Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Kajian yang dijalankan ini adalah bagi mengesan apakah faktor-faktor yang terlibat
dalam berlakunya peningkatan dalam kes hipertensi di Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan.
Bagi menyiapkan kajian ini, penyelidik telah mengambil masa selama 1 tahun atau 2 semester
dalam tempoh pengajian. Dalam menyiapkan kajian ini, penyelidik telah menggunakan segala
sumber dan data yang ada di Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan bagi mendapatkan data dan
maklumat yang tepat. Segala data yang diperolehi kemudiannya dirumuskan ke dalam bentuk
carta serta jadual bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih jitu.
Responden-responden yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara rawak dan di ambil
dari pelbagai lapangan kaum. Responden-responden ini adalah pesakit-pesakit yang menghidap
hipertensi (kes lama dan “new case”) yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tanjung
Rambutan dan berumur sekitar 30 tahun ke atas. Setiap responden yang diambil mempunyai
Walaupun setiap responden dipilih secara rawak tetapi penyelidik tetap menekankan agar
wujudnya perbezaan diantara umur, kaum, latarbelakang dan taraf hidup di kalangan responden-
responden kerana ini adalah untuk mendapatkan keputusan yang terbaik bagi kajian ini.
Bagi menyempurnakan kajian ini, setiap data dan maklumat dari responden atau pesakit
diambil dan dicatatkan. Maklumat yang diambil kemudiannya akan dibuat rumusan/ kesimpulan
bagi mencari apakah faktor-faktor penyumbang dalam terus berlakunya peningkatan kes di
kawasan ini.
Melalui kajian ini juga penyelidik dengan secara tidak langsung dapat mengesan di
manakah kelemahan dalam pencegahan kes-kes hipertensi ini dari terus meningkat dari tahun ke
tahun. Dalam kajian ini juga, segala permasalahan yang ada dapat di ketahui dimana puncanya
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya dapat juga saya menyiapkan kajian ini.
Sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat
di dalam penghasilan kajian saya ini terutama sekali kepada mereka yang memberi perangsang,
membantu dalam pencarian maklumat dan pelbagai jenis sumbangan lain sehingga saya dapat
Ulu Kinta En.Elengovan, penyelia saya iaitu En. Karunagaran yang telah banyak membantu
sejak dari awal kajian ini dimulakan sehinggalah ianya telah siap.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya, sahabat-sahabat yang telah banyak
mendorong saya ketika saya goyah dan berputus asa untuk menyiapkan kajian ini. Maklumat-
maklumat yang mereka berikan berkaitan dengan kajian saya ini sedikit sebanyak menyenangkan
Akhir sekali tidak lupa kepada orang perseorangan yang telah membantu saya secara
langsung mahupun tidak sehingga terhasilnya kajian ini. Saya akui tanpa bantuan semua pihak,
nescaya kajian ini tidak akan dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang diberikan.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada para pengajar Kolej Pembantu
Perubatan Ulu Kinta kerana banyak memberi idea-idea dan komentar yang cukup bernas di
dalam membimbing saya dan rakan-rakan seperjuangan sehingga selesainya tugasan ini. Jasa-
1.1. PENGENALAN
Setiap manusia yang hidup inginkan kesihatan yang baik iaitu dari segi mental, fizikal
dan sosial. Segala permasalahan kesihatan yang wujud sebenarnya adalah berpunca dari diri
seseorang itu sendiri kerana setiap penyakit yang dihidapi itu berpunca dari gaya hidup kita
sendiri.
Setiap manusia yang dilahirkan normal dari segi fizikal dan mental sebenarnya dapat
mengekalkan itu semua hingga ke akhir hayat melainkan penyakit-penyakit yang berkaitan
dengan keturunan atau genetik. Penyakit hipertensi atau darah tinggi adalah penyakit dimana
tekanan darah meningkat naik dari kadar tekanan darah normal. Menurut piawaian Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) 1978, seseorang itu di anggap mengalami darah tinggi apabila
bacaan tekanan darahnya sama atau melebihi 160/95 mmHg. Individu yang mempinyai tekanan
darah antara 140/90 mmHg hingga 160/94 mmHg boleh la di anggap mempunyai tekanan darah
“borderline”. Tekanan darah yang kurang daripada 140/90 mmHg bolehlah di anggap normal.
Hipertensi biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda mungkin
mengalami hipertensi dan pada masa yang sama merasa diri anda sihat. Hanya satu cara untuk
mengetahui sama ada anda mempunyai hipertensi atau tidak iaitu dengan memeriksa tekanan
darah secara berkala. Dua kali setahun jika kadarnya normal dan lebih kerap jika ianya tinggi
atau jika anda mempunyai ahli keluarga yang menghidap hipertensi, angin ahmar atau seranagn
jantung. Oleh yang demikian kefahaman dan pengetahuan orang ramai tentang istilah penyakit
itu sendiri adalah amat penting kerana sebarang faktor penyumbang kepada penyakit ini boleh
Semua pihak haruslah perihatin tentang permasalahan akibat daripada keadaan ini agar
ianya boleh menyumbang kepada pencegahan dan pengawalan yang seterusnya membawa
seharusnya mendapatkan rawatan dan nasihat daripada pegawai perubatan dengan segera supaya
tekanan darah mereka terkawal dan tidak timbul komplikasi hipertensi di kemudian hari.
