPAN DAN MENGHIDANG

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

MAKANAN SERTA MINUMAN

BAHAN KRITERIA
PENYEDIAAN PENYIMPANAN PENGHIDANGAN
MAKANAN PEMILIHAN

Sayur-  Segar  Basuh  Mentah  Hidangkan


sayuran  Baru sebelum  Simpan dalam sebaik sahaja
 Keras dipotong peti sejuk selepas
rapuh dan kecuali sayur- dimasak atau
pejal  Tidak sayuran disediakan
 tidak layu direndam berubi
 tidak kecut selepas  Hidangkan di
 tidak kering dipotong  Sayur yang atas kaunter
 tidak bertukar telah dimasak atau meja
warna  Sekiranya tidak disimpan yang
direbus, disediakan
Tidak rosak biarkan air  Perlu dibasuh,
mendidih dikeringkan dan  Tutup dengan
Tidak busuk sebelum kemudian sempurna
dimasukkan disimpan di
sayur dalam ruang
bekas sayur
 Masak dalam dalam peti
masa yang sejuk
singkat

 Masak di
dalam periuk
atau kuali
yang
bertutup

BAHAN KRITERIA
PENYEDIAAN PENYIMPANAN PENGHIDANGAN
MAKANAN PEMILIHAN

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

Buah-  Segar  Basuh  Perlu dibasuh,  Hidangkan


buahan  Pejal sebelum dikeringkan dan sebaik sahaja
 Tidak dimakan kemudian selepas
bertompok atau disimpan di dipotong
hitam dipotong dalam ruang
 Tidak kering bekas buahan  Hidangkan di
atau kecut  Kupas kulit dalam peti atas kaunter
sekiranya sejuk atau meja
tidak bertukar perlu yang
warna disediakan

 Tutup dengan
sempurna

Daging  Segar  Bermasak


 Warna  Simpan dan
kemerah- tutup
merahan makanan
 Tidak berubah yang belum
warna dihidangkan
 Tidak kering  Elakkan
 Tidak berbau menyimpan
busuk makanan
 Tidak berlendir lebih
daripada 4
Halal jam pada
suhu biasa
(27oC)

BAHAN
KRITERIA PEMILIHAN PENYEDIAAN PENYIMPANAN PENGHIDANGAN
MAKANAN

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

Ikan basah  Segar  Cuci dan  Mentah  Hidangkan sebaik


dan lain-  Pejal bersihkan  Cuci, potong dan sahaja dimasak
lain  Tidak dengan air simpan dalam
makanan meninggalkan mengalir bekas secara  Hidangkan di
laut kesan apabila sebelum berasingan atas kaunter
ditekan dengan dipotong di mengikut atau meja yang
jari mana perlu keperluan harian disediakan
 Sirip dan sisiknya  Sebaik-baiknya  Tutup dengan
kemas, tertutup, gunakan pada hari sempurna
berkilat dan tidak itu juga atau  Kekalkan pada
tertanggal dalam tempoh suhu tidak
 Mata yang cerah, yang singkat kurang
terang, penuh  Simpan pada suhu daripada 63oC
dan membonjol beku jika perlu (Hidangan
 Badan berlendir  Gunakan bahan masih panas)
 Insang merah dan yang telah
cerah dinyahbekukan  Elakkan daripada
 Tidak berbau kesemuanya pada menggunakan
busuk hari yang sama baki makanan
yang disimpan
semalaman

Ayam  Segar  Cuci dan  Bermasak


 Pejal bersihkan  Simpan dan tutup
 Tidak berlendir dengan air makanan yang
 Tidak berubah mengalir belum dihidangkan
warna sebelum  Elakkan
 Tidak berbau dipotong di menyimpan
busuk mana perlu makanan lebih
daripada 4 jam
 Halal pada suhu biasa
(27oC)

BAHAN
KRITERIA PEMILIHAN PENYEDIAAN PENYIMPANAN PENGHIDANGAN
MAKANAN

Roti  Tidak rosak  Elakkan  Tutup dengan  Jangan

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

 Tidak berkulat terdedah sempurna dihidangkan jika


secara melampaui
 Tidak melampaui langsung  Simpan berasingan tarikh luput
tarikh luput kepada daripada bahan
pancaran mentah  Hidangkan sebaik
 Bungkusan tidak matahari sahaja selepas
rosak disediakan atau
 Gunakan dimasak
 Bungkusan peralatan yang
berlabel khusus untuk  Hidangkan di
menyediakan atas kaunter
roti yang atau meja yang
dimakan terus disediakan
seperti
sandwic  Tutup dengan
sempurna

Bijirin  Tidak rosak  Buang  Simpan di tempat


atau  Tidak hancur bahan seperti yang bertutup,
kekacang  Tidak berkulat batu atau kering dan dingin
 Tidak hapak benda asing
 Tiada tanda  Elak meletakkan
serangan  Basuh guni atau karung
serangga, ulat, mengikut terus di atas simen
kutu atau habuk kesesuaian setinggi 20cm
 Tidak lembab sekurang-kurangnya
atau basah daripada lantai

Makanan  Bentuk tin  Simpan di tempat


berkaleng hendaklah yang dingin/peti
(makanan sempurna sejuk dan kering
dalam tin)  Kemas atau mengikut
 Tidak kemek arahan pada label
 Tidak bengkak simpan di dalam
atau bekas lain selepas
mengelembung tin dibuka
 Tidak berkarat
 Tidak
melampaui
tarikh luput

BAHAN
KRITERIA PEMILIHAN PENYEDIAAN PENYIMPANAN PENGHIDANGAN
MAKANAN

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

Susu UHT  Bungkusan  Arahan Susu UHT  Jangan


atau hendaklah penyediaan  Simpan pada suhu dihidangkan jika
Pasteur sempurna seperti pada bilik dalam keadaan melampaui
 Bersih label perlulah dingin dan kering tarikh luput
 Tidak rosak dipatuhi  Elakkan disusun
 Tidak berlapis melebihi 8
mengelembung tingkat
 Tidak bocor  Elakkan meletak di
 Tidak atas simen
melampaui  Alas setinggi 20cm
tarikh luput daripada lantai

Susu Pasteur
 Simpan dalam peti
sejuk sepanjang
masa (1oC-4oC)

Telur  Elak memilih  Cuci kulitnya  Di dalam peti sejuk  Elakkan


telur yang retak sebelum di bahagian khas. menghidang telur
 Tidak pecah disimpan atau separuh masak
 Tidak diseliputi digunakan.
najis

BAHAN
KRITERIA PEMILIHAN PENYEDIAAN PENYIMPANAN PENGHIDANGAN
MAKANAN

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

Pasta, mi,  Tidak rosak  Rendam/celur Pasta basah


mihun,  Tidak berkulat seketika  Simpan di
kuetiau,  Tidak berbubuk menggunakan dalam peti sejuk
laksa, atau berkutu air panas  Tutup atau
makaroni  Tidak berbau sebelum bungkus dengan
busuk atau dimasak sempurna
hapak
Pasta kering
 Tidak melampaui  Tutup dengan
tarikh luput sempurna
 Simpan dalam
keadaan dingin dan
kering

 Tidak rosak Beras  Disimpan di dalam


Bahan  Tidak berkulat  Tidak bekas kedap udara.
kering  Tidak berbubuk digalakkan
(susu atau berkutu mencuci beras
tepung,  Tidak berbau sehingga
beras, busuk atau hancur atau
gula, hapak terlalu bersih
tepung 
dsb)  Tidak melampaui Tidak
tarikh luput

 Elakkan pembelian
dalam kuantiti
yang banyak.

PANDUAN PENGENDALIAN MAKANAN

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

1. Panduan Asas Penyimpanan Makanan

1.1 Penyimpanan makanan

1.1.1 Makanan yang dimasak atau dimakan terus


hendaklah diasingkan penyimpanannya daripada
makanan mentah.
1.1.2 Simpan makanan yang telah dimasak pada suhu
yang selamat jika tidak disaji segera.
1.1.3 Elakkan menyimpan makanan pada suhu dalam zon
merbahaya iaitu di antara suhu 10°C-60°C kerana
mikroorganisma boleh membiak dengan cepat jika
makanan disimpan dibawah suhu biasa.
1.1.4 Makanan perlu disimpan pada suhu di bawah 4°C
(peti sejuk) atau melebihi 60°C (periuk bertutup).
1.1.5 Jangan simpan makanan yang dimasak lebih dari 2
jam pada suhu biasa untuk dihidangkan kepada
kanak-kanak.
1.1.6 Baca arahan tentang keadaan menyimpan makanan
pada label bungkusan sebelum dan sesudah
dibuka.

1.2 Simpanan sejuk

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

1.2.1 Jangan simpan ikan dan daging di dalam keadaan


ruang pendingin (0°C-2°C) lebih dari 3 hari.
1.2.2 Simpan makanan mentah dan makanan yang telah
dimasak dalam ruangan yang berbeza.
1.2.3 Simpanan makanan masak dibahagian atas dan
makanan mentah dibahagian bawah.
1.2.4 Simpan semua makanan masak dan makanan
mentah dalam bekas bertutup rapat.
1.2.5 Letakkan makanan mentah yang menitis dalam
bekas yang sesuai dan diletakkan di tingkat bawah
di ruangan pendingin.
1.2.6 Bersih dan keringkan semua bekas sebelum
disimpan di dalam peti sejuk.
1.2.7 Simpan sayur dan susu pasteur di ruang pendingin
suhu (0°C-4°C) untuk mengelakkan pertumbuhan
bakteria.
1.2.8 Sayuran dan buah-buahan perlu dibasuh, dikeringkan
dan kemudian disimpan di dalam ruang bekas sayur
di dalam peti sejuk.

