Anda di halaman 1dari 10

PUNCA –PUNCA PENYEBAB GANGGUAN EMOSI

Emosi merupakan salah satu unsur yang memainkan peranan penting di dalam
kehidupan manusia sejagat. Emosi juga merupakan salah satu tunjang yang penting dalam
perjalanan setiap insan di muka bumi ini. Jika emosi diganggu, akan timbul beberapa masalah
yang mampu memberikan kesan - kesan yang negatif kepada diri sendiri seperti tidak
bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara dan sering kelihatan gelisah bagi
melaksanakan sesuatu tugasan.

Di antara sebab terjadinya masalah gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak ialah
seseorang itu mengalami emosi tertentu seperti depresi, kecemasan dan kemarahan. Semua ini
sentiasa dialami atau menjadi terlalu kuat. Selain itu, seorang kanak-kanak itu mungkin jarang
mengalami gangguan emosi. Sekiranya berlaku hanyalah pada peringkat lemah. Gangguan
emosi juga menyebabkan mereka berasa tidak mampu menunjukkan kasih sayang,
kepercayaan, sentiasa marah atau penolakan, bersalah, kecewa atau kawan menimbulkan rasa
takut dan sebagainya.

Menurut Achamanto Mendatu (2007), gangguan emosi berdasarkan persoalan takut dan
cemas. Tanggungjwab guru adalah untuk mengenal pasti gangguan emosi muridnya dan
mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasinya. Kebimbangan berkait rapat dengan
emosi ketakutan. Walaupun kebimbangan adalah suatu keadaan emosi yang berlaku di
peringkat dalaman murid namun ianya juga merupakan salah satu daripada jenis tingkah laku
bermasalah yang kurang ditonjolkan permasalahannya. Seseorang yang sentiasa bimbang
akan sentiasa cemas atau ‘phobia’ menghadapi sesuatu cabaran.

Gangguan emosi pula boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu
atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi
maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang
dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Seterusnya
gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan
mempunyai emosi yang tidak stabil.

Gangguan emosi ini dapat dikategorikan dalam tiga jenis iaitu gangguan emosi ringan,
gangguan emosi sederhana dan gangguan emosi berat. Gangguan ini berlaku sama ada
secara ringan di mana gangguan tersebut boleh ditangani atau gangguan yang terlalu kuat
misalnya terlalu sedih sehingga mencederakan diri sendiri. Murid yang mengalami gangguan
emosi, mampu memberikan kesan negatif kepada dirinya sendiri dan semua pihak
dikelilinginya.

Gangguan emosi yang ringan selalunya boleh diatasi sendiri oleh murid tersebut.
Tetapi, jika diamati secara mendalam, gangguan emosi yang dialami oleh murid ini kian
terserlah kerana kadang-kala masalah yang dihadapi masih kurang sesuai dengan tahap
tumbesaran mereka. Walau bagaimanapun, mereka masih mampu untuk mengatasinya
dengan baik seterusnya tidak menjejaskan emosi mereka secara mendalam.

Gangguan emosi sederhana jenis ini jika diamati, lebih jelas kelihatan berbanding
dengan gangguan emosi ringan. Gangguan ini dapat dilihat dari segi fizikal seperti gerak badan,
mimik muka dan perlakuan murid-murid tersebut seperti marah, takut, sedih dan sebagainya
yang berada pada tahap biasa sahaja dan merupakan sesuatu yang normal bagi kanak-kanak
lain. Penentangan yang ditunjukkan pada kali ini adalah lebih kuat berbanding dengan
gangguan emosi jenis ringan sehingga menyebabkan mereka melahirkannya dengan
menggunakan pelbagai cara seperti menangis.

Bagi gangguan emosi jenis berat pula, dari segi fizikalnya, memang dapat dilihat dengan
begitu jelas sekali bahawa murid tersebut sedang mengalami gangguan emosi kerana tingkah
laku murid kelihatan agak pelik berbanding tingkah laku sehariannya. Gangguan emosi jenis ini
agak bahaya kerana mampu mengundang bahaya apabila murid tersebut akan melakukan
percubaan untuk mencederakan rakan-rakannya atau dirinya sendiri. Apabila murid tersebut
tidak dapat mengawal emosinya, kadang-kala tindakannya akan berlebih-lebihan seperti
menjerit-jerit dan menghentak-hentakkan kaki atau anggota badannya sehingga mendatangkan
kecederaan.

Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) stres merupakan sebahagian
daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut
peredaran masa. Stres bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Stres
biasanya dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak
menyeronokkan.

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan
emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam
kalangan murid ialah persekitaran sekolah Pusat Perkembangan Kurikulum (1981)
mendefinisikan ‘iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan
persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar’.
Sekirannya suasana persekitaran sekolah kurang kondusif akan menyumbang kepada masalah
gangguan emosi. Contohnya, gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah bilik
darjah yang tidak kondusif, kesesakan dalam kelas dan juga kurangnya kemudahan asas
pembelajaran yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk mengalami tekanan
semasa belajar. Kebanyakan murid akan berasa tertekan akibat daripada suasana persekitaran
yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka. Keadaan ini berlaku kerana keadaan
sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak
selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah, keadaan ini menjadi lebih ketara
jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara
langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami
tekanan emosi.

Selain itu, persekitaran keluarga juga merupakan salah satu punca berlakunya
gangguan emosi dalam kalangan murid. hal ini kerana keluarga memainkan peranan penting
melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Fariza (2005)
dalam penulisannya juga menyatakan faktor keluarga turut menumbang kepada tekanan emosi
murid-murid. Emosi remaja dikatakan akan menjadi stabil jika keluarga bahagia, sebaliknya jika
berada dalam keluarga yang kucar-kacir maka emosi murid akan terganggu. Keluarga yang
sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra,tidak menaruh minat terhadap anak-anak,
bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan
penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.

Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku,murid
berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada
yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak
menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu
bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak
tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan
aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Kurangnya kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak juga salah satu penyebab
kenapa kanak-kanak mengalami gangguan emosi. Kasih sayang akan menberikan impak yang
besar kepada emosi kanak-kanak yang sedang membesar yang sentiasa menginginkan
tumpuan dan kasih sayang yang mencukupi. Kasih sayang yang cukup akan membuatkan
semosi kanak-kanak menjadi stabil dan akan membuatkan mereka menjadi sangat gembira
dan selesa dalam kehidupan seharian mereka.

Punca yang seterusnya ialah pengaruh rakan sebaya. ada peringkat kanak-kanak, rakan
sebaya mempunyai pengaruh yang sedikit berbanding dengan era remaja yang mempunyai
peranan yang lebih besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu
punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak ataupun murid
sekolah rendah lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal popular atau tidak
popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam
perkembangan personaliti mereka.

Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati,
boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik.
Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang
bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri
sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan
menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawan-
kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan
yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan emosi yang perlu
diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GANGGUAN EMOSI

Bagi menangani masalah gangguan emosi dalam kalangan murid-murid sekolah ,


kerajaan telah mengenal pasti punca masalah ganguan emosi dan diberi intervensi sewajarnya
termasuk kauseling dan kemahiran daya tindak kesihatan mental (mental health coping skills).
Intervensi kauseling kanak-kanak yang akan digunakan di sekolah bagi menangani masalah
gangguan emosi ialah mengadakan terapi kepada murid-murid yang dikenalpasti sebagai murid
yang menghadapi masalah emosi.

Menurut kamus perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan sebagai rawatan


pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan
mengembalikan kefungsian badan secara normal. Dalam konteks pendidikan pula, terapi
dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas
terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu. Guru boleh menggunakan
beberapa terapi iaitu terapi bermain,terapi muzik,terapi bercerita,terapi seni dan terapi biblio.
Kesemua terapi ini akan menggalakkan murid-murid yang mengalami kecelaru emosi untuk
mengawal emosi dengan betul supaya ia tidak membahayakan diri sendiri.

