Anda di halaman 1dari 4

SOALAN ULANGKAJI EDU

1. Apa itu kaunseling?

- Kaunseling ialah suatu proses yang melibatkan interaksi antara seseorang kaunselor
dengan kliennya. Interaksi ini boleh jadi berlaku dalam keadaan sulit atau genting
dengan tujuan menolong klien mengubah tingkah lakunya sehingga suatu
keputusan yang diambil memuaskan keinginannya (Pepinsky & Pepinsky).

2. Tugas guru bimbingan mengikut senarai yang ditentukan oleh KPM :

a) Mengelolakan rancangan bimbingan di sekolah secara sistematik.

b) Mengatur rancangan orientasi/ membimbing murid untuk mendapat tempat di institut


pendidikan lanjutan (diploma, ijazah)/ membaiki tabiat murid dan mempertingkatkan
motivasi murid.

c) Mengendalikan seminar/ ceramah/pameran kerjaya di peringkat sekolah (UPSR, PMR,


SPM) dan kursus-kursus yang berkaitan yang releven di sekolah, daerah dan negeri.

d) Membina hubungan baik antara sekolah dan NGO, pusat kebajikan dan hospital.

e) Meyimpan rekod-rekod murid, iaitu kad 001/kad kesihatan/rekod kaunseling individu dan
kaunseling kelompok.

f) Mengendalikan bilik bimbingan dengan lengkap dan tersusun.

g) Mengatur sesi temu ramah, konsultasi keibubapaan dan bimbingan murid yang
berkaitan dengan masalahdan isu-isu peribadi, akademik dan kerjaya.

h) Menubuhkan dan mengelolakan kelab bimbingan/Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di


sekolah.
3. Di sekolah, guru-guru melaksanakan proses bimbingan terhadap murid2. Huraikan 5
jenis bimbingan tersebut :

a) Bimbingan akademik : melibatkan masalah pelajar merangkumi aspek pemilihan dan


pengayaan, pemilihan mata pelajaran atau kursus dan sebagainya.

b) Bimbingan kemahiran : kemahiran pengurusan diri, pengurusan masa, kemahiran belajar,


kemahiran interpersonal dan intrapersonal dll.

c) Bimbingan kerjaya : pemilihan terhadap kerjaya, bimbingan jurusan pengajian dll.

d) Bimbingan psikososial : masalah pergaulan rakan sebaya, orang sebaya dan hubungan
dengan masyarakat.

e) Bimbingan kesihatan : pemakanan yang seimbang, kebersihan diri dll.

f) Bimbingan disiplin : pengurusan disiplin yang baik.

4. Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling dibahagikan kepada 4 pendekatan.

Jelaskan 4 pedekatan tersebut :

a) Pendekatan perkembangan
b) Pendekatan pencegahan
c) Pendekatan pemulihan
d) Pendekatan krisis.

5. Bincangkan tingkah laku bukan lisan :

a) Gaya badan : silang kaki/ cara duduk/ dll


b) Gerak isyarat : angguk/ geleng/ dll
c) Kontak mata : tumpuan/elak
d) Nada suara : tinggi/ rendah/dll
e) Mimik muka : serius/ sedih/ dll
6. Prinsip-prinsip panduan terapi bercerita :

a) Pilih tajuk/isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap umur.

b) Guna pelbagai alat bantu mengajar (ABM). Contoh : kad-kad perkataan, warna warni
sebelum terapi bercerita bermula.

c) Guna teknik suara bercerita yang menarik.

d) Sebelum suatu cerita bermula, guru pastikan semua murid berada dalam keadaan bersedia.

7. Bagaimana seorang guru dapat mengenal pasti masalah murid dengan kaedah
anekdot?

a) Pilih responden/murid/subjek
b) Buat nota ringkas
c) Menghasilkan laporan lengkap
d) Pastikan ketepatan maklumat berdasarkan pemerhatian semula
e) Ambil tindakan berdasarkan maklumat sedia ada

8. Kelebihan Terapi Biblio :

a) Meningkatkan pemahaman empatik terhadap orang lain.


b) Membekalkan maklumat dan alternatif
c) Merangsang perbincangan perasaan dan idea.
d) Membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah seharian.
e) Membantu kanak-kanak menangani perubahan dalam perkembangan dan gangguan
emosi.
f) Membantu kanak-kanak mempelajari tentang dunia sekeliling mereka dan budaya kita.
g) Faham bahawa orang lain juga mengalami masalah dan perasaan yang sama.

9. Menurut Rogers, pembentukan tingkah laku negatif adalah berkait rapat antara tindihan
konsep kendiri dengan pengalaman sebenar. Terangkan keadaan yang kongruen dan tidak
kongruen.
a) Kongruen
- penerimaan konsep kendiri termasuk pandangan, kepercayaan, tanggapan terhadap diri
sendiri serta kekuatan dan kelemahan sendiri.
- pengalaman yang dialami di dunia luar (realiti) adalah seperti mana yang terdapat pada
persepsi individu atas diri sendiri.

b) Tidak kongruen
- penerimaan konsep kendiri termasuk pandangan, kepercayaan, tanggapan terhadap diri
sendiri serta kekuatan dan kelemahan sendiri sudah mantap terbentuk.
- pengalaman yang dialami di dunia luar (realiti) bertentangan dengan konsep kendirinya, maka
terhasilnya tingkah laku negatif.

10. Nyatakan tujuh peringkat perkembangan teraputik yang mempengaruhi proses


perhubungan kaunseling :

Peringkat 1- Perhubungan kurang mesra


Peringkat 2- Tidak bersedia berkongsi pengalaman
Peringkat 3- Kurang kesedaran terhadap diri
Peringkat 4- Berlaku pertentangan perasaan, pemikiran dan tingkah laku
Peringkat 5- Wujud kemesraan meluahkan pengalamannya
Peringkat 6- Berlaku kesedaran kepada klien

Peringkat 7- Penerimaan tanpa syarat