Anda di halaman 1dari 31

ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Tajuk 1 BAHAN BANTU MENGAJAR P&P PM

Sipnosis

Tajuk ini memberi tumpuan kepada dua sub-tajuk utama iaitu Pengenalan kepada
sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Moral dan sub-tajuk kedua
ialah Penggunaan multi media dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral. Dalam sub-tajuk pertama akan dibincangkan tentang kepentingan sumber,
jenis-jenis sumber dan Pemilihan dan penggunaan sumber, manakala dalam
sub-tajuk kedua akan dibicarakan tentang Kepentingan mengguna multi media,
jenis-jenis multi media – audio dan visual, Internet, CD-Rom dan penyediaan dan
cabaran dalam penggunaan multi media.

Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui tentang kepentingan penggunaan sumber dalam P & P

2. Mengenalpasti jenis-jenis sumber dan cara pemilihan sumber yang sesuai.

3. Mengetahui dan mengaplikasikan jenis-jenis sumber multimedia, cara


penggunaannya serta cabaran-cabarab yang dihadapi.

Kerangka konsep tajuk

1
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Sumber
Pengajaran dan
Pembelajaran

Kepentingan Jenis-jenis sumber Jenis-jenis sumber


penggunaan
dan cara pemilihan multimedia dan
sumber dalam penggunnanya
P&P sumber
dan cabaran

6.1 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Istilah alat bantu mengajar, bahan bantu mengajar, sumber bahan pengajaran dan
media adalah istilah yang selari dengan keperluan dalam perancangan dan
keperluan pedogogi pengajaran oleh guru. Alat lebih merujuk kepada setiap
peralatan yang digunakan untuk menyokong atau melaksanakan sebarang bahan.

BBM Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya

dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca,

dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.

6.1.1 Kepentingan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

a. ia adalah daya penarik dan dengan itu menyingkirkan kebosanan

b. ia menyeronokkan suasana pengajaran dan pembelajaran

c. ia membantu pembentukkan konsep

d. ia menjadikan pembelajaran lebih bermakna

e. ia menyediakan pengalaman sebenar lalu mendorong murid-murid

menjalankan aktiviti-aktiviti lanjutan

2
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

f. ia mempelbagaikan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan menggalakkan

penggunaan pelbagai deria murid

g. ia memupuk pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif

i. ia menggalakkan pemindahan pembelajaran

j. ia menggalakkan penyertaan dan penglibatan murid-murid.

6.1.2 Jenis-jenis sumber dan Pemilihan dan penggunaan sumber

Dibahagikan kepada 3 kategori:

a)BBM bukan elektronik BBM asa seperti papan tulis, buku teks dan papan

Pamer. BBM bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan

pengajaran,gambar, carta, grafik, model, surat khabar, lukisan, majallah,

risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan,
kad cantuman, peta, globe, boneka, diorama, bahan-bahan permainan

seperti shahibba ,carta dan sebagainya. cerita,lagu,gambar-gambar bersiri, kad-kad


situasi dan skrip lakonan

b)BBM berbentuk elektronik Seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP,

projektor LCD, pita video, pita rakaman ,piring hitam , kad audio, lutsinar OHP, TV
atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket computer

3
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

c) Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar


Seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.

Dunia kini makin berkembang dengan pesat dan kini sudah menjadi dunia tanpa
sempadan. Kemajuan sains dan teknologi menjadi dunia boleh dijelajahi dengan
begitu pantas. Oleh itu, sudah pastinya boleh menganggu nilai-nilai institusi
kekeluargaan, masyarakat, komuniti, dan negara. Maka, pendidikan moral
merupakan satu-satunya saluran yang boleh membimbing dan pendidik nilai-nilai
murni kepada semua warga supaya semua dapat mengimbangi segala nilai yang
dianggap penting kepada seseorang manusia.

Inovasi dalam pembinaan serta penggunaan sumber pengajaran terkini ialah


penggunaan teknologi dan komunikasi. Era digital memungkinkan setiap guru
untuk peka dalam menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran secara interaktif menggunakan komputer juga memerlukan bahan
dibina berasaskan kepada keperluan atau metodologi pengajaran dan pembelajaran,
pembelajaran berasaskan web dan e-learning ialah antara sumber pengajaran dan
pembelajaran atas talian yang memberikan impak dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Jika komputer dijadikan sebagai alat perantara, maka bahan
perisian yang dibangunkan pula alalah pelengkap kepada setiap kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer juga adalah suatu pakej sumber pengajaran dan pembelajaran yang
relevan dengan keperluan semasa.

6.2 Penggunaan multi media dalam pengajaran dan pembelajaran


Pendidikan Moral.

