Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN KANTIN SEKOLAH

1. Pelajar hanya dibenarkan berada di kantin pada waktu rehat dan selepas waktu
sekolah.

2. Pelajar mesti berbaris sewaktu membeli makanan dan dilarang membuat bising.

3. Pelajar dilarang berlari ketika berada di kantin.

4. Pelajar dilarang masuk ke dapur kantin atau ke tempat menjual makanan.

5. Pelajar dilarang membawa makanan ke kelas.

6. Pelajar hendaklah makan dan minum ditempat yang disediakan dalam keadaan
duduk.

7. Pinggan dan gelas yang telah digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas
yang disediakan.

8. Pelajar hendaklah membuang segala bungkusan dan sisa makanan ke dalam tong
sampah yang disediakan.

9. Pelajar hendaklah mengutamakan kebersihan dan keselamatan di kantin semasa


waktu rehat.

10. Pelajar mesti mematuhi peraturan kantin.

11. Pelajar tidak dibenarkan bermain, makan atau duduk di dalam kelas semasa
rehat.

12. Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu rehat kecuali
mendapat kebenaran Guru Besar.

13. Pelajar dilarang menjual sebarang makanan di kantin atau di dalam bilik darjah.

14. Pelajar hendaklah segera memberitahu pengawas dan guru bertugas jika berlaku
sebarang kemalangan dan pergaduhan.

Anda mungkin juga menyukai