Terapi bermain ialah teknik di mana cara ekspresi kanak-kanak yang semula jadi
digunakan sebagai cara terapeutik bagi membantu kanak-kanak itu menangani stres. Menurut
Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah
hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada
kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Dari aspek psikologi pula, terapi main
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan
yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.Terapi main juga
membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang
dijalankan.

Terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan
untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan ketahanan emosional.
Sementara kebanyakan anak belajar keterampilan sosial dari mengamati orang lain atau
melalui instruksi yang eksplisit, yang lain belum belajar atau tidak menerapkan keterampilan
sosial pro dan memerlukan pengajaran tambahan, latihan dan pembinaan.Terapi bermain
adalah untuk mengurangkan masalah tingkah laku dan emosi yang mengganggu cara kanak-
kanak berfungsi secara normal.
Bagi murid-murid yang mengalami gangguan emosi, intervensi terapi bermain dapat
membina keyakinan diri mereka sendiri ketika bermain dengan rakan-rakannya. Secara tidak
langsung ia mengalakkan kanak-kanak ini untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan
penuh keyakinan diri dan membantu mereka untuk menyelesaikan masalahnya tanpa berfikir
jalan yang negatif seperti bunuh diri. Ia juga dapat meningkatkan daya pemerhatian yang
sangat tinggi.

Disamping itu, intevensi seterusnya adalah terapi muzik. Ia adalah alternatif dalam
rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk
pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu
teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-
fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi
bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda
kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita,
muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.Terapi muzik juga melegakan keresahan,
kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu murid yang mempunyai masalah
berkaitan emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini
mereka dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku.

Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga


kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki
apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan
saraf dan masalah pertumbuhan. American Music Therapy Association (2009), terapi muzik
sebagai penggunaan intervensi muzik berasaskan klinikal dan bukti untuk mencapai matlamat
individu dalam perhubungan antara terapeutik oleh professional yang mempunyai kredential
yang telah menamatkan program terapi muzik yang diiktirak. Jellison 1975, mendapati muzik
latar dapat mengurangkan stress dan membantu dalam proses relaksasi.

Guru atau kaunselor boleh menjadikan teknik bercerita sebagai satu pendekatan terapi
kepada murid-murid di mana guru boleh meneroka dan cuba mendekati murid bermasalah
dengan bercerita. Murid yang bermasalah kadang-kadang sukar untuk meluahkan perasaan
mereka secara terbuka kepada guru atau kaunselor. Oleh itu, guru perlu mencari sumber yang
berkaitan dalam masalah yang sedang dihadapi atau pengalaman hidup yang pernah dilalui
oleh murid tersebut. Berdasarkan sumber tersebut, guru perlu mereka dan mencipta jalan cerita
yang sesuai supaya berkaitan dan sesuai dengan masalah yang dihadapi. Apabila murid
mendengar cerita tersebut dia akan terdorong untuk mendengar lantas meluahkan perasaan
atau masalah yang dihadapi secara tidak langsung. Malah, jika murid masih malu atau tiada
keyakinan untuk bercerita kepada kaunselor, guru perlulah menyatakan pengakhiran cerita
yang baik dan boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada murid tersebut. Hal ini supaya
murid dapat membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berpandukan penutup cerita
yang disediakan oleh guru.

Sekolah merupakan institusi yang berpotensi untuk menggalakkan perkembangan


psikososial yang sihat bagi menyediakan kesejahteraan mental. Justeru, kesihatan mental amat
penting untuk dipromosikan. Kesihatan mental boleh didefinisikan sebagai satu situasi di mana
seseorang individu itu mengenali potensi dirinya, dapat berdaya tindak terhadap tekanan emosi
dalam kehidupan sehari-hari, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada
masyarakat.