Bahan multimedia ialah bahan yang dibina secara bersepadu menggunakan unsur
visual dan audio yang menggunakan sokongan teknologi komputer bagi menjadikan
ia berfungsi sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Unsur video yang
dihasilkan adalah terdiri daripada paparan grafik, animasi, gambar dan warna yang

4
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

dibina berasaskan prinsip pembangunan bahan. Manakala audio pula boleh sama
ada dalam bentuk suara, lagu dan bunyi-bunyian disempurnakan secara digital
untuk menjadikan setiap bahan lebih menarik dan berfungsi mengikut keperluan.
Kesepaduan unsur-unsur ini akan dipaparkan melalui monitor ataupun layar (skrin)
yang disalurkan menggunakkan LCD bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran
kelompok yang besar.

6.2.1 Kepentingan Mengguna Multi Media.

Terdapat banyak kebaikan dalam menggunakan multimedia dalam pengajaran dan


pembelajaran. Antaranya,

a. ia boleh digunakan bagi tujuan kumpulan besar, kumpulan kecil dan


individu

b. gabungan bunyi, grafik, animasi dan gambar boleh menimbulkan kesan


sebenar

c. perkara yang akan disampaikan kepada murid-murid lebih senang

d. bahan multimedia boleh digunakan sebagai bahan pengajaran individu


yang berkait rapat dengan konsep pembelajaran kendiri.

e. ia berupaya memberikan kronologi proses pengajaran dan pembelajaran.


Ini amat bertepatan dengan teori pembelajaran kognitif

f. bahan multimedia dapat mengubah kaedah pembelajaran tradiosional


yang memerlukan guru memberi arahan kepada pendekatan ’hands on’
dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada dalam diri pelajar

g. bahan multimedia membolehkan mereka meneroka maklumat mengikut


kapasiti masing-masing.

h. murid-murid mudah faham sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi,


rajah, latihan atau amalan disampaikan melalui alat bantuan mengajar
multimedia digunakan

i. bahan-bahan multimedia yang dibangunkan memberikan peluang kepada


guru untuk memperkenalkan pembelajaran secara kontektual kepada

5
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

murid-murid, pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam konteks


aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar sebagai penyelesai
masalah

j. disamping menggunakan bahan multimedia murid-murid juga akan


didedahkan dengan penggunaan komputer sebagai perantara
penggunaan bahan multimedia.

TOPIK 2

PERANCANGAN P&P PM KSSR


Tajuk 2

Sipnosis

Apabila seseorang guru masuk ke dalam kelas, sememangnya anda akan


nampak buku tebal yang dibawa bersama, itulah Buku Rekod Mengajar yang
dimiliki oleh semua guru di mana tersimpannya Rancangan Pengajaran
Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian dan butiran-butiran mengenai
pengajaran dan pembelajaran seperti jadual waktu, senarai nama murid
beserta markah dan sebagainya. Kementerian Pendidikan Malaysia
mewajibkan semua guru menyediakan butiran-butiran pengajaran dan
pembelajaran (P&P) bagi setiap waktu mengajar mengikut jadual waktu
sekolah.

Tajuk Kedua ini memerlukan guru menguasai kemahiran menyediakan


Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian untuk
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Rancangan
Pengajaran Tahunan akan memberikan garis panduan kepada susunan
topik-topik yang perlu diajar sepanjang tahun yang dipecah-pecahkan
mengikut minggu. Persediaan Rancangan Pengajaran Harian merupakan

6
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

garis panduan terperinci yang digunakan oleh guru untuk menjalankan


pengajaran dan pembelajaran secara sistematik.

Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui perincian butiran Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester


bagi subjek Pendidikan Moral di sekolah, dan boleh merancang pecahan nilai
bagi setiap minggu dan semester.

2. Mengetahui perincian butiran Rancangan Pelajaran Harian bagi subjek


Pendidikan Moral KBSR (dan KSSR), termasuk penulisan hasil pembelajaran
dari segi kognitif, afektif dan tingkah laku.

Kerangka konsep tajuk

Persediaan Rancangan Pelajaran


Tahunan dan Rancangan
Pengajaran Harian Pendidikan Moral

Perincian butiran
Kepentingan Rancangan Pengajaran Perincian bituran
persediaan RPT dan Tahunan/Semester Rancangan Pengajaran
RPH Pendidikan Moral Pendidikan Moral Harian Pendidikan
KBSR & KSSR Moral KBSR & KSSR

Jumlah Bidang dan Nilai yang perlu diajar sepanjang tahun (KSSR)

TAHUN TEMA NILAI

TAHUN 1 DIRI SAYA 1. Kepercayaan kepada


Tuhan

7
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

2. Baik hati
3. Bertanggungjawab
TAHUN 2 SAYA DAN KELUARGA
4. Berterima kasih
5. Hemah tinggi
6. Hormat
7. Kasih sayang
TAHUN 3 SAYA DAN SEKOLAH
8. Keadilan
9. Keberanian
10. Kejujuran
11. Kerajinan
TAHUN 4 SAYA DAN JIRAN 12. Kerjasama
13. Kesederhanaan
14. Toleransi

TAHUN 5 SAYA DAN MASYARAKAT

TAHUN 6 SAYA DAN NEGARA

Rancangan Pengajaran Tahunan


Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan oleh guru pada awal tahun
sebelum minggu persekolahan pertama bermula. Rancangan Pengajaran
Tahunan mempaparkan semua topik dan sub-topik dalam sukatan pelajaran
mengikut minggu persekolahan dalam satu tahun. Perancangan agihan
topik-topik bagi setiap minggu perlu teliti supaya topik-topik yang luas perlu
masa yang lebih lama untuk disampaikan kepada murid, dan P&P semua
topik dapat disempurnakan dalam satu tahun. Guru juga perlu merujuk
kepada maklumat dalam takwim sekolah seperti cuti sekolah, cuti am,
minggu peperiksaan, hari majlis, aktiviti-aktiviti sekolah dan sebagainya,
untuk perancangan P&P sepanjang tahun.

Kepentingan Rancangan Mengajar

8
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

1. Ia merupakan satu panduan kepada guru tentang topik-topik yang


hendak disampaikan.

2. Dapat mengelakkan guru terpesong atau terkeluar tajuk-tajuk yang


hendak diajar.

3. Membantu guru menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik


P&P yang sesuai dengan objektif, pengalaman murid, kehendak sukatan dan
resos P&P.

4. Membantu guru menyediakan bahan dan alat bantu mengajar.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Definisi Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk di


laksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka
waktu yang telah ditetapkan.

Tujuannya adalah untuk; Menjamin pencapaian objektif.


Meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.

1.Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.


2. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang he
ndak diajar.

3.Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.


4.Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan,
kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

5.Menggunakan masa pengajaran secara optimum.

6.Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.

7.Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.

8.Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan s


esuatu isi pelajaran

9
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

CONTOH BUTIRAN RPH

FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


PENDIDIKAN MORAL (KSSR)

Mata
Pelajaran:
Tahun/Kelas
:
Bil
Murid/Jantin
a
Tarikh/Hari:
Waktu/Masa:
Tema:
Tajuk:
Nilai:
Standard
Kandungan:
Standard
Pembelajara
n:
Pengetahua
n sedia
ada/prasyara
t:
Hasil
Pembelajara
n:

10
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Pendekata
n:
Kemahiran
:

Penilaian:
KBAT:

Elemen
Merentas
Kurikulum
(EMK):

BBM :

Fasa &
Aktiviti* PdP / Prosedur / Catatan*
Langkah Isi Pelajaran
Langkah *
(Masa)
Set Induksi
(3 minit)

Langkah 1
(2minit)

Langkah 2
(3minit)

Langkah 3
(20minit)
Penutupan
(2 minit)
*Aktiviti yang dirancang haruslah berpusatkan murid.
**Dalam catatan, masukkan maklumat tentang penggunaan/pelaksanaan BBM, KBAT, EMK, kaedah,
kemahiran, penilaian dan lain-lain yang difikirkan penting dan berkaitan.

Refleksi kendiri:
a) Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
b) Masalah/Isu/Fenomena
c) Kekuatan/Kelemahan
d) Tindakan susulan (Contoh: pemulihan, pengukuhan dan pengayaan)

11
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Catatan Guru/Pensyarah Pembimbing:

CONTOH BUTIRAN RPT

MING TOPIK/BID STANDARD STANDARD CATATAN


GU ANG PEMBELAJA
PEMBELAJ KANDUNGAN RAN
ARAN

Rumusan

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

1. Mengenal pasti objektif 3 domain dalam Pendidikan Moral iaitu: Kognitif


(Pemikiran Moral), Afektif (Perasaan Moral) dan Psikomotor (Tingkah laku
Moral).
2. Mengambil semua faktor yang akan mempengaruhi pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas seperti cuti, aktiviti sekolah dan peperiksaan.
3. Mengetahui secara terperinci isi-isi yang hendak disampaikan kepada murid.
4. Memilih teknik dan sumber Pengajaran dan Pembelajaran yang dapat
meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid di samping mencapai hasil
pembelajaran yang dirancangkan.
5. Persediaan mengajar harian biasanya mengandungi butiran yang lebih
terperinci seperti contoh penggajaran di lampiran.

12
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Tajuk 3 Pengajaran Mikro dalam Pendidikan Moral

Kerangka konsep tajuk

Pelaksanaan Pengajaran
Mikro & Pengajaran
Makro

Mengingat semula, Menyedia & melaksanakan


memahami & mengaplikasi pengajaran mikro bagi Persembahan pengajaran
Kemahiran-Kemahiran setiap Kemahiran P&P makro dengan pelbagai
P&P kemahiran P&P

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Berikut adalah perkara yang perlu diberikan perhatian semasa guru


merancangkan P&P sesuatu topik:

 Pendekatan
 Strategi

13
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

 Kaedah
 Teknik
 Prosedur
 Masa P&P
 Pengetahuan sedia ada
 Resos P&P
 Pembahagian isi kandungan
 Aktiviti individu & kumpulan
 Alat bantu mengajar
 Tapak P&P – dalam atau luar bilik darjah
 Suasana P&P
 Semangat & emosi afektif pelajar

Pengajaran Mikro

Perkataan ‘mikro’ diambil dari bahasa Greek yang bermakna kecil. Pengajaran
mikro adalah proses pengajaran yang dijalankan dalam unit kecil sebagai simulasii
kepada guru pelatih. Pengajaran mikro bertujuan untuk mengurangkan
masalah-masalah yang mungkin timbul semasa pengajaran makro yang biasanya
dijalankan selepas latihan pengajaran mikro. Robert Bush dan D. Wight Allen dari
Pusat Penyelidikan & Perkembangan pengajaran Universiti Stanford Amerika
Syarikat merangka dan melaksanakan pengajaran mikro pada tahun 1961.
Pengajaran mikro dipanggil sedemikian kerana semua perkara yang terlibat dalam
pengajaran ini menggunakan jumlah yang kecil, satu sub-topik atau topik yang
ringkas sahaja, jumlah pelajar yang sedikit (7 – 10 orang), beberapa orang penilai
(pensyarah dan pelatih sendiri sebagai penilai), masa pengajaran yang ringkas (5
-10 minit), hanya satu kemahiran diguna dan dinilai dalam satu pengajaran mikro,
dan alat bantu mengajar (jika ada) biasanya diguna secara ringkas sahaja, ini bererti
pengajaran mikro adalah pengajaran yang ringkas dan telah dipermudahkan untuk
tujuan latihan praktikal bagi pelajar yang membelajari kemahiran sesuatu teknik
penyampaian dalam P&P.

14
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Prosedur perlaksanaan pengajaran mikro

Pelatih perlu bekerjasama dalam agihan peranan dan tugas untuk setiap sesi
pengajaran mikro. Setelah pelatih memahami secara teori semua kemahiran
dalam teknik dan kaedah P&P, pelatih perlu mengagih tugas dan peranan bagi
setiap orang dalam pengajaran mikro, iailtu seorang pelatih akan main peranan
sebagai ‘guru’ yang mengajar, sekumpulan pelatih berwatak sebagai anak murid,
dan sebilangan lain sebabagai pemerhatian dan juga penilai, setiap penilai
mempunyai sehelai senarai semak tertentu untuk kemahiran tertentu, cth. Borang
senarai semak bagi pemerhatian kemahiran ‘set induksi’. Masa pengajaran yang
singkat membenarkan pelatih mempraktikkan hanya satu kemahiran dalam satu
pengajaran mikro. Pelatih ‘guru’ dibenarkan memilih satu kemahiran untuk
persembahan P&P, pelatih ‘penilai’ akan menanda dalam borang senarai semak
semasa pengajaran dilaksanakan dan diserahkan kepada ‘guru’ berkenaan selepas
pengajaran. Biasanya, rakaman video dilakukan untuk setiap sesi pengajaran
mikro. Selepas setiap pengajaran mikro tamat, rakaman video ditayang semula
untuk ditontoni pelatih dan supaya perbincangan sesama rakan kumpulan dapat
dilakukan bersama pensyarah pembimbing. Segala kekuatan dan kelemahan
kemahiran yang ada pada pelatih yang mengajar tadi dikenalpasti dan dibincangkan.
Komen kendiri pelatih yang mengajar serta komen-komen pensyarah dan
rakan-rakan pelatih tetap membawa manfaat kepada semua pelatih yang terlibat
dalam pengajaran mikro.

Mengikut Model Pengajaran Mikro yang dikemukakan oleh Alien, D. & Kyan, K.,
pengajaran mikro merangkumi 5 peringkat:

MERANCANG

MEMPRAKTIK

MENGULAS /
15
KOMEN
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

MERANCANG
SEMULA

MEMPRAKTIK
SEMULA

Model ini nampaknya ideal tetapi akan membosankan pelatih yang terpaksa
mengulangi sesi pengajaran setiap kali terdapat kelemahan atau kesilapan.
George Brown mengubahsuaikan model ini kepada hanya 3 peringkat, iaitu

MERANCANG

MENGAJAR

MENGULAS /
KOMEN

Kemahiran-kemahiran yg dipraktik dalam Pengajaran Mikro

Simulasi dalam pengajaran mikro bagi sesuatu kemahiran teknik pengajaran adalah
bertujuan membenarkan pelatih mengaplikasikan teori pedagogi dan menguasai
kemahiran-kemahiran pengajaran spesifik dalam situasi yang hampir sama dengan
P&P yang sebenar. Kemahiran-kemahiran yang pelu dipraktik oleh pelatih adalah
seperti berikut:

16
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

 Set induksi, penerangan, penyoalan dan peneguhan

 Penggunaan sumber dan bahan bantuan mengajar

 Pelbagai variasi rangsangan

 Penutup

CONTOH CATATAN NOTA:

KEMAHIRAN SET INDUKSI


Contoh:
 Set induksi biasanya dilakukan pada pemulaan P&P
 Bertujuan membawa murid fokus kepada topik yang diajar
Konsep  Meletakkan murid dalam keadaan bersedia untuk belajar sesuatu
topik & memudahkan murid melaksanakan aktiviti P&P
 Masa peruntukan: ringkas (< 5 minit)

Contoh:
 Mesti releven dengan pengetahuan sedia ada pada murid & isi
kandungan topik yang akan diajar
 Mesti dapat menarik perhatian, merangsangkan pemikiran &
Prinsip-prin menimbulkan minat murid
sip
 Boleh guna ABM, soalan, ingat semula, ulangkaji ringkas, body
language, aksi yang inovatif & menarik
 Masa peruntukan jangan terlalu panjang

Contoh:
 Merangkumi 4 perkara: Menarik perhatian murid, memotivasikan
murid, menghubungkaitkan fakta topik, dan menstrukturkan P&P
komponen-
komponen  Untuk menarik perhatian, guru boleh menggunakan nada suara,
ABM, kontak mata, gerakan dan body language yang sesuai, atau
reka cipta suatu aktiviti yang luar biasa
 Untuk memotivasikan murid, guru perlu memupuk rasa ingin tahu

17
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

murid dengan teknik & aktiviti menarik spt bercerita, teka teki,
soalan mencabar dll.
 Untuk menghubungkaitkan fakta topik, guru boleh menyoal,
menyatakan kaedah mejalankan tugasan, memberikan projek yang
sesuai & memberikan contoh secara kontekstual
 Untuk menstrukturkan Pengajaran, guru perlu mengambilkira
pengetahuan lepas murid, isi kandungan topik baru yang diajar, hal
ehwal semasa, minat & kemampuan murid

KEMAHIRAN PENERANGAN

Konsep

Prinsip-prin
sip

komponen-
komponen

KEMAHIRAN TEKNIK PENYOALAN

Konsep

Prinsip-prin
sip

18
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

komponen-
komponen

KEMAHIRAN PENEGUHAN

Konsep

objektif-obj
ektif

komponen-
komponen

KEMAHIRAN PENGGUNAAN SUMBER & BAHAN BANTU MENGAJAR

Konsep

19
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Prinsip-prin
sip

komponen-
komponen

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Konsep

Prinsip-prin
sip

komponen-
komponen

KEMAHIRAN PELBAGAI VARIASI RANGSANGAN

Konsep

20
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Prinsip-prin
sip

komponen-
komponen

KEMAHIRAN PENUTUP

Konsep

Prinsip-prin
sip

komponen-
komponen

Prosuder pengajaran mikro

Persiapan penyediaan Pengajaran Mikro

21
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Dalam mempersiapkan pengajaran mikro perlu ditetapkan waktu dan tempat


pengajaran. Di samping itu perlu pula ditentukan orang yang terlibat baik guru atau
calon guru yang akan melaksanakan maupun fasilitator atau penonton termasuk
orang yang akan merakam kegiatan pembelajaran. Demikian juga pola pengajaran
mikro yang akan dilaksanakan, misalnya berapa lama waktu yang akan digunakan
untuk setiap peserta, keterampilan yang akan dilatihkan, model persiapan
mengajar yang digunakan serta sarana dan prasarana yang diperlukan.

Pelaksanaan
Sebanyak 10-15 orang guru dari mata pelajran yang sama atau berbeza boleh
mengambil bahagian dalam suatu sesi pengajaran mikro. Guru senior, atau guru
yang berpengalaman biasanya dijemput untuk menyertai sebagai fasilitator. ketika
salah seorang daripada peserta melaksanakan aktiviti pengajaran mikro, setiap
orang berperanan sebagai pelajar. Tugas pelajar-pelajar ini adalah menjawab
soalan atau melaksanakan tugas-tugas yang diberikan guru yang mengajar secara
realistik. Senario seperti ini berlangsung selama 5 hingga 10 minit. Setelah selesai,
guru yang mengajar diberi kesempatan untuk mendapatkan reaksi daripada rakan-
rakan dan fasilitator tentang apa yang dilakukannya selama beberapa minit itu.
Videotape yang digunakan untuk merakam proses mengajar digunakan untuk
melihat kekuatan dan kelemahan guru yang bersangkutan.

Penilaian

mendapatkan maklum balas daripada peserta dan


Fasilitator. peserta akan mengemukakan kekuatan dan kelemahan serta
cadangan penambahbaikan untuk latihan seterusnya

Tajuk 4 Pengajaran makro dan penulisan refleksi

Pengajaran makro adalah satu pengajaran yang lengkap dan menyeluruh,


merangkumi semua prosedur dan langkah pengajaran dan pembelajaran seperti

22
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

yang biasa dipraktikkan oleh seseorang guru dalam bilik darjah yang normal. Ini
bererti pengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap
bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. ia
dipraktikkan di dalam bilik darjah sepenuhnya. Pelatih telah memahami konsep
pengajaran mikro, dan konsep ini berkait rapat dengan pengajaran makro. Latihan
pengajaran makro biasanya dijalankan selepas pelatih dapat menguasai
kemahiran-kemahiran teknik P&P dalam latihan pengajaran mikro. Sebenarnya
persediaan pelatih dalam latihan pengajaran makro boleh dilaksanakan serentak
dengan pengajaran mikro, pelatih boleh mencantumkan penulisan rancangan
pengajaran bagi pelbagai kemahiran yang digunakan dalam penyampaian sesuatu
topik yang sama, menjadikan satu rancangan pengajaran yang lengkap, rancangan
yang bermula dengan set induksi, diikuti dengan penerangan, teknik penyoalan,
penggunaan pelbagai variasi rangsangan, ABM, penilaian dan penutup. Latihan
pengajaran makro membenarkan pelaih melihat dengan lebih jelas bagaimana
sesuatu P&P yang lengkap dan bermutu perlu berasaskan kepada latihan praktikal
bagi setiap kemahiran P&P. Walau bagaimanapun, persediaan dan prosedur
latihan pengajaran makro adalah seperti latihan pengajaran mikro, iaitu, ada
pelajar, pemerhati dan penilai, rakaman video, tayang balik dan komen/ulasan
daripada rakan sekursus dan pensyarah perlu diadakan dalam latihan. Berikut
adalah perkara-perkara dalam pengajaran makro yang berbeza dengan pengajaran
mikro:

 Objektif pengajaran dan pembelajaran

Pengajaran makro mempunyai objektif pembelajaran yang menyeluruh dan


luas merangkumi aras pengetahuan pelajar dalam sesuatu topik.

 Jumlah murid

Jumlah murid yang terlibat bergantung kepada bilangan murid di dalam kelas
sebenar. Biasanya, murid yang terlibat adalah murid yang sebenar dan bukan
dari lakonan rakan-rakan sekursus. (Walau bagaimanapun, oleh sebab
kekangan keadaan yang sebenar, pelajar PPG yang berinteraksi pada waktu
kuliah hujung minggu terpaksa mempersembahkan pengajaran makro
dengan menggunakan rakan-rakan sebagai murid simulasi.)

23
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

 Strategi pengajaran

Pelatih perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran dengan amalan


pelbagai kemahiran P&P supaya persembahan pengajaran makro menjadi
satu sesi waktu P&P yang lengkap dan sejajar dengan keadaan P&P yang
sebenar.

 Jangkamasa Pengajaran

Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan


kepada jadual waktu kelas yang memakan masa selama antara 30 (satu
masa) hingga 60 minit (dua masa). Oleh yang demikian, pelatih perlu
merancang P&P dengan sepenuh masa mengikut peruntukan masa yang
ditetapkan.

 Bahan pelajaran

Pelatih perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah


dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, pelatih
perlu menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan.

 Perbincangan dan refleksi

Penilaian kendiri perlu dibuat selepas pelatih selesai melaksanakan


pengajaran sebagai refleksi atau pebincangan berkaitan pengajaran pelatih.
Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam
pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah
pencapaian objektif, pengurusan bilik kelas, kelancaran aktiviti yang
dijalankan, penglibatan murid dan semua kemahiran yang digunakan dalam
P&P.

Seperti yang dihuraikan di atas, dan berbeza dengan pengajaran mikro, pengajaran
makro perlu dilaksanakan dengan sepenuh masa waktu pengajaran, iaitu, untuk
sekolah rendah, 30 minit satu sesi pengajaran. Disebabkan kesuntukan masa,
hanya satu atau dua persembahan pengajaran makro sahaja dapat dilakukan
semasa interaksaksi pelajar PPG pada perjumpaan hujung minggu.

24
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Rumusan

Pengajaran mikro dan pengajaran makro mempunyai matlamat yang sama, iaitu,
kedua-dua latihan membenarkan pelatih menguasai pelbagai kemahiran mengajar,
dapat memberi keyakinan kepada guru pelatih berhadapan dengan situasi
pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Selain itu, pelatih
dapat mengenal pasti potensi sendiri, seperti memiliki suara yang jelas dan lantang,
berkebolehan menyanyi, berlakon dan sebagainya, kelemahan pelatih yang dikenal
pasti juga boleh dibaiki dengan bantuan dan cadangan dari rakan-rakan sekursus
atau pensyarah pembimbing. Kelebihan sampingan ialah melalui latihan
pengajaran mikro dan makro, setiap guru pelatih akan berkerjasama untuk
menjayakan sesi pengajaran tersebut. Semua individu akan memainkan peranan
masing-masing sama ada sebagai guru atau pelajar, ini secara tidak langsung akan
menyebabkan perasaan malu dan takut hilang kerana ia tidak melibatkan pihak lain.

Penilaian Pengajaran Makro

Kerangka konsep tajuk

25
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

Penilaian
Pengajaran Makro

Penilaian pengajaran Unsur-unsur Menulis refleksi


makro mengikut penilaian, peringkat- penilaian kendiri
model pencerapan peringkat penilaian selepas pengajaran
klinikal dan fomat penilaian makro

Penilaian Pengajaran Makro

Sebelum melaksanakan sesi pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan
menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang
lengkap menghasilkan pengajaran yang berkesan. Seperti penilaian pengajaran
mikro, penilaian pengajaran makro adalah lebih menyeluruh, ia melibatkan
pencerapan klinikal, setiap kemahiran yang dipersembahkan akan diperhati,
direkodkan dan dianalisis sebelum komen atau refleksi dilakukan.

Penilaian mengikut Model Pencerapan Klinikal

Semasa pengajaran makro, penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan model


pencerapan klinikal, tujuannya ialah untuk

(a) Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelatih dalam pengajaran

26
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

(b) Memperbaiki kelemahan pengajaran pembelajaran

(c) Memperkembangkan potensi dan kemahiran yang ada pada pelatih

Unsur-unsur Penilaian mengikut Model Pencerapan Klinikal

Dalam konteks sekolah, guru (terlatih atau dalam latihan) boleh diselia oleh
guru senior yang berpengalaman luas dalam P&P dengan model pencerapan
klinikal. Untuk latihan guru di pusat latihan perguruan, model ini biasanya
diguna untuk menyelia pelatih yang menjalani praktikum atau semasa
penilaian pengajaran makro. Berikut adalah unsur-unsur dalam Model
Pencerapan Klinikal.

1. Pencerapan klinikal merupakan suatu kaedah penyeliaan dan


penilaian bertujuan membantu pelatih atau guru di sekolah untuk
meningkatkan mutu pengajaran. Ia merangkumi pertimbangan
intervensi dalam proses pengajaran.

2. Pencerapan klinikal berorientasikan matlamat dengan menyepadukan

keperluan sekolah dan keperluan perkembangan peribadi guru/pelatih


di sekolah.

3. Pencerapan klinikal mempunyai hubungan kerja yang profesional


antara guru/pelatih dan penyelia.

4. Ia memerlukan kepercayaan yang tinggi antara guru/pelatih dan


penyelia seperti mana yang boleh diperlihatkan melalui persefahaman,
sokongan dan komitmen untuk tujuan peningkatan proses pengajaran
dan pembelajaran.

5. Ia merupakan suatu penilaian yang sistematik, walaupun memerlukan


kaedah yang fleksibel dan perubahan yang berterusan.

6. Pencerapan klinikal membina satu hubungan yang produktif antara


sesuatu yang unggul dan yang sebenar.

27
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

7. Ia mengandaikan bahawa seorang penyelia mempunyai pengetahuan


yang tinggi tentang penganalisisan pengajaran dan pembelajaran serta
hubungan kemanusiaan yang produktif.

8. Ia memerlukan latihan praperkhidmatan (khususnya dalam


teknik-teknik pemerhatian) serta refleksi yang berterusan terhadap
pendekatan yang berkesan.

Peringkat-peringkat Penilaian

Penilaian pencerapan klinikal perlu dilaksanakan dalam tiga peringkat:

1. Konferens Pra-Pencerapan

Konferens pra-pemerhatian ialah peringkat permulaan bertujuan untuk


membina persefahaman antara penyelia dan guru/pelatih tentang pengajaran
yang bakal dijalankan. Semasa konferens pra-pemerhatian, hubungan mesra
antara penyelia dan guru/pelatih adalah penting supaya sesi perbincangan
dapat dijalankan dengan lancar.

2. Pemerhatian Semasa P&P

Dalam peringkat ini penyelia memerhati pengajaran yang disampaikan oleh


guru/pelatih dan membuat catatan (data). Penyelia akan menyediakan
huraian data bagi membantunya semasa sesi bimbingan. Pemerhatian
dilakukan sepanjang waktu pengajaran bagi mata pelajaran berkenaan.

3. Konferens Pos pemerhatian (Konferens Maklum Balas)

Konferens pos-pemerhatian merupakan sesi perbincangan selepas


pengajaran dijalankan. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas kepada
guru/pelatih supaya dapat meningkatkan mutu pengajaran, mencapai
kemajuan profesionalisme diri, dan membuat penilaian kendiri.

Format/Pendekatan Penilaian

28
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

1. Pendekatan preskriptif (prescription approach)

Penyelia merupakan sumber kepakaran dalam konteks dialog antara penyelia


dan guru/pelatih. Penyelia menentukan bagaimana sesuatu pengajaran patut
diajar.
2. Pendekatan kolaboratif (collaborative approach)

Penyelia dan guru/pelatih berkongsi kepakaran. Penyelia akan membantu


guru/pelatih membina autonomi melalui refleksi dan penilaian kendiri.
3. Pendekatan arah kendiri (self-directed approach)

Penyelia berperanan sebagai fasilitatorterhadap perkembangan idea


guru/pelatih, membolehkan guru/pelatih membuat refleksi, membuat
keputusan dan membina alternatif sendiri terhadap penyelesaian masalah
yang dihadapi.

Journal Refleksi

Pelatih dikehendaki membuat refleksi untuk setiap P&P semasa praktikum. Dalam
sesi latihan pengajaran makro, refleksi kendiri selepas pengajaran adalah penting
kerana refleksi dapat membantu seseorang pelatih:

(a) Berfikir secara sistematik dan memahami perkara yang berlaku dalam
bilik darjah secara wajar dan rasional.

(b) Membentuk matlamat dan inkuiri secara profesional.

(c) Melaksanakan model pembelajaran yang menunjukkan pengajaran


sebagai satu proses pengetahuan yang berterusan.

(d) Melaksanakan perbincangan dan kolaborasi dengan penyelia.

Menulis Refleksi Penilaian Kendiri selepas Pengajaran Makro

Objektif menulis refleksi penilaian kendiri selepas pengajaran mikro ialah:

29
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

(a) Menyimpan rekod penilaian proses pengajaran makro yang dilakukan


oleh anda atau rakan sekumpulan anda.

(b) Menilai secara bertulis prestasi pengajaran makro anda.

(c) Menjadikannya penulisan reflesksi anda sebagai asas atau panduan


kepada tindakan susulan.

(d) Meningkatkan ingatan dan kepekaan terhadap mutu pengajaran.

(e) Menjadikan refleksi kendiri anda sebagai bahan perbincangan semasa


konferens pos pemerhatian dengan penyelia anda.

(f) Meningkatkan kemahiran profesionalisme dalam aspek P&P anda.

Menjalankan Penilaian Rakan Sebaya dan Pensyarah terhadap Kekuatan dan


Kelemahan dalam Pengajaran Makro

Tujuan penilaian oleh rakan sebaya dan penyelia dijalankan ialah untuk:

(a) Menambahbaik proses dan aktiviti pengajaran anda.

(b) Memberi maklum balas kepada anda mengenai pengajaran.

(c) Memberi peluang yang sistematik untuk anda memperkembangkan


kemahiran pengajarannya.

(d) Menentukan nilai pengajaran anda.

30
ELM3102 Kurikulum Dan Kaedah Pengajaran Pendidikan Moral

31

Anda mungkin juga menyukai