Anda di halaman 1dari 16

Jawab semua soalan (40 markah)

1.“ ____________ tidak bersalah, tuanku,” kata Dang Melur kepada Permaisuri
Cendana.
A Beta
B Kami
C Kalian
D Patik

2. “ ______________ hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati ketika


berada di jalan raya,” nasihat Cikgu Firdaus kepada sekumpulan murid tahun enam.
A Saya
B Kami
C Kalian
D Mereka

3. Bau ______________ pada daging kambing dapat dihilangkan apabila dicuci


dengan tepung gandum.
A hapak
B hamis
C tengik
D hanyir

4. Ahmad berdiri ___________ memberi hormat kepada tetamu kenamaan itu.


A dan
B ketika
C seraya
D setelah

1
5. Pak Harun _____________ telah merundingkan perkara itu dengan rakan
niaganya.
A akan
B harus
C belum
D sudah

6. ______________ pemuda itu berkawan baik tetapi mereka mempunyai minat


yang berbeza.
A Ketiga
B Ketiga-tiga
C Masing-masing
D Setiap

7. Rohani _____________ pandai jika dibandingkan dengan rakan sekelasnya yang


lain.
A agak
B betul
C sekali
D sekala

8. Apa-apa ________ yang hendak kamu lakukan, fikirkanlah baik dan buruknya
dahulu.
A lah
B tah
C kah
D jua

9. Ibu Siti _______________ apabila melihat anaknya terjatuh ke dalam parit.


A jalan buntu
B hilang punca
C kering darah
D kering kontang

2
10. “ ___________ beratur berdua-dua sebelum memasuki kelas,” kata ketua darjah.
A Sila
B Ayuh
C Minta
D Semoga

11. Pendengaran Pak Osman menjadi pekak semenjak dia terlibat dalam satu
kemalangan.
Perkataan seerti bagi pekak ialah
A tuli
B tajam
C kabur
D jelas

12. Bunga cempaka itu kembang dan mengeluarkan bau yang haru

Perkataan berlawan bagi kembang ialah

A kecut
B kuncup
C mekar
D segar

13. Pernyataan berikut, yang manakah ayat pasif ?


A Dia menyikat rambutnya.
B Pakaian Ani belum berbasuh.
C Wanita itu memakai baju kebaya.
D Alif makan nasi di warung Wak Jamal.

14. Kalau tidak silap saya, sejak sebulan yang lalu dia terlantar di hospital.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A Sejak bilakah dia terlantar di hospital?
B Di manakah dia terlantar sejak sebulan yang lalu?
C Siapakah yang terlantar di hospital sejak sebulan yang lalu?
D Kamu menyatakan dia terlantar di hospital sebulan yang lalu?

3
15. Pak Yunus beritahu saya, dia telah menyewa sebuah teksi untuk ke rumah Borhan.
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
A Teksi sahajakah yang akan Pak Yunus naiki untuk ke rumah Borhan?
B Mengapa Pak Yunus ke rumah Borhan dengan menaiki teksi?
C Pak Yunus hendak menaiki teksi sahaja ke rumah Borhan?
D Bagaimanakah Pak Yunus hendak ke rumah Borhan?

16. Mengapakah dia bertindak sedemikian rupa sehingga sanggup mencederakan dirinya
sendiri?

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

A Sebenarnya sudah lama dia hendak bertindak seperti itu kerana mahu menagih
simpati.
B Saya fikir dia berbuat begitu semata-mata hendak menagih simpati daripada
kita.
C Saya yakin tindakannya mencederakan diri sendiri itu akan merugikan dirinya
sendiri.
D Saya pun hairan mengapa dia sanggup bertindak mencederakan diri

17. Kelab Kompang kampung saya telah dirasmikan penubuhannya oleh ketua kampung.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
A Ketua kampung merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya.
B Ketua kampung akan merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya.
C Ketua kampung telah merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya.
D Ketua kampung saya telah merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung.

Soalan 18 – 19

4
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
18. I Puan Fauziah menuang air hangat yang telah dijerang itu ke dalam termos.
II Hati Eskandar berasa hangat setelah dicabar oleh kawan-kawannya.
III Berita hangat itu menjadi tajuk utama akhbar pada hari itu.
IV Air itu tidak dapat kami minum kerana terlalu hangat.
A I dan II
B II dan III
C II , III dan IV
D I, III dan IV

19. I Ibu memenuhkan barang dengan maklumat peribadinya.


II Barang kemas milik Puan Asmah telah dicuri orang.
III “ Barang yang lepas usah dikenang,” ujar nenek Kiah.
IV “ Tolong belikan barang sekilo gula, Danial,” pinta ibunya.
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

Soalan 20-21
Pilih ayat yang betul.