Kajian akan dilakukan di Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan, Perak. Klinik Kesihatan
Tanjung Rambutan merupakan sebuah klinik yang terletak di dalam daerah Kinta dan ianya
menampung lebih kurang 100-150 orang pesakit sehari. Kebanyakan penduduk di kawasan ini
majoritinya bekerja sendiri, kerajaan dan swasta. Kawasan ini dihuni oleh pelbagai kaum iaitu
Dari pemerhatian yang dijalankan, statistik dan reten di klinik tersebut menunjukkan
berlakunya peningkatan kes hipertensi di kawasan Tanjung Rambutan tetapi peningkatan kes
yang berlaku tidaklah drastik dan membimbangkan. Kebanyakan kes yang dilaporkan di klinik
kerana walaupun jumlah peningkatan kes baru yang dilaporkan adalah dalam kuantiti yang kecil
tetapi dari masa ke semasa pertambahan ini boleh memberi kesan atau impak pada status
kesihatan penduduk dan sedikit sebanyak memberi kesan buruk khususnya membawa kepada
kemunduran ekonomi dan pembaziran kepada pihak kerajaan sendiri dalam menampung kos
Mereka yang menghidap hipertensi atau darah tinggi ini sebenarnya mempunyai risiko
sehingga empat kali ganda untuk menghidap penyakit jantung. Malahan peningkatan tekanan
darah yang sedikit sekalipun boleh menyebabkan pesakit berhadapan dengan risiko yang tinggi
Oleh yang demikian kefahaman dan pengetahuan orang ramai tentang penyakit hipertensi
itu sendiri adalah amat penting kerana sebarang faktor penyumbang kepada penyakit ini boleh
menyebabkan berlaku peningkatan kepada kes-kes hipertensi yang mana ianya adalah salah satu
penyakit utama di negara kita. Oleh yang demikian, semua pihak haruslah prihatin tentang kes
Hipertensi (darah tinggi) di kalangan pesakit di Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Ini kerana
dianggarkan lebih kurang 33% penduduk Malaysia yang diambil secara rawak pada tahun 1996
menghidap penyakit ini yang terdiri daripada pelbagai kategori (National Health and
Morbidity Survey 1996). Keadaan ini amat membimbangkan ekoran penyakit tersebut akan
mendatangkan pelbagai komplikasi yang negatif terhadap pesakit itu sendiri dan juga negara.
1.3. PERSOALAN (RESEARCH QUESTION).
Melalui kajian yang akan dilakukan juga, beberapa persoalan yang timbul
tinggi?
hipertensi?
Ojektif Umum
Objektif kajian ini dibuat amnya adalah sebagai rujukan untuk pihak kementerian dalam
mengawal dan mencegah kes hipertensi dari terus meningkat. Kajian ini juga di harap dapat di
jadikan panduan oleh pihak kementerian dalam mencari dimanakah kelemahan dan kekurangan
Objektif Spesifik
Objektif khusus yang ditekankan dalam kajian ini merangkumi pelbagai aspek. Antara
Tanjung Rambutan.
Mengukur sejauh manakah pengetahuan masyarakat setempat tentang penyakit hipertensi
Kajian ini penting kerana ia memberi faedah kepada pesakit, keluarga, masyarakat dan
juga pihak Kementerian Kesihatan sendiri. Tujuan utama kajian ini adalah sebagai rujukan untuk
pihak kementerian dalam mengawal dan mencegah kes hipertensi dari terus meningkat. Kajian
ini juga di harap dapat di jadikan panduan oleh pihak kementerian dalam mencari dimanakah
kelemahan dan kekurangan dalam mencegah dan merawat kes-kes hipertensi dari terus
Melalui kajian ini juga, diharap pesakit mendapat manfaat seperti mendapat pengetahuan
tentang penyakit, mengetahui faktor-faktor risiko, menerima nasihat tentang pemakanan yang
sihat, modifikasi aktiviti harian yang harus dijalani, cara menangani tekanan perasaan, kelebihan
Masalah takanan darah tinggi atau hipertensi merupakan satu masalah kesihatan global
dengan anggaran satu pertiga penduduk dewasa dunia melebihi umur 30 tahun menghidap
penyakit tersebut. Di Malaysia, masalah tersebut turut meruncing akibat pelbagai faktor.
