Anda di halaman 1dari 18

ISI KANDUNGAN

1.0 DAPATAN 2

2.0 PENGENALAN 3

3.0 PRO DAN KONTRA BERDASARKAN PANDANGAN MORAL

a. SEKOLAH HARAPAN 4
b. SEKS SEBELUM KAHWIN 5

4.0 KESAN NEGATIF SEKS SEBELUM KAHWIN 8

5.0 KRITIKAN PERSONAL 10

6.0 CADANGAN PENYELESAIAN 13

7.0 KESIMPULAN 16

8.0 RUJUKAN 15
1.0 DAPATAN

Malaysia sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju menjelang tahun
2020. Sejajar dengan hasrat pembangunan dan kemajuan itu,timbul pelbagai gejala
sosialdi kalangan masyarakat yang menuntut para pemimpin dan pihak berkuasa mencari
jalan penyelesaian yang terbaik. Peningkatan dalam kes seperti penagihan
dadah,rogol,ragut dan lumba haram perlu diberi perhatian. Namun yang lebih
membimbangkan adalah peningkatan dalam masalah seks sebelum kahwin. Masalah ini
semakin meningkat di kalangan remaja. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji pro
dan kontra penubuhan ‘Sekolah Harapan’ untuk membela remaja hamil. Ia merupakan
sekolah pertama yang dibina seumpamanya di Melaka dan mula beroperasi pada tahun
2010. Selain itu,kajian ini juga membincangkan seks sebelum kahwin dari pelbagai
perspektif moral. Kesan negatif masalah ini turut dibincangkan dalam kajian ini. Akhir
sekali,cadangan munasabah untuk dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi mengurangkan
sekaligus membanteras masalah seks sebelum kahwin.

2
2.0 PENGENALAN

Dalam era globalisasi, banyak perubahan sedang berlaku dan pastinya memberi
kesan kepada cara hidup,sosioekonomi,nilai dan moral masyarakat sejagat. Malaysia
merupakan sebuah negara yang konservatif dengan budaya timur turut tidak terlepas
daripada perubahan ini. Keruntuhan nilai moral dan peningkatan gejala sosial di kalangan
masyarakat semakin meruncing dewasa ini dengan golongan sasaran yang terlibat adalah
golongan remaja. Remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan,kesedihan dan
konflik (Hall,1904). Menurut Laili Ibrahim (1989),remaja ialah zaman perantaraan di
antara kanak-kanak dengan dewasa.Sebab itulah remaja lebih terdedah kepada perubahan
dari segi biologi,kognitif dan sosial emosional serta fasa kehidupan yang lebih mencabar.
Perubahan ini mendorong remaja lebih cenderung ke arah melakukan sesuatu masalah
sosial.

Masalah sosial dan keruntuhan akhlak seperti kes rogol,penagihan


dadah,pornografi internet,ragut dan seks sebelum kahwin terutama dikalangan remaja
semakin parah di rantau ini sehingga sampai ke tahap yang agak membimbangkan.
Namun yang perlu dipandang berat adalah masalah seks sebelum nikah. Amalan ini
banyak mendatangkan keburukan kepada pelakunya dan masyarakat. Secara am,seks
merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan setiap manusia. Tingkah laku seks
bukan hanya satu percantuman dari segi badan sahaja,malah ia melibatkan percantuman
minda dan jiwa dua individu yang terlibat dalam hubungan seks. Alphonsus,2003
menyatakan seks dilihat sebagai satu kuasa dalaman yang utama dalam mempengaruhi
tingkah laku manusia. Seks adalah satu tingkah laku yang suci dalam membentuk
generasi yang seterusnya. Namun,kini seks hanyalah salah satu tingkah laku yang
mendatangkan kepuasan seksual dan keseronokan duniawi. Persepsi ini yang
menyumbang ke arah peningkatan mendadak masalah seks sebelum kahwin dan
seterusnya meningkatkan kes kehamilan yang tidak dirancang dan di luar perkahwinan.
Kerajaan negeri Melaka telah mengambil ikhtiar untuk menubuhkan ‘Sekolah Harapan’
bagi membela remaja yang hamil di luar nikah hasil daripada seks sebelum kahwin.