20. I Puan Munah adalah ibu saudara saya.


II Kehadiran pegawai itu adalah untuk menyampaikan hadiah.
III Pulau Tioman adalah antara sepuluh pulau yang tercantik di dunia.
IV Surat permohonan tuan yang bertarikh 15 April 2006 adalah dirujuk.
A I dan IV
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV

21. I Azhar merasa kuah sup itu.


5
II Cikgu Haris mengajar Matematik.
III Ibu menjahiti adik sehelai baju.
IV Bapa membeli abang sebuah komputer.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

22. Mulut budak lelaki itu ___________ apabila ditanyakan soalan yang dia tahu
jawapannya.
A tersipu-sipu
B tertanya-tanya
C terkumat-kamit
D termangu-mangu

23. Perasaan baginda sultan __________ kerana permaisuri baginda dalam keaadaan gering.
A haru biru
B pucat lesi
C muram durja
D gundah gulana

24. Kakak menyalakan ___________ ubat nyamuk di dalam biliknya.


A selingkar
B segulung
C sekeping
D segelung

25.Kampung itu membangun dengan pesat kerana __________ oleh seorang Ketua Kampung
6
yang berwawasan.
A ditakdir
B ditakbir
C ditadbir
D ditaksir

26.Encik Nizam melarang Iqbal dan rakan-rakannya mandi di sungai itu kerana ____________
airnya amat berbahaya.
A pusaran
B pulasan
C putaran
D pusingan

27. Syamila menarik diri daripada menyertai perkhemahan Tunas Kadet Remaja
Sekolah Ulu Langat,_____________ dialah yang merancang sejak awal-awal lagi.
A namun begitu
B kendatipun
C walhal
D justeru

28. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Menurut akhbar yang saya baca, enam orang mangsa telah terkorban dalam kebakaran itu.
A. Berapakah jumlah mangsa yang terkorban dalam kebakaran itu?
B. Bagaimanakah kamu mendapat berita tentang kebakaran itu?
C. Berapakah jumlah rumah yang telah musah dalam kebakaran itu?
D. Akhbar manakah yang menerbitkan berita tentang kebakaran itu?

29. Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.

7
Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan diri?
A. Mandilah sekurang-kurangnya dua kali sehari.
B. Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya tidak mudah dijangkiti penyakit.
C. Cikgu selalu menasihati kami supaya menggosok gigi.
D. Makanlah makanan yang berkhasiat supaya badan kita menjadi sihat.

Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


30. I Sesiapa yang tidak menghadiri ceramah itu akan didenda.
II Apakah harga sekilo gula?
III Semenjak kehilangan adiknya hari itu, tiada apa-apa berita tentangnya lagi.
IV Bila-bila kamu hendak memulangkan buku saya?

A. I dan III

B. II dan IV

C. I, III dan IV

D. I, II, III

Soalan 31-35

8
Soalan Pemahaman

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak
buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah
rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar
dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik
bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu.
"Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara
berkumpulan, " kata Pak Jusoh.
“Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ” ujar Pak Mail.
Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut
bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam
akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada
minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka.
Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu
kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan
lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-
kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak
mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan.
Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya
membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu
terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang
mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya
Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan.
Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah
rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam.
Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka
pengadilan.

9
31.Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya
berwaspada setiap masa ?

A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam.


B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu.
C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.
D Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala
anjing.

32. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untuk menangani
masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu ?

A Melaporkan perkara itu kepada pihak polis.


B Mengadakan kawalan pada waktu malam.
C Membuat jadual rondaan.
D Menangkap orang yang bersalah

33. Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?


A Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam.
B Di Kampung Kaki Bukit.
C Di Kampung Paya Dalam.
D Di pantai Kampung Paya Dalam.

34. Rangkai kata mematahkan semangat dalam petikan bermaksud


A mengalahkan kuasa.
B membuat keputusan.
C mengalihkan pendapat.
D mengalahkan kemahuan.

35. Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya?
A Menjalankan kegiatan menyamun.
B Menjalankan kegiatan pecah rumah.
C Menjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung.
D Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan penduduk kampung.