Terdapat faktor yang tidak boleh diubah seperti faktor genetik tetapi ada juga yang boleh diubah
Penyakit hipertensi ini sebenarnya boleh membawa kepada pelbagai komplikasi penyakit
lain. Tekanan darah yang berlebihan boleh merosakkan pembuluh darah besar dan juga yang
kecil. Contoh kerosakan pembuluh darah yang besar adalah seperti strok dan serangan jantung
dan contoh kerosakan pembuluh darah yang kecil ialah kegagalan buah pinggang dan gangguan
penglihatan disebabkan kerosakan mata. Satu lagi komplikasi ialah ‘atrial fibrillation’ atau
degupan jantung yang tidak stabil. Ini menyebabkan pesakit merasa berdebar-debar dan kadang-
kala pening dan sesak nafas. Darah tinggi juga menyebabkan jantung membengkak dan boleh
berlarutan hingga ke peringkat lemah jantung. Satu lagi komplikasi ialah bengkak di saluran
aorta (aneurisme). Aneurisme ini kadangkala terkoyak atau bocor dan berlaku pendarahan yang
banyak. Komplikasi ini kerap menyebabkan pesakit maut. (Utusan Malaysia, 2008)
Dianggarkan lebih kurang 33% penduduk Malaysia yang diambil secara rawak pada
tahun 1996 menghidap penyakit ini yang terdiri daripada pelbagai kategori. Dikalangan pesakit
tersebut 33% daripada penghidap penyakit hipertensi menyedari bahawa mereka telah
menghidap penyakit ini. Lain-lainnya tidak mengetahui bahawa mereka juga menghidapi
penyakit ini kerana mereka tidak mengetahui tanda dan gejala penyakit ini. 23% pula sedang
dalam rawatan dan dan patuh kepada rejim rawatan manakala 6% mempunyai ‘controlled
hypertension’ iaitu mendapat rawatan yang betul serta dapat mengawal penyakit hipertension
daripada terus mengancam nyawa dengan mengawal tekanan darah mengikut ubat yang
Tabiat merokok dikalangan masyarakat negara ini amat membimbangkan dewasa ini.
Setiap tahun kira-kira 10,000 rakyat Malaysia mati disebabkan amalan merokok. Kesan dari
tabiat merokok ini banyak komplikasi-komplikasi yang yang sebenarnya ditanggung oleh
perokok dalam sedar atau tidak. Merokok boleh menyebabkan risiko ke arah hipertensi kerana
kesan buruk akibat nikotin, karbon monoksida, tar dan toksin lain. Nikotin menyebabkan jantung
terpaksa bekerja lebih kuat dari kadar normal dan komplikasi yang terpaksa di tanggung ialah
penyakit yang berkait dengan kegagalan jantung dan seterusnya boleh mengarah ke penyakit
Di Malaysia, punca kematian yang melibatkan kes-kes hipertensi berada di tahap yang
membimbangkan. Disini dapat dibuktikan bahawa penyakit ini adalah antara penyakit yang perlu
diberi perhatian dalam proses melakukan pencegahannya. Kencing manis, tekanan darah tinggi,
kegagalan buah pinggang dan sakit jantung - empat penyakit yang saling berkait rapat (Nasional
mereka yang mempunyai masalah obesiti dan tinggi kandungan kolestrol adalah paling berisiko
tinggi untuk mendapat masalah jantung dan penyakit hipertensi. Oleh itu pengawalan diet adalah
cukup penting dalam menjalani kehidupan seharian. Setiap pesakit mempunyai masalah-masalah
yang berbeza dan mereka memerlukan lebih dari setakat sokongan ubatan. Setiap pesakit
memerlukan penjagaan, pengurusan dan perhatian dalam merawat sakit yang dihidapi.
tekanan darah tinggi. Ia melibatkan perubahan cara hidup kepada yang lebih baik dan juga patut
diamalkan oleh semua individu yang mengalami tekanan darah tinggi. ( Kementerian
Kesihatan Malaysia).
mendapat penyakit hipertensi dan juga mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung. Ini juga
penting kepada penghidap hipertensi bagi mengelak dan mencegah komplikasi-komplikasi yang
sememangnya sudah diketahui sangat bahaya. Pesakit dibawah rawatan sensitive perlulah
mengelak daripada pengambilan garam atau sodium untuk mengelakkan daripada komplikasi
penyakit jantung, buah pinggang dan kerosakan otak serta bahagian-bahagian lain organ tubuh
Pesakit hipertensi diminta agar jangan berhenti atau ponteng daripada memakan ubat
yang telah dipreskripsikan kepadanya kerana jika berbuat demikian seseorang pesakit hipertensi
itu akan mengalami kesan atau tanda dan gejala penyakit hipertensi yang serius seperti sakit
kepala, loya, sakit bebola mata dan penglihatannya juga akan menjadi kabur. Ini disebabkan oleh
Semua pesakit hipertensi yang mendapat rawatan dari segi ubat-ubatan dinasihatkan
supaya meneruskan memakan ubat seperti yang telah diarahkan bagi mengelakkan daripada
berlakunya komplikasi yang tidak diingini. Ia juga bertujuan untuk menstabilkan tekanan darah
pesakit tersebut. Pesakit yang berhenti memakan ubat darah tinggi dinasihatkan supaya berjumpa
semula dengan doktor untuk memeriksa semula tekanan darah dan menyambung rawatan
pengubatan semula dengan lebih teratur bagi memastikan keberkesanan kawalan. ( Berita
Harian, 30/3/2008)
Ubat anti-hipertensi yang diambil adalah bergantung kepada umur seseorang pesakit itu.
