Anda di halaman 1dari 4

Dapatan kajian

Persoalan kajian (i):

Adakah kemahiran murid Tahun 4 terhadap mata jahitan kia dapat dipertingkatkan dengan
menggunakan ‘Triple Circle’?

Analisis Penilaian Hasil Jahitan


90
80 78
80
70
60
Peratus (%)

50
40
40 33 Sebelum Tindakan

30 Selepas Tindakan

20
10
0
MDIP MNH
Nama Murid

Rajah 1: Analisis Penilaian Hasil Jahitan

Berdasarkan kepada graf bar yang ditunjukkan, peningkatan berlaku daripada sebelum
tindakan kepada selepas tindakan. Sebelum tindakan, Murid MDIP hanya mendapat 40
daripada 100 peratus dalam skor markah. Hal ini kerana murid ini tidak memahami
pengajaran saya yang terdahulu menggunakan bahan bantu mengajar yang kurang sesuai
dengan prestasinya. Tetapi peningkatan berlaku pada murid ini setelah mengambil tindakan.
Murid MDIP telah dapat mendapat skor markah 80 daripada 100 peratus dan mampu
menjahit mata jahitan kia dengan langkah-langkah yang betul. Manakala, hasil kajian telah
menunjukkan bahawa murid MNH pula memperoleh markah 78% selepas tindakan
dibandingkan dengan 33% sebelum tindakan dengan peratus peningkatan sebanyak 45%.
Jadual 1: Purata skor markah sebelum tindakan dengan skor markah selepas tindakan

Penilaian Markah Murid Markah Murid Purata markah


amali jahitan MDIP Gred MNH Gred (%)
(%) (%)
Sebelum 40 D 33 E 36.5
tindakan
Selepas 80 A 78 B 79.0
tindakan
Jumlah peningkatan 42.5

Saya dapati jadual 1, menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 42.5% skor markah bagi
sebelum dan selepas tindakan yang telah dijalankan. Dimana sebelum tindakan didapati
murid MDIP dan murid MNH masing-masing hanya mendapat markah sebanyak 40% dan
33%. Manakala selepas aplikasi bahan bantu mengajar ‘Tripel Circle’ didapati terdapat
peningkatan markah pada dua orang murid tersebut iaitu murid MDIP meningkat sebanyak
40% disebaliknya murid MNH pula meningkat sebanyak 45%.
Jadual 2: Analisis peratus kekerapan pencapaian murid semasa aktiviti menjahit mata
jahitan kia.

Pemerhatian awal Selepas Tindakan Jumlah


Bil. Pemerhatian peningkatan
Peratus kekerapan % Peratus kekerapan %
(%)
Tidak membuat
1 50% 100% +50%
bising
Mendengar arahan
2 50% 100% +50%
guru
Langkah-langkah
3 0% 100% +100%
menjahit yang betul
Benang tidak
4 50% 50% 0%
longgar
Benang tidak terikat
5 0% 100% +100%
mati
Kelihatan hasil
6 0% 100% +100%
jahitan yang kemas

Lagipun, saya telah menggunakan senarai semak sebagai instrumen untuk menyemak
pencapaian murid dalam aktiviti menjahit mata jahitan kia semasa tindakan telah dijalankan.
Melalui senarai semak, ia menunjukkan bahawa langkah-langkah menjahit untuk dua orang
murid tersebut adalah meningkat secara menegak iaitu mampu mencapai 100 peratus yang
betul. Hasil jahitan murid tersebut telah meningkat sebanyak 100 peratus setelah tindakan
diambil dengan menggunakan ‘Triple Circle’ dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
‘Triple Circle’ yang dipakai guna dalam pembelajaran telah mengurangkan kesilapan murid
dalam aktiviti menjahit seperti benang tidak longgar dan benang tidak terikat mati. Dalam
aspek disiplin, terdapat 50% peningkatan murid yang tidak membuat bising dan mendengar
arahan guru. ‘Triple Circle’ telah mencungkil minat murid terhadap pengajaran guru dan
mampu meningkatkan kualiti pembelajaran murid.
Persoalan kajian (ii):

Adakah penggunaan ‘Triple Circle’ dapat memperbaiki amalan pengajaran guru?

Jadual 3: Analisis temu bual persepsi murid terhadap penggunaan ‘Triple Circle’.

Peratus murid menjawab ‘Ya’


Jumlah
Sebelum Selepas
Soalan/ Respon peningkatan
menggunakan ‘Triple menggunakan ‘Triple
(%)
Circle’ Circle’
Adakah anda
seronok belajar
50% 100% 50%
menjahit mata jahitan
kia?
Adakah anda
memahami setiap
langkah untuk 50% 100% 50%
menjahit mata jahitan
kia?
Adakah anda
memahami
pengajaran guru 0% 100% 100%
tentang mata jahitan
kia?
Adakah anda minat
0% 100% 100%
akan topik jahitan?

Dapatan kajian menunjukkan peningkatan 100% murid memahami pengajaran guru tentang
mata jahitan kia selepas menggunakan ‘Triple Circle’. Manakala, terdapat 50% peningkatan
murid dari aspek keseronokan dalam pembelajaran tentang mata jahitan kia. Di samping itu,
terdapat 50% peningkatan murid memahami setiap langkah menjahit mata jahitan kia
sebelum dan selepas menggunakan Triple Circle. Jadual 3 juga menunjukkan bahawa
peningkatan 100% minat murid terhadap topik jahitan selepas menggunakan ‘Triple Circle’
untuk mempelajari mata jahitan kia. Hal ini membuktikan bahawa amalan pengajaran guru
yang terdahulu telah diperbaiki dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang mampu
menarik minat murid dalam pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai