Anda di halaman 1dari 105

Puisi

Tradisional

1
Pantun Budi
Maksud
Rangkap 1- Budi baik yang dihulurkan akan sentiasa dikenang dan diingati oleh orang

Rangkap 2- Manusia yang tidak mempunyai budi pekerti yang baik akan dipandang

hina

Rangkap 3- Sudah menjadi adat di dunia,manusia akan memandang kekayaan

daripada budi bahasa

Rangkap 4- Sekiranya seseorang mempunyai budi pekerti yang baik,walaupun dia

miskin,dia tetap diterima oleh orang lain.

Tema
-Kepentingan budi dalam kehidupan

Persoalan
-Budi yang baik akan sentiasa menjadi sebutan orang lain

-Kekayaan akan menyebabkan seseorang itu melupakan budi bahasa

-Kemuliaan manusia dilihat pada budi bahasanya.

Unsur Bunyi
Asonansi-tenang-tenang di laut

-biar buruk kain dipakai

Aliterasi-hati terkenang mulut tersebut

2
Bentuk
-Terdiri daripada empat rangkap dan empat baris setiap rangkap

-Setiap baris mengandungi empat hingga enam perkataan dan lapan hingga sepuluh

suku kata

-Rima pantun terikat iaitu berciri a,b,a,b

Gaya Bahasa
Anafora- hina besi kerana karat

hina manusia tidak berbudi

Sinkof- Budi yang baik rasa nak junjung

Inversi-Jatuh daunnya ke dalam lubang

Nilai
-Jujur

-Berhemah tinggi

-Berbudi bahasa

Pengajaran
-Kita hendaklah mengenang jasa orang yang berbudi kepada kita

-Kita hendaklah mengamalkan budi bahasa yang baik dengan orang lain

- Kita hendaklah jujur dan ikhlas membantu orang lain.

3
Pantun Nasib
Maksud
Rangkap 1-Menggambarkan nasib malang yang ditempuhi oleh seseorang insan kerana

orang yang disayanginya telah diambil oleh orang lain

Rangkap 2-Seorang perantau sedang termenung sambil menongkat dagu

mengenangkan nasibnya yang malang,hidup di perantauan tanpa saudara-

mara untuk mengadu.

Rangkap 3-Menjelaskan tentang seseorang yang tidak tahu arah yang hendak dituju

kerana hidupnya sentiasa malang dan tidak diterima oleh orang lain.

Rangkap 4-Menjelaskan nasib malang seseorang yang hanya mempunyai ramai

kawan ketika hidupnya gembira,tetapi apabila dia bersedih kawan-

kawannya tiada yang bersimpati.

Rangkap 5-Menggambarkan tentang nasib malang seseorang apabila dirinya

dipandang rendah oleh orang lain dan kehadirannya tidak bermakna

dan tidak dipedulikan langsung.

Tema
-Bertemakan kesukaran hidup seseorang apabila sentiasa menerima nasib malang.

Persoalan
-Kesukaran mencari teman sejati

4
-Kesedihan ketika berada di perantauan

-Kekecewaan disebabkan kekasih hati dirampas oleh orang lain

Unsur Bunyi
Asonansi-anak ayam disambar helang

Aliterasi-mengenang nasib dagang piatu

Bentuk
-Terdiri daripada lima rangkap dengan empat baris setiap rangkap

-Setiap baris terdiri daripada tiga hingga enam perkataan dan sembilan hingga

sepuluh suku kata

-Rima akhir pantun ini terikat iaitu berciri a,b,a,b

Gaya Bahasa
Anafora-kawan ketawa ramai selalu

Kawan menangis seorang diri

Sinkof-masuk tak penuh,keluar tak kurang

Peribahasa- melukut di tepi gantang

Nilai
-Ketabahan

-Keinsafan

Pengajaran
-Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan

-Kita hendaklah membaiki kelemahan diri agar diterima oleh orang lain

5
-Kita hendaklah mencari kawan yang memerlukan kita semasa susah dan senang

Pantun Peribahasa
Maksud
Rangkap 1-Sesuatu perkara yang baik itu akan mendatangkan manfaat walaupun

diletakkan di mana-mana sahaja.

Rangkap2-Tidak perlu tergesa-gesa untuk mendapatkan sesuatu perkara yang sudah

menjadi milik kita kerana akhirnya perkara itu akan menjadi kenyataan

Rangkap 3-Manusia akan hidup bersatu-padu jika bermuafakat dan bekerjasama

dalam sesuatu perkara

Tema
-Kelebihan mengamalkan sikap mulia dalam kehidupan

Persoalan
-Manusia yang baik sifatnya akan diterima oleh sesiapa sahaja

-Sikap sabar akan menghasilkan kejayaan

-Sikap muafakat penting untuk menjamin perpaduan dalam masyarakat

Unsur Bunyi
Asonansi-Buat bangsal di Pulau Daik

Aliterasi-Menahan taut sambil mengilau

Bentuk
-Terdiri daripada tiga rangkap dan empat baris serangkap

6
-Terdiri daripada empat hingga lima perkataan dan Sembilan hingga sepuluh

suku kata sebaris

-Rima akhir pantun terikat iaitu a,b,a,b

Gaya Bahasa
Anafora-bulat air kerana pembentung

bulat manusia kerana muafakat

Sinkof-takkan lari gunung dikejar

Inversi-takkan lari gunung dikejar

Nilai
-Berbudi bahasa

-Sabar

-Bekerjasama

Pengajaran
-Kita hendaklah mengamalkan budi bahasa yang mulia agar diterima oleh sesiapa
sahaja

-Kita hendaklah bersabar untuk mendapatkan sesuatu dalam kehidupan

-Kita hendaklah mengmalkan sikap bekerjasama demi perpaduan kaum

7
Syair Yatim Nestapa
Maksud
Rangkap 1

-Asmara Dewa terlihat seekor binatang yang mempunyai mata yang sangat

mengerikan. Matanya mengeluarkan cahaya yang sangat terang dan tidak boleh

dipandang.

Rangkap 2

-Tuan puteri ketakutan dan meminta adiknya berdiam diri. Tuan puteri menyatakan
binatang yang dilihat itu ialah naga.

Rangkap 3

-Tuan puteri mengajak adiknya menyelamatkan diri kerana terlalu takut ditangkap
oleh naga yang mengerikan itu

Rangkap 4

-Asmara Dewa tersenyum apabila kakandanya mengajaknya lari. Baginda berasa malu
untuk melarikan diri kerana musuh sudah berada di hadapan mata . Jika tidak
ditentang, maruahnya akan tercemar.

Rangkap 5

-Asmara Dewa ingin menentang naga itudan dia tidak akan menyesal jika mereka
mati kerana mereka anak yatim piatu.

Rangkap 6

8
-Tuan puteri tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikut kehendak adindanya.
Tuan puteri menganggap daripada hidup dalam kesedihan,eloklah mereka mati
dimakan naga itu.

Rangkap7

-Asmara Dewa mendekati naga itu dan telah menimbulkan kemarahan naga
menyebabkan naga mengangakan mulutnya.

Rangkap 8

-Apabila naga melihat kedua-dua budak itu,bertambah marah jadinya. Naga


mengeluarkan hawa yang panas dan membesarkan kedua-dua matanya.

Rangkap 9

-Bunyi naga amat kuat dan nyaring menyebabkan air laut menjadi keruh dan daun
kayu berguguran

Rangkap 10

-Naga itu menentang mata kedua-dua budak itu lalu bertanya asal kedua-dua orang
budak itu dari mana. Naga itu menyatakan bahawa kedua-dua budak itu sungguh
berani dan jika ditelan kedua-duanya akan hilang

Tema
-Keberanian menentang musuh

Persoalan
-Kasih sayang antara adiik-beradik

-Keberanian menentang musuh demi maruah diri

-Tabah dan sabar mengahadapi dugaan hidup

9
Unsur bunyi
Asonansi- matanya seperti damar sebatang

Aliterasi-cahayanya tidak dapat ditentang

Bentuk
-Terdiri daripada sepuluh rangkap dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris

-Setiap baris mengandungi empat hingga lima patah perkataan dan antara sepuluh

hingga tiga belas suku kata

-Rima syair terikat iaitu berciri a,a,a,a.

Gaya bahasa
Sinkof-sekali ku telan kedua pun hilang

Inversi-takutnya kanda tidak terperi

Simile-matanya seperti damar sebatang

Nilai
-Kasih sayang

-Keberanian

-Ketabahan

Pengajaran
-Kita hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik

-Kita hendaklah berani menentang musuh supaya tidak dipandang hina

-Kita hendaklah bersabar menghadapi dugaan dan cabaran hidup

10
Syair Cintai Alam Sekitar
Maksud
Rangkap 1

-Kakak berpesan kepada adiknya supaya mencintai alam sekitar dengan menjaga
kebersihan dan mengekalkan keindahan alam sekitar.

Rangkap 2

-Kakak mengharapkan agar kempen kebersihan dihayati bersama-sama supaya dapat


menikmati udara yang nyaman. Dengan itu badan bertambah sihat dan wajah
berseri. Negara juga akan aman dan harmoni.

Rangkap 3

-Kakak berpesan agar menjadi warga yang bertimbang rasa dan berjasa kepada alam
sekitar dengan memelihaara tanah dan tumbuh-tumbuhan. Apabila tiada kerosakan
maka bumi akan sejahtera.

Rangkap 4

-Air sungai akan mengalir dengan damai dan ombak memukul pantai dengan irama
yang tenang. Nyanyian unggas dapat mendamaikan jiwa. Situasi ini akan mewujudkan
situasi yang sesuai untuk berehat pada hari minggu.

Rangkap 5

-Masalah alam sekitar seperti jerebu berleluasa akibat kebakaran dan pembuangan
sisa kilang. Hal ini telah menyebabkan lapisan ozon semakin nipis. Kakak berpesan

11
supaya masyarakat sedar akan masalah ini lalu dapat mengatasi masalah ini dengan
segera.

Rangkap 6

-Amalan buruk seperti meludah,membuang sampah, mengotorkan alam sekitar


haruslah ditegah. Begitu juga dengan perbuatan merokok dan menghisap dadah
harus dicegah daripada berleluasa.

Rangkap 7

-Kayu balak ditebang sesuka hati menyebabkan kejadian tanah runtuh berlaku di
merata-rata tempat. Pembangunan harus dirancang dengan teliti agar kualiti alam
sekitar dikekalkan bersih.

Rangkap 8

-Tanaman hiasan hendaklah dibanyakkan di sepanjang jalan supaya pemandangan


menjadi indah. Dengan ini dapat menarik pelancong dan negara akan bertambah
maju. Pendapatan negara juga akan meningkat.

Rangkap 9

-Muka bumi ini janganlah dirosakkan kerana anugerah Tuhan kepada kita. Jika
dirosakkan juga maka bumi ini nescaya nyawa manusia akan terancam.

Rangkap 10

-Muka bumi ini Tuhan amanahkan kepada kita untuk menjaganya hingga akhir zaman.
Jangan buat Tuhan murka, nanti kita akan hidup merana.

Rangkap 11

-Allah berikan tanah, air dan udara untuk pelbagai kegunaan. Kita harus bersyukur
kerana telah dilimpahi pelbagai nikmat Allah.

Rangkap 12

-Manusia sampai hati merosakkan bumi dengan melakukan pencemaran terhadap


tanah, sungai, parit dan lautan. Semua sisa kotoran dibuang sewenang-wenangnya.

12
Rangkap 13

-Kakak berpesan supaya kita mempunyai semangat yang kuat dan jangan bertindak
kejam terhadap alam sekitar. Dengan ini haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak akn
terancam dan kehidupan akan menjadi aman dan tenteram.

Rangkap 14

-Kita dinasihatkan agar menggunakan akal fikiran dengan bijaksana dan kreatif
untuk mengindahkan alam sekitar. Hidup akan bertambah harmoni dan indah dengan
melihat pelbagai lukisan dan ukiran seni serta hiasan artifak

Tema
-Cinta akan keindahan alam sekitar

Persoalan
-Tanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar

-Kesan pencemaran alam sekitar kepada kehidupan manusia

-Kepentingan memelihara flora dan fauna

Unsur Bunyi
Asonansi-jerebu berleluasa melanda negara

Aliterasi-persekitaran indah tiada pencemaran

Bentuk
-Terdiri daripada empat belas rangkap dan setiap rangkap terdiri daripada empat
baris

-Setiap baris mengandungi empat hingga lima perkataan dan Sembilan hingga tiga
belas suku kata.

13
-Rima akhir yang terikat iaitu berciri a,a,a,a.

Gaya Bahasa
Sinkof-aduhai adikku kakak berpesan

Inversi-menangis bumi banyak pencemaran

Personifikasi-ombak berlagu memukul pantai

Nilai
-Bertanggungjawab

-Bersyukur

-Bekerjasama

Pengajaran
-Kita hendaklah sentiasa bekerjasama menjaga menjaga kebersihan dan keindahan
alam sekitar

-Kita harus bersyukur dengan nikmat yang tuhan berikan kepada kita

-Kita mestilah bertanggungjawab terhadap alam sekitar tempat tinggal kita

14
Syair Tenaga Pemuda
Maksud
Rangkap 1

-Menyatakan kepentingan mengasuh tenaga pemuda. Mereka harus dipimpin dan


dididik supaya mereka tidak terdedah kepada gejala yang tidak sihat. Tenaga
mereka penting untuk menentang musuh negara

Rangkap 2

-Golongan pemuda memang kuat dan masih banyak tenaga. Mereka mampu
menjalankan tugas yang berat dan mereka juga mampu melakukan sesuatu yang
mencabar.

Rangkap 3

-Tenaga pemuda amat bermakana dan mereka berani menetang musuh tanpa
memikirkan nyawa mereka terancam. Kemahuan mereka tinggi dan tidak akan
bertangguh-tangguh melakukan sesuatu pekerjaan.

Rangkap 4

-Tenaga pemuda harus disayangi dan jangan biarkan mereka lemah dan tidak
bersemangat. Pada waktu muda, mereka mempunyai banyak tenaga dan bersifat
berani. Mereka akan berjuang dengan bersungguh-sungguh tanpa memikirkan nyawa
mereka terancam.

Rangkap 5

15
-Hendaklah dijaga tenaga pemuda ini kerana tenaga mereka amat berharga. Mereka
menjadi harapan bangsa untuk mempertahankan negara.

Tema
-Kepentingan mendidik tenaga pemuda untuk menentang musuh negara.

Persoalan
-Harapan negara terhadap tenaga pemuda.

-Tenaga pemuda yang berani menentang musuh Negara

-Tanggungjawab membimbing tenaga pemuda

Unsur Bunyi
Asonansi-tenaga pemuda memang terbilang

Aliterasi-tidak mengenal erti nanti

Bentuk
-Terdiri daripada lima rangkap dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris

-Setiap baris mengandungi empat hingga lima patah perkataan dan antara sembilan
hingga tiga belas suku kata.

-Rima akhir syair ini terikat iaitu berciri a,a,a,a.

Gaya Bahasa
Anafora-tenaga pemuda memang terbilang

tenaga yang sedang gilang-gemilang

Inversi-Di waktu muda tenaga kencang

Nilai
-Patriotik

16
-Keberanian

-Keyakinan

Pengajaran
-Kita hendaklah berani memperjuangkan keamanan negara kita

-Kita hendaklah sanggup berkorban demi maruah negara

17
Puisi
Moden

18
Rumah Baru
Maksud
Rangkap 1

-Negara telah membuat perancangan untuk generasi akan datang,iaitu Wawasan


2020.Tujuannya supaya generasi akan datang dapat dididik menjadi rakyat yang
bijak supaya dapat mendukung cita-cita wawasan.

Rangkap 2

-Wawasan ini terbentuk hasil daripada kerjasama rakyat negara ini. Negara maju
hasil daripada perpaduan yang ditunjukkan oleh kaum-kaum di negara ini.

Rangkap 3

-Melalui wawasan yang dibina, diharapkan negara mempunyai identiti kebangsaan


yang jelas supaya rakyat akan hidup sejahtera dan harmoni selama-lamanya.

Tema
-Bertemakan patriotik, iaitu kepentingan melahirkan tenaga muda yang cinta akan
negara dan bangsa.

Persoalan
-Generasi muda harapan negara untuk masa hadapan

-Perpaduan semua kaum di negara adlah penting

-Membentuk identiti kebangsaan rakyat Malaysia

Unsur Bunyi
Asonansi-kerana kita diamanah

Aliterasi-menjelang tahun wawasan

Bentuk
-Terdiri daripada tiga rangkap dan berbentuk bebas

-Setiap rangkap terdiri daripada enam baris


19
-Baris paling panjang mengandungi lima perkataan manakala baris paling pendek
mengandungi dua perkataan

-Rima akhir rangkap 1-a,b,b,c,c,d

rangkap 2-a,e,d,c,b,f

rangkap 3-a,b,c,d,b,b

Gaya Bahasa
Metafora-Bumi toleransi

Perulangan-telah kita siapkan rumah baru

Perlambangan –rumah baru(merujuk kepada negara)

Nilai
-Patriotisme

-Kasih sayang

-Bekerjasama

Pengajaran
-Kita hendaklah cinta akan bangsa dan negara

-Kita harus berani berkorban demi negara

-Kita harus bekerjasama agar sesuatu perkaar dapat dilakukan dengan mudah

Nada
-Patriotik

20
Bahasa
Maksud
Rangkap 1

-Pembaca diajak berbahasa sebaik mungkin

Rangkap 2

-Bahasa dapat menyampaikan sesuatu perkara dengan teratur dan dapat


mententeramkan jiwa yang bercelaru

Rangkap 3

-Dengan bahasa juga kita dapat melihatfakta yang kukuh dan dapat melihat ilmu.
Bahasa juga dapat melahirkan perasaan cinta

Rangkap 4

-Pemimpin negara menggunakan bahasa untuk menyampaikan pandangan dan


wawasan. Orang beriman pula menggunakan bahasa untuk beribadah dengan khusyuk.

Rangkap 5

-Penyajak sekali lagi mengajak pembaca menggunakan bahasa dengan sebaik-baiknya

Rangkap 6

-Dengan budi bahasa juga dapat budi bahasa dapat ditingkatkan dan kemesraan
dipereratkan. Bahasalah menyatukan kita semua.

Rangkap 7

-Tanpa bahasa sesuatu janji tidak dapat disempurnakan seperti penyajak yang
mengajak kita berjanji supaya menggunakan bahasa dengan sebaik-baiknya.

Rangkap 8

-Pengajak menggesa kita sekali lagi agar kita berbahasa dengan sebaik-baiknya

Tema
-Bertemakan kepentingan bahasa dalam kehidupan

21
Persoalan
-Bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi dalam kehidupan

-Bahasa dapat menyampaikan hasrat yang terpendam

-Bahasa boleh menyatupadukan semua kaum

Unsur Bunyi
Asonansi-orang beriman menikmati ibadah

Aliterasi-pemimpin memaparkan arah

Bentuk
-Terdiri daripada lapan rangkap dan berbentuk bebas

-Rangkap 1,5 dan 8 terdiri daripada dua baris serangkap, rangkap 2 dan 3
mengandungi empat baris serangkap, rangkap 4 dan 6 mengandungi enam baris
serangkap dan rangkap 7 mengandungi tiga rangkap

-Baris paling panjang mengandungi empat perkataan dan baris terpendek


mengandungi satu perkataan sahaja

-Rima akhir rangkap 1-a,a

rangkap 2-b,b,b,b

rangkap 3-a,c,c,c

rangkap 4-a,b,b,a,b,b

rangkap 5-a,a

rangkap 6-a,b,c,a,a,a

rangkap 7-a,b,b

rangkap 8-a,a

22
Gaya bahasa
Metafora-pucuk fikiran

Anafora- terlihat fakta padu

terlihat sinar ilmu

terlihat cita biru

Nilai
-Kesopanan

-Bijaksana

-Berbudi bahasa

Pengajaran
-Kita hendaklah bijak menggunakan bahasa

-Kita mestilah mencintai bahasa kita

-Kita haruslah menggunakan bahasa yang sesuai ketika bertutur

Nada
-Patriotik

23
Bila berjauhan
Maksud
Rangkap 1

-Penyajak merasakan keluarga mesti sentiasa disisinya kerana setiapn perkara yang
dialaminya mesti dinikmati bersama-sama

Rangkap 2

-Penyajak berasa kesepian walaupun berada dalam kalangan orang ramai kerana
manusia yang ditemuinya itu tidak dikenalinya. Penyajak sentiasa terdengar suara
anak-anaknya walaupun mereka berjauhan. Ingatan itu akan menjadikan penyajak
seorang ayak yang dan suami yang bertanggungjawab

Rangkap 3

-Penyajak membayangkan isterinya sedang berdoa untuknya dan anak-anak


mennuggu kepulangannya. Hal ini telah mendorong penyajak menjadi seorang suami
dan ayah yang tabah menghadapi dugaan

Tema
-Bertemakan kasih sayang, iaitu perasaan kasih sayang seorang suami/ayah kepada
isteri dan anak-anak yang ditinggalkan

Persoalan
-Perasaan rindu terhadap keluarga apabila berada di perantauan

-Perkongsian perasaan suka duka dalam sesebuah keluarga

-Hubungan kekeluargaan bertambah erat apabila berjauhan

Unsur Bunyi
Asonansi-suara kalian ada di telingaku

Aliterasi-orang yang ku temui tapi takku kenal

24
Bentuk
-Berbentuk bebas dan terdiri daripada tiga rangkap

-Rangkap 1 terdiri daripada empat baris, rangkap 2 mengandungi sepuluh baris dan
rangkap 3mengandungi enam baris

-Baris paling panjang mengandungi enam perkataan manakala baris paling pendek
mengandungi dua perkataan

-Rima akhir rangkap 1-a,b,c,c

rangkap 2-a,b,c,d,d,c,c,a,d,a

rangkap 3-a,b,c,d,d,e

Gaya Bahasa
Sinkof-orang yang kutemui tapi takku kenal

Metafora-godaan keasyikan

Inversi-orang yang kutemui tapi takku kenal

Nilai
-Kasih sayang

-Bertanggungjawab

-Ketabahan

Pengajaran
-Kita hendaklah menyayangi keluarga kita walau di mana-mana sahaja berada

-Kita haruslah bertanggungjawab terhadap keluarga

-Kita mestilah sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup

Nada
-Romantik

25
Wanita Zaman Ini
Maksud
Rangkap 1

-Penyajak memaparkan kisah wanita pada zaman ini yan merasakan diri mereka tidak
perlu mempunyai suami. Taraf kehidupan mereka sudah tinggi dan mereka sudah
mampu berdikari

Rangkap 2

-Wanita pada zaman ini lebih senang hidup sendiri dan beranggapan perkahwinan
akan membatasi kebebasan mereka untuk bergerak, terutama dalam aktiviti
peribadi. Selain itu,mereka juga terpaksa mempertaruhkan nasib kepada seorang
lelaki

Tema
-Bertemakan pandangan kaum wanita zaman moden pada ikatan perkahwinan.

Persoalan
-Kejayaan yang dikecapi oleh kaum wanita pada zaman kini

-Kecekalan kaum wanita menempuh kehidupan

-Pandanagn kaum wanita terhadap kaum lelaki

Unsur Bunyi
Asonansi-tak berasa perlu bersuami

Aliterasi-lebih bahagia hidup sendiri

Bentuk
-Terdiri daripada dua rangkap dan berbentuk bebas

-Rangkap 1 terdiri daripada empat baris, dan rangkap 2 mengandungi lapan baris

-Baris paling panjang mengandungi enam perkataan manakala baris paling pendek
mengandungi dua perkataan

-Rima akhir rangkap 1-a,a,a,a

26
rangkap 2-a,a,a,a,a,a

Gaya Bahasa
Sinkof-tak berasa perlu bersuami

Anafora-Wanita zaman ini

Nilai
-Kegigihan

-Berdikari

-Ketabahan

Pengajaran
-Kita hendaklah tabah mengharungi kehidupan yang mencabar ini

-Kita haruslah berdikari dan jangan terlalu mengharapkan orang lain

-Kita mestilah gigih mencapai kejayaan

Nada
-Sinis

27
Ketika Kami Bercerita Tentangnya
Maksud
Rangkap 1

-Penyajak dan adik-adiknya bercerita tentang ayah mereka ketika ayah mereka
sedang lena tidur. Penyajak berkata bahawa ayahnya tidur lena walaupun hanya
beralaskan tikar mengkuang yang lusuh

Rangkap 2

-Sebentar tadi ayahnya telah menemani mereka sambil bercerita . Mereka akan
mengelilingi cahaya lampu minyak tanah yang kecil untuk mendengar tentang
pengalaman pahit yang ayah lalui sepanjang hidupnya. Kami telah lalui bersama-sama
penderitaan yang ayah lalui itu.

Rangkap 3

-Penyajak tidak pernah bertanya akn latar belakang kemiskinan hidup ayah kerana
mereka sedar dan menerima ketentuan yang telah ditetapkan kepada mereka

Rangkap 4

-Ketika bercerita tentang ayah,penyajak amat memahami harapan ayah kepada


mereka

Rangkap 5

-Ayah mengharapkan agar pengalaman pahit yang dilaluinya tidak akan ditempuhi lagi
oleh anak-anaknya

Tema
-Bertemakan pengorbanan seorang ayah terhadap anak-anak yang dikasihinya

Persoalan
-Kasih sayang ayah terhadap anak-anaknya

-Peranan dan tanggungjawab ayah terhadap keluarganya

-Pengalaman pahit yang dilalui ayah demi menyara keluarga

Unsur Bunyi
28
Asonansi-ketika kami bercerita tentangnya

Aliterasi-mengisi malam-malam seperti selalunya

Bentuk
-Terdiri daripada lima rangkap dan berbentuk bebas

-Rangkap 1 dan 4 terdiri daripada enam baris,rangkap 2dan 3 mengandungi lapan


baris,dan rangkap 5 mengandungi dua baris

-Baris yang paling panjang terdiri daripada lima perkataan manakala baris yang
paling pendek mengandungi satu perkataan.

-Rima akhir rangkap 1-a,b,c,a,d,a

rangkap 2-a,a,b,c,d,a,a,a

rangkap 3-a,b,c,c,d,d,b,e

rangkap 4-a,b,c,c,d,c

rangkap 5-a,a

Gaya Bahasa
Metafora-laut sejarahnya

Simile-semacam pahit dan getir pengalamannya

Inversi-tidak pernah kami menyoal

Nilai
-Kasih sayang -Ketabahan

-Kegigihan

Pengajaran
-Kita mestilah tabah menghadapi dugaan hidup

-Kita hendaklah gigih berusaha supaya memperoleh kejayaan cemerlang

Nada-Romantik

29
Usia
Maksud
Rangkap 1

-Dengan perasaan tenang , penyajak bersedia menghadapi peningkaatn usianya. Dia


merasakan peningkatan usia akan menyebabkan kehidupannya semakin singkat
kerana dia semakin tua. Dia juga bersyukur dan sentiasa menunggu hari-hari
seterusnya dengan penuh harapan

Rangkap 2

-Penyajak sedar bahawa dengan meningkatnya usia ,dia telah menjadi dewasa dan
semakin matang menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan. Penyajak berkata,
kita harus berhati-hati dalam hala tuju kehidupan kita supaya dapat menempuhinya
dengan tabah.

Rangkap 3

-Dengan kuasa dan ketentuan Tuhan, usia kita boleh dipendekkan dengan tiba-tiba

Tema
-Perasaan syukur terhadap nikmat yang telah kurniakan

Persoalan
-Usia yang semakin meningkat

-Menghadapi hari tua dengan tabah

-Ajal maut ditentukan oleh Tuhan

Unsur Bunyi
Asonansi-kulepaskan kupu-kupu semalam

Aliterasi-memantulkan kembali

Bentuk
-Terdiri daripaad tiga rangkap dan berbentuk bebas

30
-Rangkap 1 terdiri daripada lapan baris, rangkap 2 mengandungi tujuh baris dan
rangkap 3 mengandungi lima baris

-Baris paling panjang mengandungi lima perkataan manakala baris paling pendek
mengandungi dua perkataan

-Rima akhir rangkap 1-a,b,c,d,e,d,c,a

rangkap 2-a,b,c,c,a,a,c

rangkap 3-a,b,c,a,a

Gaya Bahasa
Sinkof-selamatlah datangmu

Metafora-segaris cahaya

Personifikasi-pagi tidak lagi berbau tanah

Nilai
-Kesyukuran

-Keinsafan

-Ketabahan

Pengajaran
-Kita hendaklah bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan kepada kita

-Kita mestilah insaf akan kesilapan yang telah kita lakukan

-Kita haruslah menghadapi hari-hari yang mendatang dengan tabah

Nada
-Romantik

31
Prosa
Tradisional

32
Pak Belalang
Sinopsis
Seorang juragan telah menghadap Raja Indera Maya membawa itik yang baru
menetas, diminta mengenalkan yang mana jantan dan yang mana betina. Sekiranya
raja dapat mengenal jantan dan betina itik tersebut, dia mempertaruhkan tiga buah
kapal berserta barang muatannya. Namun begitu, sekiranya raja gagal negeri itu
akan menjadi miliknya.

Raja telah memerintahkan Pak Belalang untuk menyelesaikan untuk


menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh tiga hari. Nujum Pak Belalang amat
dukacita kerana takut pembohongannya selama ini terbongkar. Namun begitu, Pak
Belalang mendapat akal untuk bersampan menghampiri kapal juragan. Nasib
menyebelahinya kerana pada masa itu juga isteri juragan sedang bertanya kepada
juragan akan jawapan bagi soalan tersebut.

Setelah tiba hari yang dijanjikan, Pak Belalang dengan mudah dapat
menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya, juragan, isteri dan anak kapalnya pulang
ke negeri mereka sehelai sepinggang dengan penuh penyesalan.

Tema
-Kebijaksanaan ahli nujum yang dapat menyesaikan masalah yang dialami oleh
rajanya. Dengan itu dia dapat menyelamatkan negeri dan maruah raja negerinya.

Persoalan
-Pertaruhan yang membawa padah

33
-Sikap patuh rakyat terhadap pemerintah

-Berfikir dahulu sebelum bertindak

Watak dan Perwatakan


PAK BELALANG

-Ahli nujum istana

-Sudah beristeri

-Seorang yang bijak dalam menggunakan tipu helah

-Gigih berusaha untuk menyelesaikan masalah raja

-Selalu mengingati Allah

JURAGAN

-Seorang pedagang yang tamak

-Sayang akan isterinya

-Tidak dapat menyimpan rahsia

-Seorang yang berpegang pada janji

RAJA INDERA MAYA

-Menerima sesuatu tawaran tanpa berfikir panjang

-Seorang yang berperikemanusiaan

-Seorang yang berani dan suka kepada cabaran

Plot
PERMULAAN

-Juragan membawa itik yang baru menetas dan meminta raja kenalkan yang mana
jantan dan yang mana betina

34
PERKEMBANGAN

-Pak Belalang meminta tempoh tiga hari bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

PERUMITAN

-Pak Belalang berasa dukacita kerana tidak tahu untuk menyelesaikan permasalahan
tersebut dan dia berasa takut pembohongannya selama ini akan terbongkar

KLIMAKS

-Pak Belalang mendapat akal lalu berkayuh menghampiri kapal juragan. Pada masa itu
kebetulan juragan sedang memberitahu isterinya akan jawapan kepada
permasalahan tersebut.

PELERAIAN

-Pada hari yang dijanjikan, Pak Belalang dapat menyelesaikan masalah tersebut
dengan mudah. Juragan terpaksa pilang ke negerinya sehelai sepinggang kerana
telah kalah dalam pertaruhan itu.

Teknik Plot

Latar
LATAR MASA

-Dalam tempoh tiga hari , pada waktu siang, pagi dan malam

LATAR TEMPAT

35
-Di istana, di rumah Pak Belalang dan di atas kapal juragan

LATAR MASYARAKAT

-Masyarakat Malayu lama iaitu raja,pembesar negeridan rakyat

-Rakyat yang taat akan perintah raja

-Masyarakat yang percaya akan kuasa ahli nujum

Nilai
-Kebijaksanaan

-Keyakinan

-Berhati-hati

Pengajaran
-Kita mestilah berpegang pada janji yang telah diikat

-Kita haruslah berfikir dahulu sebelum menerima apa-apa tawaran

-Kita janganlah bersikap tamak kerana sifat ini akan merugikan diri sendiri

Gaya Bahasa
Simpulan bahasa-buah hati

Bahasa Arab-Ya Allah,Ya Rabbi, Ya Sayyid

Bahasa Melayu Klasik-sahaya.jeragan,tib

Bahasa istana-tuanku,baginda

36
Hang Tuah Mengalahkan Taming Sari
Sinopsis
Setelah siap berpakaian,raja Melaka dan pembesar –pembesarnya masuk
mengadap Seri Betara Majapahit. Pada masa itu, Seri Betara sedang ramai dihadap
oleh rakyat Majapahit. Apabila raja Melaka datang, orang ramai segera meminta diri
pulang. Ketika mereka menikmati hidangan, keadaan di luar tiba-tiba gempar. Rupa-
rupanya Taming Sari yang mengaku sebagai perajurit tua Majapahit yang mengamuk.
Ramai rakyat terkorban.

Ratu Majapahit membawa raja Melaka ke dalam istana untuk menyelamatkan


diri. Pintu istana yang tujuh lapis pun ditutup. Keadaan menjadi sunyi kerana
semuanya telah melarikan diri. Begitu juga dengan Patih Gajah Mada.

Hang Tuah bertarung dengan Taming Sari tetapi ternyata Taming sari kebal.
Hang Tuah berjaya menikamnya tetapi tidak lut. Hang Tuah berusaha mencari helah
untuk mendapatkan keris Taming Sari dengan berunding untuk bertukar-tukar keris
dan berpakat hendak mengamuk. Hang Tuah menyatakan keris Taming Sari tidak
kukuh dan perlu ditukar dengan kerisnya. Taming Sari terpengaruh kemudian
bersetuju.

Setelah keris ditukar, mereka bertikaman semula. Taming Sari akhirnya


berjaya dibunuh. Betara Majapahit menghadiahi Hang Tuah keris Taming Sari,
pakaian selengkapnya dan anak Sungai Jemaja.

Tema

37
-Kehandalan dan keberanian pahlawan Melayu Melaka menewaskan musuh yang
handal.

Persoalan
-Kebujaksanaan mengatur strategi untuk mengalahkan musuh

-Ketaatan rakyat kepada pemerintah

-Membalas jasa terhadap orang yang telah berbudi.

Watak dan Perwatakan


HANG TUAH

-Hulubalang raja Melaka yang berani melawan musuh

-Taat kepada arahan raja dan bertanggungjawab menjaga keselamatan raja Melaka
dengan mengiringi raja ke Majapahit

-Bijak merancang strategi untuk mengalahkan musuh

-Cekap bermain senjata

-Berjaya membunuh Taming Sari

RAJA MELAKA

-Memerintah Melaka dan menjadi menantu kepada Betara Majapahit

-Pergi ke Majapahit kerana hendak berkahwin dengan anak Majapahit

-Baginda disayangi dan dihormati oleh rakyat

-Bersikap penyayang

TAMING SARI

-Perajurit tua Majapahit yang gagah perkasa

-Berani dan handal bertarung

-Mengamuk seorang diri

38
-Akhirnya tertipu dengan helah Hang Tuah dan mati ditikam oleh Hang Tuah

SERI BETARA

-Raja Majapahit

-Pantas bertindak untuk menyelamatkan dirinya dan dan raja Melaka semasa Taming
Sari mengamuk

-Menghormati Raja Melaka sebagai tetamu

-Mengenang jasa orang yang telah berbuat baik kepadanya

Plot
PERMULAAN

-Rombongan raja Melaka dan para pembesarnya tiba di istana Seri Betara
Majapahit kemudian dijamu makan

PERKEMBANGAN

-Taming Sari mengamuk dan membunuh sesiapa sahaja yang dijumpainya

PERUMITAN

-Hang Tuah bertarung dengan Taming Sari

KLIMAKS

-Hang Tuah membuat helah memperdayakan Taming Sari untuk bertukar senjata
sebelum mereka sama-sama mengamuk dan Taming Sari bersetuju. Taming Sari
berjaya dibunuh oleh Hang Tuah dengan menggunakan keris Taming Sari

PELERAIAN

-Betara Majapahit menghadiahi Hang Tuah keris Taming Sari,persalinan dan anak
Sungai Jemaja sebagai membalas jasanya.

Teknik Plot

39
Latar
LATAR MASA

-Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan Majapahit

LATAR TEMPAT

-Di negeri Majapahit,Istana Ratu Majapahit, balai penghadapan

LATAR MASYARAKAT

-Masyarakat istana seperti Raja Melaka dan Ratu Majapahit

-Masyarakat pahlawan seperti Hang Tuah dan Taming sari

-Masyarakat pembesar seperti Patih Gajah Mada

Nilai
-Ketaatan -Keberanian -Bijaksana

Pengajaran
-Kita mestilah patuh dan taat kepada pemimpin

-Kita haruslah mengenang jasa orang yang telah berbuat baik kepada kita

-Kita hendaklah berani menentang musuh negara yang mengkhianati negara

Gaya Bahasa
Simile-Bernyala-nyala seperti api,datangnya itu seperti baling-baling

40
-Taming sari pun lelah ternganga seperti anjing lelah

Bahasa istana-tuanku,titah,baginda

Bahasa Melayu Klasik-ceritera,manira,memekis

Raja Bersiung
Sinopsis
Mengisahkan Raja Ong Maha Perita Deria mengadu giginya sakit lalu menyuruh
menterinya melihat gigi baginda. Rupa-rupanya baginda telah ditumbuhi siung yang
kononnya disbabkan kegemaran baginda makan gulai lecek sayur bayam. Baginda
telah dinasihati tidak memakan gulai itu lagi kerana berkemungkinan sayur itu
menjadi ulat gigi tetapi tidak diendahkan oleh baginda.

Masakan ini bertambah lazat apabila darah yang mengalir daripada jari tukang
masak mengalir masuk ke dalam gulai tersebut. Sejak itu, Raja Ong Maha Perita
Deria mengarahkan gulai lecek kegemarannya dicampur dengan darah. Sikap Raja
Bersiung menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pembesar dan rakyat kerana
setiap hari ada sahaja rakyat yang tidak berdosa dibunuh untuk diambil darah dan
hati mereka untuk dimasukkan ke dalam gulai lecek kegemaran baginda.

Kampar,iaitu seorang pertapa yang sengaja membuat salah supaya dia


ditangkap dan dihadapkan di hadapan raja. Semasa raja memerintahkan dia dibunuh,
Kampar telah menuduh raja menghukumnya tanpa usul periksa. Raja murka lalu
menetak Kampar dengan pedangnya, namun badan Kampar tidak ditembusi pedang.
Semasa orang orang ramai cuba membelasah Kampar,dia terpaksa menjelma menjadi
beberapa jenis binatang untuk menyelamatkan dirinya

Semasa menteri keempat menembaknya, Kampar melarikan diri ke dalam hutan.


Menteri keempat menasihati raja supaya tidak memakan darah dan hati manusia
lagi,namun raja tetap berdegil. Dengan itu, menteri keempat terpaksa bertindak ke
atas raja yang zalim dengan sokongan rakyat dan dan raja perempuan. Peperangan

41
berlaku dan Raja bersiung melarikan diri ke hutan.Baginda kemudiannya
mengabdikan diri kepada orang dusun untuk mendapatkan makan dan minum.

Tema
-Kezaliman dan kekejaman raja terhadap rakyatnya kerana raja ingin memuaskan
nafsunya

Persoalan
-Raja yang zalim dan tamak akan dibenci oleh rakyat

-Sikap bekerjasama akan menghasilan kejayaan

-Perbuatan jahat akan dibalas dengan kejahatan

Watak dan Perwatakan


RAJA BERSIUNG

-Nama sebenarnya ialah Raja Ong Maha Perita Deria,pemerintah di negeri Kedah

-Gigi baginda ditumbuhi siung menyebabkan baginda digelar Raja Bersiung

-Gemar memakan gulai lecek sayur bayam bertumis

-Bersikap degil dan mementingkan diri sendiri

-Pemarah dan pantang dicabar

-Dibenci oleh para menteri dan rakyat

-Lari ke dalam hutan kerana takut dibunuh oleh rakyat

-Tidak meninggalkan zuriat untuk menggantikan baginda menjadi raja di negeri


Kedah

KAMPAR

-Mempunyai ilmu kesaktian

42
-Berasal dari Gunung Ledang

-Berani dan sanggup ditangkap oleh raja setelah dia sengaja melakukan kesalahan

-Mencabar Raja Bersiung yang zalim

-Kebal dan tidak lut ditikam senjata

-Boleh menjelma menjadi pelbagai benda atau binatang

MENTERI KEEMPAT

-Penasihat kepada Raja Bersiung

-Pembesar yang setia

-Bijak dan handal dalam ilmu persuratan

-Mementingkan keamanan dan keselamatan rakyat

-Akhirnya menentang Raja Bersiung keraan ingin menyelamatkan rakyat

Plot
PERMULAAN

-Raja Ong Maha Perita Deria sakit gigi keraan tumbuh siung antara gigi baginda

PERKEMBANGAN

-Raja bersiung merasa gulai lecek kegemarannya lebih sedap daripada biasa kerana
setitik darah tukang masak yang terluka jari telah bercampur dengan sayur bayam
kegemaran baginda

PERUMITAN

-Setelah baginda sendiri mencampurkan secawan darah orang yang dihukum sula ke
dalam sayur bayam dan merasa sayur itu lebih sedap, setiap hari Raja Bersiung
membunuh sesiapa sahaja untuk mendapatkan darah. Seorang pahlawan dari Gunung
Ledang sengaja melakukan kesalahan dan ditangkap. Kampar yang tidak lut senjata

43
telah berlawan dengan Raja Bersiung dengan melakukan pelbagai penjelmaan tetapi
akhirnya melarikan diri ke dalam hutan

KLIMAKS

-Keempat-empat orang menteri menasihati baginda agar memberhentikan perangai


buruknya tetapi gagal. Permuafakatan dilakukan dengan Raja Perempuan untuk
membunuh Raja Bersiung

PELERAIAN

-Raja Bersiung melarikan diri ke daalm hutan, tinggal dengan orang dusun dan
bekerja hanya untuk mendapatkan makan dan minum.

Teknik Plot

Latar
LATAR MASA

-Pada awal pemerintahan beraja di Kedah

LATAR TEMPAT

-Istana raja di negeri Kedah,hutan,sebuah kampung,Sempadan Petani

LATAR MASYARAKAT

44
-Masyarakat Melatu lama di negeri Kedah

-Masyarakat istana

-Masyarakat pembesar

Nilai
-Keadilan

-Keberanian

-Kerjasama

-Kesetiaan

Pengajaran
-Kita mestilah berani menentang kemungkaran

-Kita haruslah adil dan saksama dalam membuat sesuatu keputusan

-Kita hendaklah bekerjasama menentang kejahatan

Gaya Bahasa
Simile-bagaikan kiamat suaranya,tiada sangga bunyi lagi dengan suara manusia

Bahasa Istana-beta,titah

Bahasa Melayu Klasik-bedil,gerau

45
Patung Kencana Dari Kuripan
Sinopsis
Permaisuri Ratu Daha membunuh diri dengan meminum racun kerana kecewa
dengan sikap suaminya yang telampau sayangkan isteri mudanya. Baginda
meninggalkan seorang puteri yang bernama Galuh Cendera Kirana. Berita kematian
ini sampai ke pengetahuan Ratu Kuripan dan baginda bercadang ingin mengirimkan
anak-anakan untuk menghiburkan hati Galuh Cindera Kirana yang berada dalam
keadaan sedih.

Tunangan Galuh Cindera Kirana, iaitu Raden Inu Kertapati datang menghadap
Ratu Kuripan dan baginda diarahkan membuat dua buah patung kencana. Sebuah
daripadanya dibuat daripada emas dan sebuah lagi daripada perak.Patung emas
dibungkus dengan kain yang buruk dan patung perak dibungkus dengan kain sutera
yang disulami benang emas.Kemudian, patung-patung kencana itu dihantar ke negeri
Daha dan diberi kepada Galuh Cendera Kirana dan Galuh Anjeng iaitu anak kedua
Paduka Liku

Galuh Anjeng telah memilih bungkusan yang baik sebaliknya bungkusan yang
buruk itu diberikan kepada Galuh Cindera Kirana. Hal ini telah dikhabarkan kepada
Ratu Kuripan. Baginda amat gembira kerana Galuh Cindera Kirana mendapat anak
patung yang cantik dan diperbuat daripada emas.

Tema
-Kemasyarakatan, iaitu tentang perasaan kasih sayang sesama manusia

46
Persoalan
-Nasib yang menimpa anak tiri

-Sikap prihatin sesama insan

-Kebijaksanaan seseorang menyelesaikan masalah

Watak dan Perwatakan

GALUH CINDERA KIRANA

-Menjadi anak yatim setelah kematian ibunya

-Anak kepada Ratu daha dengan isterinya

-Telah bertunang dengan Raden Inu Kertapati

-Sentiasa berada dalam kesedihan kerana bapanya sentiasa mengabaikan dirinya

-Menghormati orang tua dan mendengar nasihat

RADEN INU KERTAPATI

-Tunangan Galuh Cindera Kirana, anak kepada Ratu Kuripan

-Pemalu dan bersopan-santun

-Pandai membuat pantun

-Sangat menghormati ayahnya

RATU KURIPAN

-Pemerintah Kuripan yang adil dan disayangi rakyat

-Mempunyai sifat penyayang dan prihatin

47
-Menghantar anak-anak kepada Galuh Cindera Kirana

RATU DAHA

-Ayahanda kepada Galuh Cendera Kirana

-Menjadi raja di negeri Daha

-Mempunyai tiga orang isteri

-Terlalu mengikut kata isteri isteri ketiganya

-Lebih menyayangi Galuh Anjeng, anak baginda dengan Paduka Liku

Plot
PERMULAAN

-Ratu Kuripan berasa amat marah kepada Paduka Liku yang menyebabkan
kemangkaatn Permaisuri Ratu Daha memakan racun. Paduka Liku juga telah
mengenakan ilmu pengasih kepada Ratu Daha sehingga semua kata Paduka Liku
dituruti. Ratu Kuripan berasa simpati akan kesedihan Galuh Cendera Kirana setelah
tidak beribu.

PERKEMBANGAN

-Ratu Kuripan memerintahkan orang membuat anak patung bagi menghiburkan hati
Galuh Cendera Kirana. Raden inu Kartapati, anak Ratu Kuripan sendiri yang
membuatkan patung tersebut

PERUMITAN

-Dua bungkusan hadiah boneka itu dihantar ke negeri Daha. Galuh Anjeng, anak
Paduka Liku terlebih dahulu memilih hadiah yang paling cantik bungkusannya. Di
dalamnya terdapat patung yang diperbuat daripada perak bermata batu atau kaca.
Bungkusan yang satu lagoi diberikan kepada Galih Cendera Kirana.

KLIMAKS

48
-Cendera Kirana berasa gembira kerana walaupun pembalutnya buruk tanpa
pengetahuan Galuh Anjeng, di dalamnya terdapat patung emas yang cantik dan
bermata berlian

PELERAIAN

-Setelah beberapa lama tinggal di Daha. Utusan dari negeri Kuripan meminta diri
untuk pulang. Galuh Anjeng mengirimkan hadiah dan berkirim salam kepada Raden
Inu Kartapati. Begitu juga dengan Paduka Liku yang berkirim surat serta berbagai-
bagai pesanan. Utusan tersebut sampai di negeri Kuripan dengan selamat dan salam
Ratu Daha pun disampaikan. Ratu Kuripan sungguh sukacita mendengar khabar yang
baik itu

Teknik Plot

Latar
LATAR MASA

-Zaman kerajaan Jawa Lama

-Zaman pengaruh peradaban Hindu

LATAR TEMPAT

-Negeri Daha,Negeri Kuripan, Istana

LATAR MASYARAKAT

-Masyarakat di negeri Jawa berketurunan diraja

49
Nilai
-Kasih-sayang

-Kesyukuran

-Bijaksana

Pengajaran
-Kita mestilah bersimpati dengan sesiapa sahaja yang bernasib malang

-Kita hendaklah bersyukur dengan kehidupan yang kita lalui

-Kita haruslah berlaku adil dalam segala hal

Gaya Bahasa
Bahasa Istana-baginda,bersemayam,santap

Bahasa Melayu Klasik-anakan, kencana

50
Prosa
Moden

51
Cerpen

52
Sayang Ayah
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan Angamanh seorang murid yang berusia 12 tahun yang
menghadapi masalah kerana sering dimarahi dan didera oleh ayah tirinya walaupun
dia tidak melakukan sebarang kesilapan. Hal ini telah mengganggu pelajaran
Angamah di sekolah. Sebelum ini, dia seorang yang periang, tetapi telah berubah
menjadi pendiam dan suka termenung di dalam kelas. Perubahan sikapnya telah
disedari oleh Cikgu Bustam, iaitu guru kelasnya. Kerja sekolah yang diberikan oleh
Cikgu Bustam gagal disiapkan oleh Angamah.

Cikgu Bustam telah memanggil Angamah dan bertanya tentang masalah yang
dihadapinya. Angamah tidak menjawab soalan Cikgu Bustam sebaliknya menangis dan
dia cuba menyembunyikan masalah yang dihadapinya. Walau bagaimanapun, rahsia
Angamah terbongkar juga apabila dia dibawa berjumpa dengan guru besar setelah
dia kelihatan letih dan tangan kirinya sentiasa disorokkan dibawah meja

Angamah telah menceritakan segala-galanya kepada guru besar . Ketika dia


berada di dalam bilik guru besar, dia menerima berita bahawa ayahnya ditimpa
kemalangan di tempat kerja. Sesampai di hospital, ayah Angamah telah meninggal
dunia.Angamah menangis sambil menjerit “saya sayang ayah”.

Tema
-Bertemakan kasihn sayang seorang anak kepada ayah tirinya.

Persoalan
-Penderaan anak oleh ayah tirinya

-Kesan penderaan terhadap anak

-Sikap prihatin guru terhadap masalah pelajarnya

53
Watak dan Perwatakan
ANGAMAH

-berusia 12 tahun dan murid Tahun 6 Kenanga

-Ibu bapa sebenar Angamah telah bercerai, tetapi ibunya berkahwin dengan lelaki
lain

-Mempunyai dua orang adik

-Pelajar yang bijak dan periang

-Penyayang dan baik hati

CIKGU BUSTAM

-Guru kelas Angamah

-Berusia dalam lingkungan 40-an

-Dia mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di kelas 6 Kenanga

-Seorang yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap murid-murid di dalam


kelasnya

-Bersimpati dengan nasib Angamah lalu melaporkan kes itu kepada guru besar

AYAH TIRI ANGAMAH

-Sebelum menjadi buruh binaan,dia bekerja sebagai pemandu lori

-Sasa

-Bengis dan zalim

-Pemabuk

Plot
PERMULAAN

54
-Cikgu Bustam meminta menulis karangan bertajuk Saya Sayang Ayah. Angamah
berdiam diri apabila rakan-rakan sekelas memuji-muji ayah masing-masing

PERKEMBANGAN
-Hingga tamat mata pelajaran Bahasa Malaysia, Angamah tidak dapat menulis
karangan itu. Dia teringatayahnya selalu memukulnya. Ibunya pula tidak percaya
dengan aduan Angamah bahawa ayahnya selalu merotannya.

PERUMITAN

-Apabila Angamah datang ke sekolah, dia tidak keluar berbaris semasa loceng
pertama dibunyikan. Cikgu Bustam meminta Angamah ke bilik guru. Di bilik guru
besar, Angamah menceritakan segala penderitaan yang dialami dan dilakukan oleh
ayahnya sendiri

KLIMAKS

-Dua orang polis datang kes sekolah membawa berita bahawa ayah Angamah ditimpa
kemalangan. Angamah ke hospital dengan kereta guru besar. Ibu dan adik-adiknya
sudah menunggunya di hospital. Namun begitu, ayahnya telah meningggal dunia.
Angaamh menjeritkan “saya sayang ayah” sekuat hati

PELERAIAN

-Walaupun ayahnya sudah mati, namun Angamah tetap sayang akan ayahnya

Teknik Plot

Latar

55
LATAR MASA

-Waktu pagi, petang dan malam

LATAR TEMPAT

-Disekolah,kelas 6 Kenanga, bilik guru besar, Rumah Angamah dan hospital

LATAR MASYARAKAT

-Masyarakat India yang bekerja sebagai buruh dan mengalami kesempitan hidup

-Masyarakat Melayu yang menjadi guru di sekolah

Masyarakat sekolah yang prihatin terhadap pelajarnya

Nilai
-Kasih Sayang

-Menghormati

-Bertanggungjawab

Pengajaran
-Kita mestilah prihatin terhadap nasib malng orang disekeliling kita

-Kita hendaklah mengasihi anak kita

-Kita haruslah bertanggungjawab menjaga ahli keluarga dengan baik

Gaya Bahasa
Simile-jalur biru yang lurus itu seperti berombak

Personifikasi-Wajah Cikgu Bustam menari-nari di ruang matanya

Sinkof- adik yang buat, saya tak nampak

Hiperbola-bola mata yang berapi

56
Pertemuan
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan seekor kucing yang bernama Mun yang sentiasa
mendapat nasib malang. Mun mempunyai badan yang kurus dan sentiasa berkurap.
Mun dibenci dan sentiasa menjadi bahan kemarahan orang. Mun selalu malang kerana
keadaan dirinya yang buruk dan dipandang hina. Mun selalu dipukul oleh manusia
yang tidak berperikemanusiaan. Ketika Mun mencari makan di sebuah gerai makan,
Mun dipukul dan melarikan diri sehingga bertemu sebuah tong sampah yang besar.

Mun ingin makan sisa-sisa makanan itu, tetapi seekor anjing menyalak ke
arhnya lalu Mun berlari dengan pantas kerana ketakutan. Kali ini Mun sampai ke
sebuah rumah yang besar. Mun bertemu dengan seekor kucing parsi yang bernama
Johny dan dikurung di dalam sebuah jejaring besi. Mun dan Johny saling bertukar
cerita lalu kedua-dua ekor kucing itu bersetuju untuk bertukar tempat.

Apabila Tuan Johny melihat Mun, dia sangat marah dan memukul Mun sekuat
hatinya sehingga Mun merasakan ajalnya akan tiba lalu Mun melarikan diri.Semasa
Mun menuju ke arah jaln raya, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti dan
menyelamatkan Mun dan mahu membawanya ke klinik.

Tema
-Bertemakan ketabahan dan kecekalan seekor kucing yang sentiasa bernasib malang
mengharungi kehidupannya.

Persoalan
-Nasib malang haiwan yang hidup terbiar

-Kegigihan mencari rezeki

-Kemewahan bukanlah kebahagiaan yang hakiki

57
Watak dan Perwatakan
MUN

-Seekor kucing yang hidup tebiar dan mencari makan di merata-rata tempat

-berbadan kurus dan badannya dipenuhi kurap

-Gigih mencari makanan

JOHNY

-Seekor kucing berketurunan Parsi

-Hidupnya terjaga dan diberi makanan yang baik daripada tuannya

-Hidupnya selesa dan kebersihan badannya sentiasa dijaga oleh tuannya

MIMI

-Bersimpati tehadap Mun

-Suka haiwan

-Bersifat mulia

TUAN JOHNY

-Kaya, tetapi sombong dan bermegah diri

-Menjaga Johny dengan baik

-Memukul Mun dengan kayu sehingga luka

Plot
PERMULAAN

-Mun tiba di sebuah gerai untuk mencari makanan tetapi dimaki oleh seorang
pelanggan perempuan, kemudian dihalau dan ditendang pemilik gerai

PERKEMBANGAN

58
-Mun melarikan diri dan mencari makanan daripada tongsampah tidak brtutup tetapi
dihalau oleh seekor anjing. Mun sampai ke sebuah rumah yang cantik.Mun berjumpa
dengan Johny, seekor kuing Parsi yang cantik dan berpakat hendak bertukar
tempat, Mun masuk ke dalam kurungan dan Johny keluar daripada kurungan.

PERUMITAN

-Mun mahu melepaskan Johny dengan berusaha membuka mangga besar kurungan
sekuat-kuat hatinya hingga kepalanya luka. Anak kecil Tuan Johnynampak Mun yang
dikatakan mengganggu Johny. Mun dipukul dengan kayu hingga badannya luka.

KLIMAKS

-Mun melarikan diri dari situ dalam keadaan hujan lebat. Mun terasa hendak
pengsan, pandangannya tidak jelas dan tubuhnya berasa lemah. Dia tahu ada
kenderaan yang akan melanggarnya. Mun hanya berupaya memejamkan matanya.

PELERAIAN

-Kereta tersebut berhenti. Mun mendengar ada orang menghampirinya.Sepasang


suami isteri mahu mengambil Mun untuk dibawa ke klinik.

Teknik Plot

Latar
LATAR MASA

-Waktu siang

59
LATAR TEMPAT

-Gerai makan, kawasan pembuangan sampah, rumah besar, jalan raya

LATAR MASYARAKAT

-Masyarakat kota yang suka memelihara kucing Parsi

-Masyarakat yang tidak ada belas kasihan terhadap haiwan

-Masyarakat kucing yang menderita dan terbiar

Nilai
-Kasih Sayang -Ketabahan -Kegigihan

Pengajaran
-Kita mestilah menyayangi haiwan kerana haiwan juga makhluk tuhan

-Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan

-Kita haruslah gigih berusaha sehingga mencapai kejayaan

Gaya Bahasa
Sinkof-Kau siapa?

Personifikasi-Kepedihan menghiris tanpa simpati

Simile-Pertanyaan Mun ibarat satu tamparan hujan

Peribahasa-Sebatang kara

Bahasa Inggeris-Damn

60
Dugong
Sinopsis
Tuk Dugong bercerita dengan Nak Dugong tentang asal-usul ikan dugong.
Mereka juga berbual tentang nasib keturunan dan masa depan kaum mereka. Tuk
Dugong risau akan kegiatan manusia sejak kebelakangan yang suka membunuh
keturunan mereka menyebabkan ikan dugong semakin pupus.

Nak Dugong 1 dan 2 mengajak Nak Dugong ke sebelah barat kerana mendapat
berita di sana terdapat banyak rumpai dan plankton. Malangnya Nak Dugonng 1 dan
2 ditangkap dan dibunuh manusia. Nak Dugong cuba membantu tetapi gagal kerana
telah ditarik oleh Tuk Dugong yang menyelamatkannya.

Nak Dugong hampir-hampir terkena lembing manusia tetapi Tuk Dugong telah
menolaknya ke tepi. Sebilah lembing menikam belakang Tuk Dugong. Banyak darah
keluar. Tuk Dugong menyuruh Nak Dugong lari.

Sebilah lembing lagi menikam bahagian bawah perut Tuk Dugong. Tuk Dugong
menyuruh Nak Dugong lari dari situ kerana tidak lama lagi kawasan itu akan menjadi
tumpuan jerung. Sungguhpun Nak Dugong keberatan hendak meninggalkan Tuk
Dugong yang cedera parah, namun Nak Dugong tetap menurut kata Tuk Dugong lalu
pergi dengan perasaan hiba yang tidak terkira.

Tema
-Bertemakan kehidupan Dugong yang semakin pupus akibat perbuatan manusia yang
kejam

Persoalan
-Pengorbanan seorang ketua untuk menyelamatkan generasinya

-Tanggungjawab menyedarkan generasi muda

-Sikap degil dan tidak mendengar nasihat orang tua membawa padah

61
Watak dan Perwatakan
NAK DUGONG

-Yatim piatu

-Seekor dugong yang masih dugong,tetapi suka berkawan dengan Tuk Dugong yang
sudah tua

-Bersopan santundan menghormati golongan tua

-Bersifat degil kerana tidak mendengar nasihat Cik Dugong

-Cuba membantu rakan-rakannya yang terperangkap dengan perangkap manusia

TUK DUGONG

-Seekor dugong tua yang banyak pengelaman

-Tidak disukai oleh anak-anak dugong yang lain

-Selalu memberi nasihat kepada Nak Dugong

-Sanggup berkorban demi menyelamatkan anak buahnya

-Mati ditikam oleh lembing manusia

NAK DUGONG 1 dan NAK DUGONG 2

-Anak-anak dugong yang masih muda dan berkawan dengan Nak Dugong

-Bersikap degil dan tidak mendengar nasihat

Plot
PERMULAAN

-Tuk dugong bercerita tentang dongeng ikan duyung kepada Nak Dugong dan
bertanya asal-usul Nak Dugong

PERKEMBANGAN

62
-Tuk Dugong risau perbuatan manusia sejak kebelakangan ini yang suka memburu
dan membunuh spesies ikan dugong. Dia juga bimbang keturunan ikan dugong akan
pupus. Nak Dugong 1 dan 2 mengajak Nak Dugong mencari makan di sebelah barat
kerana banyak makanan yang sedap

PERUMITAN

-Nak Dugong 1 dan 2 ditangkap dan dibunuh oleh manusia. Nak Dugong berusaha
menyelamatkan mereka tetapi gagal

KLIMAKS

-Tuk Dugong terkena rejaman tiga batang lembing pada bahagian belakang badannya
semasa berusaha untuk menyelamatkan Nak Dugong. Tuk Dugong merempuh bot itu
dan menyuruh Nak Dugong melarikan diri. Sekali lagi Tuk Dugong terkena lembing di
bahagian bawah perut. Tuk Dugong luka parah .

PELERAIAN

-Sungguhpun Nak Dugong berasa berat hati hendak meninggalkan Tuk Dugong yang
cedera parah tetapi akhirnya dia menurut nasihat Tuk Dugong agar meninggalkan
tempat itu.

Teknik Plot

Latar
LATAR MASA

63
-Peritiwa yang berlaku dalam cerpen ini ialah selama dua hari

LATAR TEMPAT

-Perairan Lautan Hindi, iaitu di dalam gua tempat tinggal dugong dan di bahagian
barat Lautan hindi tempat manusia memburu dan menangkap dugong

LATAR MASYARAKAT

-Masyarakat manusia pemburu dugong

-Masyarakat dugong

Nilai
-Berhati-hati

-Bertanggungjawab

-Baik hati

Pengajaran
-Kita mestilah bertanggungjawab menjaga nama baik dan keturunan kita

-Kita hendaklah baik hati dengan semua makhluk

-Kita haruslah berhati-hati sebelum bertindak

Gaya Bahasa
Peribahasa-habis madu sepah dibuang

Sinkof-mataku mula terasa panas

Personifikasi-nampaknya mata ini berdegil

Simile-bentik badan kita seperti perempuan

Metafora-kotak fikiran

64
Hikayat Mat Jenin
Sinopsis
Mat Jenin anak yatim piatu. Semasa berumur lima tahun, ayahnya dibaham
harimau dan ibunya meninggal dunia semasa melahirkan adik Mat Jenin. Mat Jenin
dipelihara oleh datuk dan neneknya. Datuknya berpesan agar Mat Jenin belajar
rajin-rajin, dan berkelulusan tinggi tidak seperti datuk dan allahyarham ayahnya
sebagai pemanjat pokok kelapa.

Mat Jenin sering diejek oleh kawan-kawannya kerana dia miskin. Neneknya
meninggal dunia semasa mat Jenin berusia tujuh tahun dan datuknya meninggal
dunia mketika dia berada di dalam tingkatan tiga. Walaupun keputusan peperiksaan
Mat Jenin cemerlang tetapi dia yang tinggal seorang diri terpaksa mewarisi kerja
datuknya sebagai pemanjat pokok kelapa.

Ketika umurnya 17 tahun, Mat jenin menjadi peniaga kelapa muda. Dengan
galakan yang diberikan oleh Cikgu Rosli, Mat Jenin telah bekerja dengan Haji
Sapudi di Restoran Selera Terbuka di kota. Wang gajinya dikumpul. Mat Jenin
sentiasa menambah simpanannya di dalam bank. Dengan wang tambahan menjual
tanah puskanya kepada Haji Sapudin, akhirnya dia berjaya memiliki restoran
sendiri, Restoran Mat Jenin. Mat Jenin berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimah dan
dikurniakan seorang anak lelaki. Mat Jenin menamakannya Mat Kaduk.

Tema
-Bertemakan kegigihan dan ketabahan seorang anak muda bernama Mat Jenin
untuk meraih kejayaan dalam hidupnya,

Persoalan
-Kemiskinan hidup menjadikan seseorang itu sabar

-Rajin dan usaha tangga

-Berkat kesabaran, semua rintangan dihadapinya dengan mudah

65
Watak dan Perwatakan
MAT JENIN

-Anak yatim piatu sejak berusia lima tahun

-Tinggal bersama datuk dan neneknya

-Setelah datuk dan neneknya meninggal dunia, Mat Jenin tinggal sebatang kara pada
usia 15 tahun

-Miskin

-Tabah dan sabar dalam mengharungi hidupnya yang miskin

-Gigih berusaha

-Berminat untuk menjalankan perniagaan

-Bekerja dengan rajin dan tekun

CIKGU ROSLI

-Guru yang pernah mengajar Mat Jenin semasa Mat jenin dalam tingkatan tiga

-Adik kepada Haji Sapudin, pemilik restoran tempat Mat Jenin bekerja

-Prihatin dan baik hati

-Sentiasa memberi nasihat dan dorongan kepada Mat Jenin supaya berusaha
sehingga bejaya dalam hidup

HAJI SAPUDIN

-Abang kepada Cikgu Rosli dan majikan tempat Mat Jenin bekerja

-Pemilik Restoran Selera Terbuka

-Berbadan pendek dan gempal orangnya. Kulitnya hitam manis, bermisai dan
berjanggut sejemput.

-Ahli perniagaan yang berjaya dan banyak pengalaman dalam dunia perniagaan

66
-Peniaga yang jujur

-Tidak kedekut dengan ilmu

-Mendidik dan mendorong Mat Jenin sehingga Mat Jenin menjadi peniaga berjaya

RAJA NOR MUSTAQIMAH

-Seorang gadis cantik,bertubuh tinggi lampai dan berkulit hitam manis dengan
matanya bersinar seperti bintang timur

-Suaranya lembut dan mesra

-Bekerja sebagai wartawan akhbar Sinaran Kota

-Berkahwin dengan Mat Jenin dan dikurniakan seorang anak lelaki

Plot
PERMULAAN

-Semasa Mat Jenin berunmur lima tahun ayahnya meninggal dunia dibaham harimau
dan dua bulan kemudian ibunya meninggal dunia semasa melahirkan adiknya

PERKEMBANGAN

-Mat Jenin dipelihara oleh datuk dan neneknya. Mat Jenin sering diejek oleh kawan-
kawannya kerana dia miskin. Semasa berumur umur tujuh tahun, neneknya meninggal
dunia dan semasa dia berada dalam tingkatan tiga, datuknya pula meninggal dunia.
Mat Jenin tinggal sebatang kara.

PERUMITAN

-Mat jenin terpaksa menjadi pemanjat pokok kelapa walaupun keputusan


peperiksaannya cemerlang. Kemudian mat Jenin menjadi peniaga kelapa muda
semasa umurnya 17 tahun. Mat Jenin telah berhijrah ke kota dan bekerja dengan
Haji Sapudin di Restoran Selera Terbuka. Mat Jenin berjimat-cermat dan
mendapat nasihat membina daripada majikannya. Mat Jenin sentiasa menambah
simpanannya sepanjang masa

67
KLIMAKS

-Dengan wang tambahan menjual tanah pusakanya kepada Haji Sapudin, akhirnya
Mat jenin berjaya memiliki restoran sendiri, Restoran Mat Jenin.

PELERAIAN

-Mat Jenin berkahwin dengan Raja Nor Mustaqimahdan mendapat seorang anak
lelaki dinamakannya Mat Kaduk. Perniagaannya berkembang dan telah mempunyai
restorannya yang ketiga di Bandar K.

Teknik Plot

Latar
LATAR MASA

-Berlaku pada zaman ini, iaitu pada abad kedua puluh

-Jangka masa berlaku peristiwa dalam cerita ini agak lama,iaitu lebih kurang 25
tahun, sejak Mat Jenin kecil sehinggalah dia menjadi pengusaha yang berjaya dan
berkahwin dan mendapat cahaya maat

LATAR TEMPAT

-Kamping Kelapa Condong, Sekolah Kampung Kelapa Condong, Sebuah Bandar, Pasar
Sehari Pekan Kepala Condong, Restoran Selera Terbuka, Restoran Mat Jenin.

68
LATAR MASYARAKAT

-Masyarakat kampung yang bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa

-Masyarakat guru yang selalu memberi dorongan agar muridnya berjaya

-Masyarakat yang suka menghina kemiskinan orang lain

Nilai
-Ketabahan -Kegigihan -Bersyukur

Pengajaran
-Kita mestilah tabah mengharungi cabaran dalam kehidupan

-Kita hendaklah sentiasa gigih untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan

-Kita haruslah sentiasa berjimat-cermat

Gaya Bahasa
Sinkof-namaku Mat Jenin

Bahasa Arab-Insya-Allah

Simpulan Bahasa-buta huruf

Personifikasi-matahari terus meninggi sambil melemparkan sinarnya yang terik

Metafora-kotak fikiranku

Inversi-sekali lagi akan kehilangan

Simile-terasa bagaikan matahari telah hancur

Hiperbola-terasa bagaikan matahari telah hancur

69
Rahsia
Sinopsis
Amar sedang bercuti, dalam perjalanan pulang ke Bandar Tzon bersama anaknya
Zulfakar untuk menemui isterinya Siti Zubaldah. Kapten Rashid mengumumkan
kelewatan kapal terbang tiba daripada masa yang sepatutnya menjadikan para
penumpang berasa cemas. Cuaca bertambah buruk. Kapten Rashid meminta bantuan
Amar untuk membantunya kerana penolong juruterbang terkena kejutan elektrik.
Hubungan dengan menara kawalan di Lapangan Xu terputus.

Pendaratan cemas terpaksa dilakukan di lapangan terbang yang telah lama


ditinggalkan. Amar dan Kapten Rashid berusaha sedaya upya mendaratkan kapal
terbang itu. Pesawat berjaya mendarat. Suasana di dalam kapal terbang amat
gawat, penumpang bertolak-tolakan untuk keluar dari pintu kiri dan kanan. Suara
tangisan dan jeritan kedengaran tidak tentu hala.

Amar menempuh puluhan penumpang yang bersesak-sesak untuk menyelamatkan


anaknya Zulfakar. Dia tersungkur ditolak orang, dipijak dan terseret ke pintu lalu
jatuh ke dalam sungai melalui getah luncur. Amar tenggelam dan tertelan air payau
sungai.

Pesawat itu meletup dengan tiba-tiba dan mengorbankan Zulfakar. Penduduk


kampung itu menganggap lapangan terbang itu berhantu kerana selalu melihat
seorang lelaki berkeliaran di padang,di penghujung landasan, setiap malam daalm
hujan untuk mencari anaknya yang kemalangan kapal terbang sepuluh tahun lalu.
Hanya Amar yang boleh menjelaskan rahsia cerita ini.

Tema
-Bertemakan kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya sehingga sukar menerima
hakikat bahawa anaknya telah meninggal dunia.

Persoalan

70
-Tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan

-Kepercayaan karut dalam masyarakat

-Tekanan perasaan akibat kehilangan orang tersayang

Watak dan Perwatakan


AMAR

-Berlima puluhan dan berbadan gempal

-Ayah kepada Zulfakar dan suami kepada Siti Zubaidah

-Juruterbang yang berpengalaman

-Penyayang

-Baik hati

-Bertanggungjawab

-Cekap mengendalikan pesawat

-Gigih berusaha mencari anaknya yang dianggap masih hidup

KAPTEN RASHID

-Juruterbang pesawat Boeing 737 yang dinaiki Amar dan Zulfakar

-Rakan sekerja Amar dan cekap mengendalikan pesawat

-Berani bertindak dan bertanggungjawab menjaga keselamatan penumpang di dalam


pesawat yang dikendalikannya

-Berusaha mengelakkan kemalangan berlaku lalu meminta bantuan Amar

ZULFAKAR

-Anak kesayangan Amar

-Ibunya bernama Siti Zubaidah

71
-Terkorban dalam kemalangan pesawat

Plot
PERMULAAN

-Amar sedang bercuti, dalam perjalanan pulang ke bandar Tzon bersama anaknya,
Zulfakar untuk menemui isterinya, Siti Zubaidah tetapi penerbangan terlewat dua
jam

PERKEMBANGAN

-Dalam cuaca pula buruk, Kapten Rashid meminta bantuan Amar kerana penolong
juruterbang terkena kejutan elektrik

PERUMITAN

-Apabila hubungan dengan menara kawalan terputus, pendaratan cemas perlu


dilakukan. Amar dan Kapten Rashid menggunakan kebijaksanaan mendaratkan kapal
terbang itu. Pendaratan dilakukan denga selamat.

KLIMAKS

-Malangnya, sebaik berjaya mendarat, para penumpang riuh dan berasak-asak serta
bertolak-tolakan untuk turun. Amar berusaha mahu menyelamatkan anaknya tetapi
tidak berdaya. Amar tersungkur, terpijak dan terseret ke pintu lalu jatuh ke
sungai. Secara tiba-tiba kapal terbang meletup. Zulfakar yang berada dalam kapal
terbang turut terkorban.

PELERAIAN

-Penduduk kampung itu menganggap lapangan terbang itu berhantu kerana selalu
melihat seorang lelaki berkeliaran di padang, di penghujung landasan setiap malam
dalam hujan mencari anaknya yang kemalangan kapal terban sepuluh tahun lalu.
Hanya Amar yang boleh menjelaskan rahsia tersebut.

Teknik Plot

72
Latar
LATAR MASA

-Hari Selasa pada pukul 7 malam-kejadian kapal terbang terhempas

-Pada waktu malam,hujan lebat

LATAR TEMPAT

-Lapangan Terbang Qu, sebatang sungai tempat pesawat terhempas, padang


berhampiran Lapangan Terbang Qu,Bandar Tzon, Lapangan terbang Xu, pondok
kawalan di Lapangan Terbang Qu,

LATAR MASYARAKAT

-Masyarakat golongan juruterbang

Nilai
-Kasih sayang

-Bertanggungjawab

-Ketabahan

Pengajaran
-Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diberikan

-Kita nestilah menyemai perasaan kasih sayang dalam keluarga

-Kita haruslah tabah menghadapi cabaran dugaan hidup

Gaya Bahasa

73
Bahasa Inggeris-wheel well, control volume

Bahasa Arab-ana, anti,ummi

Personifikasi-lidah rumput nan melintuk-liuk menjamah butir hujan

Simile-Amar memekik-mekik bagai orang gila

Metafora-ribut perasaan

Sinkof-“Mak kita tak kan mati, kan

Hiperbola-jalur sinar kuning menikam mata

74
Anak Bumi Tercinta
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan sebuah keluarga Melayu yang hidup miskin yang tinggal
di sebuah kampun. Dia mempunyai seorang abang dan dua orang kakak. Matain ialah
anak bongsu. Abangnya bernama Jalidan kakaknya bernama Jarah dan Sitiawa. Ayah
Matain bekerja sebagai tukang rumah, manakala emaknya berkebun sayur-sayuran
sahaja. Matain selalu bergaduh dengan kakaknya, Sitiawa.

Pada suatu hari, selepas pulang dari sekolah Sitiawa dan Matain mengikut emak
mereka ke kebun terung. Sitiawa mengusik Matain yang kononnya tidak boleh makan
gulai ikan keli. Hal ini menimbulkan kemarahan Matain lalu dia membaling tanah ke
arah muka Sitiawa menyebabkan mulut Sitiawa berdarah. Matain dimarahi oleh
emaknya dan emaknya menampar di belakang badannya.

Matain kecil hati dan terus pulang ke rumah. Kesedihan Matain reda apabila
bertemu Kak Jarah. Matain tahu Kak Jarah sayang akan dirinya lalu dia berasa
gembira semula. Sekembali Sitiawa daripada kebun terung, dia bergaduh lagi dengan
Matain dan menyebabkan Matain marah lalu mengeluarkan kata-kaat kesat.

Apabila emak mendengar Matain mengeluarkan kata-kata itu, sekali lagi Matain
dimarahi oleh emaknya. Matain merajuk lalu keluar dari rumah. Tiba-tiba emak dan
Kak Jarah terdengar bunyi yang amat kuat dari telaga lalu Kak Jarah pergi ke
telaaga. Semasa Kak Jarah hendak mengangkat timba, dia ternampak kaki manusia.
Rupa-rupanya Matain yang terjatuh di dalam telaga. Suasana menjadi pilu apabila
Matain tidak dapat diselamatkan lagi.

Tema
-Bertemakan kekeluargaan, iaitu kehidupan miskin sebuah keluarga yang tinggal di
kampung

75
Persoalan
-Kasih sayang dalam keluarga

-Kegigihan masyarakat di kampung

-Semangat bermasyarakat di kampung

Watak dan Perwatakan


MATAIN

-Anak bongsu daripada empat adik-beradik

-Masih belum bersekolah dan agak kebodoh- bodohan

-Rajin membantu emaknya berkebun

-Petah bercakap walaupun belumpun bersekolah

-Sering bergaduh dengan Sitiawa

-Mudah tersinggung sekiraya dimarahi emaknya

-Rapat dengan Kak Jarah

MAK CIK ESAH

-Emak Matain

-Gigih berusaha untuk menyara keluarga

-Bertanggungjawab

-Bersikap tegas terhadap Matain

-Sayang akan keluarganya

JARAH

-Anak kedua dalam keluarga

76
-Sayang akan Matain dan sering membawa balik buah tangan untuk menggembirakan
hati Matain

-Penyayang

-Menghormati ibu bapa dan seorang anak yang bertanggungjawab

SITIAWA

-Anak ketiga dalam keluarga

-Selalu mengusik dan mengejek Matain

Plot
PERMULAAN

-Matain mengikut dan membantu emaknya berkebun sayur, di sebelah kebun pokok
terung

PERKEMBANGAN

-Matain sering bergaduh dengan kakaknya, Sitiawa . Pada mulanya dia bergaduh
dengan Sitiawa di kebun sayur dan menyebabkan Sitiawa cedera. Matain
kemudiannya dimarahi oleh emaknya. Di rumah, sekali lagi Matain bergaduh dengan
Sitiawa dan Matain dimarahi oleh ibunya kerana dia mengeluarkan kata-kata kesat.
Matain pergi ke telaga dan berusaha mengambil air dengan timba upih. Kakinya
tergelincir.

PERUMITAN

-Emak terdengar seperti ada benda terjatuh ke dalam telaga. Mereka berusaha
mencari Matain tetapi tidak ditemukan. Kak Jarah mengambil tali sauh dan
menghulurkannya ke dalam telaga. Tali sauh ditarik, ternampak kaki kecil di
permukaan air. Mat Daud berjaya menarik keluar Matain dari dalam telaga.
Tubuhnya masih hangat dan lembik.

KLIMAKS

77
-Jiran-jiran berusaha menyelamatkan Matain. Pak Cik Isa membawa Matain berlari
keliling. Pak Ngah Isa melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan Matain
ditiarapkan.

PELERAIAN

-Matain didapati telah meninggal dunia. Semasa bapa dan abang Jali pulang ke
kawasan rumah mereka sudah berbau kemenyan

Teknik Plot

Latar
LATAR MASA

-Waktu tengah hari yang panas dan terik

-Petang

LATAR TEMPAT

-Kawasan perkampungan Melayu, rumah Matain, kebun terung belakang rumah


Matain, perigi

LATAR MASYARAKAT

-Masyarakat desa yang hidup sederhana dan bergantung pada hasil tani

-Masyarakat kampung yang teguh semangat kejiranan dan bersedia membantu tanpa
mengharapkan balasan

-Masyarakat desa yang bekerja sebagai tukang rumah

78
Nilai
-Kasih sayang

-Tolong-menolong

-Bertanggungjawab

Pengajaran
-Kita mestilah reda dengan ketentuan Tuhan

-Kita haruslah tolong-menolong supaya semua pekerjaan menjadi mudah

-Kita hendaklah sepatutnya memiliki sifat baik hati dan berbaik sangka apatah lagi
sesama adik-beradik

Gaya Bahasa
Dialaek Kelantan-pecat,bubuh

Sinkof-“Mak nak ke mana”

Simile-seluar menggelembir di pipi kanan jadi macam telinga gajah

Peribahasa-panas hati, kecil hati, buah tangan

79
Drama

80
Asar Belum Berakhir
Sinopsis
Sewaktu azan asar berkumandang, kelihatan seorang lelaki tua sedang
terbaring di bangku. Orang ramai berduyun-duyun menuju ke surau termasuklah
Yatim. Ketika dalam perjalanan ke surau, Orang Tua itu menceritakan kehidupan
lampaunya yang penuh dengan maksiat. Atas rasa keinsafan, dia meminta Yatim
mengajarnya ilmu agama.

Orang Tua itu juga turut menyuarakan hasratnya untuk mendermakan tanah
peninggalan isterinya untuk dijadikan tapak masjid. Malahan dia juga ingin
mendermakan matanya kepada Yatim yang buta setelah mendengar cerita sedih
Yatim. Namun, Yatim agak keberatan untuk menerima tawaran Orang tua itu kerana
dia bersyukur dengan keadaannya sekarang. Dia juga takut menjadi lalai dalam
mengerjakan suruhan Allah apabila dapat melihat kembali. Yatim menasihati Orang
Tua itu agar bertaubat dan mengajaknya ke surau untuk bersama-sama menunaikan
solat asar bersama penduduk kampung yang lain.

Tema
-Bertemakan keagamaan, iaitu penyesalan dan keinsafan seorang tua yang sepanjang
hayatnya lalai dalam menuruti perintah Tuhan dan banyak melakukan maksiat.
Akhirnya dia insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan

Persoalan
-Sikap lalai merugikan diri sendiri dan masa depan

81
-Reda menerima takdir dan ketentuan Allah

-Kepentingan menghayati ajaran agama

Watak dan perwatakan


YATIM

-Seorang yang cacat penglihatan

-Berusia dalam lingkungan tiga puluhan

-Berilmu agama tinggi dan menghafaz Al-Quran

-Menjadi yatim piatu selepas ibi bapanya maut dalam kemalangan

-Seorang pendakwah

-Seorang yang jujur dan baik hati

-Menghormati orang yang lebih tua

-Seorang yang sabar dan tabah

ORANG TUA

-Berusia melebihi 50 tahun

-Hidup sebatang kara sejak kematian isterinya

-Jahil tentang ilmu agama

-Hidup dalam kemaksiatan ketika remaja

-Insaf akan kesalahan lampaunya dan ingin kembali ke pangkal jalan

-Jujur kerana sanggup menceritakan kisah lampaunya

-Pemurah kerana ingin mendermakan tanah peninggalan isterinya untuk dijadikan


tapak masjid

Plot

82
PERMULAAN

-Dalam perjalanan ke surau, Yatim ditahan oleh seorang tua yang sedang meratapi
nasib dirinya

PERKEMBANGAN

-Orang Tua mengajak Yatim berbual. Selepas itu, Yatim mengingatkan Orang Tua
agar tidak terlalu bersedih tetapi mendoakan allahyarhamah isterinya yang baru
meninggal dunia. Orang Tua mengakui tidak pernag menunaikan tanggungjawab
terhadap Allah seperti sembahyang mahupun membaca Al-Quran. Dia juga berasa
amat sedih kerana tidak tahu untuk mendoakan roh isterinya.

PERUMITAN

-Orang Tua meminta Yatim tinggal dengannya dan mengajarkannya ilmu agama.
Orang Tua berhasrat mengubati mata Yatim tetapi Yatim enggan kerana takut
kehilangan kebolehan menghafaz Al-Quran dan nafsu mutmainnah. Orang Tua
berhasrat mendermakan tanah milik Allahyarhamah isterinya sebagai tapak masjid
baru di kampung itu. Yatim menasihati Orang Tua agar bertaubat sebelum
terlambat, sebelum waktu asar berakhir. Yatim terus memujuk orang tua itu ke sana
untuk sembahyang berjemaah.

KLIMAKS

-Seorang budak bernama Imran datang memberitahu ada orang hendak berjumpa
dengan Orang Tua itu di surau. Yatim menduga orang tersebut ialah anak Orang Tua

PELERAIAN

-Mereka berjalan menuju ke surau bersama-sama. Imran diminta memimpin tangan


Orang Tua.

Teknik Plot

83
Latar
LATAR MASA

-Antara azan berkumandang di surau tua sehingga waktu asar belum berakhir

LATAR TEMPAT

-Di sebuah surau tua, di bawah pohon ketapang

LATAR MASYARAKAT

-Golongan yang jahil dan hidup dalam kemaksiatan

-Masyarakat yang mengamalkan ajaran Islam dengan patuh

Nilai
-Tolong-menolong

-Hormat-menghormati

-Keinsafan

Pengajaran
-Kita mestilah membantu seorang yang berada dalam kesusahan

-Kita hendaklah cepat bertaubat jika berasa diri berdosa kepada Tuhan

-Kita perlu menghormati orang lain tanpa memandang pangkat atau darjat

Gaya Bahasa
Bahasa Arab-Na’uzubillah

Sinkof-Saya tau

84
Peribahasa-kaki judi, lupa pendaratan

Adik Berjasa
Sinopsis
Ahmad nekad berhenti sekolah kerana ingin bekerja demi menyara keluarganya
kerana bapanya jatuh sakit. Tindakan Ahmad tidak dipersetujui oleh adiknya,
Murad. Dalam waktu yang sama, Murad dan kawan-kawannya, Nazim dan Hassan
berpakat untuk menyelamatkan anak jutawan yang telah diculik. Jika mereka dapat
menyelamatkan anak jutawan itu, mereka akan mendapat wang ganjaran sebanyak
seratus ribu ringgit. Wang ganjaran itudiharapkan dapat membantu Ahamd untuk
meneruskan pelajarannya.

Ketika Murad dan kawan-kawannya berusaha untuk menyelamatkan mangsa,


Nazim dan Hassan telah ditangkap oleh penculik-penculik tersebut. Murad yang
berjaya melepaskan diri telah meminta bantuan ayah dan abangnya. Mereka pergi ke
tempat persembunyian penjahat tersebut bersama sekumpulan anggota polis.
Mereka berjaya membebaskan mangsa-mangsa yang diculik. Murad mendapat
ganjaran daripada jutawan tersebut kerana mereka telah membantu menyelamatkan
anaknya. Ahmad pula dapat menyambung pelajarannya

Tema
-Kebijaksanaan dan keberanian dalam menyelesaikan masalah yag dihadapi

Persoalan
-Kepentingan pelajaran untuk masa depan

85
-Pengorbanan seorang anak untuk kepentingan keluarga

-Kasih sayang dalam keluarga

Watak dan Perwatakan


AHMAD

-Abang Murad

-Anak sulung dalam keluarga

-Pelajar tingkatan lima

-Bertanggungjawab terhadap keluarga

-Mementingkan keluarga

-Tidak mudah patah semangat

-Ikhlas dan sanggup berkorban

-Penyayang dan ambil berat pelajaran adik-adiknya

MURAD

-Adik Ahmad

-Anak kedua Pak Kamis

-Tegas dan aktif

-Kuat semangat

-Bijak dan tangkas bertindak

-Bertanggungjawab dan penyayang

PAK KAMIS

-Ayah Ahmad,Murad dan Midah

-Menghidap penyakit lumpuh

86
-Utamakan pelajaran anak-anaknya

-Sayang akan anak-anaknya

HASSAN dan NAZIM

-Kawan baik Murad

-Bersimpati dengan Murad

-Berani

Plot
PERMULAAN

-Ahmad mengambil keputusan muktamad untuk berhenti sekolah dan bekrja di


sebuah kilang bagi membantu menyara keluarganya. Ayahnya lumpuh semenjak dua
bulan lepas dan tidak bekerja. Ahmad berjanji dengan ayahnya akan belajar pada
sebelah malam walaupun dia bekerja.

PERKEMBANGAN

-Murad berbincang dengan Nazim dan Hassan untuk menyelamatkan anak jutawan
yang diculik oleh penjahat bagi mendapatkan wangbganjaran. Sekiranya berjaya,
wang tersebut boleh membantu abangnya meneruskan pelajarannya. Sambil
menjalankan aktiviti perkhemahan di hutan, Murad dan rakan-rakannya melakukan
tinjauan bagi mengesan tempat persembunyian penjahat. Murad dan rakan-rakannya
masuk kedalam sebuah gua. Tiba-tiba seorang penjahat telah menyergah mereka
daripada belakang. Murad berjaya melarikan diri, tetapi Nazim dan Hassan
tertangkap.

PERUMITAN

-Murad pulang ke rumah dan berbincang dengan ayah dan abangnyauntuk


menyelamatkan kawan-kawannya dan anak jutawan yang diculik. Murad dan abangnya
pergi ke gua berkenaan. Murad berjaya masuk ke dalm gua dan melepaskan tawanan.
Murad, Ahmad, Hassan, Nazim dan anak jutawan menyorok dalam semak

87
berhampiran tempat wang tebusan dibayar. Jutawan sampai ke situ dan menjalankan
urusan tukar-menukar. Jutawan menyerahkan wang satu juta

KLIMAKS

-Jutawan yang sebenarnya seorang polis itu telah mengacukan pistol dan
mengarahkan penjahat memasukkan semula wang ke dalam beg

PELERAIAN

-Semua penjahat dapat diberkas dan kemudiannya Murad memperoleh hadiah


seratus ribu ringgait

Teknik Plot

Latar
LATAR MASA

-Peristiwa berlaku lebih daripada satu hari

LATAR TEMPAT

-Di rumah Pak Kamis, di dalam hutan, di dalam gua

LATAR MASYARAKAT

-Golongan bapa yang mementingkan pelajaran anak-anaknya

-Golongan pelajar yang berani dan bertanggungjawab

88
-Pihak polis yang bertanggungjawab menjaga keamanan

Nilai
-Keberanian

-Kasih sayang

-Kerjasama

Pengajaran
-Kita mestilah berani menentang kejahatan

-Kita hendaklah saling menyayangi antara ahli keluarga

-Kita haruslah bekerjasama untuk mencapai sesuatu kejaayaan

Gaya Bahasa
Sinkof-jadi keputusan kau Ahmad

Peribahasa-sambil menyelam kita minum air

89
Jalan Sempit
Sinopsis
Beberapa orang penduduk datang ke rumah Tuk Penghulu membuat pelbagai
aduan berkenaan lorong kiri yang sudah berpagar sementara di sebelah kanan pula
terdapatbsawah padi. Kamal dan Azman mewakili pamuda kampung meminta jasa
baik Tuk Penghulu mencari suatu kawasan untuk padang permainan. Selepas itu,
Joyah pula membuat aduan berkenaan Dolah yang dianggap mahu melanggar
punggungnya dengan motosikal semasa lalu di lorong sempit itu.

Kemudian, Murali dan Ah Chong pula bergaduh ingga kee sawah mengakibatkan
Ah Chong yang terlepas ayam daripada bakulnyabdan telur irik dan telur ayamnya
habis pecah kerugian dan Murali yang rosak roti jualannya akibat terjatuh dan
terendam dalam dalam sawah juga mengalami kerugian

Selepas itu, datang pula Munirah dan Pak Leman pila membuat aduan bahawa
Husin bin Ismail cuba berkelakuan tidak senonoh terhadap Munirah apabila
memegang kaki Munirah semasa terjatuh di lorong sempit itu, Tuk Penghulu
berusaha menyelesaikan permasalahan ini dengan cara bermuafakat bagi mencari
jalan penyelesaian

Sejurus itu, Lebai Dahaman datang membawa berita bahawa kawasan berpagar
itu akan didirikan kilang. Kemudiannya Lebai Dahaman tetap berkeras tidak mahu
membenarkan tanahnya diambil untuk tujuan melebarkan jalan sempit yan menjadi
punca semua masalah orang kampung yang datang mengadu kepada Tuk Penghulu
pada hari itu

Tema
-Bertemakan kemasyarakatan, iaitu tiadanya sikap tolak ansur telah menyebabkan
sesuatu masalah tidak dapat diselesaikan

Persoalan
-Sikap kemuafakatan dalam hidup bermasyarakat

90
-Sikap masyarakat apabila menghadapi masalah

-Sikap pemimpin semasa berhadapan dengan masalah penduduk

Watak dan Perwatakan


TUK PENGHULU

-Berusia 50an

-Berbadan gempal

-Seorang yang bertanggungjawab

-Berfikiran tebuka dan tidak bertindak terburu-buru

-Sangat dihormati oleh penduduk kampung

SABIHAH

-Berusia 40 an

-Cantik dan bergaya

-Isteri Tuk Penghulu

-Suka mencampuri urusan suaminya

-Menghormati penduduk kampung

-Bersikap cemburu

KAMAL dan AZMAN

-Anak muda belasan tahun

-Pencatat segala masalah penduduk

-Suka bersukan

-Berfikiran jauh

JOYAH

91
-Wanita kampung berusia 50 an

-Pelupa

-Tidak mahu bertolak ansur dan keras hati

-Tegas dengan keputusannya

DOLAH

-Berusia 40an

-Seorang yang mudah bertolak ansur

-Jujur dan berterus terang

-Menghormati yang lebih tua

MURALI

-Lelaki yang berbangsa India berusia dalam lingkungan 40an

-Penjual roti

-Bersikap keras hati dan tidak mahu bertolak ansur

AH CHONG

-Seorang peniaga Cina yang menjual ayam dan itik

-Seorang yang keras hati dan tidak mahu bertolak ansur

LEMAN

-Berusia 60an

-Bapa Munirah

-Seorang yang panas baran,terburu-buru dan gopoh

-Masih memiliki sifat sabar dan patuh kepada undang-undang

-Bapa yang bertanggungjawab

92
-Sayang akan anaknya

MUNIRAH

-Berusia 16 tahun danmasih bersekolah

-Anak dara Pak Leman

-Mempunyai rupa paras yang cantik

-Memiliki sikap pemalu dan mahu menjaga maruah dirinya

LEBAI DAHAMAN

-Mementingkan diri sendiri

-Terlalu menjaga tanah pusaka milik nenek moyangnya

Plot
PERMULAAN

-Sabihah, isteri Tuk Penghulu meminta agar suaminya memujuk anak mereka yang
tinggal di Kuala Lumpur membeli tanah di kampung yang kini sudah berpagar dan
menjadi kawasan larangan.

PERKEMBANGAN

-Kamal dan Azman datang mewakili para pemuda meminta jasa baik Tuk Penghulu
mencari kawasan yang boleh dijadikan padang permainan untuk anak-anak muda
bermain pada waktu petang. Mak Joyah yang baru tahu tiba menuduh Dolah cuba
melanggar punggungnya dengan motosikal. Kemudian Ah Chonf dan Muraki mengadu
hal pergaduhan mereka hingga ke dalam sawah kerana masing-masing tidak mahu
mengalah memberi laluan di lorong sempit. Selepas itu, Munirah, anak Pak Leman
pula mendakwa Husin cuba berkelakuan tidak sopan terhadapnya apabila memegang
kakinya semasa terjatuh di lorong sempit itu

PERUMITAN

93
-Tuk Penghulu bermuafakat untuk mencari jalan penyelesaian agar masalah lorong
sempit dapat diatasi. Pelbagai cadangan dikemukakan dan dicatat tetapi akan dibawa
dalam mesyuarat dengan wakil rakyat nanti

KLIMAKS

-Lebai Dahaamn, pemilik tanah sawah berhampiran lorong sempit tetap berkeras
tidak membenarkan tanahnya diambil bagi memperlebarkan jalan sempit berkenaan

PELERAIAN

-Semua yang ada terdiam, berasa lesu dan terduduk

Teknik Plot

Latar
LATAR MASA

-Berlaku dalam satu hari

LATAR TEMPAT

-Rumah Tok penghulu

LATAR MASYARAKAT

-Masyarakat kampung yang hidup sederhana

-Masyarakat yang menghormati pemimpin dan mahu merujuk pemimipin juka ditimpa
sesuatu masalah

94
Nilai
-Kemuafakatan

-Toleransi

-Keprihatinan

Pengajaran
-Kita mestilah bermuafakat untuk menyelesaikan masalah

-Kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua

-Kita haruslah bersikap toleransi dalam dalam hidup bermasyarakat

Gaya Bahasa
Sinkof-hai, awak dengar tak apa yang saya cakap

Peribahasa-macam menatang minyak yang penuh

Simile-bara dalam hati saya macam menyala-nyala

Bahasa Arab-Masya-Allah,Assalamualaikum

95
Novel

96
Panas Salju
Sinopsis
Cerita ini berkisarkan keluarga Zulkifli Md. Zain yang bekerja sebagai
pembantu hospital di Hospital Besar Kuala Lumpur.Isterinya bernama Bushrah,
bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak(2). Dia mempunyai
dua orang anak perempuan, iaitu Nadhirah dan Nazli. Konflik bermula apanbila
anaknya, Nadhirah disahkan menghidap penyakit hati dan hempedu. Penyakit
Nadhirah semakin serius apabila usianya 14 tahun. Jika tiada penderma hati dan
hempedu dan jika tidak dirawat dengan segera, Nadhirah mungkin hanya boleh hidup
satu atau dua tahun sahaja. Hal ini amat membimbangkan Zulkifli dan isterinya
kerana kos rawatan Nadhirah di London bernilai RM350,000. Mereka tidak mampu
menanggung kos tersebut lalu Bushrah bersedia mengorbankan nyawanya demi anak
yang disayangi dengan mendermakan hati dan hempedu miliknya.

Akhirnya Zulkifli terpaksa mendedahkan masalahnya melalui akhbar dengan


harapan mendapat simpati daripada masyarakat Malaysia. Kisah sedih keluarga
Zulkifli memang mendapat simpati masyarakat dan pelbagai pihak telah bermurah
hati hendak menanggung semua perbelanjaanrawatannya di London selama dua bulan.
Bushrah dan Nadhirah menjalani pembedahan hati di Hospital King’s College.
Pembedahan mereka berjaya.

Sekembalinya di Malaysia, Nadhirah menjalani kehidupan seperti remaja lain.


Dia dapat melanjutkan pelajaran di ITM Shah Alam dalam bidang perakaunan.
Zulkifli juga telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ph.D. Bushrah
meninggal dunia lebih awal daripada Nadhirah. Nadhirah pula akan berkahwin dengan
seorang doktor pakar bedah.

Tema

97
-Bertemakan kasih sayang, iaitu kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak tidak
terkira sehingga sanggup mengorbankan nyawa mereka sendiri demi keselamatan
anak-anak.

Persoalan
-Kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak

-Cekal dan sabar menghadapi cabaran dalam hidup

-Tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat

-Kepentingan nilai budi dalam kehidupan

-Kepentingan ilmu pengetahuan

Watak dan Perwatakan


ZULKIFLI MD. ZAIN

-Bermisai nipis dan mempunyai janggut sejemput

-Seorang yang gigih, masih meneruskan pengajian di peringkat ijazah walaupun


sudah beristeri dan mempunyai dua orang anak

-Bertanggungjawab dan amat menyayangi keluaganya

-Sentiasa tabah dan sabar walaupun menghadapi dugaan

-Baik hati, bertimbang rasa, dan suka membantu orang lain

-Berasal dari Felda Ulu Tebrau, Johor

-Berkahwin dengan Bushrah dan dikurniakan dua orang anak, Nadhirah dan Nazli

-Bekerja sebagai pembantu hospital di Hospital Besar Kuala Lumpur, kemudian


bertugas sebagai pengarang sastera di akhbar Mingguan Malaysia

-Reda dengan pemergian isterinya dan mengambil keputusan tidak mahu berkahwin
lagi

98
BUSHRAH

-Isteri Zulkifli danibu kepada Nadhirah dan Nazli

-Bekerja sebagao guru sekolah rendah

-Penyayang, terutama kepada suami dan anak-anaknya

-Sanggup memdermakan hatinya demi menyelamatkan anaknya, Nadhirah yang


menghidap penyakit hati yang serius

-Berasal dari Kampung Kuala Linggi, Melaka

Meninggal dunia pada pukul 4 pagi samping keluarga

NADHIRAH

-Anak sulung kepada Zulkifli dan Bushrah

- Berbadan kurus dan lemah serta selalu kurang sihat kerana menghidap penyakit
hati dan hempedu

-Pada usia 14 tahun, penyakitnya semakin serius

-Seorang gadis yang pemalu, namun dia anak yang tabahh dan menurut kata orang
tua

-Semangatnya tidak luntur waalupun kesihatannya sentiasa terganggu

-Belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Cheras

-Seorang pelajar yang cemerlang

-Walaupun menghidap penyakit hati yang serius, namun pelajarannya tetap


cemerlang

-Menerima rawatan di london dan telah menerima sebahagian daripada hati ibunya

-Selepas pembedahan hati, Nadhirah membesar seperti remaja lain

-Berjaya melanjutkan pelajaran di ITM Shah Alam dalam bidang perakaunan

99
-Akan berkahwin dengan seorang doktor pakar bedah

TAN SRI SHAMSUDIN

-Berbadan sederhana tinggi dan berwajah ceria

-Isterinya Puan Sapura

-Pengarah Syarikat Sapura Holding

-Tokoh korporat yang berjaya di Malaysi

-Seorang yang dermawan

-Meminati bidang seni dan menghargai karya seni anak-anak tempatan

DR. TAN KAI CHAH

-Berasal dari Malaysia tetapi bertugas sebagai pakar bedah di Hospital King’s
College di London sejak tahun 1988

-Berkhidmat di london kerana mendapat tawaran yang lebih baik dan disediakan
pelbagai kemudahan

-Bertanggungjawab menjalankan pembedahan dan merawat Nadhirah dan ibunya

-Seorang yang teliti dalam menjalankann tugas

-Bercita-cita untuk kembali bertugas di Malaysia

-Beliau kembali ke Malaysia dan membuka Klinik Hati bersama-sama rakan


doktornya yang lain

MULIYADI MAHMOOD

-Kawan baik Zulkifli semasa di sekolah rendah lagi

- Berasal dari Johor

-Bertugas sebagai pensyarah Seni Lukis dan Senu Reka di ITM, Shah Alam

-Baik hati dan tinggi semangat setia kawan

100
-Berfikiran positif dan telah menasihati Zulkifli dalam soal menyelesaikan kos
rawatan anak Zulkifli

Plot
PERMULAAN

-Pada awal cerita, pengarang mendedahkan watak-watak utama iaitu Zulkifli,


Bushrah dan Nadhirah. Nadhirah, anak Zulkifli dan Bushrah menghidap penyakit
kerosakan hati dan hempedu sejak berumur 10 tahun. Apabila umurnya meningkat 14
tahun, penyakitnya itu makin menjadi-jadi

PERKEMBANGAN

-Doktor mencadangkan Zulkifli membawa anaknya berubat di luar negara iaitu di


hospital pakar di London tetapi perbelanjaannya amat tinggi. Zulkifli tidak mampu.
Doktor meramalkan Nadhirah boleh hidup satu atau dua tahun lagi jikalau tidak
mendapat hati dan hempedu sumbangan daripada penderma.

PERUMITAN

-Zulkifli dan Bushrah tiada jalan lain untuk mendapatkan wang selain mendedahkan
masalahi ini kepada umu. Zulkifli berjumpa dengan wartawan Utusan Malaysia.
Apabila berita itu tersiar, seluruh penduduk Bandar Tun Razak dan seluruh negara
menjadi gempar. Tan Sri Shamsudin telah sudi membiayai kos rawatan berjumlah
RM350 ribu.

KLIMAKS

-Berita kesediaan Bushra berkorban diri dengan menderma dan memindahkan hati
dan hempedu menggemparkan seluruh negara. Ada yang menyokong dan ramai juga
yang menentang namun dia tetap dengan keputusannya. Dengan bantuan Tan Sri
Shamsudin, Bushrah dan Nadhirah menjalani pembedahan berkembar, merupakan
satu sejarah di Hospital King’s College, London yang berlangsung selama 14 jam.

PELERAIAN

101
-Pembedahan berjaya dan kedua-duanya selamat. Selepas lima tahun, Bushra
meninggal dunia secara tiba-tiba pada suatu pagi Jumaat selepas mengalami sesak
nafas. Beberapa tahun kemudian akhirnya Nadhirah tamat belajar diUiTM dan
bekerja di Bank Islam, Kuala Lumpur. Dia mendirikan rumah tangga dengan seorang
doktor bedah di Hospital Kuala Lumpur.

Teknik Plot
DIALOG

-Percakapan antara dua orang atau lebih

Cth :.....Tak tahu bagaimana kami nak balasnya,”balas Zulkifli.

“Itu sudah tanggungjawab kita sesama insan,”balas Tan Sri Shamsudin

MONOLOG DALAMAN

-Pernyataan fikiran yang terdetik dalam hati sahaja

Cth:Aku tak wajar melayan perasaan yang tidak-tidak

PEMERIAN

-Digunakan oleh pengarang bagi memerikan sesuatu secara panjang lebar

Cth: Kota London hiruk pikuk pagi itu. Sudah dua hari Nadhirah dan ibu bapanya
tiba di kota kosmopolitan itu. Sebuah kota yang asing bagi mereka. Mereka tidak
pernah terfikir akan menjejakkan kaki di kota milik kerajaan British yang pernah
menjajah tanah tumpah darah mereka.

IMBAS MUKA

-Gambaran masa hadapan

Cth:”......Saya rasa macam tak akan hidup lama. Takut”

Latar
LATAR MASA

102
-Berlaku pada zaman sekarang

-Peritiwa berlaku sekitar 10 tahun

LATAR TEMPAT

-Dalam negara di Malaysia-Cheras, Sekolah Kebangsaan BandarTun Razak, Hospital


Kuala Lumpur, Pusat Islam, Pejabat Sapura Holding, Lapngan Terbang Antarabangsa
Subang

-Luar Negara-Hospital King’s College, London, Istana Buckingham, Sungai Thames,


Muzium British, Zoo London, Menara London

LATAR MASYARAKAT

-Masyarakat kampung yang gemar bergotong royang ketika kenduri-kendara

-Masyarakat berketurunan Melayu yang bersimpati dengan nasib Zulkifli dan


penderitaan Nadhirah

-Masyarakat majmuk di negara Malaysia

Nilai
-Kasih sayang

~ Zulkifli dan Bushrah amat menyayangi anak-anak mereka

-Ketabahan

~Walaupun menghadapi masalah yang besar, namun Zulkifli tetap tabah meneruskan
hidupnya

-Kegigihan

~Zulkifli dan Bushrah berusaha dengan gigih untuk menyelamatkan anak mereka,
Nadhirah

-Bertanggungjawab

103
~Zulkifli bertanggungjawab menyelamatkan nyawa anaknya dengan berusaha
mencari duit untuk pembedahan

Pengajaran
-Kita mestilah mempunyao perasaan kasih sayang sesama insan, terutamanya ahli
keluarga sendiri

-Kita haruslah gigih sekiranya ingin mencapau kejayaan dalam hidup

-Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran dan dugaan yang datang dalam hidup

Gaya Bahasa
Simile-Setengah-setengahnya dipandu terlalu laju dan seperti dipandu oleh orang
yang tidak siuman.

Personifikasi-Burung-burung yang berkicau riang menyapankedatangan pagi yang


cemerlang

Hiperbola-Matahari terus memancar terik membakar kulit Zulkifli, kulit anak-anak,


kulit bushrah dan kulit Bumi

Metafora-Mereka tenggelam dalam lautan fikiran masing-masing

Simpulan Bahasa-Ambil hati

Peribahasa-Setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya hinggap di belakang kerbau


juga

Bahasa Inggeris-clear, traffic jam

Bahasa Arab-Alhamdulillah

Sudut Pandangan

104
Biodata Pengarang
Talib Samat dilahirkan di Senggarang, Batu Pahat, Johor pada 13 Mac 1959.
Beliau mendapat pendidikan awal di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor. Kemudian
menyambung pelajaran di peringkat menengah di Johor Bahru. Ijazah Sarjana Muda
Sastera(1994) dan Sarjana Sastera(1998) diperoleh daripada Uninersiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang. Penglibatan beliau dalam bidang ini bermula sejak tahun 1980

Beliau aktif dalam semua genre sastera dan telah menghasilkan pelbagai tajuk
penulisan kreatif. Hasil penulisannya telah banyak dibukukan dan diterbitkan.
Antara karya beliau yang popular ialah Bumi Merdeka(1987), Mencari Keredaan-
Mu(1989), Gores-gores Kenangan (1990), Panggilan Jihad(1993) dan Panas
Salju(1995). Selain itu, kumpulan drama pentas dan drama televisyen yang
dihasilkan telah diterbitkan pada tahun1996, bertajuk Subuh. Sehingga kini, beliau
telah menghasilkan lebih daripada 40 buah buku. Pada tahun 1999, beliau telah
memenangi Hadiah Ciptaan Karyawan Muda Johor

Beliau pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Penolong Pegawai
Perancang Bahasa. Kini, menjadi pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak

105

Anda mungkin juga menyukai