3
3.0 PRO DAN KONTRA BERDASARKAN PANDANGAN MORAL

a. SEKOLAH HARAPAN

Sekolah Harapan yang diilhamkan penubuhannya oleh Yang Amat Berhormat


Datuk Seri Mohd. Ali Rustam,Ketua Menteri Melaka telah mula beroperasi pada 17
september 2010 di Jasin melaka dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Melaka. Sekolah
ini beroperasi di bekas bangunan milik Syarikat Air Melaka Berhad(SAMB) dan
dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Melaka.Menurut Kamus Dewan Edisi
Ketiga(1994), sekolah ialah ‘tempat untuk belajar dan mengajar’ manakala synder(2000)
pula menyatakan harapan ialah ‘mental willpower plus mental waypower for goals’.
Harapan juga boleh dikatakan keupayaan mental untuk berusaha mencapai matlamat
yang ditetapkan. Daripada definisi berikut dapatlah disimpulkan ‘Sekolah Harapan’
bermaksud sebuah organisasi sekolah untuk mencapai harapan semua pihak untuk
menangani masalah remaja hamil.

Secara pronya, sekolah ini semestinya mampu memberikan impak yang positif
dalam kes pembuangan bayi dan juga keterlanjuran pelajar-pelajar yang hamil di luar
nikah. Sekurang-kurangnya sekolah ini membantu dalam mengurangkan kes buang bayi
yang kini berleluasa di samping secara berperingkat menghindarkan terus masalah kes
buang bayi ini. Selain itu akidah pelajar-pelajar hamil ini boleh diperbetulkan supaya
mereka mampu berubah menjadi orang yang lebih baik. Berdasarkan
Wikipedia,akidah@aqidah boleh diertikan sebagai:-

Dari segi bahasa(etimologi) : aqidah berasal dari bahasa arab al ‘aqdu yang
bermakna ikatan atau sangkutan atau meyimpul sesuatu.

Dari segi istilah(terminologi) : aqidah bererti kepercayaan, keyakinan atau


keimanan yang mantap dan tersimpul kuat dalam jiwa dan tidak mudah terurai
kepada pengaruh samada dari dalam atau luar diri seseorang.

4
Dalam Al-Quran pula menyatakan aqidah adalah keimanan kepada Allah SWT
yakni mengakui kewujudannya.

Jelas sekali asas akidah ini mesti diutamakan dan didahulukan kerana ia tunjang
kekuatan diri. Inilah yang diterapkan di sekolah harapan dalam mendidik pelajar-pelajar
ini dengan lebih rapi dalam aspek pemantapan akidah diri dan ajaran agama serta juga
moral. Apapun yang pastinya Sekolah harapan ini semestinya memberikan dimensi baru
dalam bidang pendidikan negara dan pembelaan terhadap wanita yang terlanjur.

Pada pendapat ramai pihak,sekolah ini hanyalah satu pembaziran semata-mata.


Penubuhannya hanyalah menimbulkan persoalan seolah-olah ramai remaja di negara ini
yang hamil sehingga terpaksa untuk menubuhkan sekolah khas. Bukan untuk menafikan
niat baik kerajaan untuk membela nasib dan mengurangkan kes pembuangan bayi tapi
penubuhan Sekolah Harapan ini seolah menggalakkan lagi kes-kes kehamilan luar nikah.
Selain itu, remaja zaman sekarang akan lebih tidak bertanggungjawab. Ini kerana sekolah
ini menjadi tempat untuk menutup aib dari diketahui oleh masyarakat atas akibat dari
perbuatan terkutuk mereka manakala remaja lelaki pula akan lepas tangan setelah apa
yang berlaku. Mereka akan lebih lalai dan lupa malah hilang pertimbangan akal dalam
membezakan mana baik dan buruk. Jika ini berterusan, negara akan ketandusan remaja
yang berwibawa dan negara pula pastinya akan mencatat nilai tertinggi dalam kes
kehamilan luar nikah.