Kebanyakan pesakit yang mendapat hipertensi adalah berumur dalam lingkungan 40 tahun ke
Faktor keturunan didapati memainkan peranan penting menyebabkan darah tinggi primer.
Ini berdasarkan kajian yang di lakukan ke atas saudara terdekat termasuk ibu-bapa, anak-anak
dan saudara kembar. Oleh itu di sini kita boleh membuat andaian bahawa jika ibu-bapa
menghidap hipertensi, kemungkinan besar anak-anak mereka boleh menghidap penyakit ini
berenang berjoging, bersukan dan sebagainya cenderung mendapat penyakit darah tinggi dan
Tekanan emosi yang berlanjutan, beban ekonomi, persaingan di tempat kerja dan beban
ekonomi adalah antara beberapa faktor stress di kalangan masyarakat di zaman moden ini. Stress
jantung dengan meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah. The American
Institute Of Stress.
Banyak bukti yang menunjukkan bahawa corak atau gaya hidup seseorang dari pelbagai
aspek merupakan faktor terbesar dalam menyumbang ke arah mendapat pelbagai komplikasi
penyakit. Gaya hidup seperti merokok, obesiti, pengambilan minuman keras dan sebagainya
merupakan contoh dari pelbagai lagi gaya hidup kurang sihat yang di amalkan oleh masyarakat
dewasa ini. Kesedaran bahawa bahaya mengenai corak atau amalan gaya hidup yang kurang
menggunakan borang soal selidik (questionnaire). Penyelidik telah membuat kajian tentang
apakah faktor-faktor peningkatan kes hipertensi di Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Data-
data dan maklumat ini di ambil bagi mengesan apakah faktor atau penyebab kes Hipertensi ini
Untuk menyiapkan dan melengkapkan kajian ini, penyelidik telah menggunakan pelbagai
sumber dan bahan yang ada di Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Melalui data-data dan
maklumat yang diperolehi menunjukkan masyarakat (populasi) yang datang untuk mendapatkan
rawatan di Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan terdiri dari pelbagai bangsa dan umur tetapi
majoritinya adalah berbangsa Melayu dan di ikuti kaum India, Cina dan lain-lain.
Daripada populasi yang datang ke klinik, pemilihan untuk responden adalah berdasarkan
kaedah rawak bebas iaitu seramai 30 responden yang mempunyai pelbagai perbezaan dari segi
bangsa, umur (lingkungan 30tahun-80tahun) dan sosio ekonomi. Responden yang dipilih pula
adalah terdiri daripada pesakit hipertensi yang datang untuk mendapatkan rawatan dan pesakit
yang baru diagnosakan mendapat penyakit tersebut. Segala maklumat respondan adalah sulit dan
Untuk kajian ini, 2 jenis borang soal selidik digunakan iaitu borang (A), (B) dan borang
(C). Melalui borang ini penyelidik dapat mengumpulkan data-data dan maklumat yang berkaitan
Borang B: Soalan pada bahagian ini akan menentukan apakah faktor penyumbang
Bagi tujuan pengumpulan data pula, penggunaan ‘closed end question’ digunakan kerana teknik
Pengumpulan data terdiri daripada jenis primer dan sekunder. Primer bermaksud borang
soal selidik manakala sekunder pula terdiri daripada maklumat yang diperolehi dari keratan
Borang soal selidik yang lengkap diedarkan kepada responden yang telah terpilih untuk
dijawab. Responden hanya perlu meluangkan masa lebih kurang 15-20 minit untuk mengisi
borang soal selidik tanpa perlu membazirkan masa semasa menunggu giliran untuk mendapatkan
rawatan di klinik kesihatan tersebut. Penyelidik mengambil masa selama 1 hari untuk
mendapatkan 30 orang responden yang terdiri dari pelbagai latar belakang. Semua borang soal
selidik yang telah dijawab oleh responden akan dikumpul dan dianalisa.
Kaedah penganalisaan dibuat adalah bagi mengesan apakah faktor-faktor yang
menyumbang ke arah peningkatan kes dan sejauh manakah keberkesanan kempen-kempen dan
rawatan yang disediakan oleh pihak kementerian dalam menangani masalah ini.
Segala data-data dan statistik kes hipertensi atau darah tinggi ini di terjemahkan
menggunakan perisian Microsoft Excel ke dalam pelbagai bentuk carta, graf dan jadual bagi
memudahkan penyelidik membuat rumusan dan kesimpulan di peringkat akhir kajian nanti.
Sebelum memulakan kajian yang akan dilakukan ke atas responden yang terdiri daripada
pesakit di Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan, penyelidik terlebih dahulu meminta keizinan
daripada penyelia klinik kesihatan tersebut. Setelah mendapatkan keizinan daripada pihak
daripada reten dan statistik dari klinik tersebut dan seterusnya mengedarkan borang soal selidik
yang lengkap kepada responden yang telah terpilih untuk dijawab. Hasil kajian ini juga perlu
diterangkan kepada responden bahawa segala maklumat akan dirahsiakan. Ianya juga hanya
digunakan untuk tujuan akedemik sahaja dan segala maklumat dan identiti akan dirahsiakan.
