Anda di halaman 1dari 8

Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun Engku Afizul Bin Engku Halim 2014

TEORI PERIBADI
Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun Engku Afizul Bin Engku Halim 2014

TEORI PERIBADI YANG DIHASILKAN - 1

NAMA TEORI SENDIRI:

‘Shut And Pay’

PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI:

Setelah beberapa hari menghadiri kelas saya telah membuat beberapa pemerhatian
dan saya dapati pelajar-pelajar saya banyak bercakap semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Mereka bercakap tentang perkara yang tidak berkaitan
dengan pembelajaran.

Setiap kali P&P dilaksanakan, saya akan telah menetapkan peraturan. Sesiapa
yang bercakap selagi saya belum memberi sebarang arahan akan dikenakan denda
iaitu berdiri selama 5 minit tanpa bercakap. Jika murid itu bercakap lagi dalam keadaan
berdiri dia akan didenda meletakkan tapak tangan di mulut selama 5 minit lagi. Hal ini
bermaksud, jika seorang membuat bising yang melampau kelas akan dihentikan serta
merta dan murid tersebut akan didenda. Saya melakukan peraturan ini adalah untuk
memberi pengajaran dan mendisiplinkan murid supaya tidak bercakap perkara yang
sia-sia dan mengganggu rakan yang lain. Selain itu, melalui teori ini, nilai-nilai murni
seperti bertanggungjawab, berdisplin dan banyak lagi dapat diterapkan dalam diri
murid-murid. Contohnya semasa di bengkel, kelas dan padang, sekiranya mereka
mempunyai sebarang pertanyaan mereka perlu mengangkat tangan terlebih dahulu.
Kesan daripada perlakuan ini mereka akan lebih teratur dan mudah terbiasa dengan
peraturan tersebut walau dengan mana-mana guru sekalipun.

Teori ini telahpun dilaksanakan setiap kali pengajaran dan pembelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi dan Kemahiran Hidup. Pertama kali saya melaksanakan teori ini,
murid-murid kelihatan seperti kurang biasa, malu serta kekok mereka seolah-olah tidak
Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun Engku Afizul Bin Engku Halim 2014

percaya adakah saya akan melakukannya atau tidak. Setelah melaksanakan beberapa
kali, murid-murid mula menunjukkan perubahan positif malah sangat aktif dan dapat
mengawal percakapan mereka semasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

Secara kesimpulannya, saya percaya bahawa murid-murid akan dapat cepat belajar
dan mengawal tingkah laku mereka melalui teori yang diamalkan di dalam kelas.
Tambahan pula, teori ini bukanlah hanya dijalankan untuk memberi pengajaran kepada
murid-murid malah ianya juga adalah untuk mennerapkan nilai yang positif dalam diri
mereka seperti menghormati guru.

TEORI PERIBADI YANG DIHASILKAN - 1


Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun Engku Afizul Bin Engku Halim 2014

NAMA TEORI SENDIRI:

‘PENALTY CARD’

PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI:

Sepanjang seminggu saya berpraktikum dan menjalankan pengajaran dan


pembelajaran di sekolah saya dapati terdapat beberapa masalah yang berlaku dalam
kelas dan semasa di padang. Antara masalah yang dihadapi ialah murid terlalu banyak
bercakap, bergerak semasa dalam kelas dan tidak dapat mendengar arahan dengan
teliti semasa guru bercakap. Terdapat juga beberapa orang murid yang sukar memberi
perhatian semasa pengajaran berlangsung di dalam kelas terutamanya semasa kelas
subjek major sewaktu guru memberikan lembaran kerja kepada murid.

Oleh yang demikian, saya telah mencipta satu teori yang dinamakan Penalty Card.
Teori ini dijalankan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di kelas dan padang. Apabila
murid melakukan kesalahan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru
akan mengenakan kad penalty kepada murid. Terdapat 3 kad yang disediakan iaitu

 Hijau - Amaran 1
 Kuning - Amaran 2
 Merah - Amaran terakhir dan denda

Sekiranya murid mendapat kad merah dia akan dikenakan denda untuk menyanyi satu
lagu di hadapan rakan-rakan sebagai pengajaran dan untuk mengelakkan dia
melakukan kesalahan lagi selepas ini.

Murid sasaran saya ialah tahun 4 B Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun kerana saya
banyak mempunyai pertemuan dengan kelas ini berbanding dengan kelas-kelas lain.
Oleh itu, saya dapati teori ini amat berkesan dalam membentuk disiplin murid serta
Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun Engku Afizul Bin Engku Halim 2014

mengembalikan perhatian murid semasa aktiviti dijalankan dalam pengajaran dan


pembelajaran. Selain itu juga saya dapati murid-murid akan lebih berhati-hati serta
menjaga perlakuan dan tingkah laku mereka semasa di kelas dan padang.

