Allah SAW telah mengutus Rasul Allah SAW sebagai contoh dan tauladan kepada
umat manusia seluruh alam. Baginda telah berjaya mengubah kaum yang mana sebelum
kedatangan islam merupakan kaum yang tekenal dengan akhlak yang buruk, jahil dan tidak
berperikemanusian berubah kepada kaum yang baik akhlaknya tidak kira kepada Allah SAW
ataupun kepada makhluk lain sehingga telah diperakui dan diredhoi oleh Allah SAW. Baginda
telah menunjukkan cara kehidupan yang sempurna sebagaimana yang Allah SAW kehendaki,
bagaimana cara berpakaian orang islam yang menutup aurat, cara kehidupan dari seseorang
bangun tidur sehingga tidur semula, cara berjual beli dan cara bergaul sesama manusia yang
beragama islam mahupun bukan islam sebagaimana cara yang Allah SAW suka
Akhlak mulia meliputi akhlak manusia kepada Allah, akhlak manusia terhadap sesama
ciptaan Allah dan akhlak terhadap diri sendiri. Sebagai contoh akhlak manusia terhadap Allah
ialah pengakuan dan kesedaran bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah,
melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan Allah mengikut Sunnah baginda
Rasul Allah SAW. Selain itu,beribadat, bertasbih dan memuji Allah adalah sebahagian contoh
akhlak manusia terhadap Allah. Sesungguhnya muslim seluruh dunia adalah bersaudara atas
kalimah syahadah, maka kita wajib berakhlak mulia sesama saudara islam kita. Dengan itu
secara tidak langsung dapat menarik minat orang bukan islam terhadap keindahan agama islam
yang suci ini. Sebagai contoh bagi akhlak manusia terhadap sesama ciptaan Allah ialah
merendahkan diri dan lemah lembut dalam berkata-kata. Mendoakan kesejahteraan,keampunan
untuk sekalian umat adalah contoh terbaik akhlak manusia terhadap sesama ciptaan Allah,
memuliakan ulama, menghormati yang lebih tua dan mengasihi yang lebih muda . Akhlak
terhadap diri sendiri juga mempunyai banyak contoh antaranya menjaga maruah diri,menjaga
aurat,malu untuk melakukan kemungkaran dan adil terhadap diri sendiri dan orang lain.
Salah satu penyebab terbanyak masuknya syurga adalah seperti didalam hadith “ bertaqwa
kepada Allah dan akhlak yang baik ‘’ (hadith riwayat Al-Tarmizi). Akhlak yang baik akan
nampak dalam penampilan,perkataan atau tingkah laku seseorang. Membentuk akhlak mulia
juga sangat dituntut oleh Allah dan Rasul Allah. Dengan kemuliaan akhlak, seseorang itu akan
memperoleh darjat yang tinggi.
Kesimpulannya kita sebagai umat baginda Rasul Allah SAW seharusnya menjadikan
Rasul Allah SAW sebagai model dan contoh tauladan dalam kehidupan seharian kita. Sunnah
dan Akhlak mulia yang Rasul Allah SAW telah tunjukkan dijadikan pegangan dan amalan kita
seharian sebagai orang islam. Harapan saya semoga Allah SWT memberikan taufiq hidayah
kepada saya ,keluarga saya dan seluruh umat baginda Rasul Allah SAW dapat mempraktikkan
ajaran Rasul Allah SAW dalam berakhlak mulia kepada seluruh manusia dan khasnya sesama
saudara islam.