Anda di halaman 1dari 49

Penghargaan

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Kepada-Nya


memohon dan pada-Nya jua kita meminta ampun. Kita memohon perlindungan kepada Allah
daripada kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan. Sesiapa yang diberi petunjuk oleh
Allah, maka dia tidak akan sesat. Sesiapa yang tersesat, maka tiada yang dapat
memberikannya petunjuk kecuali Allah. Jadi, bersaksilah bahawa tiada Tuhan selain Allah
yang Maha Esa dan Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan Allah.

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdullillah, bersyukur yang tidak


terhingga saya ungkapkan ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia daripada Allah
S.W.T dapat juga saya melaksanakan tugasan yang telah diberikan. Walaupun hakikatnya
tugasan ini memberi rasa cabaran, namun semangat untuk berjuang begitu terpendam di
dalam hati saya untuk melakukan yang terbaik seperti usaha yang ditunjukkan oleh Rasulullah
S.A.W dan para sahabat Nabi dalam dakwah mereka yang tidak pernah mengenal erti putus
asa.

Dalam kajian ini, saya akan membincangkan pandangan tokoh linguistik berkaitan
aspek psikososial atau budaya berbahasa. Selain itu, saya akan menjelaskan tentang
justifikasi kepentingan pandangan tokoh yang telah dipilih dengan membandingkan
pandangan dengan tokoh yang lain di mana saya akan mengemukakan pengetahuan bahasa
yang terdiri daripada dua komponen pengetahuan. Di sini juga saya akan membuat analisis
pola ayat dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 10 hingga 12 tahun dengan
menerapkan kerangka pemikiran sintaktiknya. Namun sebelum itu, molek rasanya sekiranya
saya menyampaikan ucapan terima kasih kepada beberapa pihak yang banyak membantu.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Zawahir
bin Ismail dan Encik Maniyamin bin Ibrahim kerana telah banyak membantu saya dalam
penyiapan kerja kursus ini. Encik Zawahir bin Ismaildan Encik Maniyamin bin Ibrahim telah
banyak memberi tunjuk ajar yang berguna dalam melaksanakan tugasan ini. Mereka berdua
juga memberi teguran kepada saya sekiranya saya ada melakukan kesilapan dalam
menyiapkan tugasan ini. Teguran tersebut menjadi panduan kepada saya agar menghasilkan
satu kerja yang baik dan berkualiti.

Selain itu, ucapan ribuan terima kasih ini juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu
bapa saya kerana sentiasa memberi dorongan, galakan dan semangat dari segi kewangan
ataupun lain-lain. Mereka banyak menyokong saya agar melaksanakan setiap perkara

1
dengan bersungguh-sungguh dan bersikap jujur. Jasa yang mereka curahkan amat saya
hargai dan tidak saya lupakan sampai bila-bila.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan sekelas iaitu rakan-rakan
dari kelas PISMP 3A kerana sudi bertukar pandangan dalam memberi idea yang bernas.
Maklumat yang diperolehi amat berguna kepada semua orang untuk mendapatkan maklumat
yang diperlukan. Jadi, terima kasih banyak-banyak saya ucapkan.

Seterusnya, ucapan terima kasih ini juga saya hulurkan kepada pihak secara langsung
ataupun tidak langsung yang sudi membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Jasa yang
mereka berikan dan masa mereka luangkan amat saya hargai dan tidak akan dilupa.

Pulau pandan jauh ke tengah,


Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Sekian terima kasih saya ucapkan.

2
Senarai Kandungan

Bilangan Perkara Muka Surat

1. Penghargaan 1-2

2. Senarai Kandungan 3-4

3. Pengenalan 5

4. Pendefinisian Linguistik 6-7

5. Pendefinisian Bahasa 8-9

6. Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik 10-11

Tokoh Linguistik yang Dikaji 12-14


7.

8. Teori Avram Noam Chomsky 15-17

Pandangan Noam Chomsky dari Aspek Budaya


9. 18-21
Berbahasa

3
Justifikasi Kepentingan Tokoh Noam Chomsky
jika Dibandingkan dengan Tokoh Ferdinand de 22-26
10.
Sassure

Analisis Pola Ayat dalam Kalangan Kanak-kanak

11. yang Berumur 10 Tahun hingga 12 Tahun dengan 27-37


Menerapkan Kerangka Pemikiran Sintatiknya

13 Rumusan 38-40

14. Refleksi 41-46

15. Rujukan 47-49

16. Lampiran

4
1.0 Pengenalan

Pengantar linguistik merupakan salah satu subjek yang berkaitan cabang, bidang dan
kajian bahasa. Subjek ini diajarkan kepada bakal guru untuk digunakan sebagai ilmu yang
akan disalurkan kepada anak didik sewaktu mengajar kelak. Dengan adanya asas yang kukuh
mengenai linguistik, seorang guru itu akan mudah menjalankan proses penyampaian ilmu
yang berkesan disebabkan oleh bahasa yang mudah difahami serta jelas maksudnya.

Bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang


memperuntukkan seorang guru itu untuk mencapai satu tahap dan sifat keterampilan yang
berkualiti, maka subjek ini wajib untuk dipelajari oleh seorang guru Bahasa Melayu. Hal ini
disebabkan oleh pandangan masyarakat terutamanya murid-murid di sekolah sangat tinggi
terhadap guru, maka dengan adanya pemikiran dan kebolehan menguasai linguistik ini, sudah
pasti seorang guru itu akan dipandang mulia oleh masyarakat amnya dan murid-murid
ataupun pelanggan di sekolah khasnya.

Pengantar linguistik ini mempunyai nilainya yang tersendiri, hal ini demikian kerana
subjek ini melibatkan perkara sejarah bagaimana terciptanya bahasa mahupun linguistik
masa kini dan terdahulu. Hal tersebut penting agar setiap modal insan di setiap kawasan dan
lokasi dapat mengenali dan menghayati latar belakang dan sejarah khusus bahasa yang
mereka sedang gunakan.

Kegagalan dalam proses menguasai subjek ini akan menyebabkan seorang pendidik
mahupun individu itu akan kurang dihormati kerana tidak dapat mewujudkan dan
menjelmakan keupayaan kendiri dalam berkomunikasi menggunakan ciri bahasa dan
linguistik yang tepat, bak kata slogan terkenal “Bahasa Jiwa Bangsa”. Slogan yang mudah
dan ringkas namun mempunyai nilai dan maksud tersirat dan tersurat serta terkandung
falsafahnya yang tersendiri. Subjek ini juga akan menumpukan bagaimana bahasa itu
berkembang serentak dan selari dengan pemikiran manusia, maka ada teori yang akan
dipelajari agar pengkaji linguistik tidak terkial-kial dengan perkara yang sedang diamati dan
diteliti.

5
2.0 Definisi Linguistik

Apakah itu Linguistik?. Menurut kamus dewan, linguistik bermaksud pengajian ilmu
bahasa. Hassan Shadily (1977:633-634) menyatakan linguistik merupakan penelaahan
bahasa secara ilmu pengetahuan. Tujuan utamanya ialah mempelajari suatu bahasa secara
deskriptif. Mempelajari bahasa berdasarkan sejarah atau ilmu perbandingan bahasa, bererti
mempelajari hubungan satu bahasa dengan bahasa yang lainnya. Dengan erti kata lain,
linguistik merupakan kajian atau ilmu yang mengkaji bahasa secara ilmiah. Ilmu linguistik
adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Misalnya kita menggunakan linguistik
untuk mengkaji Bahasa Melayu. Linguistik berkaitan dengan pelbagai aspek bahasa seperti;

a) Asal usul bahasa


b) Pembangunan bahasa
c) Hubungan antara bahasa-bahasa

Di samping itu, menurut kamus Dwibahasa (1981:716) linguistik bererti pengajian ilmu
bahasa. Perkataan linguistik berasal daripada perkataan latin iaitu lingua, yang bermaksud
bahasa. Perkataan latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal daripada
bahasa latin seperti dalam bahasa Perancis (langue, langage) bahasa Itali (lingua) atau
bahasa Sepanyol (lengua) ataupun dalam bahasa Inggeris (linguistics).

Selain itu, menurut Ferdinard de Saussure, seorang sarjana bangsa Swiss dianggap
sebagai pelopor linguistik moden. Bukunya, Cours de Linguistique Generale (1916) sangat
terkenal dan dianggap sebagai buku asas linguistik moden. Oleh sebab itu beberapa istilah
yang dipakai oleh de Saussure diterima umum sebagai istilah rasmi, tamsilnya Langage,
langue dan parole. Langage bermaksud bahasa pada umumnya. Misalnya semua manusia di
dunia ini mempunyai bahasa. Langue pula bermaksud bahasa tertentu kepunyaan satu-
satunya kumpulan penutur tertentu. Contohnya bahasa Perancis, bahasa Belanda, Bahasa
Jerman, bahasa Jepun dan bahasa Melayu merupakan bahasa-bahasa atau langue-langue
tersendiri. Langue dianggap bahasa kepunyaan kumpulan atau masyarakat bahasa tertentu
dan parole pula merupakan pertuturan atau bentuk ucapan individu yang kerap disebut
sebagai ideolek.

Kesimpulannya, ilmu linguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik.
Maksudnya, ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara terperinci
dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh
ramalan, sentimen atau falsafah. Contohnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk

6
mengkaji bahasa Melayu. Kita mengkaji hal tersebut dengan lebih terperinci serta mendalam,
seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu. Maka, sudah
tentulah kita akan mengkaji secara formal yakni bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan,
sistem fonem, morfem, kata, frasa, dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu.

7
3.0 Pendefinisian bahasa

Terdapat pelbagai kajian yang melibatkan bahasa, hal demikian telah membawa
kepada banyak definisi yang telah dianjurkan oleh setiap pengkaji bahasa. Antara definisi
umum bahasa adalah seperti berikut:

a) Bahasa sebagai alat menyatakan pemikiran

Dalam fikiran seseorang ada bahasa, dan perkara akan terjadi pada
sebaliknya, dengan adanya bahasa dalam pemikiran, manusia dapat membina
tamadun yang hebat dan menyatakan falsafah yang berkualiti daripada pemikiran
kepada percakapan lisan dan bukan lisan.

b) Bahasa sebagai kegiatan yang bermakna

Definisi ini memberi penumpuan kepada fungsi bahasa dan unsur-unsur di


dalam sesuatu proses pertuturan.

c) Bahasa sebagai lambang ujaran manusia

Definisi ini pula melihat kepada bahasa yang bersifat abstrak dijelmakan
melalui pertuturan seseorang, penjelmaan tersebut penting dalam aktiviti komunikasi
dan perhubungan.

d) Bahasa sebagai sistem lambang yang fleksibel dan arbitrari

Fleksibel yang dikatakan di sini melibatkan bagaimana satu bahasa mahupun


perkataan itu tidak sama cara sebutannya kepada setiap kawasan yang berbeza, ada
yang menyebut satu perkataan itu dengan ketebalan huruf yang tebal dan ada pula
sebaliknya bagi kawasan yang lain. Arbitrari pula melihat kepada bahasa itu tidak
mempunyai persamaan makna antara kawasan-kawasan yang berbeza, tidak semua
negara di dunia ini akan menganggap perkataan cinta sebagai perkataan untuk
menyayangi seseorang jika mereka tidak mengetahui makna cinta dalam Bahasa
Melayu itu sendiri.

e) Bahasa sebagai alat komunikasi

8
Am kita mengetahui bahawa bahasa itu amat diperlukan dalam suatu urusan,
hal ini menjadikan bahasa sebagai satu jiwa dalam percakapan, tanpa jiwa komunikasi
ini maka satu percakapan dan perhubungan itu tidak akan mencapai kesepakatan
yang mudah dan jelas antara dua pihak atau lebih.

Maka dengan definisi berikut dapatlah kita lihat bahawa banyaknya pendapat dan
pendirian tokoh dan pengkaji bahasa mengenai bahasa itu sendiri, oleh yang demikian
bahasa ini harus dijaga dan didalami dengan sebaiknya.

9
4.0 Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik

Dalam sejarah perkembangan, linguistik dipenuhi dengan pelbagai aliran, fahaman,


pendekatan,dan teknik penyelidikan yang luas serta rumit. Namun demikian, semua itu akan
menambah wawasan kita terhadap bidang dan kajian linguistik. Yang berikut merupakan
rentetan beberapa sejarah, perkembangan, fahaman dan beberapa aliran linguistik dari
zaman Yunani hinggalah dewasa ini.

Sejarah perkembangan ilmu linguistik telah bermula pada tahun 500 sebelum masihi
(SM) hinggalah ke hari ini. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani,
zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman Pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance),
zaman Arab, zaman India, zaman Perbandingan dan zaman linguistik moden.

Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku
seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun, titik
permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya
dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang berdasarkan kepada hasil kajian
Panini yang telah dinyatakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa
berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di
Eropah.

