Anda di halaman 1dari 2

RESEPI NASI LEMAK UNTUK HIDANGAN 5-6 ORANG

1. RESEPI NASI LEMAK BIASA

Bahan-bahan ( Nasi )
@ 2 cawan beras
@ 1 cawan santan dan 1 cawan air ( saya guna 1/2 cawan santan pekat dan 1 1/2 cawan air)
@ 1 helai daun pandan - disimpul
@ 3 hirisan halia
@ secubit garam

Ramuan (Sambal)
* 6 sudu besar cili kering mesin
* 4 ulas bawang merah -ditumbuk
* 2 ulas bawang putih -ditumbuk
* 1 biji bawang besar -dihiris
* segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
* sedikit air asam jawa
* sedikit belacan (jika suka)
* garam dan gula
Bahan sampingan lain :-
Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun

Cara-cara:
1.Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
2.Tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang yang ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yang
ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak
3.Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yang sudah dibersihkan tadi.
4.Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.

1
2. RESEPI NASI LEMAK KUKUS

Bahan-bahan (Nasi)

3 cawan beras
2 cawan santan pekat
3 cawan air
3-4 hirisan halia
2-3 helai daun pandan
Sedikit garam

Bahan-bahan (Sambal)

12 ulas bawang merah (dikisar)


2 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu besar cili kisar
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara
1. Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan
bawang putih sehingga sedikit garing.
2. Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Tumis selama 5-10 minit.
3. Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat (30-60
minit).
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air, garam, halia dan daun pandan yang
disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Boleh juga kalau
nak guna rice cooker.
6. Boleh dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan timun.