1.3 Simpanan sejuk beku

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

1.3.1 Ikan dan daging yang telah dibersihkan hendaklah


disimpan di dalam bekas plastik yang kedap udara
untuk mengelakkan kekeringan dan bau ikan pada
makanan-makanan lain.
1.3.2 Makanan sejuk beku seperti daging dan ikan
hendaklah disimpan dalam ruang beku secepat
mungkin selepas dibeli untuk mengelakkan
kerosakan.
1.3.3 Makanan hendaklah dibahagikan kepada beberapa
bahagian kecil sebelum disimpan.
1.3.4 Nyah sejuk beku bahagian yang diperlukan sahaja.
1.3.5 Elakkan menyejukbeku semula makanan yang telah
dinyah sejuk beku.
1.3.6 Makanan yang perlu dinyah beku boleh melalui 3
cara pilihan seperti berikut:-
i. Makanan yang disejuk beku hendaklah
dialihkan dahulu ke bahagian am peti sejuk (sila
rujuk Lampiran A) selama 5 jam sebelum
digunakan .
ii. Makanan yang disejuk beku hendaklah dalam
bungkusan yang kalis air an diletakkan di
bawah air paip yang mengalir.
iii. Makanan yang disejuk beku hendaklah
dicairkan menggunakan ketuhar gelombang
dan diikuti dengan masak secara terus.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

1.3.7 Simpan makanan yang di sejuk beku dalam bekas


tidak telap wap air untuk mengelakkan kekeringan.
1.3.8 Peti sejuk hendaklah diselenggara dengan baik.
1.3.9 Jangan muatkan makanan dengan padat dalam peti
sejuk.
1.3.10 Makanan mentah hendaklah dicuci dengan
sempurna sebelum disimpan.

1.4 Simpanan kering

1.4.1 Jauhkan racun dan bahan kimia daripada makanan.


1.4.2 Jangan menggunakan bekas simpanan bahan kimia
untuk menyimpan makanan.
1.4.3 Makanan bijirin seperti beras, kacang dan tepung
hendaklah disimpan di dalam bekas kedap udara
dan disimpan di tempat sejuk dan kering.
1.4.4 Makanan hendaklah diletakkan jauh daripada dinding
dan paip.
1.4.5 Jangan letak makanan atas lantai dan gunakan
pengalas yang sesuai.
1.4.6 Ruang penyimpanan makanan kering hendaklah
mempunyai pengudaraan yang baik, pencahayaan
yang mencukupi, ruang yang sentiasa kering dan
bersih.

2 Panduan Am Pengurusan Peti Sejuk

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

2.1 Peti sejuk mestilah diletakkan di tempat yang mempunyai


pengaliran udara yang baik dan jauh dari sumber haba dan
cahaya matahari.

2.2 Kapasiti dan ruang peti sejuk


2.2.1 Kapasiti atau keupayaan peti sejuk hendaklah cukup
besar untuk memenuhi keperluan anda. Ianya
hendaklah cukup sejuk untuk menyejukkan semua
bahagian makanan hinggalah ke suhu yang diingini
dalam tempoh yang singkat.
2.2.2 Peti sejuk hendaklah mempunyai ruang yang cukup
untuk menyimpan makanan yang dimasak dan tidak
dimasak di ruang yang berasingan.
2.2.3 Jangan sesakkan sesuatu ruang agar udara boleh
beredar.
2.2.4 Periksa dengan menggunakan termometer untuk
memastikan yang peti sejuk anda sentiasa kekal
pada suhu antara 0°C hingga 4°C

2.3 Pembersihan peti sejuk


2.3.1 Bersihkan peti sejuk setiap minggu menggunakan
bahan disinfeksi yang sesuai atau kain yang bersih.
Berhati-hati mengeringkan untuk mengelak

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

daripada ditumbuhi kulat. Buka pintu sedikit untuk


membolehkan udara beredar sebelum meletak
semula makanan.

2.4 Penggunaan peti sejuk dengan bijak.

2.5 Jangan menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk.

2.6 Makanan panas hendaklah disejukkan terlebih dahulu


sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

2.7 Jangan masukkan terlalu banyak makanan ke dalam peti


sejuk.

