Anda di halaman 1dari 4

PROSA TRADISIONAL: BAHAGIA SESUDAH DERITA (PT3)

SINOPSIS
Si Miskin dan isterinya meminta derma di negeri Anta Beranta. Mereka pergi ke istana Maharaja Indera Dewa tetapi dihalau oleh Betara Angkasa Indera Dewa. Pengikut
baginda telah melempar Si Miskin dan isteri dengan kayu dan batu yang menyebabkan badan pasangan suami isteri itu bengkak dan cedera. Selepas kejadian itu, mereka
melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan suami menerima nasib yang sama dilempar oleh penduduk kampung dengan kayu dan batu apabila telah pergi ke kawasan kampung.

Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di tempat pembuangan sampah. Mereka menemukan sebiji ketupat dan buku tebu di tempat itu.
Mereka makan ketupat dan tebu itu kerana terialu lapar. Sebenarnya, Si Miskin ialah seroang raja kayangan yang disumpah Betara Guru atas kesalahan membawa isterinya
ke bumi tanpa memberitahunya. Isteri Si Miskin pun hamil dan mengidam buah mempelam dan nangka yang terdapat di taman Maharaja Indera Dewa. Si Miskin dengan
rendah dirii berjumpa Maharaja Indera Dewa untuk meminta mempelam dan nangka walaupun berasa bimbang mendapat layanan yang teruk.

Maharaja Indera Dewa berasa kasihan kepada Si Miskin.Baginda telah memberikannya buah mempelam dan nangka. Tambahan pula, nasib Si Miskin semakin bertuah
kerana dia juga memperoleh pelbagai barang daripada peniaga di pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun bersalin seorang putera yang diberikan gelaran Marakarma.
Semasa Si Miskin menggali tanah untuk membina pondok, dia terjumpa tempayan yang banyak mengandungi emas. Dia menjual emas yang ditemuinya itu kepada saudagar.
Nasib Si Miskin berubah menjadi orang kaya.Si Miskin yang memangku anaknya itu berseru agar kawasan hutam rimba itu dijadikan sebuah negeri yang dilengkapi istana,
pembesar, hulubalang, dan rakyat. Si Miskin menjadi raja dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna Dewi.

Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil dan pemurah. Tidak lama kemudian, isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan melahirkan seorang puteri yang diberi
nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Kelahiran puteri disambut penuh dengan adat istiadat selama empat puluh hari empat puluh malam.

TEMA
Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai dugaan dan kesusahan dalam meneruskan kehidupan.

PERSOALAN,LATAR MASYARAKAT, NILAI PENGAJARAN


PERSOALAN LATAR NILAI PENGAJARAN PENGAJARAN CONTOH
MASYARAKAT
Ketabahan dalam Masyarakat yang tabah Ketabahan Kita hendaklah tabah Si Miskin dan isterinya sabar apabila
menempuhi dugaan dalam menempuhi dalam menempuhi mereka dihina, diusir, diketawakan, dan
hidup dugaan hidup dugaan hidup dilemparkan dengan batu serta kayu
oleh pembesar istana serta penduduk
kampung semasa mereka hendak
meminta makanan
Kasih sayang seorang Masyarakat yang Kasih sayang Setiap ahli keluarga Si Miskin amat sayang akan isterinya
suami terhadap isterinya penyayang mestilah memupuk dan sanggup memenuhi segala
amalan kasih sayang permintaan isterinya.
Kemuliaan hati seorang Masyarakat istana Baik hati Kita hendaklah Maharaja InderaDewa sangat baik hati
raja membantu orang yang dan telah memperkenankan permintaan
dalam keadaan susah Si Miskin yang inginkan mempelam
dan nangka.
Tanggungjawab suami Masyarakat yang bertanggungjawab Seorang suami Si Miskin bertanggungjawab
terhadap ahli keluarga. bertanggungjawab hendaklah menjaga menyediakan tempat tinggal untuk
kebajikan ahli keluarga isterinya.
dengan menyediakan
keperluan hidup kepada
isteri dan anak-anak.
Sikap tidak Masyarakat yang tidak Prihatin Kita hendaklah prihatin Orang di pasar telah membaling dan
berperikemanusiaan berperikemanusiaan dan membantu golongan memukul Si Miskin dengan kayu
yang susah kerana dia berpakaian compang-
camping.

LATAR MASA DAN LATAR TEMPAT


Latar Masa Contoh
1. Tiga bulan Selepas makan buku tebu dan ketupat, Isteri Si Miskin mengandung.
2. Petang Si Miskin berada di tempat pembuangan sampah
3. Empat puluh hari empat puluh malam Majlis meraikan kelahiran Tuan Puteri Nila Kesuma
4. Malam Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.

Latar Tempat
1. Negeri Anta Beranta Si Miskin meminta sedekah dan mencari rezeki.
2. Hutan Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.
3. Di Pasar Tempat Si Miskin dan Isterinya dihina dan dilempar kayu
4. Tempat pembuangan sampah Si Miskin menemukan ketupat dan buku tebu.

GAYA BAHASA
1.Diksi

Bahasa Istana Baginda,titah,patik

Bahasa klasik Hatta

Bahasa Arab Allah subhanahu taala

2.Sinkope Kehendakmu?
Jangan anakku bercerai

3.Kata ganda Berdarah-darah dan bengkak-bengkak

4.Simile Laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya.


Suaminya melihatkan laku bininya seperti orang hendak mati rupanya.

5.Repetisi Jikalau ada belas kasihan tuan hamba akan orang daif lagi miskin telah
terbuang itu, hamba hendak akan buah yang seburuk-buruknya….
6.Anafora Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
7.Responsi Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
8.Hiperbola Hancurlah segala anggotaku