Ilmu linguistik menjadi satu cabang yang mempunyai disiplinnya tersendiri dan sama
tarafnya dengan ilmu-ilmu yang lain. Ada prinsip-prinsip tertentu dalam mengkaji ilmu
linguistik. Menurut Albert Borgmann (1974), menghuraikan sejarah pertumbuhan dan
perkembangan falsafah bahasa dalam tamadun Barat dengan berdasarkan lima tahap yang
utama:

1) Tahap bermulanya falsafah bahasa yang dipercayai telah bermula di Yunani pada zaman
pra-Socrates pada kira-kira 600 tahun sebelum masihi, dengan Heraclitus sebagai tokoh
yang mewakilinya.

2) Tahap pengasasan falsafah bahasa sebagai satu disiplin kajian dengan Plato sebagai
pelopornya dan Aristotle serta kumpulan Stoik sebagai pengembangnya.

3) Tahap penerokaan bidang bahasa yang lebih luas pada zaman pertengahan dengan John
Buridan, Thomas Erfurt, dan Thomas Aquinas sebagai tokoh-tokoh utamanya

10
4) Tahap kebangkitan era moden dengan Descartes, Vico, dan Humboldt sebagai tokoh-
tokohnya.

5) Tahap perkembangan semasa pada abad ke-20 dengan Wittgenstien, Russell, Austin,
Saussure, dan Chomsky sebagai pemuka falsafah bahasa yang utama.

11
5.0 Tokoh Linguistik yang Dikaji

Avram Noah Chomsky (1928-an) ialah seorang ahli linguistik, pendidik, aktivis politik
dan penulis Amerika Syarikat yang profilik. Beliau telah dilahir dan dibesarkan di
Philadelphian, Pennsylvania. Chomsky mendapat pendidikan di Universiti Pennsylvania di
mana beliau menamatkan mengajian ijazah pertamanya pada tahun 1945, pengajian sarjana
pada tahun 1955 di bawah didikan Zellig Harriss seorang ahli bahasa Amerika Syarikat yang
tersohor, di universiti tersebut.

Dari tahun 1951 sehingga tahun 1955 ketika masih lagi menjadi mahasiswa, Chomsky
telah pun menjadi ‘junior fellow’ di Universiti Harvard. Beliau kemudiannya menjadi pensyarah
bahasa Perancis dan bahasa Jerman di Massachusetts Institute of Technology (MIT) dalam
tahun 1955, dan seterusnya menjadi Profesor dalam bidang bahasa asing dan linguistik dalam
tahun 1976 di MIT (Gale Encyclopedia of Psychology 2001). Kini, Chomsky berusia 83 tahun.
Chomsky adalah seorang profesor linguistik dari Institut Teknologi Massachussets. Salah satu
reputasi Chomsky dalam bidang linguistik terpahat melalui teorinya tentang tatabahasa
generatif.

Chomsky dibesarkan di tengah keluarga berpendidikan tinggi iaitu pasangan Dr.


William Zey Chomsky dan Elsie Simonofsky. Ayahnya dikenal sebagai ahli gramatika bahasa
Ibrani yang terkemuka yang menulis sejumlah karya gramatika bahasa itu. Pada usia 12
tahun, Chomsky sudah membaca salah satu karya berat ayahnya tentang tata bahasa Ibrani
abad ke-13. Selain memperkenalkan tradisi intelektual yang kelak melekat dalam diri
Chomsky. Sementara ayahnya mewarisi tradisi kebebasan intelektual, ibunya yang
mempunyai kecenderungan mengikut haluan kekirian (antikemapanan) iaitu menekankan
pentingnya keseimbangan untuk bertindak sebagai pemikir.

Seorang bapa saudara, suami kakak ibunya, juga mengikut mempengaruhi arah watak
intelektual Chomsky dengan memperkenalkannya tokoh-tokoh pemikiran terkemuka,
Sigmund Freud, dan berbagai aliran komunis seperti Karl Marx, Stalin, Trotskys, Leninisme
dan yang lain-lain. Kedai bapa saudaranya, yang menjual pelbagai Surat khabar dan majalah
di New York, menjadi tempat berkumpulnya para intelektual Yahudi di New York. Menurut
Chomsky bahawa kelas pekerja Yahudi di New York memang berbeza. Intelektualiti mereka
sangat tinggi, sekalipun sangat miskin. Banyak diantara mereka yang tidak mempunyai
pekerjaan tetapi mereka hidup di tengah lingkungan yang kaya secara intelektual dan hal
tersebut sangat berpengaruh pada masa remaja Chomsky.

12
Chomsky tidak hanya ahli di bidang linguistik tetapi beliau juga merambah ke kajian
politik. Chomsky telah menulis lebih dari 30 buku politik dengan pelbagai tema. Sejak 1965
hingga kini, dia menjelma menjadi salah satu tokoh intelektual yang paling kritikal terhadap
dasar luar negeri Amerika Syarikat. Buku-buku bertema politiknya kerap dianggap terlalu
radikal untuk diresensi atau dipaparkan di media AS. Selama lima dekad ini, Chomsky telah
menjalin kontrak secara langsung dengan lebih dari 60 penerbit di seluruh dunia. Baris-baris
kalimat dalam tulisannya muncul di lebih daripada 100 buku, mulai dari karya ilmiah tentang
linguistik, politik, hingga kumpulan wawancara dan esei.

Rajah 1: Avram Noam Chomsky

Chomsky telah mencipta dan memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang
diberi nama tatabahasa generatif berdasarkan teori yang beliau usahakan sepanjang tahun
1950an. Beliau telah menerbitkan teori yang dipanggil tatabahasa transformasi generatif
tersebut dalam bukunya yang bertajuk Syntactic Structures (1975) dan Aspects of the Theory
of Syntax (1965).

Kalau kita menilai pandangan atau teori yang dikemukakan tokoh linguistik abad ke-
20 yang paling berpengaruh, iaitu Noam Chomsky, kita akan menjurus kepada pandangan
yang hampir sama. Kita akui bahawa Chomsky merupakan seorang ahli linguistik yang
memberi fokus kepada sistem formal bahasa, khususnya komponen sintaksis. Walaupun
demikian, dia tidak dapat mengelak daripada bersetuju bahawa bahasa itu tidak hanya terdiri
daripada sistem formal sahaja kerana bahasa juga harus dilihat daripada aspek
psikososialnya atau budaya berbahasanya. Bahasa tidak dapat lari daripada aspek pengguna
dan situasi penggunaannya, dan apabila proses komunikasi dan pengguna diambil kira,
bahasa akan melibatkan juga aspek parole.

Chomsky menamakan dua komponen pengetahuan atau kecekapan bahasa ini


sebagai kecekapan linguistik dan kecekapan pragmatik. Bagi Chomsky, kecekapan linguistik

13
merujuk sistem formal sesuatu bahasa dan kecekapan pragmatik merujuk peraturan sosial
atau kemasyarakatan yang harus dipatuhi oleh seseorang pengguna bahasa semasa
menggunakan bahasa dalam situasi yang berbagai-bagai, dan dengan tujuan yang berbagai-
bagai pula. Chomsky berpendapat bahawa seorang kanak-kanak telah dilahirkan dengan
kecekapan semula jadi untuk menguasai bahasa apabila sampai peringkat kematangan yang
tertentu. Pada tiap-tiap peringkat kematangan kanak-kanak tersebut akan membentuk
hipotesis-hipotesis terhadap peraturan-peraturan ahli masyarakatnya. Segala pembetulan
kesalahan yang dibuat oleh ahli masyarakatnya akan memperkukuh lagi rumus-rumus bahasa
yang tersimpan dalam otaknya (Nik Hassan Basri, 2009).

14
6.0 Teori Avram Noam Chomsky

Mengenai hubungan bahasa dan pemikiran Noam Chomsky mengajukan kembali teori
klasik yang disebut hipotesis nurani (Chomsky, 1957, 1965, 1968 dalam Chaer, 2009: 56).
Sebenarnya teori ini secara tidak langsung membicarakan hubungan bahasa dengan
pemikiran, tetapi kita dapat menarik kesimpulan mengenai sesuatu perkara itu kerana
Chomsky sendiri menegaskan bahawa pengkajian bahasa membukakan perspektif yang baik
dalam pengkajian proses mental (pemikiran) manusia.

Noam Chomsky beranggapan bahawa pengaruh persekitaran bukan faktor penting


dalam pemerolehan bahasa. Dalam belajar bahasa manusia telah mempunyai kemampuan
yang secara genetik telah diprogramkan. Pandangan ini beranggapan bahawa bahasa
merupakan pemerian biologi yang sering disebut sebagai "hipotesis nurani” (innteness
hypothesis)".

Menurut pandangan Chomsky ini, bahasa selalu kompleks dan mustahil dipelajari
dalam masa singkat iaitu melalui kaedah seperti peniruan. Jadi, beberapa aspek penting yang
melibatkan sistem bahasa pasti sudah ada pada manusia secara semulajadi. Chomsky
(1965,1975) tidak hanya terkesan pada kompleksnya bahasa, melainkan juga pada betapa
banyak kesalahan dan penyimpangan kaedah yang digunakan pada pengucapan bahasa.
Manusia tidak mungkin belajar bahasa (pertama) daripada manusia lain selama mereka
belajar menggunakan prinsip-prinsip yang membimbingnya menyusun tatabahasa. Belajar
bahasa hanyalah memenukan penerangan dalam struktur yang sudah ada secara semula
jadi.

Bahasa hanya dapat dikuasai manusia. Pandangan ini berlandaskan pada andaian
bahawa perilaku berbahasa adalah sesuatu yang diturunkan iaitu genetik, pola
perkembangan bahasa sama pada pelbagai bahasa dan budaya (bersifat universal), dan
persekitaran mempunyai peranan yang kecil dalam proses kematangan berbahasa. Bahasa
dikuasai dalam masa yang singkat (anak usia 4 tahun sudah boleh bercakap serupa dengan
orang dewasa) di mana persekitaran bahasa anak tidak dapat menyediakan cukup data bagi
penguasaan tata bahasa yang rumit dari orang dewasa.

Chomsky (1979) menjelaskan bahawa anak sudah dibekalkan secara semulajadi


dengan peranti penguasaan bahasa atau “language acquisition devide” (LAD). Alat yang
merupakan pemberian biologi ini sudah diprogramkan untuk memperincikan butir-butir yang
mungkin dari suatu bahasa. LAD dianggap sebagai suatu bahagian fisiologi dari otak yang

15
dikhususkan untuk memproses bahasa dan tidak berkaitan dengan kemampuan kognitif yang
lain. LAD membekali anak dengan kemampuan semula jadi untuk berbahasa. Kelengkapan
bahasa ini mengandungi sejumlah hipotesis bawaan. Lenneberg (Brown, 1980: 21)
menjelaskan bahawa bahasa merupakan pola tingkah laku dan bentuk persepsi kecakapan
mengkatagori serta mekanisme bahasa secara biologi telah ditentukan. Sebagai kemampuan
bawaan, LAD terdiri daripada:

(1) Kemahiran untuk membezakan bunyi bahasa ke dalam beberapa bunyi yang lain.
(2) Kecekapan mengorganisasikan satuan bahasa ke dalam sejumalh kelas yang akan
berkembang kemudian
(3) Pengetahuan tentang sistem bahasa yang mungkin dan yang tidak mungkin
(4) Kemahiran menggunakan sistem bahasa yang didasarkan pada penilaian perkembangan
sistem linguistik sehingga dapat melahirkan sistem yang dirasakan mungkin di luar data
lingusitik yang dijumpai.

Keterangan LAD di atas menunjukkan bahawa LAD menyentuh pelbagai aspek


pemerolehan bahasa, misalnya aspek makna, abstraksi, dan kreativiti. Sebelum ini ada
pandangan Von Humboldt yang kelihatan tidak konssten. Pada satu pihak Von Humboldt
menyatakan kepelbagaian bahasa-bahasa di dunia ini mencerminkan adanya kepelbagaian
pandangan hidup tetapi di pihak lain beliau berpendapat bahawa yang mendasari tiap-tiap
bahasa manusia adalah satu sistem-universal yang menggambarkan keunikan intelek
manusia. Oleh sebab itu, Von Humboldt juga sependapat dengan pandangan rasionalis yang
mengatakan bahawa bahasa tidaklah dipelajari oleh kanak-kanak dan tidak pula diajarkan
oleh ibu-ibu, melainkan tumbuh sendiri dari dalam diri kanak-kanak itu dengan cara yang telah
ditentukan lebih dahulu (oleh alam) apabila keadaan-keadaan persekitaran yang sesuai
terdapat.

Pandangan Von Humboldt yang tidak konsisten itu dapat diperjelaskan oleh teori
Chomsky. Menurut Chomsky yang selaras dengan pandangan rasionalis, bahasa-bahasa
yang ada di dunia adalah sama (kerana didasari oleh suatu system yang universal) hanyalah
pada tahap dalamnya saja yang disebut struktur-dalam (deep structure). Pada tahap luar atau
struktur luaran (surface structure) bahasa itu berbeza-beza. Pada tahap dalam bahasa itulah
terdapat formula-formula tatabahasa yang menetapkan proses-proses untuk membolehkan
aspek-aspek kreatif bahasa bekerja. Menurut Chomsky, inti kepada proses generatif bahasa
(aspek kreatif) terletak pada tahap dalam ini. Teras kepada proses generatif bahasa
merupakan alat semantik untuk mencipta kaedah baru yang tidak terhad jumlahnya dan
dinamakan tatabahasa generatif.

16
Hipotesis nurani berpendapat bahawa struktur-struktur dalam bahasa adalah sama.
Pada umunya, struktur dalaman setiap bahasa bersifat autonomi dan arena itu tidak ada
hubungannya dengan sistem kognitif iaitu pemikiran termasuk kecerdasan. Hal ini sangat
berbeza dengan hipotesis Sapir-Whorf yang beranggapan bahawa struktur-struktur yang
mendasari bahasa-bahasa di dunia adalah berbeza-beza. Oleh sebab itu, pandangan hidup
atau cara berfikir para penutur bahasa-bahasa itu, yang dicerminkan dalam struktur-struktur
itu adalah berbeza-beza pula.

Teori Chomsky adalah teori linguistik moden yang paling menonjol yang
mencerminkan kemampuan akal, membicarakan masalah-masalah kebahasaan dan
pemerolehannya serta hubungannya dengan akal dan pengetahuan manusia. Dia
mendasrkan teorinya pada andaian bahawa bahsa menjadi sebahagian dari komponen
manusia dan produk khas akal manusia. Chomsky melihat bahawa bahasa adalah kunci untuk
mengetahui akal dan fikiran manusia. Manusia berbeza dengan haiwan kerana kemampuan
berfikir dan kecerdasannya, serta kemampuannya berbahasa. Hal itulah yang menjadi aspek
yang paling “fundamental” dalam aktiviti manusia.

Oleh sebab itu, sangat tidak logik jika bahasa bersifat konkrit ini berubah bentuk
menjadi susunan kata yang kosong strukturnya dari makna. Dalam teorinya, Chomsky sangat
menaruh perhatian pada kaedah yang diistilahkan dengan "sistem yang ada pada akal
penutur bahasa yang berbentuk batin di mana ia diperolehinya semasa kecil” berdasarkan
pemahamannya terhadap kaedah-kaedah itu. Setiap penutur bahasa tertentu dengan bahasa
ini akan mampu memahami susunan kata dengan mudah, sekalipun mereka belum pernah
menggunakannya. Chomsky berpendapat bahawa tujuan dari semua teori bahasa hendaklah
dihubungkan dengan ilmu tentang kaedah-kaedah bahasa yang ada di dalam akal si penutur
bahasa. Dengan ini, pengetahuan kaedah bahasa itu menjadikan penutur bahasa tertentu
dapat dilahirkan dan diinovasikan.

17
7.0 Pandangan Noam Chomsky dari Aspek Budaya Berbahasa

Tokoh yang mempelopori teori psikolinguistik adalah Avram Noam Chomsky pada
tahun 1957. Tokoh ini telah membawa revolusi dalam bidang linguistik, khususnya
psikolinguistik. Tokoh unggul ini berpendapat bahawa otak manusia dipraprogramkan oleh
mekanisme kognitif yang disebut sebagai Peranti Pemerolehan Bahasa atau Language
Acquistion Device (LAD). Alat ini telah membolehkan individu untuk menjana ayat gramatis
dengan cara sejagat atau bebas budaya. Chomsky telah memperkenalkan beberapa perkara
melalui teori kod kognitifnya. Menurutnya, setiap manusia yang dilahirkan di dunia sudah ada
kecekapan untuk berbahasa apabila sampai waktunya. Potensi berbahasa ini sebenarnya
ialah sifat akal, iaitu yang bersifat semula jadi. Dengan yang demikian, akalnya membolehkan
seseorang untuk menerbitkan perkataan atau ayat yang tak terkira. Chomsky juga berhujah
bahawa peringkat permulaan belajar bukan sahaja terhad kepada operasi rangsangan dan
tindak balas, malah proses kognitif turut terlibat dalam proses pembelajaran tersebut. Tanpa
peranan kognitif perkembangan bahasa terbatas pada hal yang dialami sahaja.

Berbalik kepada teori kod kognitif Chomsky. Menurutnya, setiap manusia yang
dilahirkan di dunia sudah ada kecekapan untuk berbahasa apabila sampai waktunya. Potensi
berbahasa ini sebenarnya ialah sifat akal, iaitu yang bersifat semula jadi. Oleh yang demikian,
akalnya membolehkan seseorang untuk menerbitkan perkataan atau ayat yang tak terkira.
Chomsky juga berhujah bahawa peringkat permulaan belajar bukan sahaja terhad kepada
operasi rangsangan dan tindak balas, malah proses kognitif turut terlibat dalam proses
pembelajaran tersebut. Tanpa peranan kognitif perkembangan bahasa terbatas pada hal yang
dialami sahaja.

Seterusnya, beliau berpendapat bahawa bahasa bersifat kreatif. Penghasilan sesuatu


bahasa itu tidak terbatas kepada objek dan peristiwa atau pengalaman yang dapat digarap
oleh perilaku semata-mata. Ujar beliau, semua komponen bahasa berkembang secara kreatif,
mengimbau atau melangkau batasan pengalaman naluri, iaitu rangsangan dan tindak balas.
Oleh sebab daya kreativiti itu, maka setiap pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang yang
mendengar, bertutur, membaca dan menulis adalah sesuatu yang baharu. Chomsky
berpendapat bahawa bahasa yang dipelajari melalui satu set rumus yang digunakan untuk
menerbitkan satu kaedah yang baharu itu. Di sini beliau memperkenalkan dua istilah seperti
berikut:
1. Kompetens
2. Pencapaian

18
Chomsky menjelaskan bahawa setiap penutur dan pendengar mempunyai
kompetens dan prestasi. Kompetens boleh diertikan sebagai sistem formula yang mampu
menghasilkan pengetahuan yang tidak terbatas. Dalam kata lain, kompetens ialah
pengetahuan penutur mengenai bahasanya. Ia merupakan unsur dalaman dan berada di
dalam otak. Sementara prestasi pula dapat diertikan sebagai bunyi-bunyi yang dilafazkan.
Bunyi-bunyi ini bermakna dan dapat difahami oleh pendengarnya. Berbeza dengan
kompetens ia terletak di bahagian luar otak.

Seterusnya, Chomsky menerangkan bahawa tatabahasa generatif dalam otak


diperoleh oleh penutur daripada otaknya sendiri. Hal ini demikian kerana penutur telah pun
mempunyai tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi. Semasa seseorang
kanak-kanak itu membesar, dia sudah tentu akan dipengaruhi oleh persekitaran. Setelah
berumur lima tahun, kanak-kanak itu akan membentuk tatabahasa generatif dalam otaknya.
Dengan menghubungkan tatabahasa sejagat dan pengalaman daripada persekitarannya,
kanak-kanak itu akan dapat menghasilkan tatabahasa generatif pada taraf kompetens.
Selepas kanak-kanak memperoleh kompetens, dia akan mempunyai prestasi.

Kompetens seumpama ini seterusnya menghasilkan prestasi. Kemudian prestasi ini


pula akan menghasilkan elemen seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar, iaitu dari
telinga ke dalam otak dan mengulangi pula proses yang sama apabila pendengar bertutur.

Teori linguistik Chomsky menekankan bahagian dalam bahasa yang berupa proses
mental yang dapat menghasilkan bahasa tanpa perangsang daripada luar. Teori ini memakai
skim SOR (stimulus-organism-response) yang menganggap bahasa sebagai pengetahuan
yang dihasilkan oleh sesuatu dalam otak dan saraf setelah menerima unsur-unsur dalam
bentuk perangsang daripada pancaindera.

Sehubungan itu, Chomksy telah memperkenalkan teori linguistik yang disebut Nahu
Transformasi Generatif (TG). Teori ini menerangkan bahawa kanak-kanak mempunyai LAD
yang dibawa sejak lahir yang membolehkan kanak-kanak itu memperoleh bahasa ibundanya
dengan mudah. Dengan adanya LAD, kanak-kanak dapat memilih bentuk-bentuk yang
diterima dalam bahasa itu, dan menolak bentuk-bentuk yang bukan struktur bahasa
berkenaan. Berikut merupakan ciri-ciri tatabahasa transformasi generatif.

Ciri-ciri Tatabahasa Transformasi Generatif

19
Sistem tatabahasa transformasi yang diasaskan oleh Chomsky ini walaupun
merupakan lanjutan daripada apa yang telah dibangunkan bersama Harris, namun
terdapat perbezaan pendapat dengan apa yang telah dikemukakan oleh Harris.
Ternyata sistem tatabahasa berdasarkan Chomsky ini telah menarik perhatian ramai
dan telah menerima kesinambungan berterusan yang ekstensif. Chomsky seterusnya
menyatakan bahawa teorinya dapat memperlihatkan ciri-ciri universal dalam
mengkaji semua bahasa manusia. Menurut beliau semua bahasa yang digunakan
oleh manusia adalah berasaskan peraturan yang sama.

Teori transformasi generatif menyatakan bahawa ayat-ayat dalam sesuatu


bahasa tidak terhad bilangannya. Walaupun tidak terhad, ayat-ayat ini terbina atas
peraturan-peraturan pembentukan ayat yang terbatas bilangannya. Pembinaan ayat
daripada struktur-struktur asas dikenal sebagai ayat inti yang dapat melalui proses
transformasi. Ayat ini terdiri daripada subjek dan predikat yang tidak diwarnai oleh
sebarang suasana seperti pertanyaan, suruhan dan sebagainya.

Dalam tatabahasa transformasi generatif penentuan sama ada sesuatu ayat


itu gramatis atau tidak boleh dikaitkan dengan persepsi intuisi seseorang penutur
terhadap sesuatu yang disebut struktur dalaman, iaitu struktur yang sifatnya amat
dasar dan menjadi asas kepada pembentukan atau penerbitan ayat-ayat lain yang
lebih kompleks. Persepsi yang dimaksudkan ini memungkinkan seseorang penutur
mengenali sesuatu ayat yang mempunyai persamaan makna dengan suatu ayat yang
lain, atau dengan kata lain, ia dapat mengenal pasti ayat-ayat yang berparafrasa.

Oleh yang demikian, tatabahasa transformasi generatif melihat ayat sebagai


mengandungi dua peringkat. Pertama, peringkat struktur dalaman, iaitu struktur yang
biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk
membentuk asas makna ayat, atau dengan kata lain membentuk semantik ayat.
Kedua, peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah
mengalami perubahan daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat
yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan untuk
ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa yang dinamakan sebagai komponen fonologi.

Chomsky berpendapat bahawa manusia memperoleh bahasa daripada dua


komponen, iaitu komponen competence dan performance. Competence merupakan
keupayaan manusia sejak lahir lagi untuk menguasai sejumlah peraturan yang
terkandung di dalam kepala penutur. Performance pula merupakan pewujudan

20
bahasa itu seperti yang dilihat dalam percakapan dan penulisan. Konsep competence
yang dikemukakan oleh Chomsky ini lebih memberikan penekanan kepada penutur
sebagai individu. Kenyataan yang berbunyi “Competence to mean knowledge about
cognitive and performative” bermakna sejak lahir lagi manusia telah disediakan
dengan peraturan-peraturan pembentukan ayat di dalam otaknya (Ishak Ramly
1996).

Seperti yang dikatakan dalam Syntactic Structures (1957), terdapat tiga


bahagian atau komponen dalam pembentukan ayat, iaitu komponen struktur frasa,
komponen transformasi dan komponen morfofonemik. Setiap daripada
komponenkomponen ini mengandungi satu set peraturan yang beroperasi terhadap
beberapa ‘input’ untuk menghasilkan beberapa ‘output’. Gambaran mengenai struktur
frasa boleh dikaitkan secara sendirinya dengan organisasi dalam sistem yang lebih
besar.

21
8.0 Justifikasi Kepentingan Tokoh Noam Chomsky jika Dibandingkan dengan Tokoh
Ferdinand de Sassure

Pertama sekali, kita akan meliihat pandangan tentang tokoh linguistik iaitu Ferdinand
de Sassure untuk membandingkan pendekatan yang telah dibawa Noam Chomsky.
Ferdinand De Saussure (1858 hingga 1913) adalah seorang ahli linguistik Swiss yang sering
disebut sebaagai Bapa atau Pelopor Linguistik Moden. Bukunya yang terkenal Course de
Linguistique generale (1916) diterbitkan oleh murid-muridnya, Bally dan Schehaye,
berdasarkan catatan kuliah, setelah beliau meninggal.

De Saussure disebut sebagai "Bapa Linguistk Moden" kerana pandangan-


pandangan beliau yang baru mengenai kajian bahasa yang dimuatkan dalam bukunya itu.
Pandangan-pandangan beliau itu antara lain:

 Telaah sinkronik dan diakronik dalam kajian bahasa.


 Perbezaan langue dan parole.
 Perbezaan signifiant dan signifie, sebagai pembentuk signe linguistique.
 Hubungan sintakmatik dan hubungan bersekutu atau paradigmatik.

De Saussure membezakan antara “parole, langue, dan langage”. Ketiganya dapat


dipadankan dengan kata "bahasa" dalam bahasa Melayu, tetapi dengan pengertian yang
sangat berbeza. Parole adalah bahasa yang konkrit yang keluar dari mulut penceramah.
Jadi, sifatnya yang konkrit itu maka parole itu boleh didengar. Sedangkan langue adalah
bahasa tertentu sebagai satu sistem tertentu seperti bahasa Inggeris atau bahasa Jawa
(Wong (1987) menggunakan istilah bahasa). Jadi, sifatnya yang abstrak iaitu hanya ada
dalam otak penutur bahasa yang bersangkutan. Sedangkan langage adalah bahasa pada
umumnya sebagai alat interaksi manusia. Jadi, langage ini juga bersifat abstrak.

Menurut De Saussure linguistik murni mengkaji langue, bukan parole maupun


langage. Adapun alasan De Saussure mengkaji langue adalah sebagai berikut:

 Langue bersifat sosial sedangkan parole bersifat individual. Kedua-dua sifat ini saling
bertentangan. langue berada dalam otak.belajar langue bersifat sosial dalam
pengertian sinkronik, sedangkan parole bersifat idio sinkronik kerana ditentukan
secara perseorangan.

22
 Langue bersifat abstrak dan tersembunyi di dalam otak, sedangkan parole selalu
bergantung pada kemahuan penutur dan bersifat intelaktual.
 Langue adalah pasif, sedangkan parole adalah aktif.

Jadi, menurut De Saussure linguistik haruslah mengkaji langue kerana langue adalah
fakta sosial, sedangkan parole merupakan perlakuan individual, dan hanya merupakan
embrio dari langage. Dengan kata lain, apa yang keluar dari mulut penutur dalam bentuk ilmu
yang selalu berubah-ubah. Sedangkan langue menurut definisi De Saussure adalah satu
sistem tanda atau lambang yang arbitrari, dan digunakan untuk menyatakan idea-idea, serta
mempunyai peraturan-peraturan. Dengan kata lain, langue merupakan satu sistem nilai
murni yang terdiri dari fikiran yang tersusun yang digabungkan dengan bunyi.

Yang paling penting pada teori linguistik De Saussure ialah mengenai tanda linguistik
kerana bahasa merupakan sebuah sistem tanda. Menurut De Saussure tanda linguistik
adalah sebuah maujud psikologi yang berunsur dua konsep atau petanda, dan signifikan
atau imej bunyi atau penanda (istilah petanda dan penanda dari Kridalaksan, 1989). Kedua-
dua unsur ini terikat erat sehingga yang satu selalu mengikat yanng lain, atau sebaliknya.
Ada beberapa ciri dari signe 'linguistique ini iaitu sebagai berikut:

 Tanda linguistik bersifat arbitrari. Hal ini membawa maksud kepada hubungan antara
satu petanda atau konsep dengan satu penanda atau imej bunyi bersifat kebetulan.
Namun, tanda linguistik itu tidak boleh diubah, tetapi sistem bahasa boleh berubah.
 Penanda (signifiant) dari suatu signe 'linguistique itu merupakan satu bentangan yang
boleh diukur dalam satu dimensi atau merupakan satu garis, satu pembaharuan.hal
ini bermakna bahawa bahasa boleh dianggap sebagai satu deretan atau urutan
(sequence).

Setelah melihat pandangan Ferdinand de Sassure, saya akan menjelaskan


kepentingan pandangan Noam Chomsky jika dibandingkan dengan Ferdinand de Sassure
yang mengemukakan pengetahuan bahasa terdiri daripada dua komponen pengetahuan.

Pada tahun 1950-an, satu perkembangan baharu yang dibawa oleh Noam Chomsky
muncul. Inilah pembaharuan yang terkenal dengan nama tatabahasa transformasi generatif.
Tatabahasa transformasi diperkenalkan oleh Chomsky pada tahun 1957 dalam bukunya yang
bertajuk syntactic structures. Dalam tatabahasa transformasi ini kita perlu memahami
beberapa konsep am. Kita perlu menerima apa yang dimaksudkan dengan ayat yang gramatis

23
dan yang tidak gramatis dalam bahasa kita menurut ukuran seorang penutur bahasa ibunda.
Ini kerana, bahasa diertikan sebagai mengandungi ayat-ayat yang diterbitkan. Pada
hakikatnya ayat dapat dipanjangkan beberapa mungkin. Ayat-ayat ini dibentuk daripada
unsur-unsur yang terhad bilangannya. Berkaitan dengan hal ini, kita menganggap bahawa
ada beberapa proses operasi dalam membentuk ayat-ayat tersebut dengan menggunakan
rumus-rumus tertentu. Rumus-rumus tersebut menggunakan jumlah unsur tadi, yang terhad
pula banyaknya.

Kepentingan pandangan yang dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang


mengatakan bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-
kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat
pemerolehan bahasa itu kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari
bahasa apa sahaja yang didedahkan kepada mereka.

Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani (The
Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara
semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkap dengan struktur
bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD (Language Acquisition Device). Bagi menguatkan
teorinya LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu:

i. Proses pemerolehan bahasa semua.kanak-kanak boleh dikatakan sama.


ii. Proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitan dengan kecerdasan (anak yang Iqnya
rendah juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama).
iii. Proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak.
iv. Tatabahasa yang dihasilkan oleh sernua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

Berkaitan dengan keupayaan semula jadi kanak-kanak dalarn mempelajari Bahasa


ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut:

i Wujudnya unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri
daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori tatabahasa.
ii Bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehnya tanpa
keupayaan semula jadi.
iii Kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh empat hingga lima tahun
dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

24
Tuntasnya, walaupun proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak dikatakan
sama, namun terdapat banyak aspek lain yang menjadi faktor penyumbang kepada
keupayaan mereka berbahasa, bertahap-tahap kebolehannya. Namun cara pendekatan
pengajaran bahasa ,mernbolehkan kecerdasan berbahasa antara individu itu berbeza.

Jadi, kepentingan pandangan Noam Chomsky adalah untuk meningkatkan


keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam sesebuah bilik darjah teori-teori
aliran bahasa seperti Aliran Behaviurisme,Aliran Mentalis, Aliran Konstruktirisme dan Aliran
Interaksionalisis memainkan peranan yang penting.Guru boleh mengaplikasikan teori-teori
tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa supaya pengajaran dapat dijalankan
dengan lancar.

Pandangan Noam Chomsky ini menekankan bahawa seseorang penutur natif sesuatu
bahasa berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah
didengar oleh mereka kerana mereka dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk
berbahasa. Kecekapan tersebut termasuklah pengetahuan tentang rumus tatabahasa bahasa
tersebut. Pandangan beliau juga menganggap semua kanak-kanak telah dianugerahkan
dengan kebolehan semula jadi untuk berbahasa dan mereka boleh membentuk ayat-ayat
yang belum pernah digunakan oleh mereka dan pelajar perlu diberi peluang untuk membentuk
ayat-ayat mereka sendiri. Pandangan beliau juga bertujuan untuk membentuk rumus-rumus
sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur natif bahasa tersebut.
Rumus-rumus yang disediakan dapat membantu pelajar yang tidak tahu tentang bahasa itu
membentuk ayat dalam bahasa berkenaan.

Selain Itu, pandangan Noam Chomsky juga menyatakan kepentingan bahawa bahasa
sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh satu proses dalam otak dan saraf setelah
menerima bahan dalam bentuk rangsangan melalui pancaindera. Perkembangan bahasa
berkait rapat dengan proses mental dan bukan mekanikal semata-mata. Penguasaan bahasa
ada kaitan yang erat dengan kebolehan mental. Kebolehan mental digambarkan melalui
pemikiran iaitu kebolehan manusia menghasilkan rumus-rumus bahasa yang tidak terbatas.
Oleh demikian, guru harus mengajarkan pelajar tentang fungsi bahasa supaya pemikiran dan
penaakulan pelajar dapat dijalankan.

Menurut Noam Chomsky, proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih


kompleks daripada peneguhan kepada gerak balas yang betul oleh Perspektif Behavioris atau
mempelajari daripada orang dewasa melalui peniruan seperti yang ditegaskan oleh perspektif

25
sosio kognitif. Beliau juga mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah proses
dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri.

Oleh hal yang demikian, dalam mengaplikasikan perspektif ini guru perlulah
mempelbagaikan teknik pengajaran dalam pemupukan perkembangan bahasa kanak-kanak
dan remaja di sekolah. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru harus boleh
menggunakan teknik perbahasan yang berhubungkait dnegan tajuk pelajaran untuk melatih
murid-murid berfikir secara kritis dan kratif dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan
teratur. Pada masa yang sama, murid-murid tersebut dapat menguasai kemahiran berbahasa
dengan menggunakan struktur ayat yang betul dengan laras bahasa yang sesuai serta dapat
memupuk kebolehan berbahas dalam kalangan murid.

26
9.0 Analisis Pola Ayat dalam Kalangan Kanak-kanak yang Berumur 10 Tahun hingga 12
Tahun dengan Menerapkan Kerangka Pemikiran Sintatiknya

Menurut Chomsky adalah penting untuk menginterpretasikan penjanaan istilah dalam


bentuk statik berbanding bentuk dinamik. Pernyataan bahawa tatabahasa menghasilkan satu
ayat yang khusus, bermaksud ayat itu adalah satu daripada keseluruhan ayat-ayat yang
diberi maksud oleh tatabahasa untuk dibentuk dengan baik daripada segi tatabahasa.
Tanggapan generasi pembolehubah. Situasi tersebut adalah sama dengan tatabahasa
generatif. Walaupun sesuatu ayat boleh dihasilkan daripada beberapa cara dengan
membuat satu pilihan pada kedudukan tatabahasa yang khusus, tatabahasa mestilah
dianggap sebagai penggerak ayat secara statistik atau tidak akan berubah oleh perubahan
masa.

Pertama sekali, kajian terhadap kepada seorang murid yang bernama Aikal dan dia
berumur 10 tahun. Namun, Aikal juga mempunyai masalah pembelajaran. Maka, saya
menganalisis pola ayat mengikut kerangka sintatiknya. Semua ujaran Aikal yang diperoleh
melalui pendengaran diberi transkripsi dalam ejaan fonemik dalam bentuk ortografik. Ayat-
ayat yang didapati dalam dialog dikategorikan ke dalam dua bahagian iaitu ayat yang
difahami (receptive) dan kedua, ayat-ayat yang dihasilkan melalui ujaran yang dikeluarkan
(productive). Kedua-dua jenis ayat tersebut dianalisis dari segi bentuk dan masalah
pemahaman. Oleh sebab fungsi bahasa pada peringkat kanak-kanak lebih penting daripada
sistemnya, analisis ini lebih berpusat kepada maksud yang hendak disampaikan oleh Aikal
dengan melihat kepelbagaian cara yang digunakan (Dale 1970; Halliday 1975), umpamanya
dengan memerhatikan tekanan suara dan hubungan makna (semantic relation) dan susunan
kata (word order) yang hadir dalam ayat-ayat yang diujarkan oleh Aikal.

Ayat-ayat Bentuk Pengeluaran (Productive)

Ayat-ayat (dalam bentuk ujaran) jenis pengeluaran (produktif) ialah ayat-ayat


yang diujarkan oleh Aikal dan diterima oleh orang lain. Pertamanya ialah ciri-ciri ayat
dan keduanya masalah memahami ayat-ayat yang pelbagai itu. Daripada ayat-ayat
ujaran Aikal yang dikumpulkan didapati Aikal berada pada Fasa Peralihan. Pada
dasarnya, banyak ayat yang dikeluarkan terdiri daripada pola satu kata, dua kata dan
tiga kata ataupun lebih. Kanak-kanak belajar dengan bertahap-tahap melalui interaksi
sosial yang disebut oleh Hymes (1971) sebagai “kebolehan komunikatif
(communicative competence) (Cazden 1972). Unsur-unsur bahasa matetik iaitu
bahasa untuk belajar didapati dominan pada Aikal seperti menggunakan bahasa untuk

27
memberi nama, menyatakan tujuan atau hasrat dan bahasa yang digunakan untuk
mengagak-agak sesuatu makna atau keadaan. Dalam contoh 1, Aikal menggunakan
bahasanya untuk memberikan nama atau menyebut benda-benda, sama ada dengan
menggunakan pengalaman hidup dunianya ataupun dengan mengagak-agak.

Contoh 1
Bapa: Apa ini
Aikal: Ba (Bas)
Bapa: ini
Aikal: ni eta.( ini kereta)
Bapa: yang ini pula.
Aikal: ni ayung. ( ini payung)
Bapa: ini
Aikal: ni acut ( ini kasut)
Bapa: ini
Aikal: ni atas( ini kertas)
Bapa: ini
Aikal: attau(tidak tahu)
Bapa : ini telefon
Aikal : ni appon(ini telefon)

Berdasarkan perbualan di atas, Aikal banyak menggunakan ayat pola, dua


kata daripada jenis Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja
(FN + FK) dan Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) . Dalam konteks ini Halliday
menamai jenis ujaran ini sebagai pivot speech iaitu percakapan yang menggunakan
perkataan tertentu berulang-ulang sama ada pada bahagian awal atau akhir kata. Bagi
Braine (1976) perkataan seperti ini dipanggil sebagai ‘kata paksi’. Dalam kajian ini
didapati Aikal menggunakan perkataan ‘ni’ (ini) digabungkan dengan kata nama lain
seperti contoh berikut:

Bapa: ini
Aikal : ni kokok(ini ayam-kokok merujuk kepada bunyi ayam) ,ni ambu(ini lembu),ni
onyet(ini monyet)

Aikal dapat menamai binatang yang diketahuinya dengan betul dengan cara
mengikut pengalaman input orang dewasa iaitu ‘monyet’, ‘ayam’dan ‘lembu’ meskipun
diujarkan dalam dialek bahasa pertamanya. Nama-nama binatang tersebut dapat

28
dikenali oleh Aikal kerana binatang-binatang itu sering dilihat olehnya sama ada
secara autentik atau melalui visual yang terdapat dalam buku atau televisyen. Walau
bagaimanapun Aikal tidak dapat menamai nama binatang yang tidak pernah dilihatnya
seperti rusa, zirafah, unta dan badak sebaliknya Aikal telah mengeneralisasikan
binatang-binatang tersebut sebagai ‘aatau’ (tidak tahu) sahaja. Dalam contoh 2 dan 3
menunjukkan bahasa Aikal yang menggunakan pernyataan-pernyataan bagi tujuan
atau hasratnya yang khusus ditujukan kepada orang lain yang rapat dengannya.
Pemahaman hanya berlaku bergantung pada faktor-faktor interaksi, konteks tempat
dan peristiwa.

Contoh 2
Aikal: dey, engok aju antik. (daddy, tengok baju cantik)
Aikal: deyyyy mei ayan ana adai(daddy mari jalan sana kedai), aya auu engok ev(saya
mahu tengok televisyen)

Selain melihat struktur, fungsi dan kelas kata, ayat-ayat (ujaran)


bahasa kanak-kanak juga dapat difahami melalui tekanan suara (stress). Tekanan
suara dapat menentukan sama ada sesuatu ayat itu bermakna “ideational” atau
“interpersonal”. Ayat “ady enyok apa? (daddy tengok apa?)” menunjukkan Aikal ingin
tahu dan memerlukan jawapan daripada orang yang berinteraksi dengannya.
Perbualan Aikal nampaknya sudah mula berubah daripada bentuk instrumen dan
regulatorykepada bentuk yang lebih pragmatik (Halliday 1975) iaitu antara ideational
dan interpersonal. Dengan perkataan lain, bahasa pertuturan Aikal sudah mula
berubah daripada bentuk matetik kepada bahasa orang dewasa. Dalam Contoh 4 dan
5 di bawah pula, menunjukkan ujaran Aikal menggunakan ayat-ayat yang lebih
bermakna dan mempunyai ciri-ciri linguistik orang dewasa yang terdiri daripada makna
semantik, tatabahasa leksikal dan fonologi seperti berikut:

Contoh 4
Aika l: Ana acut ade? (Mana kasut daddy?)
: ana uku aya?(mana buku saya?)
Contoh 5
Aikal : tuu eta aya (itu kereta saya)
: puttttt unyi ia tuuu tannn(puttt bunyi dia itu kan) ..putttt merujuk kepada bunyi
kereta api.

29
Dalam Contoh 4 Aikal jelas mampu membentuk ayat selapis yang bercirikan
ayat tanya yang biasa digunakan dalam tatabahasa pertuturan orang dewasa. Ayat-
ayat tersebut menyamai sistem linguistik orang dewasa yang imaginatif, khususnya
dalam Contoh 5. Aikal telah berjaya mengaitkan pengalamannya dalam ayat
berkenaan kerana Aikal pernah menaiki kereta api dari Beaufort ke Kota Kinabalu
bersama keluarganya ketika beliau berusia 3 tahun. Begitu juga dengan
pengetahuannya tentang ‘lori’ yang pada kebiasaan kanak-kanak seusianya hanya
mengeneralisasikan sebagai ‘kereta’ sahaja. Tetapi Aikal mempunyai pengalaman
dengan melihat ‘lori’ keluar masuk ke kawasan rumahnya semasa rumah tersebut
dalam proses pengubahsuaian ketika berusia 10 tahun.

Secara ringkasnya, ciri-ciri dan masalah pemahaman ayat-ayat produktif Aikal


didapati pada tahap usia 11 tahun, Aikal sudah mula berada pada tahap transisi.
Perubahan ayat-ayat yang diucapkan oleh Aikal menunjukkan kanak-kanak ini sudah
mula meninggalkan bahasa matetik atau ‘holofrasa’. Dapatan kajian ini seakan
menyamai 7 kajian yang telah dilakukan Halliday (1975) terhadap anaknya Nigel.
Namun demikian bahasa yang digunakan oleh Aikal masih bercampur-aduk antara
ayat yang berbentuk telegrafik dan ayat-ayat yang pragmatik seperti yang diperhatikan
melalui ayat-ayat yang diujarnya dalam kajian ini.

Berdasarkan dua pertuturan yang didengar dalam kajian ini, pengiraan Min
Panjang Ujaran (MLU) bagi Aikal dibuat berdasarkan Brown’s Stages of
Development. MLU merupakan satu indeks yang telah diperkenalkan oleh Brown
(1973) bagi mengukur perkembangan atau penguasaan bahasa kanak-kanak secara
am. Mengikut Bryen & Galagher (1991) mengukur ujaran kanak-kanak dan orang
dewasa dengan menggunakan MLU merupakan pendekatan yang heuristik. MLU
boleh dikira dengan membahagikan jumlah morfem dengan jumlah ujaran seperti
berikut:

Jumlah mofem
MLU = Jumlah mofem
Jumlah ujaran

Sehubungan itu kajian ini mendapati MLU bagi ujaran Aikal dalam kedua-dua set
rakaman tersebut ialah:
Set 1: Jumlah morfem 153 dan jumlah ujaran 49.
153

30
MLU = 49
= 3.12
Set 2: Jumlah morfem 153 dan jumlah ujaran 49.
183
MLU = 59
= 3.10

Kajian ini menunjukkan MLU bagi kedua-dua set pertuturan Aikal adalah
hampir sama iaitu 3.12 bagi Set 1 dan 3.10 bagi Set 2. Ini bermakna Aikal berada pada
tahap atau Fasa III berdasarkan Brown’s Stages of Development. Ini bermakna Aikal
sudah berada pada peringkat peralihan ke arah penggunaan bahasa orang dewasa.

Ayat-ayat Bentuk Penerimaan


Ayat-ayat (dalam bentuk ujaran) jenis penerimaan atau reseptif ialah ayat-ayat
yang diterima dan difahami oleh Aikal apabila diujarkan oleh penutur lain. Tumpuan
utama analisis ialah tentang persoalan “Apakah bentuk-bentuk ayat reseptif yang
difaham dan apakah masalah pemahaman yang dihadapi oleh kanak-kanak?”. Ayat-
ayat yang menjadi contoh dalam analisis ini ialah ayat yang diambil daripada beberapa
dialog dalam perbualan Aikal. Ciri pertama ayat-ayat bentuk reseptif yang
mudah difahami bergantung pada bahasa dalam dialog yang digunakan oleh
penyampai yang berinteraksi dengan seseorang kanak-kanak. Dialog yang mudah
difahami biasanya terdiri daripada dialog yang digunakan oleh ‘ibu’ (motherese) iaitu
bentuk pertuturan yang disederhanakan sebagai input bahasa yang didengar oleh
kanak-kanak.

Bahasa pertuturan begini terdiri daripada penggunaan ayat yang pendek,


perkataan-perkataan yang merujuk kepada makna yang konkrit dan tidak
menggunakan imbuhan. Mengikut Messer (1983), pada kebiasaannya pertuturan
orang dewasa terhadap kanak-kanak mempunyai ujaran yang pendek berbanding
pertuturan sesama orang dewasa, sama ada ukuran dari aspek morfem (Drach 1969),
atau bilangan perkataan (Philips 1973; Longhurst & Stepanich 1975). Penggunaan
min ujaran yang pendek adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak memilih
perkataan yang sesuai untuk menjawab segala pertanyaan orang dewasa tersebut.

Dalam kontek kajian ini, Aikal didapati mudah untuk memahami ayat-ayat yang
menggunakan intonasi yang menunjukkan fungsi tertentu dengan dibantu oleh isyarat
atau visual. Aikal lebih cepat faham kalau gambar-gambar dan objek digunakan ketika

31
menyoal. Bagi mencetuskan pengalamannya, pengkaji menggunakan situasi dan
setting yang sesuai. Beberapa contoh di bawah merupakan ciri-ciri ayat reseptif yang
mudah difahami oleh Aikal.

Contoh 6
1. Bapa: Apa ni? (Ini apa?)
2. Bapa: Ni? (Ini?)
3. Bapa: Ni apa ni? (Ini apa ini?)

Contoh-contoh ayat tanya di atas dengan maksud yang sama oleh saya iaitu
bagi menguji pengetahuan Aikal tentang visual yang ditunjukkan oleh bapanya dan
dilihat oleh Aikal dalam buku (instrument kajian). Aikal menjawab semua visual yang
dikenalinya berdasarkan pengalaman dan apa yang pernah dilihatnya sama ada
melalui televisyen atau buku. Ayat-ayat yang digunakan oleh Aikal dan saya adalah
bercirikan ‘motherese’ sesuai dengan stuasi, mood dan fungsi soalan yang
dikemukakan oleh saya dan dijawab oleh Aikal, begitu juga sebaliknya.

Mengikut Asmah (1986) salah satu dorongan bagi manusia untuk


menggunakan bahasa ialah memberi nama atau jenama “label” kepada apa yang
dilihat di sekitarnya. Orang dewasa apabila melihat sesuatu yang belum dikenalinya,
akan terus bertanya “Itu apa?”. Benda yang sudah ada nama atau “label” itu akan
tinggal dalam daya ingatan seseorang jauh lebih lama berbanding benda yang belum
diberi nama, sungguhpun pemberian nama itu adalah sewenang-wenang. Kajian ini
menunjukkan bahawa Aikal dapat menjawab dengan betul apabila disokong dengan
gambar objek tetapi ada kalanya juga Aikal cuba meneka terutama bagi gambar yang
kurang diketahuinya. Ini kerana objek yang dilihat tersebut tiada dalam pengalaman
atau pengetahuannya. Bukti ini menggambarkan bahawa kanak-kanak mempelajari
bahasa daripada pelbagai sumber yang terdapat dalam persekitaran mereka (Juriah
Long 1993). Aikal tidak menjawab pertanyaan bagi objek sedemikian tetapi dia cuba
mengalihkan kepada gambar-gambar yang diminati atau yang biasa baginya.
Misalnya dalam Contoh 7, apabila saya menunjukkan gambar ‘kren’ Aikal cuma
memberikan jawapan ‘kereta’, iaitu gambar atau objek yang biasa dilihatnya.

Contoh 7
Bapa: ini
Aikal: ni eta(ini kereta)
Bapa: yang ini

32
Aikal: tu pu eta(itu pun kereta)
Rumusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa aspek ayat memainkan peranan
penting dalam penguasaan bahasa kanak-kanak dalam menuju kebolehan bahasa orang
dewasa. Penguasaan ayat merupakan satu daripada dua perkara penting dalam menguasai
sistem bahasa selain morfologi. Kedua-duanya dikenali sebagai lexicogrammar. Penguasaan
ayat juga tidak dapat dipisahkan daripada penguasaan fonologi dan semantik sesuatu
bahasa. Pada kesimpulannya kajian ini mendapati analisis 10ujaran menunjukkan Aikal
mempunyai MLU 3.12 dalam rakaman Set 1 dan 3.10 dalam rakaman Set 2 yang
menunjukkan satu tahap normal dalam perkembangan penguasaan bahasa kanak-kanak.

Dari segi sebarannya, Aikal lebih banyak menggunakan ayat-ayat satu kata dan dua
kata, manakala ayat-ayat tiga kata ke atas kurang digunakan. Dalam Set 1 Aikal telah
menggunakan 73.4% ayat dengan menggunakan kata tunggal (satu kata) dan dua kata,
manakala selebihnya 26.6% lagi ayat tiga ke atas. Dalam Set 2 Aikal telah menggunakan ayat
satu kata dan dua kata sebanyak 81.2% dan selebihnya 18.85 lagi ayat tiga kata ke atas. Aikal
telah cuba menggunakan ayat yang berubah-ubah mengikut situasi dan keadaan bergantung
pada fungsi yang hendak disampaikannya. Ayat-ayat itu terdiri daripada ayat satu kata, dua
kata, tiga kata dan lebih daripada empat kata. Aikal juga sudah mula menggunakan ayat
tanya. Penguasaan bahasa Aikal didapati telah berada pada Fasa 3 setelah melepasi Fasa
2. Peringkat ini ialah peringkat transisi ke arah penggunaan bahasa orang dewasa.

Aikal dapat memahami ayat-ayat yang didengarnya kerana ayat-ayat itu mempunyai
ciri-ciri bahasa matetik dan holofrastik. Aikal juga mudah faham jika mendengar ayat-ayat
yang mudah atau ringkas (ayat telegrafik) dengan merujuk kepada benda, situasi dan
pengalaman yang konkrit yang menunjukkan Aikal sudah mula melangkah ke peringkat
bahasa transisi, iaitu mula menguasai ciri-ciri bahasa orang dewasa. Dalam istilah nahu
transfomasi, Aikal sudah ada keupayaan berbahasa (language competence). Mengikut
Asmah (1986) peraturan bahasa bukanlah satu hal yang mudah dikuasai. Bayangkan sahaja
jumlah bunyi dan peraturan bagi mewujudkan rentetan bunyi hingga menjadi suku kata dan
seterusnya kata.

33
Contoh Karangan Murid Tahun 5

Kebersihan diri amat penting untuk kesihatan kita. Orang


yang bersih tidak akan terdedah dengan kekotoran penyebab
penyakit seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya. Sebelum
makan, kita mestilah membasuh tangan dengan menggunakan
sabun yang sesuai. Gosok kedua-dua belah tangan kita termasuk
di celah-celah jari supaya tangan kita menjadi benar-benar bersih.

Selain itu, makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan


sebagainya mestilah dibasuh terlebih dahulu sebelum dimasak. Ini
penting agar kita tidak mengambil makanan yang tercemar dengan
bahan-bahan yang merbahaya kepada kesihatan kita. Di samping
itu, bekas makanan yang kotor akan mencemarkan makanan kita.

Oleh itu, basuhlah bekas makanan kita selepas digunakan.


Seterusnya, kita perlu menyimpan makanan di tempat yang
tertutup. Ini untuk menghalang serangga atau haiwan seperti lalat
dan tikus daripada mencemari makanan kita. Hidup kita akan lebih
gembira apabila kita sihat. Oleh itu, sentiasalah menjaga
kebersihan agar kita terus sihat dan gembira sepanjang hari.

Berdasarkan contoh karangan yang di atas, saya akan mengkaji analisis pola ayat
bagi murid Tahun 5. Menurut Tatabahasa Dewan, ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar
atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Walaupun terdapat
pelbagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam

34
sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas binaannya maka semua ayat itu boleh dikesan rangka
dasarnya sebagai berasal daripada beberapa pola tertentu.

Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis,
dengan berpandu pada jenis-jenis unsur yang hadir sebagai konstituen ayat-ayat itu (jenis-
jenis subjek dan predikatnya). Konstituen subjek, pada umumnya, diisi oleh frasa nama,
sementara konstituen predikat pula diisi oleh empat jenis unsur yang berbeza, iaitu frasa nama
(FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSN). Empat jenis unsur
pengisi konstituen predikat inilah yang menubuhkan empat jenis pola ayat dasar bahasa
Melayu seperti yang berikut:

i. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)


ii. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

A. Frasa

Frasa ialah unit tatabahasa yang boleh terdiri daripada satu susunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk
diperluaskan menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa menjadi subjek atau predikat
dalam binaan ayat serta menjadi konstituen atau binaan kepada klausa. Frasa
terbahagi kepada empat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi
nama. Dalam setiap frasa ada perkataan yang yang dikenali sebagai inti frasa, iaitu
perkataan yang paling penting dalam frasa.

1. Frasa Nama (FN)

Frasa Nama yang terbentuk daripada sederetan perkataan mempunyai


dua jenis hubungan antara perkatan-perkataan ini :

a) inti & penerang


Contoh : Kebersihan diri amat penting untuk kesihatan kita (FN+FK)
Kebersihan diri  inti ; kesihatan kita  penerang
b) inti & inti.
Contoh : basuhlah bekas makanan kita selepas digunakan (FN+FK)
bekas  inti ; makanan  inti.

35
Dalam binaan frasa nama, penyusunan setiap konstituen amat
pentng untuk menentukan sama ada frasa nama itu digunakan dengan
betul atau tidak. Oleh itu, peraturan Hukum D-M, penggunaan kata
bilangan serta panggilan dan penerang mestilah sesuai dalam frasa nama.

2. Frasa Kerja (FK)

Frasa kerja terbina daripada satu perkataan sahaja (iaitu terdiri


daripada kata kerja tak transitif) atau sederetan perkataan yang menjadi
unsur predikat dalam ayat. Binaan frasa kerja terbahagi kepada dua :
i. Frasa kerja yang tidak mengadungi objek dan tidak memerlukan
kata nama sebagai penyambung untuk melengkapkannya. Kata
kerja di sini ialah kata kerja tak transitif. Contoh : Orang yang bersih
tidak akan terdedah dengan kekotoran (FN+FK)
ii. Frasa kerja yang mengandungi objek selepas kata kerja untuk
melengkapkan frasa ini. Kata kerja di sini ialah kata kerja transitif
yang memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama. Objek
berkenaan boleh diikuti oleh penerang. Contoh : kita perlu
menyimpan makanan (FN+FK) ; Kita perlu menyimpan : Objek
makanan  penerang

3. Frasa Adjektif (FA)

Frasa adjektif boleh terbina daripada satu perkataan atau sederetan


perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai inti. Frasa adjektif
adalah unsur predikat dalam binaan ayat atau sebagai unsur keterangan
dan unsur penerang dalam predikat yang hadir selepas kata kerja.
Manakala sebagai kata penerang, kata adjektif hadir selepas kata nama.
Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada satu perkataan sahaja
adalah seperti malas, muram, dan kosong. Frasa adjektif juga boleh
dibahagikan kepada dua golongan :

a) Kombinasi dua kata adjektif yang menekankan beberapa unsur:


Ø keserasian makna. Contoh : cantik molek, penat lelah
Ø makna berlawanan. Contoh : baik buruk, kecil besar
Ø keindahan bunyi ritma. Contoh : lemah longlai, kusut masai

36
b) Binaan frasa adjektif yang terdiri daripada kata adjektif sebagai inti dan
kata nama sebagai penerang. Ia membawa dua maksud
Ø keserupaan. Contoh : merah darah , hijau daun
Ø kiasan. Contoh : panjang tangan, besar kepala

Dalam frasa adjektif, kata penguat juga boleh hadir dalam beberapa
keadaan:
Ø Di hadapan : paling degil, amat bijak
Ø Di belakang : murah sekali, cepat benar
Ø Secara bebas : amat cantik, cantik amat.
Ø Secara berderetan : sungguh berani sekali, belum cerdik lagi

Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif hadir sebagai predikat,


sebagai kata keterangan selepas kata kerja dan penerang selepas frasa nama.
Dalam susunan ayat biasa, frasa adjektif boleh mengalami susunan songsang.
Contoh : Rumah Ani amat besar sekali  Amat besar sekali rumah Ani.

4. Frasa Sendi Nama (FSN)

Frasa sendi nama ialah binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu
sendi nama dan frasa nama yang menjadi pelengkap kepada sendi nama
itu. Dalam binaan ayat biasa, frasa sendi nama menjadi predikat dalam
ayat.
Frasa sendi nama boleh dibentuk melalui empat cara :
Ø Sendi nama dan frasa nama. Contoh : di
Ø Sendi nama, kata nama arah dan frasa nama. Contoh : di tempat yang
tertutup
Ø Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan ayat komplemen. Contoh
: ke dalam hutan untuk menangkap rusa. (binaan ketiga ini
memperlihatkan kita bahawa unsur kata nama arah dan ayat
komplemen merupakan unsur pilihan)
Ø Sendi nama, kata nama arah, frasa nama dan frasa keterangan. Contoh
: di selatan negeri China pada tiap-tiap bulan. (binaan keempat ini
memperlihatkan unsur keterangan bersifat pilihan)

37
10.0 Rumusan

Secara tuntasnya, lingusitik ini mempunyai susur galur sejarah yang sangat unik dan
mendalam. Kajian yang dihasilkan sejak zaman awal memperlihatkan betapa ilmu linguistik
dan bahasa ini sememangnya sangat kompleks dan suka untuk difahami, namun kehadiran
beberapa zaman yang sudah menggunakan bahasa sebagai salah satu komponen utama
dalam proses menghasilkan tamadun bangsa mereka sendiri maka hal tersebut telah
memudahkan masyarakat pada zaman marcapada kini untuk mengenali dan melihat rentetan
sejarah yang sudah pasti akan membuka mata setiap individu yang ingin menggunakan
bahasa dalam sistem dan aras yang lebih tinggi.

Berdasarkan sejarah tersebut, maka hadirlah beberapa bidang linguisitk yang


sememangnya lahir daripada kajian dan penyelidikan oleh beberapa tokoh barat dan
tempatan. Kesemua bidang tersebut mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Sekiranya kitah
hendak mengkaji bahasa dari segi sejarahnya, maka kita harus menumpukan kepada bidang
linguistik historis yang mana bidang tersebut menekankan kajian bahasa dari dulu hingga
sekarang berdasarkan perubahan yang berlaku. Hal ini juga sama jika kita mahu mengkaji
bahasa dalam bidang lain, kita sudah disediakan dengan pelbagai cabang linguistik yang utuh
kajianya. Sebagai pengguna dan individu yang mempelajari Bahasa Melayu, kita harus
memberi penghargaan kepada tokoh terdahulu yang cekap mengkaji bahasa untuk generasi
akan datang.

Di dalam salah satu bidang linguistik ini, kita akan bertemu dengan salah satu aspek
penting dalam bahasa, iaitu sintaksis. Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Hal Ini bermakna, bidang sintaksis ialah
kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Jika diteliti dengan
lebih mendalam, kita pasti akan memahami sesuatu betapa sintaksis ini mampu menjadikan
dan membentuk pengguna bahasa yang berkualiti. Sistem dan struktur linguistik yang
tersusun dan jelas seperti frasa, ayat, subjek dan predikat adalah isi utama dalam sesuatu
perbincangan terhadap langkah melahirkan guru dan pengguna yang berkualiti. Dalam hal ini
semua pihak harus terlibat agar martabat bahasa Melayu terus unggul. Ingatlah bahawa
“Bahasa jiwa bangsa”.

Sebenarnya, ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara ilmiah. Ianya
dilakukan secara menyeluruh berdasarkan data-data yang diperolehi, dikumpulkan dan dikaji.
Bahasa mempamerkan aspek moral dan keintelektual yang tinggi di mana bahasa amat

38
penting untuk proses perpaduan dalam memupuk semangat 1 Malaysia serta menjadikan
negara lebih maju dan berdaya saing. Selain itu, bahasa menjadikan sesebuah negara itu
kukuh dalam mengharungi zaman yang lebih mencabar ini. Bahasa juga dapat membantu
guru menentukan tujuan, isi dan pendekatan pengajaran sesuatu bahasa di samping
menghasilkan suatu bahan perantaraan guru. Teori tentang pemerolehan bahasa juga
mempengaruhi pengkaedahan pengajaran bahasa. Di peringkat sekolah rendah,
perkembangan pemikiran murid-murid dibentuk melalui idea-idea yang baharu melalui
pengenalan istilah-istilah yang bersesuaian mengikut peringkat-peringkat yang tertentu. Di
peringkat sekolah menengah pula, perkembangan minda pelajar dapat menjana kreativiti.
Penggunaan bahasa dari mudah ke sukar adalah mengikut kesesuaian tahap umur. Ini bagi
membantu murid memahami apa yang disampaikan oleh guru di sekolah. Bahasa juga dikaji
secara saintifik sama seperti mata pelajaran lain supaya bukti setiap hujahan mempunyai sifat
kebolehpercayaan yang tinggi. Kesimpulannya, setiap bahasa itu mempunyai keunikannya
yang tersendiri dan hendaklah sentiasa dipupuk agar berkembang mekar di masa-masa akan
datang dan tidak lupus dek zaman.

Kajian linguistik berguna secara khusus kepada guru-guru terutamanya guru bahasa.
Dengan adanya pengetahuan mengenai ciri-ciri bahasa seperti struktur dan sistemnya akan
memudahkan guru memberi huraian serta penjelasan tentang aspek-aspek bahasa yang
diajar kepada para pelajar terutamanya dalam struktur susunan bunyi, aspek sebutan,
perkataan atau ayat bahasa Melayu. Guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan
semua aspek kebahasaan. Ini bermakna guru-guru mestilah dapat menguasai dengan baik
semua kemahiran bahasa dan memahami setiap aspek budaya Melayu termasuklah aspek-
aspek fonologi, morfologi, sintaksis, sistem ejaan, kosa kata, istilah, sebutan baku dan laras
bahasa, leksikologi sehingga ke pengetahuan mengenai hubungan bahasa dengan
kemasyarakatan dan kebudayaan. Bahasa yang menjadi objek bahasa liguistik akan
membantu dalam memahami karya- karya sastera dengan baik. Selain itu, guru hendaklah
mendapatkan maklumat mutakhir menerusi pembacaan dan penyertaan diri dalam kursus,
ceramah, bengkel, seminar dan sebagainya. Bahasa Malaysia bahasa kebangsaan kita.
Hormatilah bahasa kita.

Bidang linguistik telah memberikan sumbangan yang besar kepada sistem pendidikan
negara. Kemahiran ilmu linguistik dapat menghuraikan segala aspek bahasa terutamanya
berkaitan dengan struktur dan sistem dalam sesuatu bahasa. Ilmu linguistik banyak memberi
manfaat dalam pengajaran bahasa terutamanya oleh pendidik sebagai bahan pengajaran.
Peranan linguistik termasuk sebutan, tatabahasa, pertuturan dan penulisan. Deskripsi
bahasa memberi pengetahuan kepada pendidik tentang unsur-unsur seperti fonem, morfem

39
dan sebagainya. Deskripsi bahasa ialah suatu sistem rumusan yang berterusan dan
digunakan untuk membentuk bahan pengajaran. Linguistik dan pengajaran bahasa
berhubung rapat antara satu sama lain. Oleh sebab itu, peranan linguistik menjadi sangat
penting bagi mengekalkan ciri-ciri bahasa Melayu agar ia terus kekal berkembang dan
diterima serta digunapakai sehingga ke hari ini.

40
11.0 Refleksi

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bersyukur yang tidak terhingga saya
ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia daripada-Nya dapat juga saya
menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan sebaiknya. Pertama sekali, saya ingin
mengucapkan jutaan yang tidak terhingga kepada Encik Hosen Bin Atar selaku pensyarah
bagi kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3043) ini. Beliau telah banyak
membantu dalam menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Setiap kesilapan yang
dibuat akan diberi teguran di mana teguran itu menjadi peransang saya untuk melakukan
bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kerja kursus ini. Jadi, di sini saya akan
menyatakan pengalaman dan penemuan baharu yang diperolehi dalam melaksanakan
tugasan ini yang membincangkan tingkah laku yang bermasalah, puncanya, penilaian,
keberkesanan strategi pengurusan disiplin serta cara menangani masalah disiplin mengikut
model-model disiplin.

Pengalaman saya dalam melaksanakan kerja kursus ini amat mencabar di mana saya
mengalami masalah ketika melakukan tugasan ini. Masalah yang saya hadapi ialah
kesukaran untuk memastikan kehendak soalan dijawab dengan betul dan saya juga
memerlukan tempoh masa yang lama untuk menjawab kehendak soalan. Bahkan juga, saya
berasa sukar dalam memperoleh dan mencari maklumat. Maklumat yang diperolehi dikhuatiri
tidak sahih dari segi ketepatan maklumatnya. Maklumat yang tidak sahih ini boleh
menjejaskan hasil kerja saya. Selain itu, saya juga menghadapi masalah dalam
memperuntukkan waktu di mana saya tidak tahu membahagikan masa untuk melakukan
keutamaan dahulu dan kemudiannya melakukan peringkat seterusnya. Di samping itu, saya
berasa kurang yakin dengan hasil kerja yang dilakukan merupakan hasil yang terbaik ataupun
tidak.

Setiap penyakit ada penawarnya. Begitu juga, setiap masalah ada jalan
penyelesaiannya. Jadi, saya telah mengambil beberapa alternatif untuk membendung
masalah yang dihadapi. Saya akan membaca soalan secara berulang kali di mana saya akan
memastikan diri memahami kehendak soalan. Sekiranya saya masih tidak memahami soalan,
saya akan meminta pertolongan daripada rakan-rakan lain untuk menerangkan kehendak
soalan sehingga saya betul-betul mengerti permintaan soalan. Selain itu, saya akan berusaha
dan bersikap optimis di mana saya tidak mudah mengaku kalah dalam meneroka maklumat
di perpustakaan, melalui internet ataupun sebagainya. Bahkan juga, maklumat yang telah
diperolehi akan dipastikan kesahihannya dengan mengaitkan bukti-bukti yang diperolehi.
Sekiranya informasi tidak tepat ataupun kurang menyeluruh, maka saya tidak akan

41
menggunakannya atau mengaplikasikannya. Di samping itu, saya juga akan membahagikan
subtajuk-subtajuk di mana maklumat yang penting dahulu mesti dimasukkan dalam hasil
kerja. Kemudiannya, barulah bergerak kepada proses seterusnya. Maksudnya di sini, saya
akan memastikan pelaksanaan tugasan dibuat mengikut perancangan yang telah dirangka.
Keyakinan dalam diri akan ditingkatkan dengan cara memperkuat iman dalam diri. Saya akan
memohon doa kepada Allah agar diberi kemudahan dan keyakinan bagi melaksanakan
tugasan ini dengan tenang dan mendapatkan hasil yang terbaik. Alhamdullillah, semuanya
berjalan dengan lancar mengikut perancangan.

Dalam melaksanakan kerja kursus ini juga, saya telah memperolehi banyak penemuan
baharu yang saya tidak ketahui. Buat pertama sekali, saya memberi tanggapan bahawa
tugasan ini begitu susah untuk dirungkai dan dijalankan kerana bentuk soalannya
menggunakan daya pemikiran aras tinggi. Jadi, saya terpaksa membuat banyak rujukan dan
berfikir secara kritis di mana idea-idea dan pendapat-pendapat yang akan diujarkan
bertepatan dengan kehendak soalan terutamanya dalam penyediaan tugasan yang lengkap.
Namun, saya sedar bahawa semasa menjalankan kerja kursus ini, saya begitu seronok dan
teruja untuk mendapatkan ilmu. Lebih-lebih lagi, saya begitu seronok dan teruja untuk
membincangkan tentang ilmu Linguistik Bahasa Melayu dalam tugasan ini. Kajian ini
sebenarnya mengajar saya banyak perkara yang patut saya pratikkan dalam kehidupan. Erti
kesabaran dan tidak pernah kenal maksud penat lelah telah membuat saya bersemangat
untuk melakukan sebaik mungkin dalam tugasan ini.

Melalui tugasan ini juga saya telah dapat mengetahui tentang struktur linguistik bahasa
Melayu. Jujur saya katakan, inilah kali pertama saya mengetahui tentang struktur linguistik,
sebelum ini saya hanya mengetahui tentang tata tingkat ayat dan saya kira itulah struktur
linguistik. Akan tetapi setelah melengkapkan tugasan ini, barulah saya tahu dan faham
bahawa struktur linguistik adalah sistem-sistem yang terdapat dalam bahasa iaitu bermula
dengan fonetik dan fonologi, diikuti oleh morfologi, seterusnya sintaksis, semantik dan akhir
sekali pragmatik. Setiap struktur ini ada fungsinya tersendiri, contohnya sintaksis. Sintaksis
adalah bidang kajian tentang ayat, manakala semantik pula adalah bidang kajian tentang
bahasa. Setiap bidang inilah yang seterusnya akan mewarnai sesuatu bahasa itu.

Selain itu, pelaksanaan kerja kursus ini juga telah menjana pemikiran yang lebih kreatif
dan kritis dalam diri saya. Pemikiran ini dijana melalui tugasan menghubungkait sejarah
perkembangan dan struktur linguistik dengan perkembangan pemikiran manusia serta
tugasan memberi justifikasi tentang kepentingan struktur linguistik yang berkaitan dengan
variasi bahasa. Proses ini memerlukan kita untuk melakukan pembacaan, merujuk pelbagai

42
sumber, dokumen, serta mendapatkan maklumat berkaitan tajuk tugasan, serta meneliti
dengan skop yang lebih luas tentang sejarah linguistik, sejarah pemikiran dan sejarah
antropologi manusia pada setiap zaman, serta struktur-struktur yang wujud dalam variasi
bahasa. Sebagai contoh, untuk memberi justifikasi tentang kepentingan sesuatu variasi
bahasa, kita memerlukan pemikiran yang kritis bagi menyediakan hujah dan bukti ilmiah untuk
menyokong hujah yang kita berikan. Tugasan menghubungkait dan memberi justifikasi ini
bukanlah sesuatu yang mudah tanpa pemikiran yang kraetif dan kritis. Pemikiran kreatif dan
kritis merupakan sesuatu yang harus kita kuasai sebagai seorang bakal guru. Perkara ini akan
membantu kita jika menghadapapi sebarang masalah serta sedikit banyak akan memudahkan
kita semasa mengajar kelak. Tambahan pula, gesaan dari pihak atasan iaitu Kementerian
Pendidikan Malaysia sendiri yang mahukan bakal guru memiliki tahap pemikiran aras tinggi
(HOTS) selaras dengan gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia turut
menjadi sebab mengapa pemikiran yang kreatif dan kritis perlu dijana dalam diri saya.

Dalam pada itu juga, tugasan ini juga meningkatkan kemahiran belajar saya. Antara
kemahiran belajar yang telah saya kuasai termasuklah kemahiran membuat rujukan,
kemahiran membaca, kemahiran menganalisis, mentafsir, menilai, memerhati, mensintesis
dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini merupakan aset penting
buat masa depan saya kerana kemahiran ini memberi impak kepada cara belajar saya dan
juga memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan pada semester yang akan datang.
Disamping itu, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan guru yang berkualiti selaras
dengan gelombang pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Di samping itu, pelaksanaan tugasan ini juga telah menambah perbendaharaan kata
dalam diri saya. Melalui pembacaan dan pentelaahan tidak kira melalui buku mahupun
internet, pelbagai perkataan baharu telah saya temui. Antaranya adalah perkataan seperti,
sosiolek, idiolek, kreol, pijin, slanga dan banyak lagi. Dengan pertambahan perbendaharaan
kata ini, sedikit banyak dapat membantu saya dalam bidang penulisan amnya dan dalam
bidang bahasa khususnya. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas permandangan, semakin
banyak saya membaca, semakin banyak pengalaman baharu yang dapat dijana.

Tugasan ini juga mengajar saya agar menghargai masa. Pengurusan masa saya
menjadi lebih sistematik dan teratur melalui pelaksanaan kerja kursus ini. Saya telah berjaya
membahagikan masa saya dengan sebaiknya. Meskipun sibuk dengan tugasan bagi
matapelajaran lain dan juga kesibukan aktiviti kokurikulum seperti latihan Pasukan Hoki IPG
Kampus Bahasa Melayu dan latihan silat setiap malam isnin dan rabu, saya masih mampu
mengurus masa dan menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya.

43
Tugasan ini juga mengajar saya berkongsi pendapat dan bertukar idea-idea dengan
rakan-rakan mengenai topik ini. Melalui proses perbincangan yang seumpama ini maka
lahirlah idea-idea yang bernas seterusnya berlakulah perkembangan dan penambahan ilmu
pengetahuan dalam diri kami. Perbincangan seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim sesama kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang banyak
membantu dalam melaksanakan tugas ini.

Jikalau kita menilai pandangan atau teori yang dikemukakan oleh tokoh linguistik pada
abad ke-20 yang paling berpengaruh, iaitu Noam Chomsky, kita akan menjurus kepada
pandangan yang hampir sama. Saya akui bahawa Chomsky merupakan seorang ahli
linguistik yang memberi fokus kepada sistem formal bahasa, khususnya komponen sintaksis.
Walaupun demikian, dia tidak dapat mengelak daripada bersetuju bahawa bahasa itu tidak
hanya terdiri daripada sistem formal sahaja, kerana bahasa juga harus dilihat daripada aspek
psikososialnya atau budaya bahasanya. Bahasa tidak dapat lari daripada aspek pengguna
dan situasi penggunaannya. Dan, apabila proses komunikasi dan pengguna diambil kira,
bahasa akan melibatkan juga aspek parole, seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini.