Dengan demikian para responden tidak akan risau dan ragu-ragu untuk menjawab soalan dengan
Satu kajian rintis atau ‘pre-test’ telah dilakukan kepada 5 orang orang awam bagi menguji
tahap kefahaman terhadap soalan yang diberikan. Responden bagi kajian ini akan mengisi
borang soal selidik yang bakal digunakan untuk responden sebenar. Sekiranya terdapat
kekeliruan terhadap soalan, penyelidik akan menukar atau memberi sedikit penerangan bagi
memudahkan soalan dijawab. Responden bagi pre-test ini tidak termasuk di dalam 30 responden
sebenar di mana hasilnya akan digunakan penyelidik bagi analisis data kajian nanti.
Pada bahagian pre-test ini, penyelidik mendapati tiada permasalahan yang timbul. Segala
soalan yang disediakan adalah mudah untuk di fahami dan senang dijawab kerana ianya ringkas.
BAB 4 ANALISA DATA
Carta pai di atas menunjukkan pecahan purata mengikut kaum bagi pesakit hipertensi di Klinik
Kesihatan Tanjung Rambutan. Setiap pecahan carta itu mewakili kaum Melayu, India, Cina dan
lain-lain kaum. Daripada data yang di perolehi, kaum melayu mewakli jumlah terbesar iaitu
sebanyak 50% dan di ikuti kaum India iaitu 34% dan Cina yang mewakili sebanyak 13%. Lain-
lain kaum pula hanya mewakili 3% sahaja dari keseluruhan carta. Salah satu sebab mengapa
Jumlah yang dicatatkan oleh kaum Melayu begitu tinggi mungkin juga kerana majoriti
Maklumat yang di perolehi dari graf di atas mewakili peringkat umur pesakit hipertensi yang
mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Bagi memudahkan carta dibaca
dan di rumus, peringkat-peringkat umur ini di bahagikan kepada empat bahagian iaitu 30-40
tahun, 50-60 tahun, 70-80 tahun dan 90 tahun ke atas. Daripada carta bar di atas mereka yang
berumur 30-40 tahun mewakili sebanyak 30% daripada keseluruhan data dan di ikuti 50-60
tahun sebanyak 47% manakala 70-80 tahun pula 23 %. Bagi 90 tahun keatas pula peratusannya
adalah 0%.
Daripada carta pai di atas dapat di lihat perbezaan angka peratusan yang ketara. Carta pai di atas
menunjukkan status pekerjaan penduduk di kawasan Tanjung Rambutan. Carta itu di bahagikan
kepada 4 sektor utama pekerjaan penduduk di kawasan Tanjung Rambutan termasuk yang tidak
bekerja. Sebanyak 17% mewakili mereka yang bekerja sebagai buruh atau pekerja ladang, di
ikuti 40% yang bekerja dalam sektor kakitangan sokongan dan hanya 10% dari golongan pekerja
profesional. Bagi golongan yang tidak bekerja pula terdapat 33% yang menghidap penyakit
Darah Tinggi.
Jadual 4 : Amalan merokok.
Data dan carta di atas menunjukkan bilangan perokok di kalangan responden yang di pilih.
Maklumat yang diperolehi dari borang soal selidik ialah seramai 17 orang responden merokok
yang mana mewakili 57% dari keseluruhan responden. Disini harus di ingat bahawa jumlah
responden berjantina lelaki adalah seramai 15 orang. Responden yang tidak merokok pula ialah
sebanyak 13 orang yang di wakili 43%. Dari maklumat di atas dapat kita nyatakan bahawa faktor
Carta di atas menunjukkan bilangan responden yang merasakan mereka mempunyai berat badan
yang ideal dan obesiti. Bilangan responden yang merasakan diri mereka mempunyai berat badan
yang ideal ialah seramai 10 orang atau 33% manakala yang merasakan diri mereka mengalami
masalah obesiti pula ialah seramai 20 orang atau 67% dari keseluruhan responden. Dari fakta ini
dapat kita nyatakan bahawa masalah obesiti juga turut menjadi faktor dalam berlakunya
adalah untuk mengetahui adakah setiap aktiviti seperti senaman dan riadah boleh mempengaruhi
peningkatan kes hipertensi di kawasan kajian. Daripada data yang di perolehi hanya sejumlah 3
orang atau 10% yang kerap bersenam atau menjalankan amalan gaya hidup sihat, selebihnya
sebanyak 2 orang atau 7% responden yang melakukan senaman secara sederhana, 10 orang atau
33% secara sekali-sekala dan terdapat juga yang langsung tidak mengamalkan gaya hidup sihat
sederhana sebanyak 60% diikuti penggunaan garam yang banyak sebanyak 23%. Lain-lain
responden menyatakan mereka menggunakan sekali-sekala sebanyak 10% diikuti mereka yang
tidak menggunakan garam berlebihan sebanyak 7%. Di sini dapatlah disimpulkan bahawa masih
ramai pesakit atau responden yang tidak menyedari keburukan penggunaan garam yang banyak
Data dan maklumat yang diperolehi dari responden-responden untuk stress ini ialah seramai 7
orang atau 23% yang menyatakan mereka tidak mengalami stress dalam kehidupan seharian
juga menjadi salah satu faktor dalam menyumbang kepada peningkatan kes hipertensi.