b. SEKS SEBELUM KAHWIN

Abdul Rahman Abdul Aziz(2002) menyatakan bahawa moral ialah tingkah laku
yang telah atau sedang dilakukan oleh individu,penentu baik buruk moral bergantung
kepada dasar etika yang dipegang,dipatuhi dan dijadikan garis panduan.Wikipedia pula
menyatakan prinsip moral adalah diambil dari bahasa latin ‘moralitas’ yang membawa
pengertian ajaran atau pegangan berkenaan buruk baik terhadap sesuatu perbuatan atau
cara berkelakuan yang berasaskan atau diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak. Ia
merujuk kepada konsep etika kemanusiaan. Ini jelas menunjukkan moral sangat berkait

5
rapat dengan nilai etika. Etika ialah ilmu yang menyelidik mana yang baik dan buruk
dengan memperhatikan perbuatan manusia sejauh yang dapat diketahui oleh akan
fikiran(Dr. Hamzah Ya’qub,1983). Etika juga boleh dikaitkan dengan nilai-nilai dan
norma perilaku manusia. Dalam etika masih banyak teori yang menjelaskan sesuatu
tindakan samada dari sudut pandang atau perspektif moral. Berikut beberapa teori etika
yang boleh menjelaskan seks luar nikah:

i. TEORI EGOISME
Perlakuan seks sebelum kahwin yang mendorong kepada peningkatan kes
pembuangan bayi merupakan sesuatu yang tidak bersalah dari segi perspektif
egoisme. Teori yang diasaskan oleh Friedrich Wilhelm Nietzsche ini
berprinsipkan bahawa setiap orang harus melakukan sesuatu tang
memberikan faedah dan untuk kepentingan diri sendiri(Wikipedia). Dalam
prinsip teori ini, remaja berhak mementingkan diri sendiri dengan mencapai
keseronokan hidup dalam melakukan seks sebelum kahwin. Manakala
pembuangan bayi pula merupakan sesuatu kebaikan kerana ia perbuatan yang
melepaskan beban yang bakal mereka hadapi selepas akibat dari perlakuan
seks mereka.

ii. TEORI EKSISTENSIALISME


Wikipedia menyatakan teori Eksistensialisme merupakan salah satu cabang
falsafah yang dipelopori oleh Soren Kierkegaad,Friedrich Wilhelm Nietzsche
dan Martin Buber yang mana memberi fokus kepada kebebasan individu iaitu
setiap orang bebas menetukan hala tuju bagi mencapai kesejahteraan diri.
Tindakan melakukan seks sebelum kahwin merupakan keinginan remaja
untuk kepuasan hidup. Seseorang remaja itu berhak dalam membuat pilihan
untuk memastikan kelangsungan dan menikmati kehidupan. Keputusan untuk
melakukan seks dikatakan bermoral sekiranya waktu itu sesuai di mana ia
tidak menyusahkan remaja.teori ini mengatakan remaja bertanggungjawab
terhadap pilihannya sendiri berdasarkan situasi mereka dan moral itu
ditetapkan sendiri.

6
iii. TEORI TELEOLOGI
Teleologi boleh diertikan sebagai pertimbangan moral baik dan buruknya
sesuatu tindakan yang dilakukan.Apa yang lebih ditekankan dalam teori ini
ialah tujuan dan akibat. Tindakan yang berasaskan tujuan yang baik adalah
dianggap tindakan yang wajar. Remaja seharusnya mengetahui tujuan
melakukan hubungan seks dan akibat yang timbul selepas hubungan seks
sebelum kahwin ini. Jelas sekali hubungan ini adalah sesuatu yang salah
berdasarkan tujuan dan akibat yang negatif.

7
4.0 KESAN NEGATIF SEKS SEBELUM KAHWIN

Perlibatan seks sebelum kahwin banyak mendatangkan kesan negatif. Seks


sebelum kahwin bermaksud hubungan seks di antara dua individu yang berlainan jantina
sebelum mereka berkahwin(Somasundram,1978). Chee Soh Kian(2000),menyatakan
bahawa hubungan seks sebelum kahwin bermaksud hubungan seks antara sepasang lelaki
dan perempuan yang bukan suami isteri. Beliau turut menyatakan hubungan seks ini
boleh melibatkan hanya antara pasangan itu sahaja atau lebih dari seorang pasangan
sebelum kahwin. Pertukaran pasangan jelas sekali mendatangkan implikasi buruk dan
perbuatan seks itu keseluruhannya. Antara kesan negatif seks sebelum kahwin ialah:

a. KESIHATAN
Perbuatan amalan seks sebelum kahwin banyak mendatangkan kesan buruk
kepada kesihatan manusia. Antara implikasinya menurut perubatan moden
ialah jangkitan penyakit seksual atau lebih dikenali STD(sexually transmitted
disease). STD adalah penyakit yang menular melalui transmisi antara sesama
manusia melalui amalan seks iaitu hubungan seks,seks oral dan seks
anal(Wikipedia) dan kerap menjangkiti manusia melalui hubungan seks
sebelum kahwin. Antara penyakit STD yang telah dikenalpasti ialah
syphilis,gonorrhea,bacterial vaginosis dan yang paling berbahaya ialah AIDS.

b. PENINGKATAN GEJALA SOSIAL


Gejala sosial ialah satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas-batas
normal,baik dari aspek agama,sosial serta budaya kehidupan masyarakat.
Dalam agama islam dan perspektif masyarakat Malaysia, seks sebelum
kahwin adalah haram dan melanggar norma ketimuran masyarakat. Ini kerana
masyarakat Malaysia masih melihat seks sebagai unsur negatif dan bersikap
konservatif terhadap isu berkaitan tungkah laku seks seperti seks sebelum
kahwin dan seks bebas(Somasundram,1978). Gejala hubungan seks sebelum
kahwin turut meningkatkan gejala sosial yang lain seperti buang bayi dan
pengguguran. Akibat dari perbuatan mengamalkan seks sebelum

8
kahwin,remaja terpaksa menangung kehamilan di luar nikah.Apabila lahirnya
anak luar nikah,besar kemungkinan bayi yang dilahirkan tidak diingini oleh
ibu-ibu ini dan kebanyakan mereka mengambil jalan mudah dengan
menggugurkan kandungan atau membuang bayi yang baru dilahirkan
tersebut.

c. KESAN TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN


Seseorang yang melakukan hubungan seks sebelum kahwin biasanya akan
dicaci oleh saudara mara mahupun keluarga sendiri. Secara tidak langsung, ia
mendatangkan malu kepada ibu bapa dan keluarga pelaku itu sendiri. Ini
boleh meyebabkan ibu bapa malu untuk mengaku yang pelaku adalah
anaknya sendiri malahan lebih teruk akan menghalaunya dari rumah. Di sini
hubungan kekeluargaan antara ibubapa dan anak sudah tidak menjadi
keutamaan lagi.

d. ANAK LUAR NIKAH


Apabila berlaku seks tanpa nikah pasti akan terjadinya kehamilan dan
seterusnya kelahiran anak di luar nikah. Anak ini biasanya akan teraniaya dan
dizalimi masyarakat kerana akan dicaci dan tidak dihormati. Kehidupan yang
diterima daripada masyarakat ini akan membuatkan mereka tertekan.
Fenomena ini yang akan menmbuatkan jiwa anak luar nikah memberontak
dan mendorong mereka melakukan perkara tidak bermoral untuk menarik
perhatian masyarakat. Perkara ini akan meningkatkan kadar jenayah negara.

9
5.0 KRITIKAN PERSONAL

Seks sebelum kahwin adalah suatu perbuatan yang menyimpang dalam


penyaluran yang sebenar iaitu perkahwinan. Seks sebelum kahwin boleh disamaertikan
sebagai zina. Ini berdasarkan definisi seorang cendekiawan Islam iaitu Al-Syirazi dari
mazhab Syafi’e yang mendefinisikan zina sebagai persetubuhan yang dilakukan oleh
seorang lelaki Islam dengan seorang wanita yang dianggap haram disetubuhi tanpa akad
atau seumpamanya dan tanpa hak milik sedangkan ia seorang yang waras,baligh,bebas
memilih dan tahu perbuatannya itu adalah haram(Paizah Hj. Ismail,1991). J. Mark
Halstead dan Micheal J. Rein(2003) pula memetik pendapat Aristotle iaitu seorang ahli
falsafah barat melihat seks sebagai salah satu kebebasan, selagi mana kedua-dua
pasangan mahu dan ingin melakukannya bersama-sama,mereka boleh
melakukannya.Walau apapun ia melalui perspekif Islam dan Barat,banyak kajian
berkenaan dengan gejala seks sebelum kahwin telah banyak dilakukan untuk mencari
punca terjadi masalah ini dikalangan masyarakat. Terdapat beberapa kritikan saya
terhadap seks sebelum kahwin ialah:

a. DIRI REMAJA SENDIRI

Menurut Ahmad Redzuwan(2003), remaja yang terlalu mengikut kehendak


naluri yang mahukan kebebasan,lebih-lebih lagi remaja yang cetek akal
fikiran adalah remaja yang terjerumus melakukan seks sebelum
kahwin.Lazimnya perasaan ingin mencuba mendorong seseorang untuk
melakukan seks sebelum kahwin tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan
tersebut. Selain itu,pasangan yang bercinta juga terdorong untuk melakukan
seks sebelum kahwin melaui tindakan berdua-duaan,bergaul dan bersentuhan
antara satu sama lain. Remaja masa kini lebih banyak yang terlibat dalam
percintaan dan melakukan seks secara serentak. Kebanyakan pasangan
mencari pengiktirafan bagi membuktikan kasih sayang terhadap pasangan
dengan melakukan hubungan seks (Amina Hj. Noor,1998). Persoalannya,
wajarkah tindakan remaja itu sendiri untuk mengorbankan maruah diri dan

10
keluarga semata-mata kerana ingin mencuba dan membuktikan cinta kepada
pasangan.

b. INSTITUSI KEKELUARGAAN
Keluarga adalah sebuah institusi sosial yang berperana untuk membangunkan
keturunan melalui didikan yang baik. Sebuah keluarga terdiri daripada ibu
bap dan anak. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan
membimbing anak-anak sehingga mereka dewasa. Ibu bapa sepatutnya
memainkan peranan penting yang lebih menyeluruh untuk memastikan anak
mereka membesar dengan gaya hidup yang positif(Ahmad Redzuwan,2003).
Walau bagaimanapun, ibu bapa kini terlalu lepas tangan dan gagal
memainkan peranan yang sewajarnya dalam mendidik anak-anak. Kegagalan
ibu bapa masa kini dalam membimbing dan menunjukkan contoh yang baik
meyebabkan ramai anak-anak terjerumus ke kancah yang tidak sihat
seterusnya terlibat dalam pelbagai gejala sosial termasuk seks bebas dan seks
sebelum kahwin. Selain itu,ibu bapa juga gagal menerapkan nilai agama ke
dalam kehidupan berkeluarga seharian sehinggakan anak-anak jahil tentang
ilmu agama dan tidak tahu menahu mengenai halal atau haram.

c. PERSEKITARAN
Persekitaran boleh dibahagikan kepada pengaruh rakan sebaya dan peranan
masyarakat. Zaman remaja adalah zaman dimana mereka memerlukan
perhatian yang lebih dan cenderung untuk mendapatkan perhatian ini dari
kawan-kawan sebaya. Pelbagai desakan daripada rakan sebaya menyebabkan
remaja melakukan hubungan seks. Tambahan lagi,mereka mempelajari
tingkah laku seks melalui pengalaman kawan-kawan yang pernah melakukan
hubungan seks. Dari segi masyarakat pula, sikap ‘membutakan
mata,memekakkan telinga’ telah menyebabkan masalah seks sebelumkahwin
meningkat. Mereka melihat dengan mata kepala sendiri namun tiada tindakan
yang diambil. Situasi sebegini membolehkan remaja melakukan apa sahaja
kerana tiada siapa yang akan peduli.

11
d. MEDIA MASSA
Media massa kini terlalu memberi ruang yang luas kepada unsur-unsur
negatif melalui tayangan berbentuk kemaksiatan seperti adegan berpelukan
dan bercumbuan. Bahkan untuk memenuhi tuntutan skrip sesebuah
filem,adegan seperti ini dilakukan oleh pelakon Islam bukan muhrim(Ahmad
Redzuwan,2003). Tayangan seperti ini boleh mempengaruhi kehidupan
remaja ke arah meniru dan mencuba adegan yang ditayangkan. Lebih
menyedihkan,syarikat televisyen membuka tayangan berunsur seks dan ganas
untuk tontonan seisi keluarga.

e. KERAJAAN
Kerajaan sepatutnya berperanan dalam membangunkan negara,mewujudkan
persekitaran selamat dan melahirkan masyarakat yang berilmu dan
berperwatakan baik melaui sistem pentadbiran yang tersusun.
Namun,kerajaan dilihat tidak telus dalam menangani masalah sosial negara
terutamanya seks tanpa nikah di kalangan remaja. Aktiviti atau program yang
dianjurkan seperti Jom Heboh dan larian amal banyak melibatkan pergaulan
bebas dan dan menggalakkan pelbagai bentuk hiburan.