Terdapat empat pendekatan program minda sihat yang turut dilaksanakan melalui
pendekatan perkhidmatan bimbingan dan kauseling bagi murid yang mengalami gangguan
emosi. Antara pendekatannya ialah pendekatan pencegahan. Mencegah lebih baik daripada
mengubati. Sehubung dengan itu, sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling akan
memberikan bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid tentang bagaimana mempunyai
imej kendiri yang positif dan kesihatan mental yang baik. Maklumat-maklumat ini akan
disampaikan melalui slot taklimat 5 – 10 minit dalam sesi perhimpunan pagi, perhimpunan
mingguan dan sebagainya. Hal ini kerana ia akan memberi kesedaran diri murid-murid yang
mengalami gangguan emosi untuk meningkatkan imej kendiri yang positif supaya dia juga dapat
menjalani kehidupan harian dengan bahagian dan berkeyakinan.

Seterusnya kauseling kelompok juga merupakan salah satu cara pencegahan yang
boleh digunakan kepada murid yang mengalami gangguan emosi. Mengikut Corey (1990)
kaunseling kelompok bertujuan mencegah serta memulih. Menurut Roslee et.al.(2004)
pendekatan kauseling kelompok boleh digunakan bagi menangani masalah emosi dalam
kalangan murid. Hal ini kerana, dalam kauseling kelompok yang dijalankan murid akan
meluahkan perasaan negatif dan akan mewujudkan kepercayaan dan kebebasan ahli
kelompok. Tambahan pula, menurut Triter (1977), menyatakan bahawa kauseling kelompok
membolehkan ahli-ahli saling bantu membantu untuk menghadapi masalah-masalah hidup
serta memahami dan melaksanakan cara-cara untuk menyelesaikan masalaha dengan
bersama. Oleh itu,apabila seorang murid yang menghadapi gangguan emosi yang mengikuti
kauseling kelompak maka murid untuk akan mula berasa bahawa bukan dia seorang diri yang
menghadapi masalah tersebut dan murid tersebut mula berasa bahawa ada pihak yang
membantunya untuk menghadapi cabaran serta ia juga melahirkan sifat kepercayaan kepada
orang lain dan kepercayaan pada diri sendiri untuk menghadap masalah yang dihadapi dengan
berani.

Pendekatan perkembangan pula murid sekolah akan dibimbing bagaimana membentuk


teknik berfikir secara sihat, logik dan kreatif melalui aktiviti-aktiviti seperti ceramah, bimbingan
kelompok dan sesi mentor-mentee dengan pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di
sekolah. Aspek kesihatan mental yang ditekankan melalui pendekatan ini adalah keperluan
kasih sayang, membina keyakinan dan harga diri, kemahiran berinteraksi dengan rakan sebaya,
kemahiran membina disiplin diri dan kemahiran memilih dan membentuk persekitaran hidup
yang sihat dan selamat. Murid juga akan diberi sesi-sesi secara berkala tentang kemahiran
menangani

Melalui pendekatan perkembangan ini, ia dapat melahirkan murid yang bersifat self-
efficacy. Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh
belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana
membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbangi atau menyedih
kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala perkara secara optimistik kerana ia
merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini.

Selain itu, aktiviti yang akan dilaksanakan kepada murid-murid yang mengalami
gangguan emosi adalah mengadakan ceramah minda sihat. Ceramah ini akan diadakan dua
kali setahun. Tujuan ceramah ini diadakan adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan
kesedaran murid mengenai minda sihat dan meningkatkan kemahiran menangani stress
dengan menggunakan teknik-teknik relaksasi dan kemahiran daya tindak. Disamping itu,
kemahiran daya tindak kesihatan mental juga menggalakkan murid-murid yang mengalami
gangguan emsoi untuk berfikiran positif. Berfikiran positif ialah kebolehan individu untuk melihat
kebaikan dalam mana-mana keadaan atau perkara walaupun keadaan tersebut biasannya
dilihat sebagai satu keburukan.

