Anda di halaman 1dari 4

KISAH NABI ADAM DIDUNIA

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang bijaksana guru-guru dan kawan-
kawan sekalian.

Dicipta manusia dari tanah liat

Tanahnya kering lumpurnya hitam

Itulah asal Nabi Adam

Mari dengarkan buat pedoman (lagu maher zaen)

Ya kawan-kawan,

Nabi Adam a.s adalah manusia dan Nabi pertama diciptakan oleh Allah SWT .Beliau
ditempatkan disyurga bersama pasangannya Hawa. Malangnya, Nabi Adam dan Hawa
termakan dengan pujuk rayu syaitan. Mereka telah memakan sejenis buah dari pepohon yang
dilarang Allah SWT.

Nabi Adam dan Hawa amat menyesal dengan tindakan mereka kerana mengingkari
larangan Allah SWT itu. Berdoalah Nabi Adam dengan rasa penuh penyesalan memohon
keampunan Allah SWT (surah al-a’rof ayat 23):

‫ﻦ‬
َ ‫ﺳﺮِﻳ‬
ِ ‫ﻦ ا ْﻟﺨَﺎ‬
َ ‫ﻦ ِﻣ‬
َّ ‫ﺣ ْﻤﻨَﺎ َﻟ َﻨﻜُﻮ َﻧ‬
َ ‫ن َﻟ ْﻢ َﺗ ْﻐ ِﻔ ْﺮ َﻟﻨَﺎ َو َﺗ ْﺮ‬
ْ ‫ﺴﻨَﺎ َوِإ‬
َ ‫ﻇ َﻠ ْﻤﻨَﺎ َأ ْﻧ ُﻔ‬
َ ‫ﻗَﺎﻻ َر َّﺑﻨَﺎ‬

Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika
Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami
termasuk orang-orang yang rugi".

Maha pengasih Allah SWT mengampunkan Nabi Adam dan Hawa. Sebagaimana
baiknya pimpinan kerajaan Malaysia memansuhkan Akta ISA demi keselamatan dan
perpaduan sejagat.

Kawan-kawan,

Allah maha pengampuan lagi maha penyayang terhadap hambanya. Mereka pun
diturunkan ke dunia. Jadilah Nabi Adam sebagai khalifah pertama di bumi memikul amanah
dengan penuh tanggungjawab dan ketaatan kepada Allah SWT. Sebagaimana hadis
Rasulullah saw yang berbunyi:

‫آﻠﻜﻢ راع و آﻠﻜﻢ ﻣﺴﺌﻮل ﻋﻦ رﻋﻴﺘﻪ‬

“ Setiap dari kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab keatas orang yang dipimpinnya”

Nabi Adam berduka cita


Terpisah dari Hawa tercinta

Lalu dipertemukan Adam dan Hawa

Di Jabal Rahmah tempat yang mulia (syair)

Kawan-kawan,

Nabi Adam dan Hawa dikurniakan pasangan kembar. Setelah meningkat dewasa Nabi
Adam menikahkan anak-anaknya secara bersilang. Langkah ini adalah untuk menjaga
keturunan manusia. Tidak seperti hari ini gejala seks bebas berleluasa, maka lahirlah anak
hasil hubungan durjana lalu di buang pula merata-rata. Ashtaghfirullah…… janganlah disia-
siakan anak-anak ini.

Firman Allah SWT surah al-A’raf ayat 172:

‫ﺴ ِﻬ ْﻢ‬
ِ ‫ﻋﻠَﻰ َأ ْﻧ ُﻔ‬
َ ‫ﺷ َﻬ َﺪ ُه ْﻢ‬
ْ ‫ﻇﻬُﻮ ِر ِه ْﻢ ُذ ِّر َّﻳ َﺘ ُﻬ ْﻢ َوَأ‬
ُ ‫ﻦ‬
ْ ‫ﻦ َﺑﻨِﻲ ﺁ َد َم ِﻣ‬
ْ ‫ﻚ ِﻣ‬
َ ‫ﺧ َﺬ َر ُّﺑ‬
َ ‫َوِإ ْذ َأ‬

Ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka, Allah
mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka.

Kawan-kawan,

Zuriat,

Kau pembawa berkat,

Hasilkan tanaman gandum dalam bidang pertanian,

Hasilkan pakaian dari bulu biri-biri,

Maka terbentuklah sistem tamadun manusia. (Sajak)

Moralnya disini, perpaduan merupakan asas ketamadunan bangsa bagi memacu


pembangunan Negara. Sekiranya perpaduan tidak diterapkan, jadilah seperti Negara jiran kita
Thailand dan Indonesia pergolakan politik dan pembunuhan semakin berleluasa. Peringatan
Allah tentang perpaduan berbunyi (surah al-imran ayat 103:

‫ﺟﻤِﻴﻌًﺎ وَﻻ َﺗ َﻔ َّﺮﻗُﻮا‬


َ ‫ﻞ اﻟَّﻠ ِﻪ‬
ِ ‫ﺤ ْﺒ‬
َ ‫ﺼﻤُﻮا ِﺑ‬
ِ ‫ﻋ َﺘ‬
ْ ‫وَا‬

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai
berai”

Kawan-kawan,

Sekiranya perpaduan ummah tidak tercapai. Maka lahirlah generasi yang suka
mengikut hawa nafsu. Ingatkah lagi kawan-kawan cerita ini…..
Habil dijodohkan dengan Iqlima

Seorang yang cantik dan juga rupawan

Qabil dijodohkan dengan Lubuda

Seorang hodoh dan jelik rupanya

Lalu timbullah rasa dengki

Habil dibunuh saudara sendiri (lagu: rabbani “ Cari pasangan”)

MasyaAllah dasyat bukan kalau hawa nafsu sudah bermaharaja lela. Jadi janganlah diturut
hawa nafsu kelak mengundang binasa. Rentetan pembunuhan Habil dan Qabil Allah
mengajar manusia menguruskan jenazah. Satu lagi bukti ketamadunan manusia telah bermula
pada zaman Nabi Adam a.s.

Kawan-kawan

Nabi Adam semakin tua

Zuriatnya pula semakin ramai tak terkira

Fitrah manusia kembali pada Allah Taala

Maka wafatlah Nabi Adam bertemu yang esa. (pantun)

Wafatnya Nabi Adam pada usia 1000 tahun jatuh pada hari sayyidul ayyam yaumul
juma’h. sebelum wafat baginda telah mewasiatkan Nabi Syees sebagai ganti baginda. Firman
Allah SWT dalam surah al-Imran ayat 185:

‫ت‬
ِ ‫ﺲ ذَا ِﺋ َﻘ ُﺔ ا ْﻟ َﻤ ْﻮ‬
ٍ ‫ﻞ َﻧ ْﻔ‬
ُّ ‫ُآ‬

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.”

Maka begitulah akhirnya cerita saya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Maka marilah kita
sentiasa berbuat kebaikan dan meninggalkan segala bentuk kejahatan.

Sekian sahaja wabilah hitaufik wa hidayah……………………