Carta dan jadual di atas menunjukkan sejauh manakah sejarah keluarga boleh menjadi faktor
kepada tejadinya penyakit hipertensi. Setelah data dan maklumat di kumpul, seramai 20 orang
atau 67% responden menyatakan Ya kepada soalan yang di edarkan dan 10 responden atau 33%
lagi menyatakan Tidak. Melalui kenyataan ini dapat kita katakan yang faktor genetik atau
Carta di atas menunjukkan sejauh manakah pengetahuan penduduk Tanjung Rambutan yang
menghidap hipertensi mengetahui informasi berkaitan penyakit ini. Dari kajian yang di buat oleh
penyelidik melalui borang soal selidik yang di edar,data yang di perolehi menunjukkan hanya 8
orang atau 27% daripada 30 responden mengetahui apakah istilah sebenar hipertensi dan
risikonya manakala sebanyak 22 orang atau 73% lagi langsung tidak mengetahui apakah itu
hipertensi dan risiko yang bakal mereka hadapi jika tidak mendapat rawatan yang betul.
penyebab Darah Tinggi. 18 responden yang terdiri daripada 60% keseluruhan responden
meenyatakan mereka tahu tentang factor penyebab penyakit ini manakala 40% lagi tidak
Rambutan. Sumber yang paling banyak diperolehi ialah melalui pengamal perubatan samaada
dari Pegawai atau Penolong Pegawai Perubatan iaitu sebanyak 60%. Selebihnya diperolehi
daripada media massa / elektronik sebanyak 23% diikuti daripada bahan bacaan sejumlah 17%.
Daripada jadual dan graf yang disediakan di atas, dapatlah kita lihat tahap pengetahuan
masyarakat di Tanjung Rambutan tentang komplikasi yang boleh menimpa mereka sekiranya
mereka tidak mengawal penyakit mereka termasuk kawalan ubat-ubatan dan juga gaya hidup
sihat. 16 orang responden menyatakan mereka mengetahui tentang bahaya atau komplikasi
penyakit ini manakala selebihnya menyatakan mereka tidak mengetahui tentang komplikasi
penyakit tersebut. Walaupun peratusan mereka yang mengetahui tentang komplikasi penyakit ini
tinggi, namun usaha haruslah dipergiatkan lagi agar keseluruhan pesakit mahupun penduduk
tempatan mengetahui tentang betapa bahayanya peyakit ini sekiranya tidak dikawal.
BAB 5 PERBINCANGAN
Setelah semua data di kumpul dan dianalisis, penyelidik telah dapat menyenaraikan dan
sekaligus menjawab kesemua persoalan yang berkaitan dengan tajuk kajian iaitu apakah faktor-
faktor yang terlibat dalam berlakunya peningkatan kes hipertensi di Klinik Kesihatan Tanjung
Rambutan. Di sini juga penyelidik telah dapat membukti dan mengguna pakai setiap kenyataan
dan hujah yang ada di dalam bab sebelum ini iaitu di kajian semula.
Hasil dari dari kajian dan segala data-data yang ada mengenai umur responden pula
menunjukkan umur juga memainkan peranan dalam meyumbang ke arah penyakit hipertensi ini.
Golongan yang memegang angka terbesar sekali ialah mereka yang berumur dalam lingkungan
50 tahun ke atas. Ini menunjukkan faktor usia sememangnya memainkan peranan dalam menjadi
faktor peningkatan kes hipertensi di kawasan kajian.hasil kajian ini juga turut di sokong oleh satu
fakta yang di keluarkan oleh Swales (1994) dimana beliau mengatakan kebanyakan pesakit yang
Untuk mendapatkan hasil kajian yang lebih jitu, penyelidik telah menyelitkan satu soalan
di dalam biodata responden di mana soalan ini berkaitan dengan status pekerjaan responden.
Hasil dari data dan maklumat yang di perolehi menunjukkan status pekerjaan seseorang tidak
boleh di guna pakai untuk di jadikan faktor kerana carta yang di tunjukkan adalah seimbang di
kalangan jenis-jenis pekerjaan responden. Di samping itu juga penyelidik tidak pernah
menjumpai apa-apa fakta di sepanjang penyelidikan ini di buat yang mengatakan status
Soalan yang di lampirkan di dalam borang soal selidik untuk mengesan adakah merokok
boleh di jadikan sebagai faktor peningkatan kes adalah satu tindakan yang tepat kerana sebanyak
17 orang responden adalah perokok yang mana mewakili 57% dari keseluruhan responden.