2.8 Jangan buka peti sejuk terlalu kerap.

2.9 Jangan biarkan pintu peti sejuk terbuka.

2.10 Sekiranya berlaku tiada bekalan elektrik selama 1 hingga 2


hari, makan di dalam peti sejuk hendaklah dibuang dan peti
sejuk perlu dibersihkan.

2.11 Peti sejuk perlu dibersih dan dikosongkan sebelum cuti


sekolah bermula.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

LAMPIRAN A

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

PANDUAN PENYEDIAAN MAKANAN SEIMBANG

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

1. Pengenalan

Makanan dan minuman berkhasiat disediakan di Tabika dan Taska


bagi kepentingan tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak
dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial semasa
mereka berada di Tabika dan Taska.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan Tabika dan


Taska bagi memastikan hanya makanan yang bersih, selamat,
berkhasiat, segar dan mencukupi serta bebas daripada bahan
tambah contoh pewarna/perisa disediakan di Tabika dan taska.

2. Panduan Umum Penyediaan Makanan

2.1 Kriteria Pemilihan Bahan-bahan Makanan

2.2 Berikut adalah makanan yang sesuai, tidak


digalakkan dan dilarang dsediakan / diberikan kepada
kanak-kanak di Tabika:

TIDAK
SESUAI DILARANG
DIBENARKAN

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

Makanan bermasak:

Makanan seperti nasi, nasi


lemak, mi/ mihun, bubur,  Makanan yang Makanan dan minuman
capati, telur rebus. mengandungi gula, yang melanggar Peraturan-
minyak dan lemak peraturan Makanan 1985
Kuih muih seperti karipap, yang berlebihan. seperti:
sandwich, lepat pisang/ ubi,  Mi segera  Makanan yang
kuih badak, kuih kasturi, kuih  Makanan segera melampaui tarikh luput
pau, popia, seri muka, vadai  Konfeksi ais  Semua jenis makanan
dan kuih lapis.  Minuman yang yang berupa permainan
menggunakan bahan atau dijual bersama
Kekacang seperti kacang pewarna permainan seperti cincin,
goreng, kacang kuda dan  Teh dan kopi gambar, belon dan lain-
kacang rebus. lain.
 Minuman
berperisa/Kordial
Jagung rebus, keropok lekor, Jenis-jenis makanan yang
 Minuman kotak/ botol
tauhu sumbat, tebaloi dan telah dijeruk samaada
bebola.  Minuman ringan
masam, masin atau manis,
bergas
basah atau kering seperti
Roti, biskut dan bijirin  Sebarang imbuhan
asam masin, jeruk
atau hadiah yang
mangga, kulit limau dan
Buah-buahan: diberi kepada kanak-
jeruk bawang
kanak tidak
Buah-buahan segar seperti digalakkan dalam
Makanan ringan yang
betik, pisang, belimbing besi, bentuk makanan
mengandungi bahan perisa
tembikai dan ciku. ringan
dan pewarna tiruan seperti
gula-gula dan coklat.
Minuman:
Makanan dan minuman
Minuman bercokelat yang mengandungi alkohol
Susu, susu segar, yogurt

Minuman yang diperbuat


daripada buah-buahan seperti
oren, limau nipis, tembikai,
nanas, markisah dan lain-lain
samaada disediakan daripada
buah-buahan yang segar

Air barli dan air kacang soya

Air mineral
2.3 Penyediaan Makanan Sihat

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

2.2.1 Kanak-kanak perlu diberi pengetahuan mengenai


makanan sihat supaya mereka bijak memilih
makanan yang mereka makan. Pengetahuan ini
boleh diperolehi secara tidak langsung melalui
penyediaan makanan sihat di Tabika/ Taska.

2.2.2 Kebanyakan kanak-kanak mengambil sarapan dan


minum pagi di Tabika, manakala kanak-kanak di
Taska mengambil sarapan, minum pagi, makan
tengahari dan minum petang. Justeru Tabika/ Taska
merupakan satu tempat yang sesuai untuk mendidik
mereka mengamalkan tabiat pengambilan makanan
yang baik. Tabiat ini perlu dipupuk seawal mungkin
agar ia kekal sehingga mereka dewasa.

2.2.3 Pengenalan makanan baru (makanan yang jarang


diberi kepada kanak-kanak seperti oat,bubur kacang
dan kuih tempatan) perlu dicuba sebanyak 10-20 kali
dalam pelbagai kaedah hidangan bagi menarik minat
makan kanak-kanak.

2.3 Makanan yang Pelbagai

2.3.1 Tiada satu makanan yang boleh membekalkan


kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. Oleh
itu makanan yang pelbagai hendaklah disediakan
untuk kanak-kanak. Kepelbagaian makanan boleh

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

diperolehi melalui kumpulan makanan yang terdapat


di dalam Piramid Makanan.

