Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN MATEMATIK TAHUN 1

Tarikh 18 Februari 2016 Hari Khamis


Kelas Tahun 1 Bil Murid 4 Orang
Waktu 0720 – 0820 Tempoh 60 minit
Subjek/Bidang Matematik/Nombor dan Operasi Tajuk Tambah dan tolak
nombor hingga 10
Standard 2.2 (i), (ii) dan (iii)
Kandungan
Standard Murid berupaya untuk:
Pembelajaran (a) Menggguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan
dalam konteks tambah.
(b) Memperkenalkan simbol bagi tambah dan sama dengan.
(c) Menggunakan simbol tambah dan sama dengan bagi menulis ayat
matematik berdasarkan situasi yang diberi.
Objektif Pada akhir pembelajaran, sekurang-kurangnya 2 daripada 4 orang murid akan
dapat:
i) Menggguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang
relevan dalam konteks tambah, memperkenalkan simbol bagi
tambah dan sama dengan serta dapat menggunakan simbol
tambah dan sama dengan bagi menulis ayat matematik
berdasarkan situasi yang diberi.
ii) Menjawab 2 daripada 4 soalan dengan betul dengan bimbingan
guru. (Buku Aktiviti halaman 21)
EMK Nilai: kerajinan dan kesederhanaan
Strategi P n P KB- Menghubungkait
Pengetahuan Sedia Dalam pengajaran dan pembelajaran yang lepas, murid-murid telah
Ada mempelajari nombor 0-10.
ABM Bahan objek pembilang dan kad simbol tambah dan sama dengan
Penilaian Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan latihan.
Aktiviti i) Set induksi – guru mengeluarkan empat biji dadu dan enam biji
guli. Murid dikehendaki untuk mengumpulkan semua dadu dan
guli dan mengira jumlahnya
ii) Murid akan dibimbing untuk memahami konsep tambah dengan
menggunakan bahan konkrit dan melakukan aktiviti simulasi.
iii) Perkataan yang bermaksud tambah akan digunakan sepanjang
aktiviti simulasi tersebut.
iv) Guru akan menggunakan kad imbasan untuk memperkenalkan
simbol tambah, sama dengan dan ayat matematik.
v) Murid akan menyiapkan latihan dalam buku aktiviti dari halaman
21.
vi) Rumusan pengajaran dan pembelajaran oleh guru melalui aktiviti
kuiz matematik.
Refleksi:

Anda mungkin juga menyukai