Secara kesimpulannya, saya dapati teori ini amat berhasil dan saya berhasrat untuk
meneruskan teori ini terhadap murid-murid kelas lain agar mutu kawalan dan
pencapaian kelas tercapai

TEORI PERIBADI YANG DIHASILKAN - 2


Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun Engku Afizul Bin Engku Halim 2014

NAMA TEORI SENDIRI:

‘APT’ Anugerah Pelajar Terbaik

PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI:

Teori ini dihasilkan adalah berdasarkan pengalaman saya semasa pengajaran di dalam
kelas. Bagi memastikan keadilian berlaku dan perhatian yang sama diberikan kepada
murid-murid yang lain saya telah menghasilkan satu teori iaitu APT Anugerah Pelajar
Terbaik. Anugerah ini merangkumi pelbagai kategori. Antaranya ialah Anugerah Pelajar
Tulisan Paling Cantik, Anugerah Pelajar Paling Aktif, Anugerah Pelajar Petah Berkata,
Anugerah Pelajar Paling Kemas dan Paling Hensem dan Cantik.

Melalui teori ini saya dapati semua murid dapat merasai dirinya dihargai dan
mereka akan berusaha lebih gigih untuk mendapatkan sebanyak perhatian yang boleh
daripada saya dan guru-guru lain. Saya juga dapat melihat perubahan kepada murid-
murid saya ke arah yang lebih positif.

Anugerah ini dilakukan setiap minggu. Setiap minggu anugerah bagi kategori
yang berlainan akan disampaikan. Penilaian akan dibuat sepanjang minggu tersebut
dan hadiahkan disampaikan pada hari terakhir minggu tersebut iaitu hari Khamis.

Teori ini dapat memberi peneguhan kepada murid-murid dan motivasi kepada
mereka untuk lebih cemerlang mahupun dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Seterusnya murid juga akan mudah mengikuti pembelajaran dalam kelas dengan lebih
baik dan teratur.

Saya amat berharap teori ini dapat menarik perhatian murid-murid untuk
meningkatkan kemahiran dalam pelbagai aspek bidang dan kategori.
Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun Engku Afizul Bin Engku Halim 2014

TEORI PERIBADI YANG DIHASILKAN - 4

NAMA TEORI SENDIRI:

‘GOLDEN TIME’

PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI:

Golden Time ialah satu teori yang saya cipta untuk memastikan objektif pembelajaran
tercapai dalam kalangan murid-murid. Teori ini telah diaplikasikan sewaktu akhir
pembelajaran. Masa yang diperuntukkan adalah 2 minit. Semasa Golden Time
dijalankan murid akan menyoal murid-murid lain apakah mesej pembelajaran hari ini
dan kesimpulan yang dapat dibuat. Hanya seorang murid boleh mencuba dan sekiranya
jawapan yang dijawab betul murid akan mendapat 5 biji gula-gula sebagai ganjaran.
Sekiranya tidak berjaya peluang akan diberikan kepada murid yang lain. Melalui teori ini
guru akan dapat mengenalpasti sama ada objektif pembelajaran tercapai atau tidak.
Guru akan dapat membuat refleksi sama ada apa yang diajar dapat difahami atau tidak.
Teori ini akan dapat membantu guru membuat penambahbaikan kepada pengajaran
dan pengajaran mereka.

Murid juga akan dapat memberi tindak balas terhadap apa yang dipelajari dan
menilai diri sendiri dengan rakan yang lain tentang tahap pengetahuan masing-masing.
Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun Engku Afizul Bin Engku Halim 2014

TEORI PERIBADI YANG DIHASILKAN - 5

NAMA TEORI SENDIRI:

‘ZIG ZAG ZONE’

PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI:

Teori ini dihasilkan adalah untuk melihat tahap kepekaan murid dan tumpuan
murid terhadap pembelajaran guru. Guru akan menyoal murid dalam bentuk zig-zag
supaya mereka sentiasa peka terhadap pembelajaran. Selain itu juga murid tidak akan
leka dengan pembelajaran. Teori ini sesuai dijalankan semasa pengajaran dan murid
akan diperkenalkan terlebih dahulu dengan teori ini supaya mereka lebih bersedia.

Saya telah menjalankan teori ini terhadap murid-murid saya dan saya dapati ianya
berkesan kerana murid lebih aktivf dan tidak lalai sepanjang pengajaran dan
pembelajaran berlangsung

Pelaksanaan dan perancangan teori Zig Zag Zone

ZON ZIG –ZAG SASA

G
X X X X X

X X X X X

X X X X X

X X X X X

X X X X X

Anda mungkin juga menyukai