12
6.0 CADANGAN PENYELESAIAN

Apabila memperkatakan mengenai seks tanpa nikah, masyarakat akan saling


menuding jari sesama lain. Usaha bagi mebendung perlakuan seks sebelum kahwin
daripada terus berleluasa perlu ditangani semua pihak. Terdapat 5 pendekatan iaitu:

a. PERKAHWINAN
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh di antara lelaki dan perempuan
melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan sebagai suami dan
isteri. Perkahwinan sememangnya banyak memberi kesan yang positif kepada
individu yang melaluinya. Individu yang dah berkahwin mampu mengatur
kehidupan ke arah yang lebih baik dengan penuh tanggungjawab. Sikap
sebeginilah yang mampu mengurangkan gejala yang kurang sihat seperti
tingkah laku seks di kalngan remaja. Keinginan remaja terhadap kehidupan
berumah tangga merupakan salah satu jalan keluar dari masalah sosial seperti
gejala seksual dan pergaulan bebas.

b. PERANAN INSTITUSI KELUARGA


Ibu bapa adalah teras dalam sesebuah keluarga dan memainkan peranan
penting dalam memberi didikan secukupnya kepada anak-anak agar mampu
menghadapi sebarang pengaruh sosial. Dalam mendidik anak-anak,ibu bapa
perlu mengetahui tahap perkembangan anak-anak itu sendiri. Ibu bapa akan
lebih mudah membentuk keperibadian unggul anak-anak sekiranya mereka
lebih mengetahui kecenderungan ana-anak(Khadijah Haidi,1994). Selain
itu,ibu bapa juga dipertanggungjawabkan memberi pendidikan agama. Walau
kuat bagaimanapun pengaruh luar,anak-anak akan mampu menghadapinya
dengan baik sekiranya mereka kuat dengan bekalan ilmu agama. Pemilihan
rakan sebaya juga perlu diambil kira oleh ibu bapa. Rakan yang baik mampu
membentuk anak-anak yang lebih berakhlak dan menghindari gejala yang
negatif.

13
c. PERANAN MASYARAKAT
Berlakunya gejala sosial seperti seks sebelum kahwin adalah kerana kuatnya
pengaruh dari unsur sosiobudaya sesuatu masyarakat. Ini kerana manusia
dibentuk melalui etika dan taraf hidup yang diterima daripada cara hidup
masyarakat setempat. Sikap tidak mahu menjaga tepi kain orang adalah sikap
yang perlu diubah oleh masyarakat masa kini. Masyarakat sekarang perlu
lebih prihatain dengan apa yang berlaku di sekeliling. Mereka perlu
menunjukkan teladan yang baik menerusi teguran dan memberi nasihat
sekiranya melihat kejadian yang tak senonoh dilakukan di depan mata.

d. PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN


Pendidikan merupakan satu proses membentuk dan mengembangkan peribadi
seseorang. Lazimnya pendidikan seperti itu hanya mampu diperolehi di
sekolah dan institusi pengajian tinggi secara formal. Falsafah pendidikan
negara sekarang lebih mengutamakan pembangunan individu secara
bersepadu yang merangkumi pembangunan mental,rohani dan fizikal namun
gejala masalah disiplin dan sosial pelajar masih berleluasa. Ini menyebabkan
pendidikan moral dan pendidikan Islam diperkenalkan bagi membentuk sifat
moral dan akhlak terpuji di kalangan pelajar. Bagi menerangkan mengenai
bahaya dan implikasi seks sebelum kahwin pula, penerapan dan pengajaran
pendidikan seks di sekolah perlu diperkenalkan. Pendidikan seks ini bukan
semata-mata membantu meningkatkan pemahaman seks tetapi membentuk
kesedaran pelajar mengenai seks sebelum kahwin dan pembentukan jiwa agar
mampu menjadi warganegara yang bertanggungjawab.

e. PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Antara tujuan hukuman dijatuhkan kepada pesalah adalah untuk tujuan
pembalasan, pencegahan dan pemulihan. Selain itu,ia juga bertujuan agar
orang lain tidak mengulangi kesalahan tersebut. Dengan ini,kemakmuran
masyarakat terus terjaga. Oleh itu, pihak berwajib perlu melipatgandakan
usaha dalam mengubal satu undang-undang yang lebih berat mengenai

14
hubungan seks sebelum kahwin agar gejala ini tidak berleluasa. Selain itu,
peraturan mengenai penganjuran aktiviti bersifat sosial dan hiburan pelu
diperketatkan. Ini bagi memastikan remaja tidak terlalu leka dan terpengaruh
dengan program-program yang lebih ke arah keruntuhan moral.

15
7.0 KESIMPULAN

Semua pihak perlu sedar akan bahaya perlakuan seks sebelum kahwin. Budaya
seks sebelum kahwin ini sebenarnya telah mengheret manusia jauh dari peradaban timur
masyarakat Malaysia. Perhatian terhadap isu-isu seks ini amat penting kerana ia boleh
mengancam kesejahteraan dan kemakmuran negara. Pujian seharusnya diberikan kepada
kerajaan negeri Melaka kerana penubuhan Sekolah Harapan adalah salah satu daripada
cara untuk membendung gejala ini dari lebih berleluasa. Pelbagai kaedah boleh
dilaksanakan oleh semua pihak termasuklah penerapan pendidikan seks di
sekolah,penguatkuasaan undang-undang,peranan keluarga,masyarakat dan menerusi
perkahwinan. Secara keseluruhannya, pihak berwajib perlu membincangkan isu ini
dengan lebih terperinci,mengenal pasti punca dan implikasi seterusnya mencari jalan
penyelesaian yang sewajarnya sebelum isu ini merebak dan menjadi gejala yang sukar
diubati.

(2907 patah perkataan)

16
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Abdul Rahman Abdul Aziz. (2002), Pemikiran Etika Hamka, Utusan Publication and
Distribution Sdn Bhd.

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus. (2003), Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam, Utusan
Publications Sdn.Bhd.

Alphonsus Yong Sie Hing. (2003), Pengetahuan Seks Dan Sikap Terhadap Seks Di
Kalangan Guru Sekolah Menengah, Jabatan Psikologi: UKM.

Amina Hj. Noor. (1998), Persoalan Remaja Masa Kini, Kuala Lumpur: Al-Hidayah
Publishers.

Chee Soh Kian. (2000), Sikap Pelajar Terhadap Hubungan Seks Sebelum Kahwin:Satu
Kajian Di Kalangan Penuntut UKM, Latihan Ilmiah Jabatan Psikologi.UKM

Dr Hamzah Ya’qub. (1983), Etika Islam, Publicita, Jakarta

Hall, G.S. (1904), Adolescence, New York: Appleton.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Aqidah capaian 17 Oktober 2012

http://ms.wikipedia.org/wiki/Moral capaian 18 Oktober 2012

http://ms.wikipedia.org/wiki/Egoisme capaian 18 Oktober 2012

http://id.wikipedia.org/wiki/Teleologi capaian 18 Oktober 2012

http://en.wikipedia.org/wiki/Sexually_transmitted_disease capaian 20 Oktober 2012

17
J. Mark Halstead & Michael J. Rein. (2003), Values In Sex Education From Principles to
practise, New York: Routledge Falmer.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Khadijah Haidi Khalid. 1994, Meneroka Alam Remaja, Kuala Lumpur, Nurin Enterprise.

Laili Ibrahim. (1989), Mengenai Masalah Sosial Remaja di Kalangan Remaja,


Dakwah,Mei.

Paizah Haji Ismail. (1991). Undang-undang Jenayah Islam. Selangor: Dewan Pustaka
Islam.

Snyder, C. R. (1994), The psychology of hope, New York, Free Press.

Somasundram, R. (1978), Sikap Dan Trend Terhadap Tingkah Laku Seks Di Sebuah
Institusi Pengajian Tinggi, Latihan Ilmiah Jabatan Psikologi: UKM.

18