10
Soalan 36-40

Soalan Pemahaman

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jenis Masa Tempat Kumpulan Umur


pertandingan
Pertandingan 8.00 pagi – 12.00 Di kantin sekolah 5 – 7 tahun
mewarna tengah hari
Pertandingan 8.00 pagi – 10.00 Di dewan sekolah 8 – 10 tahun
bercerita pagi
Mendeklamasikan 10.00 pagi – 12.00 Di dewan sekolah 10 – 12 tahun
sajak tengah hari
Mencari harta 2.00 petang – 4.00 Di tempat 12 tahun dan
karun petang perhimpunan ditemani ibu bapa
Sukaneka 4.00 petang – 6.00 Di padang sekolah 7 – 12 tahun dan
petang para ibu bapa

36.Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan pada masa yang sama ?

A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan yang hangat.


B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.
C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.
D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid sahaja.

37.Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh Asma ?

A Pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari harta karun.


B Acara sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun, dan mendeklamasikan
sajak
C Mendeklamasikan sajak dan sukaneka..
D Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.

11
38.Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah berhimpun untuk menyertai
suatu pertandingan. Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh
mereka ?
A Sukaneka.
B Mendeklamasikan sajak.
C Mencari harta karun.
D Mencari harta karun dan sukaneka.

39.Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak pengajur supaya setiap
pertandingan yang diadakan mudah untuk dikendalikan ?
A Memendekkan masa pertandingan.
B Penyertaan perlu dihadkan.
C Menyediakan petugas yang lebih banyak.
D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandingan.

40.Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang semua pertandingan tersebut
diadakan ?
A Untuk beradu kekuatan.
B Untuk mencungkil bakat.
C Untuk mengeratkan hubungan.
D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.

12
Soalan 41-45

Baca petikan dibawah dan jawab soalan-soalan berikut.

Ah Fang murid tahun satu. Dia baru bertukar ke Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa. Semasa
mula belajar di sekolah itu, Ah Fang merupakan seorang murid yang baik. Dia rajin belajar dan
sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Cikgu Farhana menyukai sikap Ah Fang. Beliau sering
dijadikan contoh dalam kalangan murid-murid lain. Namun begitu, sikap Ah Fang mula
berubah. Dia berkawan dengan budak-budak nakal. Dia malas belajar dan tidak lagi mematuhi
peraturan sekolah. Cikgu Farhana telah menasihati Ah Fang. Kemudian, Ah Fang sedar akan
sikap buruknya.

41. Ah Fang murid tahun berapa?


A. Tahun satu
B. Tahun tiga
C. Tahun dua
D. Tahun empat

42. Ke manakah Ah Fang bertukar sekolah?


A. Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa
B. Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang
C. Sekolah Kebangsaan Hulu Bernam
D. Sekolah Kebangsaan Teluk Ru

43. Semasa mula belajar di sekolah itu Ah Fang merupakan seorang murid yang
____________
A. Nakal.
B. Rajin.
C. Sombong
D. Pemalas
.

13
44. Siapakah yang menyukai sikap Ah Fang?
A. Cikgu Sidek .
B. Cikgu Farhana.
C. Cikgu Suhaila .
D. Cikgu Laila.

45. Mengapakah sikap Ah Fang berubah?


A. Dia berkawan dengan budak nakal.
B. Dia berkawan dengan budak baik.
C. Dia disukai oleh kawan-kawannya
D. Dipulaukan oleh kawan-kawannya

Soalan 46-50
Pilih Kata Nama Khas dalam ayat-ayat berikut.

46. Dia bermain bersama Samsul.


A. Samsul
B. Dia
C. Bermain
D. Bersama

47. Ahmad membaca buku cerita.


A. Membaca
C. Cerita
B. Buku
D. Ahmad

48. Tiang rumah itu diperbuat daripada Pokok Meranti.


A. Rumah
B. Diperbuat
C. Daripada
D. Meranti

14
49. Proton Pesona ialah jenama kereta keluaran negara kita.
A. Sebuah
B. negara
C. Kereta
D. Proton Pesona

50. Si Comel adalah nama khas seekor kucing.


A. nama
B. Si Comel
C. seekor
D. adalah

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

_______________________________
( PN DARATUL SAIDA HJ JUSOH )
Guru Bahasa Melayu
Tingkatan Peralihan

Disahkan Oleh,

15
SULIT
BAHASA MELAYU
MEI 2017
1 JAM

UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN


SMK DANAU KOTA

PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN


2017

BAHASA MALAYSIA

TINGKATAN PERALIHAN

1 JAM

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN

1. Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A 50 soalan objektif dan


Bahagian.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A, B, C,
dan D. Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda
pada kertas objektif yang disediakan.
4. Jika anda hendak menukarkan sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih
tanda yang tidak dikehendaki itu dan hitamkan pilihan anda yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman muka surat

16

Anda mungkin juga menyukai