Anda di halaman 1dari 4

CERITA 1

Si Tangganganakderhaka.

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku

tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….”

” Pengawal, halau perempuan tua ini, aku benci melihatnya!”

Para hadirin sekelian,

Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah ”

Si Tanggang Anak Derhaka” yang akan saya ceritakan pada pagi yang berbahagia ini.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera kepada barisan

Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

[ Lagu Ayah dan Ibu ]

Ayah dan ibu (2x)

Itulah permulaan kami

Dapat melihat

Bulan dan matahari ahh....

Ayah dan ibu (2x)

Yang dikurniakan dari Ilahi ahh...

Ayah dan ibu mesti dihormati.


Pada zaman dahulu ada sepasang suami isteri yang bernama Si Talang dan Si

Deruma.

 1. Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang.

Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk

menjadi kaya dan terkenal

 2.Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai

yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda

kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju

kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.

 3. Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda.

Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun

diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang

dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang. Si Tanggang cekap

dan pandai berniaga.

 4.Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama

kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa

isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.

 5. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampong asal-

usulnya. Orang kampong mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang, anak jati

kampung tersebut. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya yang tinggal jauh di

hujung kampung.Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke

kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang,

iaitu pisang salai.


 Apabila tiba di kapal,seorang anak kapal melarang mereka naik.Seketika kemudian, Si

Tanggang muncul dengan isterinya yang jelita.

 6. Si Tanggang berasa malu untuk mengaku di hadapan isterinya bahawa orang tua itu

ialah ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma

kelihatan begitu uzur dan daif sekali.Rambut mereka kusut-masai, badan mereka

berbau dan pakaian mereka pula compang-camping.Lalu,Si Tanggang menghalau ibu

bapanya itu. Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak

disangka anak kesayangan mereka yang dahulu ditatang bagai minyak yang penuh

telah berubah sikapnya. Dengan perasaan yang amat sedih dan hati yang remuk

mereka pun berdayung ketepian pantai.Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang

ke langit. Lantas dia berdoa supaya Si Tanggang diberi petunjuk bahawa dia lah ibu

kandungnya

 [ Lagu Syurga Itu di Telapak Kaki Ibu ]

Duhai apakah geranganbudi bahasa

Bagi insan melahirkan membesarkan

Tiada bahgia jika

tiada doa puja restu

Syurga itu di telapak kaki ibu (2x)

 7. Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu

terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah

memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah

menderhaka. Ibuuu...ampunkan Tanggang.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata

buruk padahnya. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila rebut reda,
kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si

Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.

Ya Kawan-kawan,

 Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan

menderhaka kepada kedua orang tuanya yang telah bersusah payah mendidik

dan membesar dari kecil hingga ke dewasa.

 Oleh itu jangan sesekali bersikap menderhaka kepada ibu bapa kita, jadilah anak

yang soleh yang sentiasa menyayangi ibu bapa walau siapa pun mereka.

IBUUUU....[ menangis ]

 Sekian.

 Wabilahitaufiqwalhidayah.

 Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan rendah diri anak soleh

kesayangan ayah ibu mohon mengundur diri.

Anda mungkin juga menyukai