* Nota – Saranan sajian kanak-kanak adalah berasaskan saranan


pengambilan nutrien (RNI-Recommeded Nutrient Intakes for Malaysia)

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

KUMPULAN JUMLAH SAJIAN


KUANTITI BAGI SETIAP SAJIAN
MAKANAN DISYORKAN
Bijirin, produk 6–8 1 senduk nasi
bijirin dan ubi- Setiap hari 1 keping roti mil penuh (wholemeal)
ubian 1 senduk mihun basah/ pasta/ mi/ lain-lain
jenis mi
½ keping capati (saiz sederhana)
2 senduk bubur nasi kosong
3 keping biskut tawar
2 sudu makan bijirin sedia dimakan
1 biji kentang saiz sederhana
Sayur-sayuran 3-5 5 sudu makan sayuran berdaun hijau gelap
dan buah- Setiap hari yang dimasak (termasuk batang yang boleh
buahan dimakan)
½ cawan sayuran jenis buah dan akar yang
dimasak
½ biji jambu batu saiz sederhana
1 potong buah betik/ tembikai/ nanas
10 biji buah dalam bentuk dadu
1 biji pisang saiz sederhana
2 sudu makan buah-buahan kering
½ cawan jus buah-buahan
Daging ayam, 1–2 1 ketul paha ayam saiz sederhana
ikan dan Setiap hari 2 sudu makan isi ikan tenggiri
kekacang 2 saiz kotak mancis daging tanpa lemak
5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala

Nota:
1 saiz kotak mancis daging tanpa lemak boleh
diganti dengan:
1 biji tauhu
1 biji telur
2 sudu makan mentega kacang
½ cawan kekacang (kering)
1 keping tempe
Susu dan 2 1 gelas susu
hasil tenusu Setiap hari 4 sudu makan susu tepung
1 cawan yogurt
1 keping keju
Lemak, gula Paling sedikit digunakan Tidak perlu sengaja mengambil makanan dari
dan Garam kumpulan tersebut kerana telah terdapat di
dalam masakan

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

2.3.2 Setiap kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis


makanan dalam kuantiti yang berbeza, bergantung
kepada jantina, umur dan aktiviti fizikal yang dilakukan.
Secara amnya, keperluan tenaga bagi kanak-kanak
prasekolah adalah:

Keperluan tenaga harian

Umur (tahun) [kilokalori (kcal)]


Lelaki Perempuan

2–4 980 910

4–6 1340 1290

2.4 Takrif Halal

2.4.1 Makanan halal adalah makanan yang dihalalkan oleh


hukum syarak iaitu semua jenis tumbuhan serta
haiwan halal yang disembelih dan suci.

2.4.2 Minuman yang tidak memabukkan dan tidak


membahayakan kesihatan.

3. Panduan Pemilihan Makanan Sihat

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

3.1 Makanan kurang lemak

3.1.1 Lemak adalah sumber tenaga yang baik dan


diperlukan untuk membantu menyerap vitamin-vitamin
yang larut lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ia juga
melazatkan makanan dan dapat memperbaiki tekstur
makanan. Lemak yang berlebihan daripada makanan
akan disimpan dalam badan serta menyebabkan berat
badan bertambah.

3.1.2 Penyediaan makanan kurang lemak di Tabika/ Taska


dapat membiasakan kanak-kanak dengan makanan
yang sihat dan mengurangkan risiko kegemukan dan
pelbagai jenis penyakit kronik yang dikaitkan dengan
faktor pemakanan.

3.1.3 Pengendali makanan boleh mengurangkan


pengambilan lemak dengan:
i. Mengurangkan penggunaan minyak atau lemak
dalam semua jenis masakan.
ii. Menggunakan daging tanpa lemak atau
membuang lemak yang kelihatan.
iii. Membuang kulit ayam.
iv. Menyediakan lebih hidangan ikan.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

v. Menggunakan santan cair atau susu ketika


menyediakan gulai, bubur atau kuih-muih.
vi. Mempelbagaikan kaedah masakan secara
merebus, mengukus, memanggang dan
membakar.

3.2 Makanan kurang gula

3.2.1 Makanan yang tinggi kandungan gula boleh


merencatkan selera makan kanak-kanak dan boleh
menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat.

3.2.2 Pengendali makanan hendaklah mengurangkan


penggunaan gula dalam minuman. Satu sudu teh
gula sahaja bagi satu cawan minuman adalah
mencukupi. Susu pekat manis tidak digalakkan dan
sebaik-baiknya diganti dengan susu tepung penuh
krim. Penggunaan gula dalam penyediaan makanan
seperti bubur, kuih-muih dan agar-agar perlu juga
dikurangkan.