Oleh hal yang demikian, menyedari hakikat ini, Chomsky mengakui bahawa bahasa
memang terdiri daripada dua komponen pengetahuan, dan Chomsky menamakan dua
komponen pengetahuan atau kecekapan bahasa ini sebagai kecekapan linguistik dan
kecekapan pragmatik. Bagi Chomsky, kecekapan linguistik merujuk sistem formal sesuatu
bahasa dan kecekapan pragmatik merujuk kepada peraturan sosial atau kemasyarakatan
yang harus dipatuhi oleh seseorang pengguna bahasa semasa menggunakan bahasa dalam
situasi yang berbagai-bagai, dan dengan tujuan yang berbagai-bagai pula.

Pandangan-pandangan yang telah dikemukakan dalam bahagian-bahagian di atas


memperlihatkan kepada kita bahawa kurikulum sesuatu program pendidikan bahasa yang
terbaik ialah sebuah kurikulum yang merangkumkan kedua-dua aspek pengetahuan bahasa
secara utuh dan seimbang. Pada pandangan saya, kedua-dua bentuk pengetahuan ini
dapatlah kita takrifkan sebagai dua bentuk peraturan, iaitu peraturan sintagmatik dan
paradigmatik. Sintagmatik merujuk kepada peraturan penyusunan bahan bahasa secara
linear atau mendatar, manakala paradigmatik pula merujuk keterampilan para pengguna
bahasa memilih output bahasa yang paling sesuai untuk digunakan dalam keperihalan
keadaan tertentu untuk memenuhi tujuan komunikasi yang khusus.

Penggunaan struktur sintaksis yang betul di dalam bilik darjah akan memudahkan
murid untuk memperlajari ilmu yan mereka harus pelajari. Selain itu jika seorang guru

44
berbahasa ilmu dengan cekap di dalam bilik darjah semakin kuranglah kesalahan tatatbahasa
seterusnya dapat memartabatkan bahasa Melayu di mata penggunanya lebih-lebih lagi jika
bahasa itu diajarkan kepada murid sekolah rendah. Hal ini telah mengajar saya yang
peribahasa lenturlah buluh dari rebungnya sangat signifikan dan boleh digunakan dalam
proses memartabatkan bahasa Melayu. Anak murid yang sering diajarkan bahasa yang
mantap dan betul, sudah pasti mereka akan senantiasa mengaplikasikan bahasa yang betul
dalam kehidupan seharian. Murid-murid pada hari ini sering menggunakan bahasa ringkas
dan slanga dalam pertuturan di dalam bilik darjah, maka guru haruslah memberi peranan
utama untuk menggunakan bahasa ilmu di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu di dalam bilik darjah. Saya mula sedar bahawa generasi yang akan datang adalah
amanah setiap indvidu pada hari ini.

Huraian ini ini menjadi model penting untuk guru bahasa, iaitu menjadi isi atau bahan
pengajaran yang akan disampaikan kepada para pelajar. Guru dapat melengkapkan dirinya
untuk menjadi guru bahasa yang berkesan jika mempunyai pengetahuan yang mendalam
dalam ilmu linguistik dan sintaksis. Hal ini demikian kerana, seseorang guru itu akan berupaya
mengajar struktur-struktur bahasa dengan betul dan dapat mendeskripsikan bahasa dengan
tepat.

Oleh hal yang demikian, dengan adanya pengetahuan tersebut, seseorang guru itu
akan dapat mengenal pasti segala kesilapan yang dilakukan oleh para pelajarnya. Huraian
bahasa yang dihuraikan oleh ahli-ahli teoris, teori-teori pembelajaran dan manifestasi
penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat akan dapat membantu guru dalam
pengajarannya. Semoga ilmu ini dapat saya manfaatkan dengan sebaik mungkin dalam
merealisasi impian saya sebagai seorang guru bahasa yang berjaya.

Secara tuntasnya, dapatlah saya simpulkan bahawa kursus ini memberi ruang serta
peluang kepada saya untuk menimba sebanyak mungkin ilmu berkaitan dengan pendidikan
pengurusan bilik darjah dan tingkah laku khususnya bagi pelajar sekolah rendah. Selain itu,
kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran membina pelan pengurusan bilik darjah
dengan menitikberatkan tentang keberkesanan dan keselesaan suasana pembelajaran
sebagai hak murid mendapatkan keadaan pembelajaran yang kondusif. Bagi saya, dengan
ilmu yang ada, ia dapat membantu serta mempermudahkan proses penyampaian pengajaran
di dalam kelas kelak. Akhir kata, segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
dimiliki dapat terus dikembangkan dan digunakan semaksimum yang mungkin serta
diaplikasikan di sekolah nanti.

45
Akhir kata, kerja kursus ini mengajar saya banyak perkara iaitu sekecil-kecil perkara
hinggalah sebesar-sebesar perkara. Setiap ilmu di muka bumi harus saya kuasai dan perlu
diberikan inputnya kepada murid-murid di sekolah kerana mereka yang akan mengaplikasikan
segala ajaran yang telah diberikan. Dengan ini, saya dapat menjalankan tanggungjawab
sebagai pendidik dengan memenuhi hasrat negara mengikut Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Kita sebenarnya perlu berbangga bahawa sistem pendidikan kini kian
meningkat setaraf dengan negara-negara yang lain. Bahkan, orang asing begitu minat dan
tertarik dengan sistem pendidikan di negara kita. Jadi, tanggungjawab kita sebagai guru untuk
memberi satu pandangan yang baik dan teladan di mana kita begitu menjaga kepentingan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) hinggakan perpaduan juga terjaga.

Tugasan ini dapat saya lihat amat berpatutan dengan kehendak kehidupan masa kini
yang warga mudanya semakin dicemari dengan budaya yang tidak baik maka guru harus
bijak mencari jalan dengan memilih model terbaik bagi dirinya. Pada akhirnya, saya telah
berjaya menyiapkan tugasan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi ini dengan baik dan
tenang walaupun ada masalah yang berlaku, namun pelbagai ilmu yang saya perolehi. Hal ini
juga agak membantu saya agar senantiasa tenang apabila menjalankan tugasan yang sukar.
Terima kasih kepada pensyarah tugasan ini sendiri yang telah membimbing saya dengan baik.
Syukur sekali lagi ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk
menyiapkan tugasan yang mencabar ini.

Jelasnya, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tugasan ini sememangnya
menyeronokkan memberi banyak maslahat kepada diri saya sebagai guru pelatih dalam
menempuh cabaran-cabaran semakin berliku terutamanya cabaran Wawasan 2020. Jadi,
saya sebagai guru pelatih akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi diri dalam
mendidik anak bangsa yang tercinta dan tidak jemu dalam menimba ilmu pengetahuan iaitu
menerapkan semangat perpaduan. Segala ilmu pengetahuan dalam tugasan ini dapat saya
aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) apabila bergelar guru kelak. Saya
haruslah beringat bahawa kerjaya guru itu merupakan satu ibadah.

46
Rujukan

Abdullah Hassan, (1986). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn Bhd.

Abdullah Hassan. (2007). Linguistik Am. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.
Bhd.

Abdullah Hassan. (2005). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Jumain Abu Samah (1999) “Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu: analisis
strukturalisme dalam linguistik antropologi”, in Southeast Asia – A Multidisiplinary
Journal Vol. 1&2 (JuneDecember), pp. 16-33. Faculty of Arts and Social Sciences,
Universiti Brunei Darussalam, Gadong.

Abdullah Jumain Abu Samah (2004) “Teori Pumpunan dan Dualisme: fenomena bahasa dan
pengetahuan manusia sejagat”. Kertas kerja ini dibentangkan pada Seminar Tahunan
Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti
Brunei Darussalam. Gadong, 11 – 12 Ogos 2004.

Abdullah Jumain Abu Samah(2005) “Bahasa, Ayat, dan Pemikiran: suatu analisis Teori
Pumpunan dan Dualisme”. Kertas kerja ini dibentangkan pada SALIM (Seminar
Antarabangsa Linguistik Melayu), Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi, 29 Ogos
2005.

Akmajian, Adrian. (1984) Linguistics: an introduction to language and communication. MIT


Press, London.

Arbak Othman, (1983). Pemulaan Ilmu Linguistik. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise.

Asmah Haji Omar, (2002). “Pengenalan” Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi
Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan, (2004). Sumbangan Pemikiran Za’ba Dalam Pelanjutan Tradisi


Linguistik Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Azman Che Mat dan Goh, Y.S. (2010). Situasi pembelajaran bahasa asing di institut pengajian
tinggi: Perbandingan antara bahasa Arab, bahasa Mandarin dan bahasa Perancis.
Asean Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 2 (2), 9-21.

Azeman Ariffin, (1990). Mempelopori Persuratkhabaran Melayu Moden. Kuala Lumpur:


Utusan Malaysia.

Carstairs-Maccarthy, Andrew (2001) “Origin of Language”, in Arnoff, Mark & Reed Miller,
Janie (eds.) The Handbook of Linguistics, pp. 1-42. Blackwell Publishers, Oxford.

Cook, V.J. & Newson, Mark (1996) Chomsky’s Universal Grammar. Blackwell Publishers,
Oxford.
Croft, William (2001) “Typology”, in Arnoff, Mark & Rees-Miller, Janie (eds.) The Handbook
of Linguistics. Blackwell Publishers, Massachusetts.
Crystal, David (1986). A Dictionary of Linguistics and Phonetics. Oxford: Basil Blackwall.

Dardjowidjojo, Sunjono. 2003. Psiko-Linguistik Pengantar Pemahaman Bahasa Manusia.


Jakarta : Yayasan Obor.

47
Djumransjah. 2004. Pengantar Filsafat Pendidikan. Malang : Bayumedia Publishing.

Mar’at, Samsuniwiyati. 2005. Psikolingusitik Suatu Pengantar. Bandung : Refika Aditama.

Dr Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Lokman Abd Wahid, Dr Seman Salleh, Munsyi Zainal Abidin
Kasim, Dr Adenan bin Ayob & Mohd Ra'in Shaari. (2004). HBML1103 Pengenalan
Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

Dr Faridah binti Nazir & Dr Tuan Jah Tuan Yusof. (2013). Pengantar Linguistik Bahasa
Melayu. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Erdogan, V. (2005). Contribution of error analysis to foreign language teaching. Mersin


University Journal of the Faculty of Education, 1 (2), 261-270.

Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn.Bhd.

Juriah Long, Raja Fauzi Raja Musa, Zarin Ismail & Hamidah Yamat@Ahmad. (2001).
Keperluan pendidikan bahasa Melayu di institusi pendidikan tinggi swasta. Jurnal
Pendidikan 26, 21-36.

Leeneberg, Eric R. (1974) “Language and Cognition”, in Steinberg & Jakobovits (eds.)
Semantics. Cambridge University Press, London.

Levi-Strauss, Claude (1963) Structural Anthropology. Beacon Press, Boston.

Lyons, John (1997) Chomsky. Fontana Paperbacks, London.


Mangantar Simunjak, (1991). Neurolinguistik dan Afasiologi: Satu kewujudan Kerjasama yang
saling menguntungkan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Modul HBML3043. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.

Muhammad Fakhri, Kepentingan Menguasai Kandungan Bidang Ilmu Sintaksis dalam


Kalangan Guru Bahasa Melayu. (Atas Talian)
http://www.scribd.com/doc/148445434/kepentingan-sintaksis

Nik Safiah Karim, (1987). Tatabahasa Dewan Jilid 1. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Paitoon M. Chainaraya (2003) Pengenalan Teori Tatabahasa Kasus dan Leksikasus. Dee
Zed, Singapore.
Palmer, F.R. (1992) Semantik. (Terj.) Abdullah Hassan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
Shaiful Bahri.(2001) Sumbangan Bidang Linguistik Bahasa Dalam Sistem Pendidikan
Negara, (Atas Talian)
http://shaifulbahri66.blogspot.com/2012/10/sumbangan-bidang-linguistik-bahasa.html

Siti Hajar Abdul Aziz, (2011). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1. Kuala Lumpur : Oxford
Fajar Sdn Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Trask, R.L. (1999) Key Concepts in Language and Linguistics. Routledge, London.

48
Wan Aizaidi dan Zaini.(2006). Linguistik Bahasa Melayu (Atas Talian)
http://share.pdfonline.com/25a17e1e0de74b11b5b46b4b06b813ad/BMM3107.html

Wikipedia, the free encyclopedia:


http://wikipedia.org/wiki/colourless _green_ideas_sleepfuriously 2/27/2007
http://en.wikipedia.org.com/N/NO/NOA/Noam-Chomsky 5/4/2006.

Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh & Rahim Aman. (2007). Linguistik Melayu Edisi Kedua.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

49

Anda mungkin juga menyukai