Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA

MAJLIS PERHIMPUNAN PENDIDIKAN PPD MUAR

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬,‫الحمد هلل رب العالمين‬
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Perhimpunan


Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Muar Bil. 4/2016, merafa’kan kesyukuran
dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan komitmen dan
iltizam kami terhadap pendidikan. Kami sedar dan faham, bahawa pengorbanan dan
sumbangan bakti kami, amat besar ertinya buat pendidikan negara. Kegigihan,
kesabaran dan keyakinan yang tinggi, dengan roh dan semangat kependidikan,
mendidik anak bangsa supaya berbudi dan berjasa, tanpa mengira tempat dan masa,
amat mulia dan disanjungi .

Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami.


Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah
tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi
menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami
kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana
kecemerlangan pendidikan, di alam persada ini.

Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat
melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu.
Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan
generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫وال تجعل اللهم فينا وال معنا وال من يتبعنا شقيا وال مطرودا وال محروما‬
‫اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهمااللهم اغفرلنا ذنوبنا وإلخواننا الذين سبقونا باإليمان‬
‫وال تجعل في قلوبنا غال للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم‬
‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي األخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫ والحمدهلل رب العالمين‬، ‫وصلى هللا على محمد وعلى اله وصحبه وسلم‬

Anda mungkin juga menyukai