3.2.3 Penggunaan madu disarankan dalam bentuk


minuman atau dicampur didalam masakan.
Pemberian secara terus hendaklah diberi dalam
sukatan yang sedikit (1/2 sudu teh), pemberian tidak

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

terlalu kerap (2 - 3 kali seminggu) dan disusuli


dengan penjagaan kebersihan gigi.

3.2.4 Kebanyakkan makanan yang diawet dan diproses


mengandungi kandungan gula yang berlebihan.
Kurangkan penggunaan gula dalam minuman dan
kuih-muih.

3.3 Makanan Kurang Garam

3.3.1 Pengendali makanan di Tabika/ Taska boleh


menghadkan penggunaan garam dengan:
i. Mengurangkan penggunaan garam dan serbuk
perasa.
ii. Mengurangkan penggunaan kicap dan sos. Jika
menggunakan kicap atau sos, garam tidak perlu
ditambah dalam masakan
iii. Tidak menyajikan telur masin, ikan masin dan
sayur jeruk
iv. Tidak digalakkan menggunakan MSG, atau kiub
perisa.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

3.4 Makanan berserat tinggi

3.4.1 Bijirin (terutamanya bijirin dan hasil bijirin mil


penuh), kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan
mengandungi serat yang tinggi.

3.4.2 Makanan ini juga kaya dengan vitamin dan mineral.

3.4.3 Serat berupaya mencegah sembelit, penyakit usus


dan berperanan mengurangkan paras kolestrol
dalam darah.

3.4.4 Pengendali makanan boleh meningkatkan


pengambilan makanan berserat oleh kanak-kanak
dengan:
i. Menggunakan hasil bijirin mil penuh seperti
mil penuh (wholemeal) dan tepung dalam
menyediakan makanan
ii. Memperbanyakkan hidangan yang
berasaskan kekacang atau hasil kekacang (air
soya, tauhu dan bubur kacang dan lain-lain)
iii. Memastikan pelbagai hidangan sayur
dimasukkan ke dalam menu harian
iv. Menyediakan ulam contoh seperti timun dan
lobak merah
v. Menyediakan pelbagai jenis buah-buahan

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

vi. Menggalakkan pengambilan jus buah-buahan


atau sayuran segar tanpa ditapis

3.4.5 Menggunakan lebih sayur dalam masakan seperti:


i. Hidangan mi atau seumpamanya seharusnya
mengandungi tidak kurang daripada satu sudu
makan sayur-sayuran
ii. Sandwic harus mengandungi tomato dan
timun. Disarankan tomato dan timun dipotong
dadu digaul bersama inti untuk memudahkan
penyediaan dan mudah dimakan oleh kanak-
kanak
iii. Nasi ayam seharusnya dihidangkan dengan
sekurang-kurangnya 4 keping timun. Bagi
penyediaan nasi ayam, sayur campur (dadu
lobak merah, kacang pea dan jagung) adalah
digalakkan.

3.4.6 Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran


mengandungi lemak yang rendah dan
membekalkan pelbagai jenis zat seperti vitamin A,
vitamin C, asid Folik, zat besi dan kalsium yang
kesemuanya penting untuk kesihatan.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

3.5 Minum sekurang-kurang 6 – 8 gelas air sehari


Air adalah penting untuk fungsi fisiologi didalam badan,
mengawal suhu badan dan mengeluarkan bahan sisa dari
badan. Air diperlukan untuk menggantikan cecair tubuh yang
hilang, terutama jika terlibat dalam aktiviti fizikal.

3.6 Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal


Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori
yang berlebihan daripada makanan. Ianya dapat membantu
mengawal berat badan. Jika berat badan berlebihan,
kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti
fizikal.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

PANDUAN PENGURUSAN PERALATAN MEMASAK DAN


MENGHIDANG

1. Menggunakan periuk dan kuali ‘stainless steel’ termasuk


sudip
dan senduk. Penggunaan senduk milamin tidak
dibenarkan.

2. Elakkan menggunakan peralatan aluminium.

3. Sentiasa memastikan tong gas berada dalam keadaan


baik dan mematuhi panduan penjagaan keselamatan
tong gas.

4. Hendaklah menggunakan pinggan dan gelas diperbuat


daripada kaca, seramik atau milamin. Bagi penggunaan
milamin hendaklah tidak melebihi suhu 95°C (mendidih),
makanan tidak berasid seperti PH 2-5 (jus oren) dan
pinggan dan mangkuk yang retak tidak dibenarkan.

