Anda di halaman 1dari 2

Hidayah itu milik Allah swt dan kurniaan yang terindah bagi individu yang

memperolehnya. Aisyah berharap agar suatu hari nanti, Allah perkenankan doa Aisyah dan
bukakan pintu hati papa, mama dan abang. Cukup itu saja yang Aisyah impikan, detik hati
kecil Siti Aisyah Binti Abdullah. Usai bacaan doa wirid, Aisyah terus bangun dan baring di
atas katil sementara menunggu masuknya waktu Isyak. Aisyah terkenangkan keluarganya
sewaktu dia kecil. Aisyah dilahirkan bukanlah dengan nama Siti Aisyah seperti sedia kala,
tetapi dengan nama, Alicia Tan. Keluarga Aisyah beragama campur iaitu Kristian dan Buddha.
Itulah agama yang diterapkan dalam kehidupan Alicia dan abangnya sehingga Alicia berumur
18 tahun. Ketika berusia 18 tahun, bermulalah segala titik perubahan dimana agama Islam mula
menyinari kehidupannya walaupun terpaksa menempuh pelbagai onak dan duri.
Aisyah berminat akan agama Islam sejak dari zaman persekolahan lagi. Setiap kali
pembukaan majlis di sekolah, doa dan terjemahan akan dibacakan sebagai tanda permulaan
harian supaya segala aktiviti yang dilaksanakan pada hari tersebut diberkati-Nya. Dan pada
setiap hari itu, Aisyah akan menghayati terjemahan ayat-ayat suci Al-Qur’an Al-Kareem. Ini
membuatkan hati Aisyah membuak-buak kerana banyak persoalan bermain di mindanya
mengenai Islam.
Pernah sekali, di usia yang hanya belasan tahun pada ketika itu, Aisyah pernah menyoal
keluarganya mengenai Islam. “Dad, I was amazed about the purity of Islam and why not we
are Muslims?”, soal Aisyah dengan nada beraninya. Encik Henry terkejut mendengarnya.
Lantas itu, ekspresi wajahnya bertukar lalu berkata, “What nonsense you are talking about?”.
Aisyah hanya mampu berdiam tanpa berkata. Dari raut wajah Encik Henry, jelas sekali bahawa
dia tidak gemari agama Islam. Sejak hari tu dia tidak pernah bertanyakan lagi dan hanya
mempelajari agama barunya secara tersembunyi tanpa pengetahuan keluarga sehingga dia
dijodohkan untuk bertemu dengan sahabat karib dunia dan akhiratnya, Farah Waheeda Binti
Salem.
“Aisyah!!!”, jerit Farah ditelinga Aisyah sekuat hati.
“Astagfirullah al azim.. Farah! Terkejut aku. Lain kali bagi la salam dulu.
Assalamualaikum.. wahai sahabatku, Farah Waheeda”, ujar Aisyah dengan nada yang sinis
dalam kelembutannya berkata-kata kerana terkejut dengan kehadiran rakan serumahnya yang
muncul secara tiba-tiba. Farah merupakan sahabat karibnya sejak hari pertama dia menjejakkan
kaki ke Universiti Teknologi Mara. Bukan sekadar rakan serumah, malah rakan yang berjaya
membuka pintu hatinya untuk mendekatkan diri serta senantiasa istiqamah pada Yang Maha
Esa.
“Waalaikumsalam, tak baik tau perli aku macam tu. Aku dari bawah dok bagi salam
punya la kuat. Sampai terjah masuk bilik hang pun, hang buat taktau ja. Mengelamun apa
maghrib-maghrib ni?” soal Farah yang geram melihat kelakuan sahabatnya yang tersipu malu
apabila sedar akan kesalahannya. “Ha.., tersengih-sengih, tau pun malu”, tambah Farah.
Aisyah membalas sambil menarik lengan Farah menyuruh duduk di sebelahnya, “Sorry
la, Farah. Aku tak sedar pun. Sini la. Farah.. emm.. aku ingat nak balik la esok. Aku rindukan
keluarga aku”.
“Eh, baliklah. Hang mesti fikirkan aku dok sorang sebab Tina dengan Amy pun balik
kan? Aku okay la. Hang tu balik la. Dah lama sangat tak balik kan? Aku takpa, minggu lepas
kan dah balik”, kata Farah yang setuju dengan keputusan Aisyah.
“Mesti ada apa-apa ni. Nak balik pun, muka semacam ja. Cuba bagitau aku”, Farah
seolah-olah boleh membaca apa yang bermain di kotak fikirannya.
“Farah.. aku rasa selama 4 tahun aku peluk Islam. Aku belum buat yang terbaik lagi.
Kalau Allah pilih aku untuk pergi dulu, macam mana dengan keluarga aku?”, soal Aisyah lalu
air mata yang mula mengalir membasahi pipi. Melihat keadaan Aisyah, Farah terus
memeluknya lalu berkata, “Tak baik hang cakap macam tu. Banyak berdoa, Aisyah.
InshaAllah, Allah makbulkan. Dia dengar doa hang, cuma sekarang bukan masanya lagi. Allah
lebih mengetahui bila dan di mana sesuatu benda tu akan terjadi”, jelas Farah untuk
menenangkan Aisyah. Aisyah hanya diam tanpa berkata.
“Aisyah, aku kagum dengan hang tau. Pengorbanan hang ni tak semua orang mampu
buat”, ujar Farah lagi. Akhirnya, Aisyah bersuara, “Pengorbanan?”.
Pengorbanan yang dimaksudkan Farah adalah pengorbanan apabila Aisyah sanggup
mengubah prinsip pegangan agama dahulunya kepada kini, iaitu pegangan agama Islam yang
diredhai Allah swt. Kerana mendalamnya cinta Aisyah kepada Allah swt, Aisyah meletakkan
cinta pada-Nya melebihi segalanya, walaupun pada peringkat awal ditentang oleh keluarga.
Aisyah tidak pernah meninggikan suara ataupun menentang semula apabila keluarganya
membahas mengenai agamanya. Aisyah sanggup korbankan perasaan marahnya dengan
bercakap lemah lembut serta mengelakkan diri dari perkara yang membawa kepada larangan-
Nya.
“Hang ingat tak masa hang bersungguh-sungguh lawan pelat hang tu sampai lancar la
sebutan. Mak aku sampai tak berhenti-henti tau puji hang. Sat ja hang tangkap bunyi dan
bacaan lancar terus. Aku dulu lambat juga tau. Jeles aku!”, bukan Farah Waheeda lah namanya,
kalau setiap kali nasihat tak selitkan kata-kata yang menggelikan hati. Mesti ada!
“Maafkan aku, Farah. Aku tak seharusnya mengalah dalam perjuangkan agama Allah.
Aku seharusnya yakin akan kuasa Ilahi. Mulai saat ini, aku akan sentiasa pulang kepangkuan
keluarga dengan hati yang ikhlas dan terbuka. Moga Allah dengar rintihan kalbuku ini. Terima
kasih, Farah”. Aisyah membalas pelukan Farah dengan erat. Aisyah seakan mengerti akan
nasihat sahabatnya itu. Farah mengiakan kata-kata Aisyah dengan terbuka.
Sesungguhnya, firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah, ayat 207, dan di antara
manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata dan
Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.

Anda mungkin juga menyukai