Faktor yang lain dapat di kesan dalam menyiapkan kajian ini adalah masalah yang berkaitan
dengan obesiti dan pengambilan diet yang seimbang dalam kehidupan seharian. Daripada data
yang diperolehi, seramai 67% (obesiti) dan 33% (amalan diet seimbang) responden mengakui
yang mereka menghadapi masalah dalam kes obesiti dan pemakanan. Ini menunjukkan faktor
obesiti dan pemakanan seimbang boleh menyumbang ke arah penyakit hipertensi juga turut di
sokong oleh Malaysian Society Of Hypertension, iaitu mereka yang mempunyai masalah
obesiti dan tinggi kandungan kolestrol adalah paling berisiko tinggi untuk mendapat masalah
Hipertensi boleh membawa ke arah risiko mendapat lain-lain penyakit turut diperolehi
dalam kajian yang di buat oleh penyelidik di mana responden yang mempunyai hipertensi
majoritinya turut menghidap penyakit lain seperti Diabetes mellitus dan masalah jantung. Di
Malaysia, punca kematian yang melibatkan kes-kes hipertensi berada di tahap yang
membimbangkan. Disini dapat dibuktikan bahawa penyakit ini adalah antara penyakit yang perlu
diberi perhatian dalam proses melakukan pencegahannya. Kencing manis, tekanan darah tinggi,
kegagalan buah pinggang dan sakit jantung - empat penyakit yang saling berkait rapat (Nasional
hidup responden. Disini peratusan yang di tunjukkan oleh responden yang mengamalkan gaya
hidup sihat seperti bersenam dan melakukan aktiviti riadah adalah kecil iaitu hanya sejumlah 3
orang atau 10% yang kerap bersenam atau menjalankan amalan gaya hidup sihat, selebihnya
sebanyak 2 orang atau 7% responden yang melakukan senaman secara sederhana, 10 orang atau
33% secara sekali-sekala dan terdapat juga yang langsung tidak mengamalkan gaya hidup sihat
iaitu saramai 15 orang atau 50%. Penemuan ini menunjukkan bahawa amalan hidup sihat ini
begitu penting di kuatkan lagi oleh fakta yang di keluarkan oleh Journal Of Hypertension
(1991) bahawa sesesorang yang kurang melakukan senaman serta aktiviti-aktiviti riadah seperti
berenang berjoging, bersukan dan sebagainya cenderung mendapat penyakit darah tinggi dan
Di dalam mengesan faktor-faktor yang terlibat dalam peningkatan kes hipertensi, soalan
mengenai pemakanan responden juga di sertakan dalam borang soal selidik. Soalan ini adalah
untuk mengesan sejauh manakah penggunaan garam dalam kehidupan seharian responden.
merupakan penggunaan garam secara sederhana sebanyak 60% diikuti penggunaan garam yang
sebanyak 10% diikuti mereka yang tidak menggunakan garam berlebihan sebanyak 7%. Data
kajian ini turut di sokong oleh satu fakta di mana pengambilan garam atau sodium yang
berlebihan dalam diet seseorang perlu dikurangkan untuk mengelakkan daripada komplikasi
penyakit jantung, buah pinggang dan kerosakan otak serta bahagian-bahagian lain organ tubuh
dari rumah, persekitaran hinggalah ke tempat kerja. Dari data yang diperolehi melalui kajian
yang jalankan ini, seramai 10 orang atau 34% responden mengakui kehidupan seharian mereka
banyak di bebani tekanan terutamanya dalam masalah kewangan dan bebanan kerja manakala
responden selebihnya mengatakan mereka mengalami tekanan secara sederhana sebanyak 33%
dan lain-lain mengata tidak. Dari carta yang di buat dapat di lihat jumlah ini menunjukkan stress
juga merupakan faktor kepada peningkatan kes dan kenyataan ini sama seperti yang dibuat oleh
Hipertensi adalah penyakit yang melibatkan faktor genetik atau keturunan. Fakta ini turut
di sokong oleh kenyataan dari J Thomas (J Natl Med Assoc.1990). Dari hasil kajian yang di
buat ke atas 30 responden, 67% mengatakan mereka mempunyai sejarah keluarga yang
menghidap Hipertensi manakala 33% lagi responden mengatakan tidak. Ini bermakna faktor
genetik atau keturunan ini sememangnya mempengaruhi faktor ke arah terjadinya penyakit
hipertensi.
masalah ini kerana komplikasi yang mungkin di tanggung adalah cukup merbahaya dan boleh
membawa maut. Pendidikan kesihatan dan ceramah mengenai diet seimbang, risiko pengambilan
garam berlebihan dan amalan gaya hidup sihat di kalangan penghidap hipertensi amnya perlu di
.