5. Peralatan makan minum tidak boleh digunakan oleh


lebih dari seorang tanpa dibasuh dengan air yang bersih
setiap kali ianya digunakan.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

6. Peralatan memasak hendaklah direndam dalam air


panas sekurang-kurangnya selama seminit dicuci
dengan menggunakan sabun dan dilap dengan kain
khas.

7. Cawan-cawan dan lain-lain alat pemasak tembikar atau


gelas yang sumbing dan retak adalah tidak sesuai
digunakan.

8. Bagi memastikan keselamatan dapur memasak pastikan


pelapik dapur adalah terdiri daripada bahan yang tidak
mudah terbakar.

9. Penggunaan semula rak telur adalah tidak dibenarkan


untuk melapik kerana ia mempunyai risiko tempat
pembiakan bakteria.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

10. Papan pemotong jenis kayu tidak dibenarkan kerana


dikhuatiri penjagaan kebersihan tidak terurus akan
menggalakkan pembiakan bakteria. Gunakan papan
pemotong yang diperbuat daripada bahan sintetik atau
polipropilen dan tidak mudah berkulat.

11. Papan pemotong bagi daging, ikan, ayam dan sayur


perlu berasingan dengan papan pemotong bagi buah-
buahan.

12. Penggunaan sudu dan garpu mestilah selamat dan


bersesuaian dengan makanan yang disediakan.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

PANDUAN PENGURUSAN PERALATAN MEMASAK DAN


MENGHIDANG

1. Menggunakan periuk dan kuali ‘stainless steel’ termasuk sudip dan


senduk. Penggunaan senduk milamin tidak dibenarkan.

2. Elakkan menggunakan peralatan aluminium.

3. Sentiasa memastikan tong gas berada dalam keadaan baik dan


mematuhi panduan penjagaan keselamatan tong gas.

4. Hendaklah menggunakan pinggan dan gelas diperbuat daripada


kaca, seramik atau milamin. Bagi penggunaan milamin hendaklah
tidak melebihi suhu 95°C (mendidih), makanan tidak berasid
seperti PH 2-5 (jus oren) dan pinggan dan mangkuk yang retak
tidak dibenarkan.

5. Peralatan makan minum tidak boleh digunakan oleh lebih dari


seorang tanpa dibasuh dengan air yang bersih setiap kali ianya
digunakan.

6. Peralatan memasak hendaklah direndam dalam air panas


sekurang-kurangnya selama seminit dicuci dengan menggunakan
sabun dan dilap dengan kain khas.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

7. Cawan-cawan dan lain-lain alat pemasak tembikar atau gelas


yang sumbing dan retak adalah tidak sesuai digunakan.

8. Bagi memastikan keselamatan dapur memasak pastikan pelapik


dapur adalah terdiri daripada bahan yang tidak mudah terbakar.

9. Penggunaan semula rak telur adalah tidak dibenarkan untuk


melapik kerana ia mempunyai risiko tempat pembiakan bakteria.

10. Papan pemotong jenis kayu tidak dibenarkan kerana dikhuatiri


penjagaan kebersihan tidak terurus akan menggalakkan
pembiakan bakteria. Gunakan papan pemotong yang diperbuat
daripada bahan sintetik atau polipropilen dan tidak mudah
berkulat.

11. Papan pemotong bagi daging, ikan, ayam dan sayur perlu
berasingan dengan papan pemotong bagi buah-buahan.

12. Penggunaan sudu dan garpu mestilah selamat dan bersesuaian


dengan makanan yang disediakan.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

PROSEDUR PEMBERIAN, ETIKA DAN TEKNIK MENGHIDANG


MAKANAN

1. Prosedur Pemberian Makanan

1.1 Pastikan peralatan makan minum dan tempat makan dalam


keadaan bersih.

1.2 Pengagihan makanan mestilah mengikut sukatan yang


disarankan.

1.3 Pastikan kanak-kanak beratur sebelum mencuci tangan.

1.4 Pastikan kanak-kanak mencuci tangan 7 langkah yang


disarankan.
i. Basuh tangan dengan sabun secukupnya
ii. Gosok tapak tangan
iii. Gosok setiap jari dan celah jari
iv. Gosok kuku di tapak tangan
v. Gosok belakang tangan
vi. basuh dengan air bersih secukupnya.
vii. Keringkan tangan dengan kain bersih.

1.5 Pastikan kanak-kanak duduk di tempat yang sesuai.

1.6 Pastikan kanak-kanak membaca doa sebelum makan.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

1.7 Pastikan PM dan PPM memerhati dan membantu kanak-


kanak sepanjang waktu makan.

1.8 Digalakkan memberi buah-buahan kepada kanak-kanak


selepas minum pagi / makan tengahari

1.9 Pastikan kanak-kanak meletakkan peralatan makan minum


di tempat sesuai selepas makan.