Tambahan pula semasa guru menggunakan pendekatan pemulihan, murid yang


dikenalpasti mempunyai masalah kesihatan mental melalui saringan, mereka akan diberikan
perkhidmatan kaunseling. Proses kaunseling akan menggunakan teori-teori kaunseling yang
sesuai dengan murid berkenaan. Proses ini termasuklah meliputi peringkat membina hubungan,
peringkat penerokaan, peringkat mengenal pasti masalah dan puncanya, peringkat
membincangkan alternatif, peringkat membuat keputusan dan peringkat penilaian sejauh mana
keberkesanan tindakan yang telah dibuat. Pentingnya seorang guru mengenal pasti tahap
kesihatan mental murid-muridnya.

Pendekatan yang terakhir ialah pendekatan krisis iaitu sekirannya didapati bahawa
melalui saringan atau murid dikenalpasti mengalami tanda-tanda kemurungan yang teruk atau
mengalami tanda – tanda awal penyakit mental (skizofrenia, kecelaruan bipolar), maka Guru
Bimbingan dan Kaunseling akan mencadangkan kepada pentadbir sekolah dan penjaga untuk
merujuk murid berkenaan kepada Pakar Psikiatri Hospital atau Klinik-klink Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Unit Sekolah, KKM.

Kesimpulannya, kanak-kanak merupakan aset negara yang sangat penting kerana


kepada merekalah segala harapan dan cita-cita Negara disandarkan selaku bakal pemimpin di
masa hadapan. Kanak-kanak juga adalah golongan yang perlu diberi perlindungan kerana di
dalam keadaan-keadaan tertentu, mereka mungkin terdedah kepada pelbagai bahaya sama
ada menjadi mangsa atau terlibat dengan perlakuan jenayah. Menyedari hakikat ini, maka
pertimbangan utama di dalam segala tindakan, baik dari segi emosi dan peruntukan undang-
undang yang menyentuh hal ehwal kanak-kanak, maka adalah tanggungjawab semua pihak
untuk memelihara kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak. Oleh yang demikian, sebagai
guru di sekolah sepatutnya berupaya memainkan peranan yang sewajarnya bagi membantu
perkembangan emosi kanak-kanak dan memberikan perlindungan sepenuhnya.
RUJUKAN

American Art Therapy Association, Inc.: 2009 membership survey report. Art Therapy: Journal
of the American Art Therapy Association, 27(3), 141–147 7p. Retrieved from
http://search.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&db=rzh&AN=105113070&amp\nla
g=ja&site=ehost-live

American Music Therapy Association (2009). Definition and Quotes about Music Therapy
http://www.musictherapy.org/quotes. html (diakses tanggal 17 Maret 2011)

Bandura, A. (1991a). Self-efficacy mechanism in physiological activation and health-promoting


behavior. In J. Madden, IV (Ed.), Neurobiology of learning, emotion and affect (pp. 229-
270). New York: Raven.

Corey, G,. (1990). Theory and Practice of Group Counseling, Brooks/Cole Publishing Company,
Pacific Grove, California.

Fariza Md Sham. 2005. Tekanan emosi remaja Islam. Jurnal Islamiyyat 27 (1) : 3-24

Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002). Mengurus Stres, Pendekatan yang
praktikal. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jellison, J. A. (2000). A content analysis of music research with disabled children and youth

Kraus, R. (1990). Recreation and leisure in modern society, fourth edition. New York, NY:
HarperCollins College

Mendatu. (2007). Pembagian emosi berdasarkan nilai. Diakses melalui


http://smartpsikologi.blogspot.com/2007/11/pembagian-emosi-berdasarkannilai.html. Diakses
pada tanggal 12 November 2010.

Roslee Ahmad et. al (2004). Pendekatan Kaunseling Kelompok Untuk Menangani Masalah
Emosi Di Kalangan Anak-Anak Yatim. Kajian di Asrama Pertubuhan Anak- anak Yatim
Islam Johor. Universiti Teknologi Malaysia : Laporan Penyelidikan.

Syed Hassan al-Mashoor & Raihanah Abdullah. 1993. Gangguan Mental. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd

Anda mungkin juga menyukai