Anda di halaman 1dari 4

Latih tubi: Unit 11 – Masa dan Waktu

1. Kapal A telah belayar selama 3 hari 10 jam manakala kapal B selama 1 hari 5
jam. Berapakah lebihan masa Kapal A belayar berbanding Kapal B?

Projek Tempoh siap


Sejarah 10jam
Sains 9jam
Rekabentuk Teknologi 7jam

2. Jadual diatas menunjukkan tempoh masa yang diambil oleh Ashley untuk
menyiapkan tiga projek. Cari jumlah masa untuk Ashley menyiapkan semua
projek. Beri jawapan dalam hari dan jam.

3. Jangka hayat seeokor kucing hutan ialah 4 tahun. Jangka hayat seekor
harimau pula ialah 3 kali jangka hayat seekor kucing hutan, hitung jangka
hayat, dalam bulan, bagi harimau.
4. Sekumpulan murid membuat kajian tentang sejarah sekolah selama 4 minggu 5
hari. Folio kajian itu pula disiapkan dalam masa 1 minggu 6 hari. Cari jumlah
masa yang digunakan oleh mereka.

5. Jadual dibawah menunjukkan umur dua orang murid.

Murid Umur
Pamela 11 tahun 7 bulan
Florentina 9 bulan lebih tua daripada
Pamela

Berapakah umur Florentina?

6. Liedia menghadiri kursus di Putrajaya selama 32 hari. Kira tempoh kursus itu
dalam minggu dan hari.
7. Seorang penulis menggunakan masa 1 tahun 4 bulan untuk menyiapkan sebuah
novel. Sebuah koleksi cerpen disiapkan 8 bulan lebih awal berbanding novel
itu. Berapa lamakah masa yang digunakan untuk menyiapkan koleksi cerpen
itu?

8. Angela menyiapkan buku skrap dalam masa 3 minggu 1 hari. Jelembai pula
menggunakan separuh daripada masa Angela. Hitung masa yang digunakan
Jelembai dalam hari untuk menyiapkan buku skrap tersebut.

9. Ashley berumur 11 tahun 8 bulan. Perbezaan umur antara Ashley dengan


adiknya, Paulus ialah 7 tahun 5 bulan. Kira umur Paulus.

10. 6 fasa projek perumahan yang sama perlu disiapkan dalam masa 13 tahun.
Hitung masa dalam tahun dan bulan untuk menyiapkan satu fasa projek itu.
11. Jadual dibawah menunjukksn tempoh masa dua buah kedai serbaguna
beroperasi. Cari beza masa, dalam jam, kedua-dua kedai itu beroperasi.

Kedai serbaguna Tempoh operasi


Borneo Sepanjang hari
Home-mart 9 jam

Bil. Model Jenis rumah Masa siap


4 buah Setingkat 12 hari 8 jam
6 buah Dua tingkat 20 hari 6 jam

12. a) Berdasarkan jadual di atas, berapakah masa yang diambil untuk menyiapkan
sebuah model rumah setingkat?

b) Kira masa yang diambil utuk menyiapkan sebuah model rumah dua tingkat.
Nyatakan jawapan dalam jam.

Anda mungkin juga menyukai