1.10 Pastikan kanak-kanak mencuci tangan dan mulut selepas


makan.

1.11 Pastikan kanak-kanak membaca doa selepas makan.

2. Prosedur Etika Ketika Makan

2.1 Pastikan kanak-kanak duduk dalam posisi yang betul dan


sopan.

2.1 Pastikan kanak-kanak makan dengan tertib.

2.2 Pastikan PM dan PPM menerangkan kepada kanak-kanak


tentang khasiat makanan dan memperkenalkan makanan
baru ketika kanak-kanak sedang makan.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

2.3 Memberi pujian kepada kanak-kanak yang makan


makanan berkhasiat seperti sayur dan buah.

2.4 PM dan PPM perlu memastikan kanak-kanak makan


sehingga selesai.

2.5 Pastikan kanak-kanak tidak berlari atau bermain ketika dan


selepas makan

3. Pemberian Makanan Semasa Bulan Ramadhan.

3.1 Penyediaan makanan tambahan semasa bulan ramadhan


adalah seperti biasa.

3.2 Kanak-kanak yang tidak berpuasa diberi makan seperti


biasa. Walaubagaimanapun, kanak-kanak yang berpuasa
hendaklah diasingkan di tempat lain seperti taman
permainan.

3.3 Makanan untuk kanak-kanak yang berpuasa, hendaklah


dibungkus dan dibawa pulang oleh kanak-kanak selepas
habis hari persekolahan.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

4. Teknik Menghidang

4.1 Pastikan makanan yang dihidang diletakkan di atas alas /


lapik yang bersih.

4.2 Pastikan pinggan dan mangkuk yang dihidang tidak


bertindih.

4.3 Pastikan buah-buahan diberi secara berasingan dengan


makanan lain iaitu tidak dicampurkan bersama-sama
dengan hidangan utama.

4.4 Jenis-jenis cara menghidang :-


i. Menghidang-Saprah
ii. Ala barat
iii. Ala cina
iv. Ala India

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

PROSEDUR RUJUKAN KES KE KLINIK KESIHATAN

1. Kenalpasti pertumbuhan kanak-kanak – Bantut / Obes / Kurang


Berat Badan

2. Merujuk kes kanak-kanak ke Klinik Kesihatan untuk pengesahan


oleh Pegawai Kesihatan dan rawatan susulan.

3. Perbincangan bersama ibu bapa / penjaga diadakan di Tabika/


Taska susulan di rumah.

4. Pendidikan amalan pemakanan yang sihat melalui Bengkel


Keibubapaan dan Penerapan Amalan Hidup Sihat.

5. Penilaian semula ke atas status tumbesaran kanak-kanak pada


setiap Januari, Mei dan September.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

Rujukan:

KKM. 2007. Panduan Kebersihan & Keselamatan Makanan.


Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan. Kementerian Kesihatan
Malaysia.

KKM. 2005. Panduan Penyedian Hidangan Sihat. Cawangan


Pemakanan,
Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan
Malaysia.

KKM. 1999. Panduan Diet Malaysia. Jawatankuasa Penyelaras


Makanan dan
Pemakanan Kebangsaan. Kementerian Kesihatan Malaysia.

KPM. 2004. Panduan Pengurusan Kantin Sekolah. Bahagian


Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MOH. 2005. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. National


Coordinating Committee on Food and Nutrition. Ministry of Health
Malaysia.

53
MANUAL PENGURUSAN TABIKA DAN TASKA KEMAS
BAB 6: GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKANAN DAN MINUMAN TABIKA DAN
TASKA

Ahli Kumpulan:

1. En. Shahrulnaz Norhazli bin Nazri


Pegawai Zat Makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Cawangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
Bangunan Kuala Terengganu Bussiness Centre,
Mukim Cabang Tiga,
21100 Negeri Terengganu.
Tel: 012- 327 7834
Tel: 09- 622 6028 Faks: 09- 622 1385

2. Cik Teh Wai Siew


Penolong Pengarah (Pemakanan)
Bahagian Pemakanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E10, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya .
Tel: 012- 608 6626
Tel: 03-8883 4092 Faks:03 – 8888 4647

3. Pn.Felecia Dora Tiongin Lumbok


Pegawai KEMAS Daerah
Pejabat KEMAS Daerah Tuaran
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sabah
Kementerian Kemajuan Luarbandar Dan Wilayah
Tel.: 088-787621,088-787610
Faks: 088-787621

4. Pn, Marlina Binti Mokhtar


Penyelia Operasi 1
Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Melaka
Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Jalan Hang Tuah
75300 Melaka
Tel : 06-2823987
Faks : 06-2835198

53