CADANGAN
Hasil daripada kajian ini, penyelidik telah dapat mengesan beberapa kelemahan yang
terdapat di dalam menangani isu Hipertensi ini selain daripada faktor yang berkait dengan
masalah genetik atau keturunan. Di halaman ini penyelidik akan menghuraikan beberapa
cadangan bagi mengatasi masalah hipertensi ini berdasarkan penemuan yang di buat dalam
Hasil dari kajian ini penyelidik telah dapat mengenal pasti faktor-faktor yang memainkan
peranan dalam persoalan mengapakah kes Hipertensi ini terus meningkat walaupun pelbagai
usaha di lakukan dalam menangani isu ini. Disini di senaraikan beberapa cadangan yang
teratur.
Elakkan berada dalam keadaan tertekan atau stress dalam kehidupan seharian.
Menyarankan masyarakat tidak mengamalkan tabiat merokok. Kempen - kempen
Nasihatkan setiap pesakit agar menitik beratkan dalam penjagaan kebersihan atau
hygiene.
Dalam usaha untuk menangani masalah ini, semua pihak perlu memainkan peranan seperti
kerajaan, swasta dan masyarakat itu sendiri. Bagi meningkatkan taraf kesihatan masyarakat
di negara ini, setiap tindakan yang di ambil haruslah merangkumi semua golongan umur dan
bangsa. Ini merupakan strategi yang paling berkesan dalam memerangi apa-apa jua masalah
kesihatan.
KESIMPULAN
Hasil daripada kajian ini, penyelidik telah dapat mengesan beberapa kelemahan yang
terdapat di dalam menangani isu hipertensi ini selain daripada faktor yang berkait dengan
masalah genetik atau keturunan. Untuk menghindarkan masalah hipertensi dari terus meningkat,
faktor-faktor yang penyumbang ke arah hipertensi ini di buat, maka secara logiknya kes-kes ini
akan dapat di kurangkan. Pencegahan yang paling umum dan berkesan ialah dengan mengadakan
kempen melalui pelbagai media dan ceramah-ceramah kesihatan berkaitan dengan bahayanya
penyakit ini.
Banyak bukti yang menunjukkan bahawa corak atau gaya hidup seseorang dari pelbagai
aspek merupakan faktor terbesar dalam menyumbang ke arah mendapat pelbagai komplikasi
penyakit. Gaya hidup seperti merokok, obesiti, amalan pemakanan dan sebagainya salah satu
dari pelbagai lagi gaya hidup kurang sihat yang diamalkan oleh masyarakat dewasa ini. Bahaya
mengenai corak atau amalan gaya hidup yang kurang sihat ini haruslah wujud di dalam diri
setiap individu.
Ingatlah bahawa hipertensi adalah sejenis penyakit di mana apabila seseorang individu itu
di sahkan menghidapnya maka penghidapnya akan terus bergantung kepada ubat untuk seumur
hidupnya. Hipertensi adalah sejenis penyakit dimana pencegahan adalah lebih baik dari merawat.
BIBLIOGRAFI
1. Andi Dyah Pratiwi Sam, HIPERTENSI DAN FAKTOR RISIKONYA DALAM KAJIAN
<http://ridwanamiruddin.wordpress.com/2007/12/08/hipertensi-dan-faktor-risikonya-
dalam-kajian-epidemiologi/>
2. Datuk Dr. Nor Izham Aziz (Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi Hospital Pakar
Putra Melaka), Darah Tinggi: Pembunuh Senyap, Utusan Malaysia 24 Februari 2008.
<http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm>
3. Empat Penyakit Dalam Satu, Nasional Heart Association Of Malaysia, 19 Ogos 2008.
< http://www.malaysianheart.org/article.php?aid=109>
4. Hafizah Iszahanid (2009), Ramai Mahu Berhenti Merokok Gagal Melakukannya,
<http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20081116073525/Article/
>
1995.
6. J Thomas, TEKANAN DARAH TINGGI IBU BAPA SEPERTI SATU PERAMAL TEKANAN
DARAH TINGGI DALAM AHLI FIZIK HITAM : KAJIAN KOHORT MEHARRY , Journal Of
7. Lam YL & Khor GL, FAKTOR RISIKO DI KALANGAN PESAKIT PENYAKIT JANTUNG
1997 .
< http://www.cababstractsplus.org/abstracts/Abstract.aspx?AcNo=20043072705>
9. Nurul Anuar Kari, Rawatan Pilihan Tekanan Darah Tinggi, Utusan Malaysia 30 Mac
2008.
<http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm>
Institute Of Stress.
< http://www.stress.org/topic-hypertension.htm>
Malaysia.
< http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_T_tekanan_darah_tinggi1_p1.html>
2007.<http://www.msh.org.my/section.php?sid=2
a) Melayu
b) India
c) Cina
d) Lain-lain
a) Tidak bekerja
c) Kakitangan sokongan
d) Profesional
Ya
Tidak
5. Adakah anda merasakan diri anda mempunyai berat badan yang ideal?
Ya
Tidak
1 = Tidak 2 = Sekali-sekala
3 = Sederhana 4 = Banyak @ kerap
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
3. Dari mana anda mendapat maklumat mengenai penyakit Darah Tinggi?
Bahan bacaan
Pengamal perubatan
Ya
Tidak
Ya
Tidak